September 07, 2012

OPEN HOUSE MERDEKA, RAYA KALI KEDUA

Assalamualaikum.....

Minggu kedua Syawal hari itu, start 8 Syawal msred buat puasa enam. Alhamdulillah dapat habiskan hari Jumaat Merdeka hari tu. Kebetulan hari last msred puasa enam tu ada open house di rumah bapa saudara msred, Pak Cek, di Putrajaya. Dia buat petang. Sampai situ dalam pukul 6 pm. Buka puasa kat situ, malam tu terus raya kali kedua.


Sampai-sampai je rumah Pak Cek, Iffan, Ian dan Iman terus terkam kueh raya dan makan dengan rakusnya tanpa segan. Habis muruku tu satu bekas kueh raya dia orang habiskan. Nampak tak?




Last-last tuan rumah refill muruku tu balik, tapi bukan dalam bekas kueh raya tu, dalam pinggan terus. Banyak pulak tu. Hahaaa.... Terasa macam kena perli pulak. Hamek kau.



Sempat lagi ni kalau nak buat puasa enam. Tapi non stop la. Buatlah, tak rugi.

- Posted using BlogPress from my iPad

September 06, 2012

RAYA IN RED

Assalamualaikum....

Hari ini dah 19 Syawal, msred baru nak upload gambar raya. Itu pun tak banyak, sikit saja. Mood raya tahun ini kurang sikitlah. Gambar 1 Syawal hari itu, diambil kat rumah mak msred di Shah Alam. Pagi raya kat Shah Alam. Tengahari baru bergerak ke rumah Mak Lang di Negeri Sembilan.













Setelah bertahun tak merasa raya di kampung, tahun ini msred berpeluang bawak Iffan, Ian dan Iman beraya di kampung. Msred pun terlebih eksaited sikit. Oleh sebab itu, bila sampai je kat kampung msred paksa Iffan, Ian dan Iman bergambar kat luar tengah panas tu, nak ambil gambar kampung sebab nak tunjuk kat kengkawan yang tahun ini msred berjaya beraya di kampung, walaupun sekejap saja. Lewat petang tu bertolak pulang semula ke Shah Alam.



Theme colour tahun ini sudah tentu pilihan msred. Ashik ikut pilihan Iffan je, kali ini msred yang pilih.

- Posted using BlogPress from my iPad

ALL TIME FAVOURITE