Salam you alls,
Salah satu aktiviti hujung minggu selain dari main macam budak tadika dengan si kecik kiut bertiga, msred suka gosok baju kurung yang nak dipakai selama lima hari bekerja minggu depan. Msred memang suka gosok awal-awal supaya during weekdays nanti tak de lah penat sangat.
Lima pasang baju, lima pasang tudung nak digosok. Masa yang diambil untuk gosok baju-baju stok seminggu mengambil masa lebih kurang setengah jam. Penat berdiri, panas lagi iron tu. Tangan laju je iron nak kasi cepat siap.
Tatacara menggosok baju oleh msred,
(1)Mulakan dengan bahagian badan baju belakang kemudian depan dari atas ke bawah.
(2)Kemudian diakhiri dengan kedua-dua lengan tangan baju.
Tetapi, dek kerana penat dan panas iron baju, kadang-kadang selepas step (1), step (2) lupa nak buat. Ertinya bahagian badan baju bergosok, bahagian lengan tak bergosok. Komot.
Akibatnya, di pejabat pernahlah kena tegur,
" Akak tak gosok baju yea? Komot je ni? Tak kan busy uruskan anak sampai baju pun tak gosok."
Erk....dengan muka malu msred pun explainlah kat rakan sepejabat yang msred selalu tertinggal nak gosok bahagian lengan. Bahagian badan tak tinggal nak gosok. Dia orang senyum je dengar explaination msred. Ntah diaorang percaya atau tak, tak pernah cek pulak.
Note : Msred tak malas gosok baju ok.
