Mei 31, 2012

BOYFRIEND DIA KING CONTROL

Assalamualaikum....

Pagi ini kawan-kawan bercerita pasal Herbalife boleh buat orang kurus dan Slim World pun boleh buat orang kurus tapi tak boleh berhenti ikut program dia.

Tiba-tiba teringat kisah seorang kenalan tempat msred belajar dulu. Awek cun rupa macam cina yang bodynya memang cun, slim and curvy. Dia ada boyfriend yang boleh tahan handsome tapi belum layak terima 5 bintang dari lima bintang lagi.

Alkisahnya, dikhabarkan pada msred oleh kawan rapat awek ni tadi yang boyfriend dia ni sangatlah King Control nya dalam menjaga berat badan awek cun ni. Apa yang awek ni boleh makan dan tak boleh makan boyfriend yang tentukan. Dinner kena makan sebelum pukul 7pm. Takut kalau awek dia gemuk.

Sungguh hover tau itu boyfriend. Kesian kat awek cun tu. Tapi khabarnya awek cun tu ikut juga syarat boyfriend. Sayang sangat agaknya. Tapi paling kasihan, hubungan dia orang tak kekal lama. Putus juga. Msred tak tahulah sebab apa.

Isunya, penting sangat ke rupa fizikal seseorang itu dalam bercinta? Perlu ke kalau nak awek cantik sampai apa dia makan, bila dia kena makan pun nak kontrol? Di mana ikhlasnya bercinta kalau macam tu?

Mei 30, 2012

TAK NAK KAWAN

Assalamualaikum....

Teringat zaman sekolah dulu, kalau gaduh-gaduh manja dengan kawan-kawan suka cakap, 'Tak nak kawan.'sebagai tanda nak merajuk satu jam satu hari atau satu minggu. Tak tahulah kenapa suka sangat cakap 'tak nak kawan' tu padahal tahu in the end mesti kawan balik. Gaduh ke merajuk ke pun mesti sekejap saja. Bukannya betul-betul tak nak kawan lagi dah, tapi suka juga nak cakap macam tu.

Tapi sekarang dah tak buat perangai macam tu dengan kawan-kawan sama ada di pejabat atau di luar pejabat. Sebab kalau buat perangai bajet comel macam tu diusia tak berapa comel dah ni memang akan dipandang serong oleh kawan-kawan dan orang sekeliling. Tebiat?

Cuma, sekarang ni, bila merajuk dengan dia sebab dia tak nak dengar kata atau nakal, msred memang suka lah cakap kat dia, 'Tak nak kawan'. Lepas tu dia mesti cakap, 'Mama....'sambil pandang muka msred mata terkelip-kelip dengan muka berkerut tak puas hati dia. (sori, tak pernah dapat snap picca dia buat muka cam tu, kalau tak boleh tepek kat sini).

iffan hensem....




Sungguh cute muka dia time ni. Oleh kerana msred suka tengok muka dia macam tu, msred selalu buat-buat merajuk dengan Iffan sambil cakap, 'Tanak kawan'.Tapi sejak dah besar ni kalau msred cakap macam tu Iffan buat tak tahu je.

Note : Siapa nak kawen ngan Iffan kena pandai buat Nescafe kaw kaw sebab msred Nescafeholic...... ngeh ngeh....


ALL TIME FAVOURITE