Julai 10, 2014

HUJAN DIWAKTU SUBUH

Assalamualaikum....

Bila bulan Ramadhan, saya selalu tak cukup tidur. Sama macam kebanyakan dari you alls kan? Badan jadi lesu sebab mengantuk. Saya pulak jenis tak suka ambil supplement so memang tak adalah ambil apa-apa supplement untuk tambah tenaga ke hapa ke. Saya makan kurma saja waktu berbuka dan sahur, macam Rasulullah, untuk tambah tenaga dan hilangkan rasa lapar.



Lepas sahur tadi, alhamdulillah hujan pulak. Sejuk nyaman saja. Katil memanggil je nak tidur balik. Tapi tak kanlah kan. Kejap lagi dah masuk waktu subuh. Lagipun rugi tidur balik lepas sahur. Banyak benda boleh buat sementara tunggu subuh. Lepas subuh pun boleh buat banyak benda.

Walaupun mata mengantuk gila, kugagahkan jua. Tadi pun waktu drive nak ke office, saya terlanggar lampu merah sebab tak perasan dah tukar merah, sebab melayan mata yang ngantuk. Nasib baik tak jadi apa-apa.

Tidur kat office lah boleh tak?


Julai 09, 2014

WORDLESS WEDNESDAY

Assalamualaikum...


It's a must, everyday.

ALL TIME FAVOURITE