Memaparkan catatan dengan label FOUNTAIN PEN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label FOUNTAIN PEN. Papar semua catatan

Mei 14, 2018

APA ADA DALAM PEN CASE

Assalamualaikum,


Alhamdulillah segalanya masih tenang. Last week banyak sangat happening and long weekend, minggu Msred jadi kurang productive. Dalam weekly planner, banyak kotak yang tak tick, to do list not done dan brought forward ke minggu ini. 

Tapi yang bestnya long weekend, dapat spend time dengan family lama sikit. Hari Jumaat, tanpa perancangan decide pergi Cameron Highland dua hari satu malam. Alhamdulillah. Walaupun sekejap dapat rehat dengan family sambil borak-borak pasal poliotik Malaysia. Hehee... Apa-apa pun pilihan kita, keputusannya, semuga tak merosakkan Malaysia hingga generasi seterusnya dan tak melemahkan Islam di Malaysia. Amin.

Kali ni secara santai, Msred nak share apa yang ada dalam pen case Msred. Semuanya my current favorite stationery supplies yang Msred biasa guna untuk note taking dan journaling. Ini pen case Msred yang baru di beli di Kokuyo Malaysia, jauh lebih murah dari Smiggle idaman hati. Haha... Apa-apa pun kenalah warna merah yea dah? 





Kalau nak tengok isi dia jom tengok video ni sekejap. Semuanya kesukaan Msred buat masa ini. Banyak lagi stationery kesukaan Msred tapi belum ada alasan nak beli. So, yang ini saja dulu.

Enjoy watching!!! Kalau best Like lah, kalau interested nak tengok video Msred yang lain, jangan lupa subscribe yea. Thanks you all. Happy Monday!!













Mei 07, 2018

FOUNTAIN PEN DARI CHINA

Assalamualaikum,

Sejak dari zaman sekolah Msred memang suka sangat stationery. Suka beli banyak-banyak walaupun belum tentu pakai semua. Sampai sekarang minat tu belum hilang. Salah satu stationery item yang Msred Suka, fountain pen. Baru nak belajar pakai, sejak tahun lepas.

Bawah ini antara koleksi yang ada dalam simpanan Msred. Ketiga-tiga fountain pen ni buatan China. Walaupun kebanyakan  fountain pen buatan China ni dikatakan kurang quality dan banyak 'inspired' dari design fountain pen yang popular, tapi kalau nasib baik dapat pen yang agak berkualiti dan sedap pakai, sedap tulis.



Yang first ni, Wancai Moonman Mini. Kecil je size dia, cukup-cukup panjang tapak tangan Msred je. Cuma kalau nak tulis, dia punya cap tu kita letak bahagian atas pen, baru panjang sikit rasa balance nak tulis. Rasa sedap tulis dan Msred suka design dia. Size dia kecik senang bawa kehulu hilir.



Yang ini pulak Jinhao 992. Body dia clear, kita boleh tengok ink Kat dalam dia. Fountain pen paling murah yang Msred Ada. RM 12.00 harga dia tapi yang ini orang bagi. Staff Pen Gallery yang baik hati melayan Msred setiap kali Msred datang kedai dia. Menulis dengan pen ni best, smooth je. Design dia pun cantik Dan size dia ok lah kalau nak bawa ke sana ke mari.




Yang ketiga ni Jinhao X450 flex fountain pen. Yang ini size dia besar sikit dan rasa chubby bila dipegang. Berat sikit dari average pen. Bila menulis rasa smooth. Cuma problem dia, pen ni mungkin category 'wet' pen. Maksudnya bila kita menulis, pen ni keluarkan banyak dakwat, so lambat kering. Tulisan pun jadi tebal dan ink nampak pekat dari biasa. 




Nanti InsyaAllah Msred akan upload video pasal fountain pen ni kat YouTube channel Msred. Overall Msred suka ketiga-tiga fountain pen ni. Tak boleh nak komplen banyak sebab harganya murah. 



Video baru Msred. Terima kasih pada yang sudi tonton. Kalau suka video no like lah. Kalau nak tengok lagi video macam ni jangan lupa subscribe channel Msred. Thanks you all. Enjoy!!


Mac 08, 2018

FOUNTAIN PEN CLEANING : TWSBI ECO

Assalamualaikum,


Assalamualaikum,

Last week story. Msred Ada plan nak pergi Pen Gallery last Saturday sebab ada Chinese New Year Event dan yang paling penting ada sale. Yeay!!! Sale!!!

Other than that Msred date dengan one of my instagram acquaintance. She is a fountain pen addict. Tapi Msred lupa nak ambil gambar sebab sebok beli new fountain pen, exchanging ink sample dan berbual dengan pen addict yang lain. Dia orang sangat baik sharing all their knowledge and tips. 

Sebelum pergi, Msred bersihkan dua Fountain pen Msred sebab kadang-kadang Pen Gallery akan bagi ink sample kalau kita bawa Fountain pen kosong.








Oleh sebab Msred mungkin akan masukkan ink colour yang berbeza dengan colour asal dalam pen Msred, so kena totally clean it, deep clean. Msred disamble every part of the pen. Then rendam semua dalam air untuk keluaran semua ink dari dalam pen. Msred buatkan dalam 10 minute dan kemudian bersihkan Kat sink dengan air yang mengalir.








Kemudian Msred biarkan semalaman supaya dia betul-betul kering terutamya bahagian dalam supaya takde air paip yang akan bercampur dengan ink nanti.




Lepas dah kering, Msred assemble balik dan ready to be fill with a new ink. Sebenarnya, Msred suka pakai Fountain pen tapi agak malas nak bersihkan. Hehe.... kalaulah boleh upah orang bersihkan. 

And on that day, kawan  Msred was kind enough bagi Msred try her new ink. Yang dalam pen putih tu ink Diamine Sparkling Shadows dan pen biru tu dengan ink Diamine Magenta Flash. Dua-dua shimmer ink, means ada shimmer dalam ink dia. Cantik sangat especially yang magenta tu. Cantik sangat shimmernya. 












Yang ini Ink Diamine Sparkling shadow yang dalam pen putih tu. Dia ada shimmer sikit.

source http://www.clumsypenman.com/
ink-review/diamine-shimmeristic-sparkling-shadows/


Yang ini pulak ink Diamine Magenta Flash yang dalam pen biru tu. Lagi terang dan shimmer dia pun lagi terang. 

source http://www.clumsypenman.com/ink-review/
diamine-shimmering-edition-magenta-flash/


Mac 06, 2018

FAUNTAIN PEN BARU, LAMY AL STAR VIBRANT PINK SET

Assalamualaikum,

Sabtu lepas, 3 Mac 2018 sempatlah pergi Chinese New Year Evemt kat Pen Gallery SS2 Petaling Jaya, sebab ada date dengan kenalan Instgram, Ms Jackie. Sebenarnya haritu Ms Jackie ni join Instagram Giveaway dan dia tag Msred. Menang, alhamdulillah. Dapat Fountain Pen Ink, Ms Jackie sebotol Msred sebotol, nanti cerita lain entry, insyaAllah. 

On that day ada discount untuk kebanyakan Fountain Pen dan ink. Memang rambang mata, hanya Fountai Pen enthusiast yang faham. Tapi nak shopping beria pun takut sebab harganya beratus beribu. Msred cuma mampu beli sebatang pen. Lamy AL Star Vibrant Pink Limited Edition. Ini limited edition untuk 2018. Baru keluar awal tahun haritu. 





Sorrylah banyak gambar sebab cute sangat kalernya suka sangat tengok. Lamy AL Star ni antara Fountai pen yang sesuai untuk beginner sebab harganya tak terlalu mahal. Yang buat Msred suka pen ni, selain dari kaler dia, pen ni ringan dan sesuai untuk everyday carry [EDC]. Msred beli Medium nib, maksudnya size mata pen ni medium. Dia ada size Extra Fine [sangat halus], Fine, Medium, Broad [sesuai untuk calligraphy].







Dalam set ni ada ink cartridge dua kotak, satu converter dan satu Lamy AL Star Vibrant Pink Fountain Pen. Ink Cartridge dalam dua warna, Lamy Vibrant Pink dan Lamy Black, dalam satu kotak ada 5 cartridge. Yang warna merah kecil tu converter, digunakan kalau kita tak mahu guna ink cartridge tapi nak guna ink dalam botol.






Lepas unboxing, Msred terus test pen dan ink dia. Ink dia ada shading sikit. Maksudnya, kalau kita perhatikan betul-betul, warnak pink dia ada dua shades. Gelap sikit dan terang sikit. Ink dia sedikit shimmer, tapi susah nak nampak. Kena pakai kertas yang betul-betul fountain pen friendly dan mata pen yang tebal sikit baru nampak jelas. Overall, ink dia cantik sangat. Pen dia pulak, bila kita tulis sangat smooth, cuma buat permulaan, waktu Msred tulis ada tersekat-sekat sikit, ink flow tak berapa bagus. Lepas tulis banyak sikit baru ink flow dia ok. 







Inilah dia bottle ink yang Ms Jackie menang haritu. Satu botal untuk dia danbotol yang ini untuk Msred. Terima kasih Jackie sharing your ink with me. Monteverde ink, Wisdom Purple. Msred belum test lagi ink ni, nanti bila Msred dah test boleh share.



Msred suka sangat Fountain Pen ni, dan ini Lamy Fountain Pen Msred yang pertama. Sebelum ni Msred beli Twsbi Eco.



Kalau nak tengok video unboxing dia. Have fun!! Dan jangan lupa subscribe youtube channel Msred, Thank you!!








ALL TIME FAVOURITE