Memaparkan catatan dengan label NOTA AGAMA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label NOTA AGAMA. Papar semua catatan

Mei 08, 2018

QURAN JOURNAL SEMPENA RAMADAN

Assalamualaikum,

Msred terjumpa Quran journal challenge ni di Instagram da decided nak cuba buat. Journal ayat-ayat yang berkaitan al Quran. Ini list ayat-ayatnya. Challenge ni start 1 May haritu. 



Msred journal dalam Traveler's Notebook Msred yang Msred selalu bawa ke mana pun. Senang nak buat bila sempat dan senang nak baca. Msred cuma tuliskan maksud ayat dan sedikit nota berkenaan ayat tersebut. Msred tak tulis bahasa Arab takut tak mampu nak jaga notebook ni sebab kadang-kadang beg tangan letak Kat bawah je. You all pun join lah. Tulis biasa-biasa je pun takpe. InsyaAllah sama-sama kita cari ilmu. 

Surah al Baqarah, 185

 Surah Ibrahim, 13

Surah al Waqia. 77-80

 Surah al Baqarah, 23

Surah Yunus, 38

Surah Hud,13


Nak tengok tak apa Msred buat dengan gambar-gambar Msred? Jom tengok video baru kat Channel Youtube Msred. Thanks yea and enjoy!!


Januari 26, 2018

ADA MASANYA DENGAR LEBIH BAIK DARI CAKAP

Assalamualaikum,

Alhamdulillah for another Jumaat. Peluang kita nak buat amalan Sunnah sebanyak-banyaknya. Harap kita ingatlah nak bersedekah hari ni, InsyaAllah.

Orang kata biasanya perempuan lebih banyak bercakap dari lelaki. Perempuan biasanya menggunakan lebih banyak perkataan untuk menyampaikan sesuatu perkara dari lelaki. Perempuan kalau nak cerita sesuatu benda tu, berjela-jela mukaddimah dia tapi lelaki boleh ceritakan point yang sama guna satu ayat je. Betul ke ni you all?

Betul la tu. Selalunya betul. Kadang-kadang je tak betul. Itu jawapan Msred, mungkin tak sama dengan jawapan you all. Peace !





Kalau dah penat bercakap tu, cuba diam pulak dan jadi  pendengar. Biarlah kita pandai cari dan pilih apa yang kita patut dengar. Jangan belasah je guna telinga tu sesuka hati. Kita semua tahu apa yang patut kita dengar dan apa yang tak patut atau tak perlu kita dengar. Sama-samalah kita hati-hati guna telinga sebab nanti kat akhirat telinga kita akan report kat Allah apa kita buat dengan telinga kita.

Alhamdulillah.

Julai 23, 2014

MENYEMAI CINTA DIBULAN RAMADHAN

Assalamualaikum....


Julai 22, 2014

KEHEBATAN MALAM LAILATUL QADAR

Assalamualaikum...


Kehebatan Malam Al-Qadr 

Dalam tulisan ringkas ini, cuba sama-sama kita hayati beberapa keistimewaan Laylatul Qadar seperti berikut :-

1) Malam berkat yang di turunkan padanya Al-Quran (secara sepenuhnya dari Lawh Mahfuz ke Baytil Izzah di langit dunia sebelum diturunkan kepada Nabi SAW secara berperingkat) ; 

Justeru ia disifatkan sebagai malam penuh berkat dalam ayat 3 surah ad-Dukhaan. Pandangan ini adalah sohih dari Ibn Abbas, Qatadah, Sai'd Ibn Jubayr, ‘Ikrimah, Mujahid dan ramai lagi.  (Tafsir Al-Baidawi, 5/157 ; Al-Jami Li Ahkam Al-Quran, Al-Qurtubi, 16/126 ) 


2) Di tuliskan pada malam tersebut "qadar" atau ketetapan bagi hidup, mati, gembira, rezeki, sihat, sakit dan apa jua berkaitan qadar manusia dan destinasi mereka pada tahun itu.
Ini diambil dari firman Allah s.w.t :-

فِيهَا يُفْرَقُ كُلُّ أَمْرٍ حَكِيمٍ أَمْرًا مِّنْ عِندِنَا إِنَّا كُنَّا مُرْسِلِينَ 

Ertinya : Pada malam itu dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah, urusan yang besar dari sisi Kami. Sesungguhnya Kami adalah Yang mengutus rasul-rasul ( Ad-Dukhan : 4-5)  

Imam At-Tabari menyebut bahawa pada malam itu, diputuskan hal ajalnya seseorang,  rezekinya, kejadiannya. Malah di malam tersebut juga, ditentukan siapa yang berkahwin dengan siapa, nama siapa yang termasuk dalam senarai kematian pada tahun berikutnya, apakah musibah yang akan menimpa dan lain-lain. Ia juga yang dihuraikan oleh Imam Qatadah, Mujahid dan Al-Hassan(Tafsir At-Tabari, 25/108 )



Julai 01, 2014

KERUGIAN DALAM BERPUASA

Assalamualaikum....

1.  Berpuasa tetapi tidak solat
sanggup berlapar dahaga tapi tidak sanggup menunaikan solat;
anak disuruh berpuasa tapi dibiarkan tidak solat; juga
ada orang yang berpuasa, tetapi meninggalkan solat atau hanya solat ketika bulan Ramadhan saja. Orang semacam ini puasa dan sedekahnya tidak bermanfaat sebab solat adalah tiang utama agama Islam.

2. Tidak menjaga batas-batas agama
aurat; lelaki memakai seluar pendek dan perempuan pula tidak bertudung.

3. Menghabiskan masa dengan menonton TV, Video dan CD.

4. Merebut peluang mencari duit dengan berniaga tapi meninggalkan peluang mendapat pahala berganda-ganda.

5. Semakin cepat marah
sepatutnya mengawal kemarahan di bulan yang menuntut kita supaya banyak bersabar.

6. Membazir ketika berbuka puasa
Mengikut hawa nafsu ketika menyediakan makanan untuk berbuka puasa.

7. Tidak mengeluarkan zakat fitrah

8. Membiarkan atau menggalakkan anak-anak bermain mercun
Yang menyedihkan, tindakan tersebut mengakibatkan gangguan kepada para jemaah yang menunaikan solat Tarawih di masjid dan surau yang berdekatan; dan sepatutnya digalakkan anak-anak menyambut bulan yang mulia ini dengan beribadah kepada Allah.

9. Hanya puasa makan dan minum sahaja
Tidak menjaga anggota pancaindera seperti mata, lidah, telinga dan yang lainnya;
Rasulullah SAW bersabda; “Barangsiapa tidak meninggalkan ucapan dan perbuatan dusta, maka Allah tidak mengharapkan puasanya dari makan dan minum.” (Hadis riwayat Al-Bukhari)

10. Tanpa persediaan mental dan emosi tentang matlamat, kelebihan dan kedudukan puasa Ramadhan
sepatutnya berbekal dengan ilmu dan gembira dengan kedatangan bulan Ramadhan Al-Mubarak;
“Maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai pengetahuan, jika kamu tidak mengetahui.” (An-Nahl:43)
Dan Rasulullah SAW bersabda; “Barangsiapa dikehendaki baik oleh Allah, nescaya ia difahamkan dalam urusan agamanya.” (Muttafaq Alaih).

11. Menang sorak, tarawih ala kadar
solat secara ‘ekspress’; dan juga melakukan gerakan-gerakan dalam solatnya dengan amat cepat, sehingga menghilangkan maksud solat itu sendiri. Mereka dengan cepat membaca ayat-ayat suci Al- Qur’an, padahal semestinya ia membaca secara tartil. Mereka tidak thuma’ninah (tenang) ketika ruku’, sujud, bangun dari ruku’ dan ketika duduk antara dua sujud. Ini menyebabkan solat menjadi tidak sempurna;
Rasulullah SAW bersabda kepada orang yang tidak thuma’ninah dalam solatnya; “Kembalilah, lalu solatlah kerana sesungguhnya engkau belum solat.” (Muttafaq Alaih) silap bacaan selawat;
Tidak istiqamah bertarawih. Hanya ramai di 10 malam pertama sahaja; dan juga
Saf solat Tarawih tidak dipenuhkan.

12. Tadarus Al-Qur’an hanya di bulan Ramadhan saja.

13. Tidak mahu bersahur
“Sahurlah kamu kerana dalam sahur itu ada berkat.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Abu Hurairah RA berkata, sabda Rasulullah SAW; “Sebaik-baik makanan sahur bagi orang mukmin adalah kurma.” (Hadis riwayat Ibnu Hibban dan Baihaqi)
Pintu-pintu neraka tertutup, maka mohonlah kepada Rabbmu untuk tidak akan pernah dibukakan bagimu. Setan-setan terbelenggu, maka mintalah agar ia tak lagi pernah menguasaimu.
Amirul Mukminin k.w. berkata,:Aku berdiri dan berkata,”Ya Rasulullah! Apa amal yang paling utama dibulan ini?”   Jawab Nabi:Ya abal Hasan!
Amal yang paling utama di bulan ini adalah menjaga diri dari apa yang diharamkan Allah”.
Di kutip dari:”Puasa Bersama Rasulullah”, karangan Ibnu Muhammad, Pustaka Al Bayan Mizan.

Copy paste from FB.
posted from Bloggeroid

Jun 24, 2014

ANTARA HADIAH YANG PALING MAHAL

Assalamualaikum.....





Sungguh excited. Tak lama lagi Ramadhan, hadiah dari Allah untuk umat Nabi Muhammad. Peluang untuk tambah ibadah tambah pahala sebab pada bulan Ramadhan Allah gandakan ganjaran untuk setiap amalan kita walau sekecil mana pun.

Kita sama-sama kena doa supaya Allah berikan kita kesihatan supaya kita dapat banyak beramal termasuk berqiyam terutamanya 10 malam terakhir nanti. Kita sama-sama berdoa untuk kekuatan iman supaya kita dapat melawan nafsu dari banyak melakukan kerja sia-sia pada bulan Ramadhan nanti.

Sekarang ini kita patut dah ada plan apa nak buat bilan Ramadhan nanti. Nak khatam quran? Nak tambah zikir 2000 kali sehari? Nak bangun qiyam setiap hujung minggu? Nak tarawih di mana? Plan baik-baik supaya kita dapat sebanyak-banyak manfaat dari bulan Ramadhan nanti. Niat sungguh-sungguh nak beramal banyak-banyak dan doa semuga Allah permudahkan. Kalau kita sia-siakan hadiah dari Allah ni, nanti kita juga yang sangat rugi. Setahun ada sebulan sahaja Ramadhan.


posted from Bloggeroid

Jun 20, 2014

CARA NAK BAGI PAHALA KITA PADA ORANG

Assalamualaikum.....


"O you who believe! Avoid much suspicion, in deeds some suspicions are sins. And spy not neither backbite one another. Would one of you like to EAT THE FLESH OF HIS DEAD BROTHER? You would hate it (so hate backbiting). And fear Allah, verily, Allah is The One Who accepts repentance, Most Merciful"

-Quran 49: 12

Cuba sedaya upaya jangan mengumpat, fitnah dan mencari aib orang lain. Kesannya menakutkan. Sebab Allah tak akan ampunkan dosa kita mengaibkan orang lain selagi orang yang kita aibkan tu tak maafkan kita. Kat akhirat nanti boleh jadi mukhlis pahala atau bertambah dosa sebab segala pahala yang kita ada akan berpindah pada orang yang kita umpat. Kalau kita tak ada pahala, dosa orang yang kita umpat tu pindah kat kita.

Kita kena lawan nafsu hati nak bercerita pasal orang lain. Hari-hari kena lawan. Kalau kita mengata bos kita, berani ke nak minta maaf dengan dia?

Ada pulak yang cakap kat saya. Silap-silap artis yang tak solat, yang kita umpat selalu tu lebih dulu masuk syurga dari kita. Cuba bayangkan berapa banyak pahala yang dia collect dari orang yang mengumpat dia?
posted from Bloggeroid

Jun 13, 2014

PEREMPUAN KENA JAGA

Assalamualaikum....





1. Bulu kening – Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening.(Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.)

2. Kaki dan semacam hantu loceng – Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan – (Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.) Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng…sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah

3. Wangian – Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong.(Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.)

4. Dada – Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka.(Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.)

5. Gigi – Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya – (Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani) Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah.(Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.)

6. Muka dan leher – Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.

7. Pakaian yang nipis (jarang) – Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja (Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.)

8. Tangan – Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya.(Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.)

9. Mata – Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya. (Petikan dari Surah An Nur Ayat 31)Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram.(Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.)

10. Mulut (suara) – Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik (Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.)Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi.(Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.)

11. Kemaluan – Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka.(Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.)Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya. (Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.)Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah.(Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.)

12. Pakaian – Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti.(Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu D , An Nasaii dan Ibn Majah.)Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah diken ali . Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya. (Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim) Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.

13. Rambut – Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya.(Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.)Riwayat Imran bin Hushain ra.:Bahwa Rasulullah saw. bersabda: Sesungguhnya penghuni syurga yang paling sedikit adalah kaum wanita. (Shahih Muslim No.4921)

 Sumber

Jun 05, 2014

MENGHARAPKAN CINTAMU

Assalamualikum....





Trust Qada' and Qadar. It is hard to redha but please try hard. Allah knows what best for us. Sometimes the good is not now but it will be in the hereafter. Allah loves us. Please believed and reflect.

#notetomyself
posted from Bloggeroid

Jun 03, 2014

CARA NAK JOIN BERDAKWAH

Assalamualaikum.....

Sering kita dengar ada dikalangan bijak pandai Islam berkata, kita muslim ni wajib berdakwah terutamanya pada orang bukan Islam. Menjadi tanggungjawab kita sebagai orang muslim untuk mengajak orang bukan Islam kembali kepada agama fitrah.

Saya selalu tertanya dalam hati, macamana nak berdakwah dengan non muslim. Saya tak pandai bercakap apatah lagi nak mempengaruhi mereka tentang kebenaran Islam.



Bijak pandai Islam juga ada berkata, salah satu cara berdakwah samada kepada muslim atau non muslim adalah bila kita mengikut sunnah Rasulullah dalam kehidupan kita sehari-hari. Kita tunjukkan pada mereka cara hidup Islam yang sebenar dengan berbuat baik dan buang segala sifat-sifat buruk dalam tingkah laku kita. Kita tunjukkan what Islam is all about. Kalau kita tunjukkan perangai yang buruk pada mereka, macamana mereka nak percaya kita? Macamana mereka nak percaya Islam?

Itu yang timbul kata orang, kalau kita nak dakwah kat orang kita dakwah kat diri kita dulu. Lepas tu bila orang dah percaya kita senang sikit kita nak dakwah kat orang.

Wallaualam...

Footnote : Just sharing what I have heard. Saya masih berusaha mendakwah diri sendiri.
posted from Bloggeroid

Mei 09, 2014

JOM TOLONG DIA

Assalamualaiku....

It's Jumaat again. Syukur. Hari Jumaat kita sebagai muslim digalakkan bersedekah. Bersedekah bukan dengan wang ringgit sahaja. Tolong orang, memudahkan urusannya juga sedekah.




Kadang-kadang, dengan pertolongan kecil kita kepada seseorang, Allah memberikan ganjaran yang besar pada kita. Nasihat ilmuan Islam, supaya kita selalu berbuat baik terutamanya sesama muslim.

Wallaualam...
posted from Bloggeroid

Mei 07, 2014

KAYU UKUR PERBUATAN BAIK DAN DOSA

Assalamualaikum....


we heart it


Hadis yang menjelaskan tentang kebaikan yang mencakupi semua perbuatan yang baik dan sifat yang makruf serta dosa yang mencakupi semua perbuatan yang buruk.

Nawwas Bin Sam'an r.a melaporkan, Rasulullah s.a.w bersabda, " Kebaikan adalah akhlak yang baik dan dosa adalah apa yng terasa mengganggu jiwamu dan engkau tidak suka jika diketahui manusia.

Hadis riwayat Muslim.


Wabishah bin Ma'bad r.a berkata, "Saya mendatangi Rasulullah s.a.w, lalu baginda bersabda, "Engkau datang untuk bertanyakan kebaikan?" Saya menjawab, "Ya." Baginda bersabda, "Mintalah pendapat dari hatimu, kebaikan adalah apa yang jiwa dan hati tenang kerananya dan dosa adalah apa yang terasa mengganggu jiwa dan menimbulkan keraguan dalam dada, meskipun orang memberi fatwa kepadamu dan mereka membenarkannya."

Hadis jasan diriwayatkan oleh Imam Ahmad bin Hanbal dan ad-Darimi.

Maksudnya, ketika kita hendak melakukan perbuatan buruk, cuba kita perhatikan dahulu reaksi jiwa dan hati kita. Jika kita berasa tenang dan mantap teruslah melaksanakannya. Namun jika berasa gelisah,ragu dan tidak tenang, hendaklah kita meninggalkannya. Itulah kayu ukur perbuatan baik dan dosa.

Semuga Allah sentiasa menunjukkan kita jalan kebaikan dan menjauhkan kita dari jalan maksiat dan dosa.
posted from Bloggeroid

Mei 06, 2014

BERSEDEKAH DENGAN BADAN

Assalamualaikum.....



Hadis yang berkaitan dengan cara bersedekah yang tidak menggunakan harta.

Hadis 1

Abu Zar R.A merekodkan, "Sesungguhnya sebahagian sahabat berkata kepada Rasulullah, ' Wahai Rasulullah, orang kaya telah pergi dengan membawa pahala yang banyak, mereka solat sebagaimana kami solat, mereka puasa sebagaimana kami puasa dan mereka bersedekah dengan kelebihan harta mereka [sedang kami tidak dapat melakukannya]'.

Baginda bersabda, " Bukankah Allah menjadikan bagi kalian jalan untuk bersedekah? Sesungguhnya setiap tasbih adalah sedekah, setiap takbir adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah, amar makruf nahi mungkar adalah sedekah dan setiap rasa malu kalian adalah sedekah."

Mereka bertanya, 'Ya Rasulullah, apakah dikatakan berpahala seseorang antara kami yang menyalurkan syahwatnya?'

Baginda bersabda," Bagaimana pendapat kalian seandainya hal tersebut disalurkan di jalan yang haram, bukankah baginya dosa?"

Demikianlah halnya jika hal tersebut diletakkan dijalan yang halal, maka sudah tentu mendapat pahala.

Hadis riwayat HR Muslim.


Hadis 2

Abu Hurairah r.a melaporkan Rasulullah s.a.w bersabda,"Setiap anggota tubuh manusia wajib bersedekah, setiap hari apabila matahari terbit jika engkau mendamaikan dua orang yang bergaduh adalah sedekah, engkau menolong seseorang yang berkenderaan, engkau bantu dia untuk naik kenderaannya atau mengangkat barangnya juga sedekah, ucapan yang baik juga sedekah, setiap langkah ketika engkau berjalan menuju ke masjid untuk solat juga sedekah dan menghilangkan gangguan dari atas jalan juga sedekah."

Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.



BUKU SYARAH HADIS 40 IMAM NAWAWI
posted from Bloggeroid

SETIAP HARI ADALAH PELUANG KEDUA

Assalamualaikum....



Setiap kali bangun dari tidur, ucap Alhamdulillah. Jangan lupa. Syukur Allah bagi kita peluang berbafas lagi di bumi Allah.


Peluang berbakti pada Islam.
Peluang untuk berjasa pada mak abah lagi.
Peluang untuk membuktikan cinta pada Allah, pada Rasulullah.
Peluang untuk menunjukkan kita sayang keluarga kita.
Peluang untuk memperbaiki dan menambah ibadah.
Peluang untuk bertaubat.
Peluang untuk sambung berzikir.
Peluang untuk berdoa lagi.
Peluang betulkan apa yang salah.
Peluang untuk jadi lebih baik dari semalam.

Syukurlah dengan sehari lagi anugerah Allah. Syukurlah dengan cara taat padaNya.

Setiap hari perbaiki diri, mendekati Allah. Bukan menjauhiNya.

Ya Rabb...
posted from Bloggeroid

April 29, 2014

AMALAN BULAN REJAB

Assalamualaikum...


Umat Islam digalakkan beribadat sebanyak mungkin dalam bulan Rejab sebagai satu latihan sebelum mereka menghadapi bulan Ramadan kerana pada bulan ini Allah SWT banyak memberikan Rahmat-Nya.
Ia adalah permulaan bulan mulia dan bagi mempertingkatkan ibadat dan ketaqwaan, terutama melipat-gandakan amal soleh seperti istighfar dan puasa sunat. Rasulullah SAW bersabda: “Kembalilah kepada tuhan kamu dengan keampunan daripada dosa-dosa kamu dan hindarilah perbuatan maksiat dalam bulan mulia, iaitu Rejab.”
.




 Diriwayatkan daripada Anas bin Malik RA, bahawasanya beliau berkata: 

 “Rasulullah SAW apabila telah masuk bulan Rejab, Baginda SAW berdoa; Ya Allah Ya Tuhan kami, limpahilah berkat kepada kami pada bulan Rejab dan Syaaban dan sampaikanlah kami (dengan selamatnya) ke bulan Ramadan. 
(Hadis Riwayat Imam Ahmad dan Ath-Thabarani) 

Malah, Abu Daud meriwayatkan bahawa Al Allamah Ibnu Hajar dalam tulisannya menyatakan Baginda SAW ‘memandubkan’ (sunat) berpuasa di bulan Haram. Berpuasa dalam bulan Rejab adalah digalakkan tetapi tidak ada satupun hadis sahih membuktikan bahawa berpuasa pada hari tertentu dalam bulan Rejab, akan mendapat ganjaran istimewa.

Ahli panel fatwa IslamOnline, Sheikh Dr Yusuf Al-Qaradawi, ketika diminta memberi fatwa mengenai adakah berpuasa di dalam bulan Rejab itu sunat atau bidaah, menyatakan bahawasanya berpuasa di dalam bulan Rejab adalah maqbul (diterima) dan mustahab (sunat), ke atas semua perkara. Tetapi Rasulullah SAW tidak berpuasa satu bulan penuh melainkan hanya pada bulan Ramadan.

Malah, walaupun Baginda SAW banyak berpuasa di dalam bulan Syaaban tetapi tidak berpuasa sepenuhnya.

Dalam hadis Riwayat Bukhari, Muslim dan Abu Daud menyatakan bahawasanya: “Baginda SAW berpuasa sehingga kami mengatakan baginda tidak berbuka, Baginda berbuka sehingga kami mengatakan baginda tidak berpuasa.” Al-Qaradawi tegas mengatakan bahawasanya disunatkan berpuasa pada bulan-bulan haram termasuklah bulan Rejab tetapi tidaklah sepenuh bulan Rejab dan Syaaban kerana ini tidak dilakukan oleh Rasulullah SAW mahupun para sahabat.



 

April 18, 2014

SUNNAH KETIKA MINUM AIR

Assalamualaikum....





Kenapa kena minum 3 kali teguk/nafas?

  •  Abra' (Melepaskan penyakit)
  •  Arwa' (Menghilangkan kehausan)
  •  Amra' (Menguatkan sistem pencernaan)
Minum dengan tiga kali tegukan dan elakkan bernafas ke dalam bekas minuman. Setiap kali berhenti minum hendaklah diarahkan pernafasan ke tempat lain.

Dari Abu Qatadah, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Jika kamu minum maka janganlah bernafas dalam bekas air minumnya.” (HR. Bukhari dan Muslim r.a.)
.
Nabi SAW sering meminum dengan tiga kali teguk, sambil bernafas di luar gelas dan mengucapkan ‘Alhamdulillah’ di antara tiga kali tegukan. Baginda SAW juga akan teruskan minum dengan setiap tegukan diselangi bernafas di luar gelas sehingga habis.


Kenapa tak boleh meniup dalam cawan?

Jangan bernafas dan meniup air minum di dalam bekas, terutama meniup air yang panas, kerana perbuatan itu akan menjadikan minuman bertoksid disebabkan Co2 yang dihembuskan ke dalamnya.

Ubay bin Ka’ab berkata: “Rasulullah SAW tidak pernah meniup makanan dan minuman, tidak bernafas di dalam cawan. Bahkan beliau melarang meniup makanan dan minuman.”


Sumber    sumber

HADIS NABI BERKAITAN SEDEKAH

Assalamualaikum...




Dari Anas bin Malik , ia berkata : Rasulullah SAW bersabda “ Hendaklah kalian bersedekah, kerana sesungguhnya sedekah itu merupakan tirai penyelamat kalian dari api neraka .”
( HR Baihaqi )


Dari Amr bin Auf, ia berkata : Rasulullah SAW bersabda “ Sesungguhnya sedekah seorang Muslim itu akan memanjang umurnya; dan mencegah dirinya dari kematian yang buruk; serta Allah jadikan dia sebagai penghapus dosa, kesombongan dan keangkuhan .” 
( HR Thabrani )


Dari Abu Hurairah : Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda “ Tidaklah harta menjadi berkurang kerana sedekah, dan tidaklah seseorang yang memberi maaf kepada orang lain, melainkan Allah akan menambah kehormatan kepada dirinya; dan seseorang tiada bersikap merendah diri kerana Allah , melainkan ia akan diangkat darjatnya oleh Allah .”
( HR Muslim dan Tirmidzi )


Dari Salman bin Amir dari Nabi SAW sabdanya : “ Bersedekah kepada seorang miskin pahalanya satu ; dan kepada orang-orang yang ada hubungan kerabat pahalanya dua , iaitu pahala sedekah dan pahala kekerabatan .” 
( HR Nasa’i dan Tirmidzi, disahkan oleh Tirmidzi dan dihasankan oleh Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hiban dan Hakim )





April 09, 2014

BAHAYA RIAK

Assalamualaikum....


Rasulullah SAW dalam sabda bermaksud:
“Sesungguhnya yang paling aku takut menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: “Apakah syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak.” (Hadis riwayat Imam Ahmad)

Baginda SAW bersabda yang bermaksud:
“Mahukah kalian aku beritahu sesuatu yang lebih aku takutkan daripada Dajal? Kami katakan: Tentu. Baginda bersabda: Riak, syirik yang tersembunyi iaitu apabila seseorang mengerjakan solat lalu dia menyempurnakan solatnya apabila mengetahui seseorang memandangnya.” (Hadis Riwayat Ibnu Majah)
Riak ialah menampakan ibadah dengan niat mendapat perhatian atau pujian manusia. Menampakkan amal soleh agar dilihat oleh manusia lain agar dirinya mendapatkan pujian, kedudukan atau penghargaan atau keuntungan duniawi. Melakukan ibadah tetapi tidak ikhlas, bukan kerana Allah. 





Ulama ada mengenal pasti tanda-tanda atau panduan untuk menilai kemungkinan terjadi riak.

1. Rajin beramal jika mendapat pujian atau sanjungan dan malas atau berkurang amal jika mendapat celaan dan kecaman.

2. Rajin beramal apabila bersama-sama dengan orang lain dan malas atau tidak beramal bila bersendirian.

3. Menjauhi larangan Allah jika bersama orang lain dan melanggar larangan-larangan-Nya jika ia sedang sendiri dan jauh dari penglihatan manusia.


Ibadah orang yang riak akan ditolak serta tiada nilai disisi Allah.
Firman Allah:
“Maka celakalah bagi orang-orang yang solat,(iaitu) orang-orang yang lalai dari solatnya. Mereka yang mengerjakan kebaikan dengan riak.” ( Al Ma’un: 4-6)






KENA AJAR BOYFRIEND HIDUP SUSAH

Assalamualaikum...

Syukur atas segalanya Ya Allah....

Pagi tadi, sambil bersiap dengan Iffan, saya tanya Iffan."Iffan, kalau time rasa nanti, rezeki kita kurang, mama takde duit nak beli baju raya, kita tak payah pakai baju raya baru la. Boleh tak?"



Iffan diam saja tak jawab.

Saya tanya lagi. "Boleh tak Iffan tak ada baju raya baru?"

Iffan diam lagi.

"Boleh tak Iffan."

Iffan diam, lepas tu pelan-pelan dia keluar bilik.

Alahai boyfriend saya ni. Budak sekarang ni kebanyakannya semua minta dapat. Bila sesekali tak dapat merajuk. Over tau. Sesekali kena ajar anak hidup susah. Bukan anak saja, kita yang tua ni pun sesekali belajar hidup susah, supaya bila setiap kali dapat sesuatu, tak lupa bersyukur. Bersyukur itu salah satu tanda kita mengaku kita hamba Allah.

April 04, 2014

DOA BELAJAR

Assalamualaikum...






Berazam nak tuntut ilmu selagi ada hayat, selagi mampu dan selagi diizinkan Allah. Rabbi Yassir....



ALL TIME FAVOURITE