Jun 02, 2011

TANDA-TANDA NAK KENA MINUM NESCAFE

Salam my frenz....

Msred adalah seorang yang kuat tidur. Malam msred kene tidur 8 jam. Kalau tak cukup 8 jam, esok pagi kat ofis msred akan rasa mengantuk dan malas je nak buat kerja. 

Tanda-tanda msred tidur malam tak cukup 8 jam.

  • Naik lif nak tekan tingkat 8 msred tertekan tingkat 18. 
  • Nak on pc msred ter on pc budak meja sebelah.
  • Nak cakap 'selamat pagi' kat rakan sekerja tercakap 'good night, sweet dream'. 
  • Nak pergi toilet msred terpegi bilik bos.


Apa yang msred buat untuk menghilangkan rasa mengantuk? Meh nak share.

  • Bukak radio kuat-kuat pas tu nyanyi macam kata rumah sendiri. Kalau tak hilang jugak....
  • Tampar pipi 10 kali. Kalau tak hilang jugak.....
  • Suruh Cik Shima ( bukan nama sebenar ), budak meja sebelah cubit peha msred. Kalau tak hilang jugak....
  • Msred akan pergi berjalan-jalan kat meja rakan sekerja yang lain bertanya khabar atau tanya bila nak belanja kepsi. Kalau tak hilang jugak....
  • Msred akan pergi kacau bos supaya dia marah msred dan msred akan terus jadi alert. Kalau tak hilang jugak.....
  • Msred akan buat poco-poco ......


Ok...msred mengarut. Msred tak buat semua tu. Msred cuma keluarkan sachet Nescafe 3 in 1 Rich, masukkan dalam mug, isi air panas 2/3  dan air sejuk 1/3, amek bau aroma Nescafe macam orang hidu gam pas tu minum dengan rakusnya.

Sekian terima kasih.

Mabeles.


Cer klik cer klik.

Jun 01, 2011

CARA NAK KELIHATAN CANTIK DAN MUDA

Salam kawan-kawan...
Hari Isnin hari tu msred berkesmpatan pergi tengok movie bersama Mr BF. Kita orang tengok cerita Pirates of the Caribbean : On Stranger Tides. Entry ni. Dalam cerita tu, lanun-lanun tu sanggup buat apa sahaja untuk sampai ke Fauntain of Youth untuk mendapatkan air dari fountain tersebut yang dipercayai boleh mengekalkan keremajaan mereka sepanjang hayat. Sanggup bergaduh dan berbunuh sesama sendiri untuk mendapatkannya . Penting betul ya kelebihan kelihatan muda sepanjang hayat ni. 


ini bukan fountain of youth ya. tak perlu cari. gegurl itu bukan msred.

Tapi, sahabatku, tak perlu lah you alls bersusah payah cari Fauntain of Youth untuk kelihatan muda dan cantik selalu. Selain daripada amalkan petua kat sini dan kat sini ni, you alls boleh amalkan doa dan zikir yang msred dah tolong google kan ni.
  • Baca ” Ya Badiyah ” 1 x
  • Baca ” Ya Nur ” 1x
  • Baca ” Ya Hadi ” 1 x
  • Baca ” Ya Allah ” 3x
Amalkan membaca zikir ini dan tiup ke tapak tangan dan kemudiannya sapu ke muka kita setiap hari.
2. Amalkan membaca ayat2 seperti berikut ;
  • Baca ayat ke 35, 36, 37 dan 38 dari surah al-Waqiah pada tiap selepas solat subuh.
  • Selepas baya ayat2 ini, hembuskan pada air dan kemudian minum air tersebut
Kaedah ini adalah untuk rawatan dalaman supaya kelihatan cantik muda dan bertenaga luaran dan dalaman. InsyaAllah, dengan niat yang betul mesti menjadi punya.

ALL TIME FAVOURITE