Memaparkan catatan dengan label BEAUTY TIPS. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label BEAUTY TIPS. Papar semua catatan

Mei 28, 2018

MY LIST OF SELF CARE

Assalamualaikum,

Baru Ramadan 12 Msred dah rasa penat dan mengantuk. Kadang-kadang bila ngantuk tu melampau sampai tak daya nak buka mata macam makan ubat tidur je. Msred memang jenis kuat tidur malam, so kalau tak cukup tidur malam start la tersenguk-senguk je kepala start lah cranky dia mengalahkan budak kecik. Tapi kenalah bertabah, Ramadan bukan selalu, bukan lama. 

Msred list down antara aktiviti favourite Msred untuk stay happy and rejuvenate. Hehee... bila happy takdelah nampak stress. Nanti nampak tua. 


https://8-images.blogspot.my/2018/03/
quotes-there-are-two-times-when-you.html


  1. Minum hot chocolate atas katil atau kerusi rehat sambil baca buku novel.
  2. Tulis journal atau scribble je apa-apa. 
  3. Binge watch Runningman atau apa-apa Kdrama atau Japanese movie. 
  4. Pakai mask waktu siang. 
  5. Decorate journal atau planner dengan sticker atau washi tape. 
  6. Masukkan apa-apa yang Msred berkenan dalam online shopping cart. Tak semestinya beli. Hehee....
  7. Tukar setting meja.
  8. Tukar handphone punya wallpaper. 
  9. Wassap husband kacau dia kat office. 
  10. Beli baju atau toys Cik Nen [anak perempuan Msred yang last], online.
  11. Spontaneous road trip. Ini berangan je lah. Tak pernah dapat spontaneous. Semuanya properly plan sebab ada anak-anak yang nak diuruskan. Tak boleh nak tiba-tiba je nak gi bercuti.


Agaknya, list you all's berapa panjang yea? 

Mac 17, 2014

COLOR OF THE YEAR 2014

Assalamualaikum....


Sejak tahun 2000, Pantone Color Institute™ telah menetapkan satu Color of the Year untuk menyatakan warna apa yang sedang trending dalam Zeitgeist global. Satu warna yang sedang popular di seluruh dunia,  PANTONE Color of the Year mencerminkan apa yang orang cari, apa yang mereka merasakan mereka perlu yang warna boleh membantu untuk menjawab. Tidak semestinya warna hot fesyen masa kini, tetapi warna menyeberangi semua bidang reka bentuk yang merupakan ungkapan perasaan, sikap, di pihak pengguna.

Warna untuk 2014? Menawan, ajaib dan mempesonakan Radiant Orkid. Jemputan untuk inovasi, moden dan serba boleh Radiant Orchid menggalakkan kreativiti dan keaslian. Disemai dengan keharmonian Fuchsia, undertones ungu dan merah jambu, Radiant Orchid memberi inspirasi keyakinan dan undertones cerah yang berpunca kegembiraan, kasih sayang dan kesihatan.





Since 2000, the Pantone Color Institute™ has been designating a Color of the Year to express in color what is taking place in the global zeitgeist. A color that will resonate around the world, the PANTONE Color of the Year is a reflection of what people are looking for, what they feel they need that color can help to answer. Not necessarily the hot fashion color of the moment, but a color crossing all areas of design which is an expression of a mood, an attitude, on the part of the consumers.

The color for 2014?  The captivating, magical and enchanting Radiant Orchid. An invitation to innovation, modern and versatile Radiant Orchid encourages creativity and originality. Imbued with a harmony of fuchsia, purple and pink undertones, Radiant Orchid inspires confidence and its rosy undertones emanate great joy, love and health. 















Mac 06, 2014

CARA TERBAIK MINUM AIR KOSONG

Assalamualaikum....






Kalau dulu doktora cakap kit akena minum plain water at least 2 litre per day. Tapi sekarang, doktor cakap sehari kita kena minum 3 - 4 litre per day. Untuk kesihatan dan kecantikan.



Nak kongsi juga cara minum yang baik ikut sunnah

a. Janganlah minum sekaligus seperti unta minum tetapi minum seteguk selepas seteguk (HR Tirmidzi)


b. Jangan bernafas di dalam bekas air bahkan jauhkan bekas air dari mulutnya dan bernafas. (HR Tirmidzi)

c. Jangan hembus di dalam air, lihat ke dalam air sekiranya terdapat sesuatu yang jatuh kedalamnya keluarkan ia. (HR Tirmidzi)

Daripada adab yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW ketika minum, apa yang ingin di jelaskan di sini adalah saranan supaya tidak bernafas ketika sedang kita minum. Daripada hasil penemuan sains, apabila kita bernafas dan menghembuskan nafas dari hidung kita ketika minum, maka kita mengeluarkan CO2 (karbon dioksida) yang mana apabila bercampur dengan air (H2O) ia akan menjadi H2CO3 iaitu sama dengan cuka yang menyebabkan minuman itu menjadi asid dan asid ini adalah tidak sesuai untuk kesihatan. Begitu juga anjuran supaya tidak meniup minuman sebabnya adalah sama.



Mac 05, 2014

TIPS UNTUK KULIT CERAH BERSERI

Assalamualaikum....

Ada banyak produk di kaunter yang boleh membantu kulit kita nampak berseri. Tapi saya ini jenis yang suka yang natural, especially tips yang mudah dan selamat. Untuk membantu mendapatkan kulit yang sihat dan berseri cara mudah, apa kata kita start menggabungkan buah-buahan dalam diet harian kita. Ianya boleh membantu menjadikan kulit kita berseri. 





1. Pisang

Pisang, yang kaya dengan Vitamin A, Vitamin B dan Vitamin E, bertindak sebagai agen anti-penuaan. Tips mudah : Menggunakan pisang lenyek baru dicampur dengan madu untuk kulit berseri. Ia adalah sumber yang kaya dengan serat, mineral, magnesium dan kalium, ia membantu dalam peredaran darah yang betul dalam badan kita dan membina imuniti dari dalam, sesuai dijadikan senk yang sihat.


2. Lemon
Ia mempunyai kandungan Vitamin C yang tinggi dan sifat pelunturan semula jadi menjadikannya pembersih baik yang mencerahkan kecacatan, parut jerawat, bintik-bintik dan warna kulit. Tips mudah : Mulakan hari anda dengan meminum 1 gelas air suam bercampur dengan sedikit jus lemon dan 1 sudu teh madu semasa perut kosong. Ini melawan selulit dan membersihkan kulit kita dari dalam.


3. Oren
Oren adalah sumber yang kaya dengan Vitamin C, dan dengan itu memperbaiki tekstur kulit. Ia menghilangkan kecacatan dan secara semula jadi melambatkan proses penuaan. Tips mudah : Kulit oren kering dalam bentuk serbuk di simpan dalam bekas kedap udara. Gunakan sebagai scrub sekali atau dua kali seminggu untuk kulit yang jelas dan berseri.


4. Epal
Epal merupakan antioksidan yang tinggi, mencegah kerosakan sel dan tisu dan kerja-kerja sebagai agen anti-penuaan. Ia membantu mengurangkan kedutan dan garis-garis halus membantu membersihkan usus. Tips mudah : Sapukan jus epal dicampur dengan sedikit madu pada muka anda; biarkan ia kering dan basuh. Ini adalah sangat baik hydrating face mask.


5. Betik
Kaya dengan antioksidan dan enzim yang dipanggil papain, betik boleh membersihkan kekotoran kulit dan membuang sel-sel kulit mati apabila digunakan pada kulit. Tips mudah : Gosok muka anda perlahan-lahan dengan bahagian dalam betik selama kira-kira satu minit untuk pengelupasan, membersihkan dan melembutkan kulit. Blend betik, tambah 2 sudu besar sama ada madu atau yogurt dan jadikan mask muka. Bilas dengan air suam selepas 20 minit dan disusuli pelembap muka.





Februari 26, 2014

MACAMANA NAK HILANGKAN KULIT KERING DI SIKU DAN LUTUT

Assalamualaikum.....

Ramai diantara kita yang mengalami kulit kering di bahagaian siku dan lutu sampai kadang-kadang jadi hitam. Untuk menghilang atau mengurangkan kesan kulit kering di bahagian siku dan lutut, salah satu cara yang sanggat menbantu adalah dengan menggunakan jus lemon.




Belah lemon kepada dua bahagian, kemudian gososkkan pada bahagian siku atau lutut. Kemudian tinggalkan lemon tersebut di siku atau lutut selama 10 minit. Kemudian basuh. 

Simple kan? 

Tips ini boleh digunakan untuk mengurangkan kesan jeragat jugak. Untuk menghilangkan jeragat di muka, jangan gosok kuat sangat pulak. Lain pulak jadinya nanti, terutamanya yang kulit sensitif.


Februari 25, 2014

TIPS MACAMANA NAK KURUS

Assalamualaikum.....

Kalau cek keywords untuk blog saya, selalu ada yang cari macamana cara nak kurus. Kita, terutamanya female adults, young adults pressured to keep slim. Macam-macam cara nak cuba nak kurus, kalau boleh nak cuba cara senang. Tak perlu buat apa-apa tapi kurus.

Susah tu. Apa kata try cara yang saya pernah cuba dan berkesan. Saya cuba masa sebelum kahwin, masa anak dara dulu. Mmemang berkesan, alhamdulillah. 


1. Satiap hari, bangun awal pagi. Dalam pukul 6 am mesti dah bangun. Bagi yang muslim, selepas subuh tu jangan tidur. Selepas breakfast jangan duduk rehat dulu. Buat apa-apa kerja rumah. Menyapu, mop, basuh baju. Apa-apa kerja rumah yang perlu banyak bergerak. Buat 15-30 minit. Kalau lebih lagi bagus.





2. Setiap kali makan pagi, tengahari, petang dan malam mesti dimulakan dengan buah dan diakhiri dengan buah terutamanya buah serat tinggi. Maksudnya, sebelum mula makan tu mula dengan makan buah dulu. Dah habis makan, makan buah lagi sebelum selesai makan.




3. Setiap kali makan nasi, ambil nasi tak lebih lima suap. Nak ambil lauk dalam portion yang biasa kita ambil boleh. Maksudnya portion nasi je yang kurangkan. Lauknya tak perlu kurangkan pun tak apa. Tapi janganlah sebab nasi dah kurang kita ambil lauk terover pulak. Even nak ambil desert pun boleh, tapi jangan berlebih-lebih pulak ok.





4. Exercise. Ni yang paling susah kan? Alasan kita tak ada masa dan malas. Saya pun malas. Tapi yang ini saya boleh buat. Cara saya, sambil tengok tv saya ber hula hoop. Saya tak pakai lah hula hoop tu, saya buat pergerakannya sahaja. Buatlah 5-10 minit. Nak lagi berkesan buat dari mula cerita sampai habis cerita. Kalau cerita tu dua jam sanggup? Hheeee...





Tips : Amalkan minum air limau, berfungsi untuk mengurangkan rasa lapar. Minum air limau sewaktu lunch dan dinner.




Tips ini lambat tapi selamat.


Februari 20, 2014

MACAMANA NAK HILANGKAN LINGKARAN GELAP BAWAH MATA

Assalamualaikum.....

Cara hidup kita sekarang ni yang membuatkan kita kurang tidur, kurang menjaga pemakanan menyebabkan kita senang dapat lingkaran hita, di bawah mata, atau dark circle under eye. 

dia sorang je yg cute kalau ada dark circle kat mata....


Ada banyak product di kaunter yang direka untuk mengatasi masalah ini. Tapi saya jenis yang lebih suka cuba cara natural tanpa chemical dahulu untuk menghilangkannya. Kalau tak berkesan juga baru saya cuba produk di pasaran.

Nak share sedikit tips untuk menghilangkan lingkaran gelap bawah mata yang senang dan murah. Review yang saya baca, semuanya membantu. 

Cuma semua tips ini tak semestinya sesuai dengan semua orang. Mungkin bila kita guna tips ini berkesan tapi orang lain guna tak berkesan dan sebaliknya ada yang kita guna berkesan tapi orang lain tak berkesan. Kena try and error mana yang sesuai dengan kita.


sumber : google







Februari 19, 2014

MACAMANA NAK PILIH WARNA LIPSTICK YANG SESUAI

Assalamualaikum.....

"If I had to teach someone just one thing about lip color it would be this: Find a lipstick that looks good on your face when you are wearing absolutely no makeup." -- Bobbi Brown, "Beauty"




Kadang-kadang, bila nak beli lipstick, kita selalu confuse nak pilih warna apa yang sesuai dengan kita. Bila nak beli lipstick, ada dua tips popular yang make up artist cadangkan kita ikut.

1. Pilih 2 tona lebih gelap dari warna bibir. 

Kebanyakan make up kaunter ada sample yang boleh kita try. So, try pakai lipstick pada satu bibir dan compare dengan lagi satu bibir. Kalau satu atau dua tona lebih gelap, mungkin warna ini sesuai untuk kita.

2. Kemudian, pastikan warna tersebut sesuai dengan warna kulit kita.

Untuk tips ini, lebih sesuai kalau kita try time kita tak pakai make up. Senang nak tengok sesuai tak dengan warna kulit kita. Ada 4 jenis warna kulit kita [skin tone]. Kulit cerah [Fair], sederhana cerah [Medium], gelap [Dark] dan kuning langsat [Olive].






Bagi yang menitikberatkan hasil kesesuaian pemilihan warna lipstick pada diri kita, bolehlah ikut tips mudah ini. Warna lipstick yang kelihatan cantik pada orang lain mungkin kurang sesuai dengan kita. Pilihlah dengan bijak supaya duit yang kita keluarkan dapat memberi hasil yang terbaik.

Tips ekstra : Kalau kita terbeli lipstick yang kurang sesuai jangan buang. Gunakan kreativiti kita untuk mix dengan lipstick yang lain. Tapi hati-hati mix the colors yea.








Februari 17, 2014

MACAMANA NAK ATASI MASALAH BIBIR KERING

Assalamualaikum.....

Dari dulu saya ada habit suka basahkan bibir sendiri sebab bibir saya selalu kering. Rupanya, dengan menjilat bibir sendiri membuatkan bibir jadi lebih kering. Sekarang ini dah tahu, saya try to avoid it as much as I can. Kadang-kadang terlupa jugak, sebab dah jadi habit kan.





Saya search macamana nak atasi masalah bibir kering atau chapped lips ini. Kesimpulannya, ada banyak tips yang simple yang murah untuk dicuba. Macam biasa, kena try and error tips yang mana sesuai dengan kita.

1. Sapukan coconut oil ke bibir beberapa kali sahari terutamanya bila cuaca kering dan panas.

2. Sapukan aloe vera setiap hari ke bibir.

3. Sapukan timun ke bibir yang kering. Ada yang cuba dan dapatinya sangat membantu mengurangkan bibir kering.

4. Sapukan campuran madu dan vasaline ke bibir. Biarkan seketika. Kemudian gunakan cotton ball yang dibasahkan dengan air suam untuk membersihkannya.

5. Yang penting sekali, minum air kosong secukupnya setiap hari. 2 -3 litre per day ok.



Cara saya atasi masalah bibir kering saya. Sebelum tidur saya akan exfoliate bibir saya yang kering dengan berus gigi [lepas gosok gigi], then saya sapukan lip balm atau pelembap bibir. 




Dulu saya letak vaseline, tapi sebab bila bangun pagi muka jadi berminyak, sekarang saya pakai Maybeline Baby Lip Lipbalm. Bila bangun pagi muka saya tak berminyak dan masalah bibir kering saya berkurangan.









Februari 04, 2014

SEGMEN : MY BEST ENTRY BUBBLYNOTES.COM

Assalamualaikum...

Akak join Cik Fara.... Minta2 Mr Random tu pilih akak la. Heeee... Good Luck untuk diri sendiri.


http://www.bubblynotes.com/2014/02/segmen-my-best-entry-bubblynotescom.html
Dah lama sangat kot Bubblynotes.Com tak melancarkan segmen...dan kini Tora datang lagi... ooopsss... salah pula... dan kini dengan ini saya lancarkan segmen ini khas buat rakan2 blogger di luar sana. *_^

Segmen: My Best Entry Bubblynotes.Com pernah dilakukan dulu sekali di SINI dan hari ini...segmen ini bermula dari, 4/2/2014 SEHINGGA 5/2/2014, jam 1.00 petang... Semua blogger tak kira yang baru atau lama, femes atau tak, retis atau tak dijemput untuk memeriahkan segmen ini... Tujuan? Nak rapatkan lagi silaturahim sesama kita, follow memfollow dan juga review entri2 terbaik dari blogger2 yang menyertai segmen ini yang dipilih oleh Pakcik Random.Org...

Hanya 4 Langkah Mudah Diperlukan:
1. FOLLOW blog Bubblynotes.Com
2. Buat entri bertajuk Segmen: My Best Entry Bubblynotes.Com
3. Copy coding yang telah disediakan ke dalam ruangan HTML dan Publish entry. Untuk copy coding di bawah ini, sila HIGHLIGHT semua coding dan tekan CTRL + C secara serentak.

4. Tinggalkan URL entry uols ke dalam ruangan komen entri ini.

PEMILIHAN PEMENANG:
1. 10 blog akan dipilih melalui Pakcik Random. (random.org)
2. Pemenang akan diumumkan pada 7/2/2014.
3. Para pemenang akan diminta untuk memberikan link satu entri terbaik mereka untuk direview oleh Cik Puan Bubbly dalam tempoh 3 hari dari tarikh pengumuman pemenang. If not... Pakcik Random akan roll the dice once again... ^_^

 

Disember 06, 2013

TIPS PAKAI PERFUME DAN SILKYGIRL SUGAR


Assalamualaikum.....

Minyak wangi favorite. Murah gila [RM 14.90], wangi-wangi manja [bau tak kuat sangat] dan yang paling penting tahan lama [kalau pakai malam ni esok pagi pun belum hilang lagi] especially kalau spray kat baju.

Puas hati.



Tips 1: Kalau spray kat pergelangan tangan, jangan gosok lepas tu. Biar dia kering sendiri. Kalau kita gosok kita merosakkan bau original dia.

Tips 2: Lepas mandi terus spray kat kulit badan time tengah basah-basah sikit tu. Biar kering sendiri.

Tips 3: Bau minyak wangi berubah ikut suhu. Kalau spray time panas tak sama baunya dengan bila spray time cuaca sejuk. Msred suka test minyak wangi msred yang mana sedap bila pakai time sejuk atau malam dan yang mana sedap bauya kalau pakai time siang atau bila cuaca panas.

Julai 12, 2012

TIPS PAKAI PERFUME

Assalamualaikum.....

Kebanyakan dari kita, terutamanya perempuan suka dengan wangian. Suka pakai perfume kan? Untuk self confidence, self esteem, basically untuk kepuasan diri sendiri.

Ada yang rajin bawak perfume dalam beg bila keluar, senang nak reapply. Ada yang tak rajin nak bawa keluar. Msred malas sikit nak bawa keluar, menambahkan barang dalam beg saja.





So, ini cara msred nak make sure wangiannya kekal lama. Msred suka, kalau ada duit lebih, beli fragrance set yang ada perfume, bath gel, lotion dalam bau yang sama.

Pakai semua bila nak keluar. Mandi pakai bath gel dalam set itu, bila dah mandi, sebelum pakai baju pakai lotion dari set yang sama juga. Bila lotion tu dah meresap, pakai perfume dekat badan.

Lepas pakai baju, kadang-kadang msred sembur dekat baju juga. Kadang-kadang tak. Tapi paling msred suka sembur dekat rambut ( bagi yang free hair saja). Kalau sembur dekat rambut, bau dia tahan paling lama. Sampai esok pagi pun ada lagi bau, kalau tak basuh rambut la.

Kalau yang suka sembur dekat pulse point (pusat nadi) macam pergelangan tangan dan leher, lepas sembur jangan gosok. Biar dia kering sendiri. Kalau kita gosok kita rosakkan bau asal dia.

Kalau msred guna cara ini, memang baunya akan tahan lebih lama kalau dibandingkan dengan kalau pakai perfume sahaja.



Davidoff Cool Water, favorite perfume msred. Bau dia lembut dan romantik. Sesuai nak pergi dating dengan husband.

Tips : Kita semua ada body odor sendiri yang unik. Bila nak beli perfume, beli bau yang sesuai dengan kita, yang mix well dengan our unique body odor. Jangan beli yang sesuai dengan orang lain, tak semestinya sesuai dengan kita.

Tips 2 : Perfume EDT sesuai sembur dekat baju, EDP lebih sesuai sembur dekat badan.

- Posted using BlogPress from my iPad

Jun 27, 2012

CARA HILANGKAN KESAN MINYAK DI MUKA

Assalamualaikum.....

Dah lama rasanya msred tak share beauty tips. Hari ini msred nak share tips nak kurangkan kesan minyak di muka bila kita keluar. Means that kita tak boleh atau sukar nak cuci muka dengan facial cleanser.

Cara ini memang msred suka sebab berkesan dan sesuai ikut even bila kita pakai make up.

Guna Oil Blotting paper or tissue. Jenama yang msred selalu pakai Johnson's and Johnson's atau ZA.





Cara yang betul nak pakai tissue ini adalah dengan dab kan tissue ke kulit muka. Jangan kesat tissue ke muka sebab nanti akan merosakkan kulit muka dan membuatkan muka bertambah berminyak. Selain itu, kalau kita kesat blotting tissue ke muka akan merosakkan make up yang kita pakai.

So, sentiasalah letak Facial Blotting Tissue dalam handbag. Senang nak guna bila-bila masa.


- Posted using BlogPress from my iPad

November 08, 2011

CARA PAKAI TONER YANG BETUL

Salam you alls,

Setiap malam sebelum tidur, kita mesti ada rutin kita sendiri kan? Ramai yang rajin follow rutin yang dia dah tetapkan. Ada juga yang kadang-kadang ikut, kadang-kadang tak. Bila dah penat sangat, terus tidur.




Rutin msred sebelum tidur lepas semua kerja rumah dah settle, biasalah.


1. Gosok gigi.... Kadang-kadang flos, tapi selalunya tak.
2. Cuci muka.... Kenalah nanti naik jerawat pulak.
3. Toner.... Sebab muka berminyak, memang kena pakai toner....
4. Creame malam.... Nak bagi lambat nampak tua, tepek banyak-banyak.... Hheeee
5. Mesti nak sembur minyak wangi.... Tapi sebab nak bawa tidur je, pakai yang murah je...
6. Bismillah..... Tidur...heaven betul....



Sebenarnya nak cerita pasal toner je. Nak bagi tips macamana nak pakai toner dengan cara yang betul. Ramai yang tak tahu cara pakai toner yang betul terutamanya adik-adik yang baru belajar nak pakai toner.

Cara nak pakai toner.... Selepas cuci muka dengan bersih, tuangkan beberapa titik toner atas kapas muka. Ramai yang sapu kapas bersama toner tu kat kulit muka. Siap sapu kuat-kuat lagi. Cara ini tak digalakkan terutamanya pada muka yang berminyak dan senang naik jerawat. Sebab cara ni akan buat kulit muka lagi berminyak. Fungsi toner pun untuk menutup liang roma yang terbuka masa kita cuci muka. Bukan nak bersihkan muka. Kapas tu kita cuma dab je kat kulit muka, bukan sapu kuat-kuat. Just tenyeh-tenyeh kat muka tak perlu kuat-kuat. Sebelum pakai cream tunggu sekejap sampai toner tu betul-betul meresap ke dalam kulit, then baru sapu Cream.

Kadang-kadang Msred pun bila time penat gila cuma buat step 1 dan 2 lepas tu terus step 6. Tapi jarang skip rutin ni. Selalunya mesti buat. nak cun kenalah rajin kan?




Ogos 21, 2011

TIPS WAJAH BERSERI

Salam you alls,

Dah nak dekat nak raya ni ada kawan msred siap pergi facial lagi nak bagi muka nampak cun time raya nanti. Beli make up barulah. Maklumah, perempuan. Muka mesti nak cun habis time raya. Nak pergi beraya bakal rumah mak mertua.

Msred pun nak jugak cun time raya nanti. Biar mr bf tengok cun jer msred ni walaupun dah anak tiga. Tapi msred tak de lah nak pergi facial bagai. Apa yang msred amalkan? Meh nak share.

Selain dari rutin biasa bersihkan muka dengan pencuci muka yang sesuai dengan jenis kulit muka kita dan sesuai dengan masalah muka, kalau ada, kadang-kadang msred cuci muka dengan air beras putih basuhan pertama. Sebab kulit muka msred separa berminyak (combination) air basuhan beras pertama yang paling sesuai. Kalau boleh pilih beras yang putih tu, yang nampak transparent tu. Petua nenek moyang ni.



Lepas basuh dengan air beras tu, jangan lupa bilas dengan air bersih. Jangan tinggalkan air beras tu kat muka, nanti keras pulak muka tu kang.

Lepas basuh dengan air beras ni, muka msred memang rasa fresh sangat. Minyak kat muka pun kurang untuk satu dua hari. Kalau minyak naik balik, basuh dengan air beras lagi.

Tapi msred bukan replace pencuci muka dengan air beras, cuma tambahan kepada rutin biasa. Muka tetap kena cuci dengan pencuci muka jugak.

Try la. Mana tau sesuai dengan you alls.

- Posted using BlogPress from my iPad

Ogos 04, 2011

GORGEOUS GLOWING SKIN IS YOURS

Salam you alls,

Suka gorgeous glowing skin? Tentu suka. Perempuan memang suka. Lelaki? Nak suka pun boleh. Kita share tips menjaga kulit muka supaya ia kelihatan cantik dan berseri.

1. Make sure cuci muka sebelum tidur. Jangan tunggu betul-betul dah nak tidur baru cuci nanti bila dah ngantuk sangat jadi malas. Research kata kulit muka repair itself best around 10 pm. So cucilah muka around that time sebelum tidur.
2. Pakai sunscreean at least SPF 15. Negara kita panas so sunscreen memang penting. Walau pun kita hanya duduk kat rumah, UV ray still can reach us. Sebaiknya walau kat rumah pun pakailah.

3. Be nice to your face. Jangan selalu sangat sentuh muka dengan tangan sebab tangan kita yang tak berbasuh mengandungi banyak bakteria. Kalau ada jerawat jangan picit dan ashik nak pegang je. Bakteria buat jerawat jadi lagi teruk.

4. Elakkan kulit muka jadi berminyak. Kita memang tak dapat hilangkan minyak kat muka tapi kita boleh kurangkan. Rajin-rajinlah guna blotting paper. Blotting paper tu jangan sapu tapi dab kat muka. Ramai yang tak tahu guna blotting paper ni. Dab jangan sapu.

5. Selalu bersihkan make up brushes untuk buang bakteria yang dah terkumpul. Basuh dengan mild soap atau beli sabun khas untuk bersihkan make up brushes. Make up sponge pulak jangan pakai banyak kali sangat. Lepas beberapa kali pakai buang sebab bakteria paling senang berkumpul kat make up sponge yang lembab.

6. Rajin-rajin basuh dan tukar sarung bantal. Bakteria yang terkumpul kat sarung bantal akan melekat kat muka kita masa kita tidur. 

7. Get your beauty sleep at night. Lapan jam tu cantiklah. Kulit kita akan baung toxin dari dalam badan waktu malam dan tidur malam yang cukup dapat mengelakkan mata panda. Tidur yang cukup mengurangkan stress, salah satu punca acne.

You alls, kalau nak cantik kena rajin and disiplin. Ada orang yang beruntung sebab dapat kulit yang tak banyak masalah. Walaupun dia tak jaga sangat muka dia tapi still ok. 

Tapi kebanyakan kita ni kena jaga muka sebab senang sangat dapat jerawat, selalu kusam dan tak bermaya. Kalau kita nak gorgeous glowing skin, rajin-rajinlah ikut routine penjagaan kulit yang sempurna.

Jun 13, 2011

KAREKTER BERDASARKAN BENTUK BIBIR

Salam you alls,

Jangan di layan Monday Blues tu ok....

Lunch Mc D. Tiga hari berturut dah layan Mekdi. Tolong bagi motivation kat msred supaya mengamalkan pemakanan yang sihat supaya boleh slim.

You alls percaya tak dengan melihat bentuk bibir ( perempuan ), kita boleh tahu keperibadian orang yang empunya bibir tersebut. Msre tak pasti lah betul ke tak tapi seronok gak baca and cuba tengok bentuk bibir kita dan betul tak kita berkeperibadian seperti yang digambarkan.


Bibir penuh
Perempuan berbibir penuh seperti Angelina Jolie  memiliki sifat berani dan percaya diri. Tidak ada yang lebih indah dipandang daripada bibir simetrik, yang membuat pemiliknya kelihatan uar biasa menarik.





Bibir lebar
Perempuan berbibir lebar seperti Anne Hathaway, memiliki sifat ceria dan banyak teman dengan minat berubah-ubah. Sebagai perfeksionis, mereka sangat sukses dan berbakat serta ingin menentukan nasibnya sendiri.

Bibir bulat
Perempuan berbibir bulat seperti Drew Barrymore, tertarik dengan eksplorasi, sedikit pemberontak dan petite. Mereka cantik dipandang, dan orang-orang secara alami tertarik karena pesona mereka yang lincah.

Bibir tipis
Perempuan berbibir tipis seperti Kate Hudson, cenderung intuitif, sensitif, dan berorientasi detail. Karena sikapnya yang manis, mereka sering dianggap pemalu dan pendiam.

Berbentuk busur (bow-shaped)
Perempuan dengan bibir berbentuk busur seperti Reese Witherspoon, cenderung independen, menggoda, dan ekspresif. Mereka tidak takut menghadapi hidup dan menikmati hal-hal yang mereka lakukan. Mereka tampil glamour dan tidak takut mengungkapkan pikiran dan menentukan nasib sendiri.

Melengkung ke bawah
Perempuan dengan bentuk bibir melengkung ke bawah seperti Renee Zellweger cenderung tertutup dan misterius. Orang-orang memandang mereka sebagai pribadi eksotis dan cerdas. Meski pun memiliki pesona menarik, mereka kadang-kadang pemilih dan sukar dipuaskan.


source : beautyriot.com 

Betul ke tak? Kena tak dengan you alls? 

Jun 06, 2011

LIPOSUCTION, BUANG 5 KG DARI BADAN DALAM MASA SEMINGGU

Salam my frenz….

How is your weekend my dear frenz? Having fun? Bored? My weekend? Nothing special, just playing Angry Bird on my I Pad and spend some quality time with my boys. Others than that, tv, food, cleaning, food, washing, food….hahahaaa…. I’m in love with food k. We can never be apart from each other.  Enough la with weekend.

Hari ni msred nak share cara-cara nak mengurangkan 5 kg dari badan you alls, eh badan msred. Ish…badan sape-sape lah yang dah masuk category overweight tu. Sesiapa yang ikut tips ni mesti dapat kurangkan 5 kg dalam masa seminggu. Kena ikut betul-betul.  Don’t cheat ok. Ok, lets we see what need to be done so that we can lose 5 kg in 1 week…

1. Jangan usik langsung nasi tu….
Kalau time keluar dating tu, rasa-rasa nak makan Nasi Ayam Penyet tu, jangan harap. Lupakan aje. Kalau boyfriend nak makan, you alls boleh join, tapi tengok je ok. Order air kosong dah. Lepas tu telan je air liur tengok boyfriend makan. Kalau dia cuba menghasut suruh you alls order makan sambil tersengeh-sengeh, you alls ugut dia nak break. Hahahaa…kalau berani la. Kalau tak berani, diam je sambil sumpah dia dalam hati. Kalau dah tahan sangat terliur tengok dia makan nasi ayam tu, order je soup kosong.

kalau nak lunch ke dinner, order air kosong je....heheee


2. Minum air kosong banyak-banyak …..
Air kosong boleh buat perut kita rasa penuh je. Orang lain minum air kosong 1-2 liter sehari, you alls minumlah satu tempayan ke, satu baldi ke sehari biar perut tu sentiasa penuh je, so tak boleh lah you alls nak isi makanan banyak-banyak. Janganlah minum satu tempayan tu sekali jalan. Msred kata satu tempayan satu hari ok. Jangan belasah satu tempayan sekali minum, nanti mabuk air kosong pulak. Bila rasa lapar je minum air kosong, rasa lapar je minum air kosong. Kalau rasa macam nak pengsan sebab dari tadi tak makan, you alls makan je buah epal hijau yang orang kata boleh bantu proses membakar lemak ni. Haa….epal hijau tu kalau you alls nak makan satu periuk sekali pon, silakan.

kalau bule habis semua ni, gerenti kurus....


3. Rajin-rajinlah jogging kat taman tasik Shah Alam….
Taman tasik Shah Alam tu contoh je. Janganla kalau you alls duduk Terengganu ke Kelantan ke you alls datang gak Tasik Shah Alam pas tu bila orang tanya kenapa jogging jauh sangat ni, you alls jawab msred suruh. Kena babab kang. Kalau orang lain jogging 3 kali seminggu 2 round tasik tu, you alls lari la 7 kali seminggu 4-5 round tasik tu. Kalau time tengah jogging tu ada pulak mamat-mamat kacau you alls jangan nak mengada nak layan. Kalau dia orang ajak gi pekena kopi you alls jawab je, dah janji ngan husband/wife nak quit coffee. Lepas t uterus lari jauh-jauh. Tu semua halangan you alls nak mengurangkan 5 kg dalam masa seminggu.

kalau nak kurus cam ni, lari satu Shah Alam....


4. Sebelum tu…..
Sebelum you alls memulakan uasaha nak mengurangkan 5 kg dalam masa seminggu, you all amek gambar ni, print besar-besar lepas tu tampal kat sebelah cermin you alls. Kalau rasa-rasa nak order Mc D set Double Cheeseburger tu, pergi berdiri kat cermin you alls yang sebelah cermin tu you alls dah tampal gambar  bawah, cer compare imej you alls kat cermin dengan gambar Cik Lisa. Lu piker la sendiri

Dah habis, you alls boleh lah cuba tips ni ya.

Before i go, let me tell you alls something, i've never tried this before....hheeee

Jun 01, 2011

CARA NAK KELIHATAN CANTIK DAN MUDA

Salam kawan-kawan...
Hari Isnin hari tu msred berkesmpatan pergi tengok movie bersama Mr BF. Kita orang tengok cerita Pirates of the Caribbean : On Stranger Tides. Entry ni. Dalam cerita tu, lanun-lanun tu sanggup buat apa sahaja untuk sampai ke Fauntain of Youth untuk mendapatkan air dari fountain tersebut yang dipercayai boleh mengekalkan keremajaan mereka sepanjang hayat. Sanggup bergaduh dan berbunuh sesama sendiri untuk mendapatkannya . Penting betul ya kelebihan kelihatan muda sepanjang hayat ni. 


ini bukan fountain of youth ya. tak perlu cari. gegurl itu bukan msred.

Tapi, sahabatku, tak perlu lah you alls bersusah payah cari Fauntain of Youth untuk kelihatan muda dan cantik selalu. Selain daripada amalkan petua kat sini dan kat sini ni, you alls boleh amalkan doa dan zikir yang msred dah tolong google kan ni.
  • Baca ” Ya Badiyah ” 1 x
  • Baca ” Ya Nur ” 1x
  • Baca ” Ya Hadi ” 1 x
  • Baca ” Ya Allah ” 3x
Amalkan membaca zikir ini dan tiup ke tapak tangan dan kemudiannya sapu ke muka kita setiap hari.
2. Amalkan membaca ayat2 seperti berikut ;
  • Baca ayat ke 35, 36, 37 dan 38 dari surah al-Waqiah pada tiap selepas solat subuh.
  • Selepas baya ayat2 ini, hembuskan pada air dan kemudian minum air tersebut
Kaedah ini adalah untuk rawatan dalaman supaya kelihatan cantik muda dan bertenaga luaran dan dalaman. InsyaAllah, dengan niat yang betul mesti menjadi punya.

ALL TIME FAVOURITE