Msred decided nak ikut Journal Prompts for Mom challenge seperti dalam entry, 31 DAYS JOURNAL PROMPTS FOR MOM. Day 5 punya topic Love this kid.
Love this kid
Bila dia orang ada di rumah, riuh rumah dengan suara dia orang, habis bersepah rumah, dapur ada kesan air milo tumpah, serpihan biskut. Sehari dua tiga kali sapu sampah kat rumah. Carpet dah gulung sebab dah tak larat nak vacum.
Kalau keluar pulak, Msred ashik terjerit panggil nama dia orang sebab dia orang akan berlari sana sini macam tak pernah jumpa tanah dan ini first time jumpa tanah. Lepas tu minta macam-macam, siap janji nak rajin baca buku dan ngaji, tapi bila time nak tunai janji,payah semacam.
Kalau pergi rumah orang, kejap-kejap Msred besarkan mata menrenung dia orang sebagai tanda amaran supaya ingat pesan mama, pergi rumah orang duduk diam-diam sopan-sopan jangan pergi sana sini usik barang orang.
Bila kita sedar kita sayang diaorang no matter what, bila dia orang pergi tidur rumah tok nenek. Rumah terasa sunyi je terbayang kalau dia orang ada kat rumah. Tanpa sedar kita tersenyum atau ketawa kecil sambil dalam hati bertanya, bila diaorang nak balik ni.
Gila tak sayang anak. Walau macamana nakal dan annoying pun dia orang, tetap sayang Iffan, Ian, Iman dan Cik Nen, infinity.
Check it out... !!!
4 ulasan:
betul lah tu
ibu mesti sayang anak2
kan...quality time....
Kerenah anak-anak boleh membuatkan kita pelbagai rasa. Kan msred... Fiza pun kalau di mall, sana-sini bekejar dengan Ain.
time mereka kecillah kita punya ms dgn diorg bila mereka dah dewasa nnt ms berkualiti tu semakin berkurangan kan
Catat Ulasan