Memaparkan catatan dengan label PARENTING TIPS. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PARENTING TIPS. Papar semua catatan

April 24, 2018

WOULDN'T TRADE IT FOR THE WORLD


Assalamualaikum,

Msred decided nak ikut Journal Prompts for Mom challenge seperti dalam entry, 31 DAYS JOURNAL PROMPTS FOR MOM. Day 31 punya topic, Wopuldn't trade it for the world.

https://pascalcampion.deviantart.com/
art/Burbank-2015-Thanksgiving-574494986


Dah cukup 31 hari 31 entry journal prompts for mom challenge yang Msred join. Tak dapat nak buat hari-hari. Ada skip juga. Maklumlah, kekangan masa. 

Kesimpulan dari challenge ini, walau macamana penat jadi mama, macamana stress dengan kerenah anak-anak, macamana kelangkabut jadinya hidup Msred. Kehidupan Msred sebagai mama kepada Iffan Daniel, Ian Suami, Iman Zary Haqimie dan Nur Naznin Najiha. I am grateful and wouldn't trade it for the world or anything else. Alhamdulillah for everything.

Insert untuk this week punya planner.






April 23, 2018

MY MORNING VIEW

Assalamualaikum,

Msred decided nak ikut Journal Prompts for Mom challenge seperti dalam entry, 31 DAYS JOURNAL PROMPTS FOR MOM. Day 30 punya topic, My morning view.


http://www.ebaumsworld.com/pictures/photos-that-will-satisfy-
your-inner-perfectionist/85176042/?image=85176047


Setiap hari rutin Msred lebih kurang sama saja. Kalau hari sekolah, bangun pagi mandi, solat, ngaji, kejut anak-anak, prepare simple breakfast, breakfast, hantar suami dan anak-anak depan pintu, salam, cakap babai, tutup pintu rumah, layan baby Cik Nen pulak sampai dia tidur balik. Time ni cepat-cepat buat kerja rumah, prepare nak masak makan tengahari. Then kalau ada masa barulah dapat buat journal atau scrapbook. 

Gitulah keadaannya setiap pagi. Bangun pagi je terus bayangkan 'to do list' dalam kepala ikut turutan. Terus cergas takde masa nak bangun dengan tenang, lepak dulu atas katil 5 or 10 minit, termenung dalam bilik air, bersolek depan cermin lama-lama. By the time anak-anak dan suami keluar, dah penat. Hahaa... cepat sangat penat sekarang ni. Tanda penuaan makin ketara. Gitulah. Alangkah bestnya kalau dapat bangun pagi tapi pantai tengok matahari naik sambil minum kopi di beranda. Kalaulah....


April 16, 2018

FAMILY VACATION

Assalamualaikum,

Msred decided nak ikut Journal Prompts for Mom challenge seperti dalam entry, 31 DAYS JOURNAL PROMPTS FOR MOM. Day 29 punya topic, Family vacation.



http://www.topinspired.com/top-10-most-exotic-
photos-of-the-maldives-islands/?pp=1

Keluarga Msred jarang pergi bercuti tapi kalau Sesekali dapat pergi selalunya pilih pantai. Anak-anak suka main air Dan Msred sangat suka pantai. Salah satu impian Msred ialah dapat duduk di pekan yang kecil berhampiran pantai dimana Msred dapat naik basikal jalan-jalan di pantai. Bangun pagi dengan bunyi ombak. Tidur malam didodoi bunyi ombak dan angin pantai.

Shopping lagi. Tapi kecil-kecilan je. Jemput tengok video. Terima kasih.


DOCUMENT YOUR DAYS


Assalamualaikum,

Msred decided nak ikut Journal Prompts for Mom challenge seperti dalam entry, 31 DAYS JOURNAL PROMPTS FOR MOM. Day 28 punya topic, Document your days.



Setiap momen istimewa keluarga Msred, sangat Msred hargai. Msred suka jurnal kehidupan Msred secara bertulis. Ada yang dah tahu macamana Msred jurnal. Msred jurnal momen penting setiap hari dalam Traveler's Notebook. Kira highlight of the days Msred akan tulis dalam jurnal ini. 

Traveler's Notebook dari Traveler's Company




Dan jurnal yang lebih details dan lebih personal msred tulis dalam traveler's notebook passport size ni. Yang ink rahsia for my eyes only. Kalau nak baca kena tunggu Msred dah takde dulu.




Dan kadang-kadang bila rasa nostalgik, Msred suka belek-belek dan baca-baca balik jurnal Msred sambil tersengeh sorang-sorang atau menangis sorang-sorang. 

Msred menang giveaway kat Instgram @little_kawaii_shop last 2 weeks. Hari Jumaat lepas goodies untuk plannernya sampai. Super cute super kawaii. Jom tengok video bawah.




April 13, 2018

REMEMBERING THESE DAYS

Assalamualaikum,

Msred decided nak ikut Journal Prompts for Mom challenge seperti dalam entry, 31 DAYS JOURNAL PROMPTS FOR MOM. Day 27 punya topic, Remebering thses days.





Sejak berhenti kerja dan jadi full time mama ni, memang masa untuk anak-anak je lah. Kalau husband balik kerja selalunya ada saja cerita anak-anak nak disampaikan pada husband. Cerita Iffan, Ian, Iman dan Cik Nen. Ada sahaja momen yang berharga untuk dikongsi dengan husband dan yang Msred pasti akan jadi kenangan yang selalu Msred ingat. Nanti bila dah tua, momen-momen inilah yang jadi topik perbualan Msred yang masa tu mungkin dah jadi grandmama. Bukan sahaja momen yang indah, kelakar, mengembirakan, tapi juga momen menyedihkan, menjengkelkan dan menyakitkan hati. Momen-momen yang kita kumpul inilah juga yang define siapa kita nanti dan macamana cara kita meneruskan hidup.

Pada Msred, penting bagi Msred untuk mengingati momen Msred dengan anak-anak dan keluarga supaya dapat menemani perjalanan hidup Msred sebagai penghibur, peringatan dan pengajaran. I'll treasure every moment that I have with my family, good or bad. They are equally important. 



Video baru di youtube channel. Terima kasih pada yang tonton, like dan subscribe. Thank you so much. Hugs!! [Perempuan je hugs]



April 11, 2018

I'D RATHER BE

Assalamualaikum,

Msred decided nak ikut Journal Prompts for Mom challenge seperti dalam entry, 31 DAYS JOURNAL PROMPTS FOR MOM. Day 26 punya topic, I'd rather be.

Picture : Pinterest
.

Kadang-kadang datang juga rasa rindu pada kehidupan masa anak dara. Bukan nak jadi muda balik. Cuma rindu kehidupan kurang komitmen. Masa tu komitmen hanya pada diri sendiri selain dari pada mak abah. Lebih mudah kurang serabut. Tenang je hidup dengan rutin harian yang teratur. 
.

Sekarang ini, komitmen bertambah besar Dan berat tak boleh nak fikir diri sendiri he, tak boleh nak dulukan diri sendiri. Priority dah berubah, rutin dah tak tenang dan tak teratur, masa untuk diri sendiri susah nak dapat, kalau ada pun sekejap-sekejap. Penat, emosi, fizikal dan mental. 
.

Tapi kalau diberi pilihan, Msred tetap akan pilih kehidupan sekarang, sebagai mama kepada anak-anak Msred dan isteri bapa kepada anak Msred. 
.

Kenapa? Suka sangat dapat jadi Mama dia orang, 3 budak lelaki nakal dan sorang baby perempuan yang manja dan lasak subhanallah. Kalau takde dia orang, Msred tak kan jadi sekuat, sesabar, setabah sekarang. Kalau takde dia orang tentu Msred masih manja duduk bawah ketiak mak semua pun tak tahu nak buat sendiri. Dengan adanya dia orang hidup ada tujuan yang lebih baik dan diisi dengan benda yang berfaedah. So, status sebagai Mama kepada anak-anak Msred menjadikan hidup Msred Lebih baik. InsyaAllah.
.
.
Di bawah ni video terbaru di YouTube channel Msred. Video kedua untuk minggu ini. Jemput tonton. Kalau suka like la dan jangan lupa subscribe. Dan di IG @myadeek sekarang ada flash sale. Jemput visit, link ada kat tepi kanan. Thank you so much for your support. 





April 06, 2018

MOM KNOWS BEST

Assalamualaikum,

Msred decided nak ikut Journal Prompts for Mom challenge seperti dalam entry, 31 DAYS JOURNAL PROMPTS FOR MOM. Day 25 punya topic, Mom knows best.



Iffan Daniel anak Msred yang first tu, 12 tahun, ngikut jejak langkah Papa dia suka bersukan. Papa dia dulu aktif sukan penuh selemari dengan piala, pingat dia. Iffan dalam team bola sepak sekolah dab rugby sekolah. Kalau ada sukaneka sekolah confirm join. Baguslah tu dia suka bersukan daripada melepak buat benda lain yang tak bagus. Masalahnya dia ni bila dah bersukan aktif sangat malam dia cepat tidur. Weekend pun suka tidur je. Pelajaran dia sedikit terganggu. 
.
.

Msred suka dia aktif sukan tapi kalau sampai ganggu pelajaran Msred tak setuju. Dilemanya, patut ke Msred suruh Iffan pilih satu je, bola sepak ke rugby dan limitkan aktiviti sukan dia? Supaya pelajaran tak terganggu. Mana Lebih baik? 
.
.

Orang selalu cakap Mom knows best. Dia lebih tahu mana yang baik untuk anak dia. Bagi Msred selalunya memang betul. Tapi Msred tak suka gunakan itu sebagai pengukuh kuasa ibu tentukan apa yang terbaik untuk anak dia. Kita Muslim tahu cuma Allah yang tahu apa yang terbaik. Kadang-kadang kita rasa benda itu terbaik tapi bila kita laksanakan ada pulak kesudahan yang kurang baik. Sebaiknya, kita discuss baik-baik dengan anak macamana nak pilih yang terbaik, istikharah kalau perlu, lebih-lebih lagi kalau isunya besar, doa harap yang terbaik untuk dunia akhirat dan redha dengan setiap ketentuan Allah. Kita tak tahu apa yang terbaik, cuma Allah yang tahu. Dia minta petunjuk. Itu lebih baik. Cuba kita sama-sama belajar. InsyaAllah.

April 05, 2018

MY FAITH

Assalamualaikum,

Msred decided nak ikut Journal Prompts for Mom challenge seperti dalam entry, 31 DAYS JOURNAL PROMPTS FOR MOM. Day 24 punya topic, My Faith.






Pinterest

Ibubapa zaman sekarang lebih mudah nak pantau anak-anak di sekolah. Dari tempat kerja pun boleh pantau. Senang bila ada WhatsApp group sekolah dan kelas anak-anak. Semua info boleh terus salur dari atau kepada ibubapa. Alhamdulillah.

Tadi pagi, ada ibu yang anaknya belajar sekolah agama KAFA sama dengan anak-anak Msred, minta tolong ustazah tengokkan anaknya di sekolah sebab selalu kena kacau dengan abang darjah 2 Syukor. Terus Msred rasa risau sebab 2 syukor tu kelas anak Msred, Iman. Risau kalau anak Msred yang ganggu anak ibu tadi. Manalah tahu.

Selain dari risau anak-anak Msred kena ganggu atau kena buli, Msred juga risau kalau anak Msred yang mengganggu Dan membuli orang lain. Malah bagi Msred itu lagi merisaukan. Tapi Msred selalu berdoa supaya anak-anak Msred tak kena ganggu dan doa juga supaya anak-anak Msred tak buli orang lain. Msred percaya Allah akan makbulkan doa Msred untuk melindungi anak-anak Msred dari melakukan sesuatu yang Allah murka atau tak suka. Kalau doa kita ikhlas dan bersungguh-sungguh, tentu Allah akan makbulkan. Kecuali kalau itu memang ujian kita. Tapi kita kena jangan berhenti berdoa. Jangan berhenti sampai bila-bila. 

Semuga adik tadi tu dilindungi dari benda-benda memudaratkan. 


April 03, 2018

PERFECT DAY

Assalamualaikum,

Msred decided nak ikut Journal Prompts for Mom challenge seperti dalam entry, 31 DAYS JOURNAL PROMPTS FOR MOM. Day 23 punya topic, Perfevt day.



Pinterest



Setiap malam sebelum tidur Msred akan menulis dalam journal Msred. Selalunya tulis highlight of the day dan apa perasaan Msred hari tersebut. Macam summary, conclusion. Dah jadi habit. Cuma kadang-kadang kalau penat sangat Msred terus tidur tak sempat nak journal. 

Bila bercakap pasal perfect day untuk seorang mak, tak pastilah nak define macam mana. Cuma kalau ada keizinan Allah, Msred suka kalau dalam sehari tu ada balance untuk diri sendiri dan untuk keluarga. Untuk dunia dan akhirat. Suka kalau dapat mulakan hari dengan aktiviti untuk prepare bekal, untuk akhirat. Kemudian, jalankan tanggungjawab untuk keluarga. Petang bila anak-anak dah pergi sekolah dan baby Cik Nen dah tidur, untuk hobi Msred, membaca, art journal atau just journal. Sekejap saja, sebelum Cik Nen bangun. Petang malam sambung tanggungjawab jaga keluarga, lillahitaala. Malam pulak family time depan tv ke atau main game sama-sama sebelum tidur. Biasanya Msred tidur cepat. Kadang-kadang tak sempat family time. 

Dan kalau dapat seminggu atau dua minggu sekali, berendam dalam bath tub sambil membaca tampa gangguan sesiapa pun sampai selesai atau puas berendam, Alhamdulillah sangat-sangat. Yang ini angan-angan, belum pernah jadi kenyataan. Sebab Kat rumah takde bath tub dan masa sendiri tampa gangguan tu susah nak dapat.

So kesimpulannya, dalam sehari tu kalau Msred dapat beramal, ada masa untuk keluarga dan masa untuk diri sendiri, dapat berendam dalam bath tub tampa gangguan, alhamdulillah, sempurna dah bagi Msred. Kalau dapat. Tapi, Msred tetap hargai my not so perfect day juga. Janji dengan keluarga. Alhamdulillah.

And lastly, thank you for your support to watch and subscribe my channel. Ni ada video baru. Macamana Msred decorate planner Msred. Have fun!!!









April 02, 2018

IS IT BEDTIME YET

Assalamualaikum,



Msred decided nak ikut Journal Prompts for Mom challenge seperti dalam entry, 31 DAYS JOURNAL PROMPTS FOR MOM. Day 22 punya topic, Is it bed time yet.



source http://www.insomniatips.info/the-most-frequent-insomnia-causes/



Msred mama kepada 3 orang anak lelaki umur 12 tahun, 9 tahun dan 8 tahun, dan sorang anak perempuan 11 bulan. Msred tak tahulah mama lain tapi Msred penat sangat menguruskan keluarga. I am not gonna lie, memang penat. Lebih-lebih lagi surirumah sepenuh masa. Kerja physical tu boleh kata non stop. Masa Msred boleh duduk-duduk rehat tu terhad. Bukan takde langsung, tapi terhad. 

Bila pagi baru bangun tidur tu boleh tahan lagi, bateri baru charged. Penuh lagi. Laju je buat kerja. Bila dah petang mula pancit dah. Bateri tinggal kurang dari half. Kerja tetap kerja, sambung shift malam pulak. Husband day balik, so kena prepare dinner dan keperluan sekolah untuk besok. Kadang-kadang tengok TV bila semua kerja dah settle, boleh ternganga terlelap. Ashik tanya bila boleh rehat ni, bila boleh tidur ni? Dah lah Msred jenis tidur awal. Nak tengok TV pun malas Rasa nak terus tidur. Tapi kenalah teman kalau husband nak tengok TV. Bertabahlah. Kalau takleh tahan memang tidur dulu lah jawabnya. Itu pun kadang-kadang dah nak tidur ni tiba-tiba teringat ada benda tak buat lagi. Kadang-kadang bangun buat jugak kadang-kadang, lantaklah. Kalau benda tu tak penting. Kalau dah pukul 10 ke 11 malam, tidur tu lagi penting. So, bye bye, see you tomorrow.


Video cute yang baru untuk korang. Thank youi for watching and subscribing!!


Mac 29, 2018

JUST FOR MOM

Assalamualaikum,
Msred decided nak ikut Journal Prompts for Mom challenge seperti dalam entry, 31 DAYS JOURNAL PROMPTS FOR MOM. Day 21 punya topic, Just for mom.



pinterest


Hari ini, pagi lagi Iffan (anak lelaki pertama, 12 tahun) dah moody. Minggu ni tiap-tiap petang dia ada latihan bola kat sekolah. So dia penat sikit. Petang semalam ada game dari 2.30 petang. Bangun pagi dah moody siap kata nak ponteng sekolah sebab nak tidur. Sabar je lah. Kalau ikutkan hati nak je marah dia main bola. Nak je suruh dia berhenti main bola kalau tak larat. Tapi sabar je. 

Msred tak nak dia ingat Msred tak support apa dia buat. Msred tak nak dia sangka Msred pentingkan diri Msred ashik nak ikut plan Msred je. So, kenalah lembutkan suara pujuk dia. Payah juga nak pujuk anak bujang sorang ni. Msred nak anak-anak Msred percaya yang Msred akan support dia orang buat apa saja selagi benda tu tak salah dan melanggar hukum Allah. Supaya walau apa dia orang nak buat, dia orang tak rasa takut atau rasa tak best nak beritahu Msred. Supaya tak ada rahsia. InsyaAllah, senang nak pantau aktiviti dia orang. Ini tips Msred nak share dengan mak-mak semua. To raise a kids in todays world is a big challenge, sometimes it's scary. Semuga Allah permudahkan. Amin.

Lastly, semalam Msred upload video baru do YouTube. Nanti tengok dan subscribe ok. Terima kasih.










Mac 28, 2018

IT'S TOO QUITE

Assalamualaikum,

Msred decided nak ikut Journal Prompts for Mom challenge seperti dalam entry, 31 DAYS JOURNAL PROMPTS FOR MOM. Day 20 punya topic, It's too quite.



It's too quite


source http://theeverygirl.com/2018-bucket-list/



Routine harian Msred agak berubah mulai hari ini sebab husband tukar kerja dari kerja duduk pejabat 7-5 kepada kerja di luar pejabat dimana waktu dia keluar dan balik kerja dah barulah. Tak ada jadual tetap. 

Sebelum ni, waktu pagi lepas anak-anak dah pergi sekolah, Cik Nen tidur tinggal Msred sorang rasa sunyi. Bila the boys (3 orang anak lelaki Msred) ada rumah, pening dengar pening tengok. Tak boleh duduk diam. Ada je perangainya. Msred ashik suruh dia orang duduk diam-diam kalau boleh gerak pon tak boleh. Nanti ada je nakalnya. Masalahnya bila dia orang takde pergi sekolah ke tidur rumah atok ke, rasa sunyi pulak. Ashik tertanya-tanya bila lah dia orang nak balik. Bila nak balik. Bila dah balik gaduh manja balik. Lol!!!

Untuk isi masa sunyi tu Msred selalu tulis journal, art journal atau membaca. Kalau tak, memang bosan dan sunyi sorang-sorang. Tak biasa sunyi-sunyi ni.





Mac 27, 2018

WHERE IS THE COFFEE

Assalamualaikum,

Msred decided nak ikut Journal Prompts for Mom challenge seperti dalam entry, 31 DAYS JOURNAL PROMPTS FOR MOM. Day 19 punya topic, Where's the coffee.

Where's the coffee


source http://ultimatecoffeecup.com/coffee-time
/fantastic-coffee-advice-can-start-using-today/


I am addicted to coffee. Dah tahap kronik. Selalu beli instant coffee, guna 2 sachet dalam 1 mug. Officemate pun risau tengok Msred Kat office sehari 3 hingga 4 kali minum strong coffee. Msred tahu bahayanya tapi selalu ignore. Msred memang suka coffee dan Msred perlukan coffee untuk function kat office. Kalau tak ngantuk je. 

Tapi tu dulu, waktu kerja. Msred dah lama berhenti ambil coffee. Malah Msred dah tak minum caffeine, air sejuk. Dah panting, tak boleh minum dah. Kalau ngantuk tidur je sekejap. Kalau tak, tahan je. Mula-mula berhenti memang struggle. Susah nak adapt. Lama juga berhenti baru ok. Sekarang ni, I don't need coffee anymore. Sesekali rindu nak minum, bila terbau aroma coffee yang menusuk hiding. Tapi tak boleh minum, bau sajalah. 

Sekarang ni, kalau penat jadi mama, Msred tak cari coffee dah. Cari time dan cara nak rehat dan relax waktu siang. Satu hari dapat chill setengah jam pun dah cukup, Alhamdulillah. Bila tidur malam memang pengsan. Cik Nen (my 11 month baby) belum tidur, Msred dah pengsan dulu. Nasib baik Husband ada tolong jaga Cik Nen sampai dia tidur. 

So coffee, you can go away now. I will miss you of course. 




Gorgeous!! Jemput tengok video baru Msred. Jangan lupa subscribe k. Thank you so much!!











Mac 26, 2018

STAY AT HOME MOM PROBLEM

Assalamualaikum,



Msred decided nak ikut Journal Prompts for Mom challenge seperti dalam entry, 31 DAYS JOURNAL PROMPTS FOR MOM. Day 18 punya topic, Stay at home mom problem.


Stay at home mom problem

source http://vintageborn.tumblr.com/post/147509038541/
simply-divine-creation-mary-lauren



Sebelum Msred buat keputusan untuk berhenti kerja dan jadi surirumah memang fikir panjang. Msred suka jaga anak sendiri tampa upah orang, suka pergi ambil dia orang dari sekolah, suka ajar sendiri dia orang buat kerja rumah, suka tengok TV sama-sama. Tapi Msred juga suka bekerja. Suka challenge yang ada dalam setiap kerja. Suka meeting, suka work deadlines, suka jumpa kawan sekerja. Sayang sangat nak tinggalkan kerja. Tapi atas sebab peribadi dan kesihatan, terpaksa juga. 
Yang buat Msred berat hati nak berhenti kerja selain sebab di atas, Msred juga tahu apa kesannya kalau jadi surirumah, stay at home mom.

Work related challenge yang Msred selalu hadapi, tak dapat nak rasa lagi. Msred jenis goal oriented person. Memang suka setting goals dan proses untuk capai goals tu membuatkan Msred happy. Seronok setiap kali dapat capai matlamat walau sekecil mana pun. Kalau SAHM ada juga goals. Tapi macam sama je hari-hari atau setiap bulan. 
Selain itu, duit sendiri. Perasaan dapat duit sendiri tu memang best. Tak sama dengan dapat duit dari orang lain, dari suami. Tak ada challenge. Ke ada juga challenge nak dapatkan belanja dari suami? Lol!

Last but not least, tak dapat guna ilmu yang ada sambil cari ilmu yang baru. Otak jadi lemah sebab tak banyak guna. Lagi pun rugi belajar tinggi tapi tak gunakan ilmu yang ada. Bukannya murah belanja belajar sampai universiti. Mak Msred pun ashik tanya bila nak kerja, maklumlah Msred belajar dulu dia yang sponsor. 
Disebab kan faktor ni, sekarang ni Msred selalu rasa rindu nak kerja semula. Seronok jadi Mama sepenuh masa, tapi kerja pun seronok. Tak pasti mana yang terbaik untuk Msred. Semuga Allah tunjukan Jalan. Amin.



Mac 23, 2018

MOTHERHOOD UNPLUGGED

Assalamualaikum,



Msred decided nak ikut Journal Prompts for Mom challenge seperti dalam entry, 31 DAYS JOURNAL PROMPTS FOR MOM. Day 17 punya topic, Motherhood unplugged.

Motherhood unplugged

source Pinterest


Motherhood unplugged maksudnya lebih kurang inisiatif kita untuk meninggalkan dunia cyber untuk beberapa waktu supaya kita dapat habis kan masa dengan anak kita tampa gadget, electronics dan internet.

To be honest, jarang sangat Msred dapat spend time dengan anak-anak tanpa gadget dan internet. Keinginan nak buat selalu dan jadikan routine memang ada, cuma nak laksanakan agak sukar. Itu hakikatnya. Bila dah terbiasa dengan gadget dan internet sejak dari sebelum kawin, nak tinggalkan memang susah walaupun sekejap. Bila buat kerja rumah saja tak guna semua tu. Nak tinggalkan TV mudah bagi Msred sebab memang malas tengok TV sekarang ni. Tapi handphone susah sikit. Tangan gatal saja nak pegang handphone. 

Walaupun tahu  masa berkualiti dengan keluarga penting, tapi ramai antara kita kurang laksanakan. Masa berkualiti tau, bukan masa dengan keluarga sahaja. Masa yang di habis kan secara berkualiti. Plan memang ada dalam kepala. Kena berusaha nak laksanakan jadikannya realiti. Sebelum anak-anak rasa gadget lagi penting dari masa berkualiti bersama keluarga. 



Mac 22, 2018

31 DAYS JOURNAL PROMPTS DAY 16 : MOMMY TIME

Assalamualaikum,



Msred decided nak ikut Journal Prompts for Mom challenge seperti dalam entry, 31 DAYS JOURNAL PROMPTS FOR MOM. Day 16 punya topic, Mommy time.

Mommy time


credit as on picture


Sebenarnya sejak ada orang panggil mama ni, Msred tak dapatlah nak merasa me-time sangat. Susah nak dapat masa untuk diri sendiri tampa perlu mendengar ada budak kecik sibuk panggil. Mama! Mama! Bau nak duduk dah dengar Mama! Baru nak tengok TV dah dengar Mama! lagi. Kadang-kadang tu buang air besar pun kena berhenti sebab ada budak panggil Mama! Berpeluh hidung melayannya. Cuma bila Iffan, Ian dan Iman dah besar, barulah sempat habis buang air besar. Lol!!!


Lama jugaklah relax sikit. Bila dapat pulak budak kecik bongsu, Cik Nen tahun lepas. Keadaan tu berulang lagi. Nak buang air besar pun kena plan pukul berapa.

Sekarang ni bila Cik Nen tidur dan semua kerja rumah dah siap, sempatlah Msred melayan minat Msred sejak dulu lagi, scrapbook dan art journal. Sesiapa yang dah mengikuti blog Msred sejak awal tahun 2018 dan dah tengok Youtube Msred, tahu apa yang Msred suka buat bila Cik Nen tidur. Art journal mostly. Release tention, soul therapy bila dapat menulis segala terbuku di hati, dan having fun dengan washi tape dan stickers yang cute-cute. 

Kepada sesiapa yang nak tengok contoh boleh tengok-tengok IG msred, link kat tepi kanan. 

Selain dari crafting, Msred suka baca novel horor, action dan mystery. Cuma bila dah start membaca tu susah nak berhenti dan kena cari satu masa yang panjang untuk duduk diam-diam baca, jadi susah sikit sebab masa free Msred yang beranak kecil ni sikit dan kejap-kejap je. Kadang tu satu buku pun ambil masa berminggu nak habis. Kalau baca banyak sangat berhenti, tak berapa best jadinya.

Gambar atas tu gambar washi tape bagi yang tak tahu. Siapa nak tengok collection washi tape Msred?







Mac 21, 2018

31 DAYS JOURNAL PROMPTS DAY 15 : HUBBY LOVE

Assalamualaikum,

Msred decided nak ikut Journal Prompts for Mom challenge seperti dalam entry, 31 DAYS JOURNAL PROMPTS FOR MOM. Day 15 punya topic, Hubby love.


Hubby love


credit as stated


Husbang Msred serious tak romantik. Kadang-kadang rasa nak tarik-tarik je misai dia ke bulu kaki dia ke blur 24 jam. Tak paham orang perempuan kesnya. Lol!! Dari zaman bercinta sampai dah anak empat, tak berapa romantik bapak si Iffan ni. Walau apa pun, syukur ada suami, ada orang nak kat Msred. Lol.

Tapi bila kadang-kadang tanpa disuruh dia buat benda-benda ni, buat Msred tersengeh malu tapi happy dalam hati.

Bila dia tanpa disuruh kata, " Meh sini picit-picit sikit."
Bila tanpa diminta dia mengoffer "Malam ni mail masak." [nama dia Pak Mail, lol]
Bila tak disangka-sangka dia usap kepala, tak kata apa-apa.
Bila baru balik berjalan dia mengreflexologikan kaki Msred. [Dia pernah belajar urut reflexology katanya]
Bila tanpa diminta dia bawak balik kueh kasui buat Msred berbuka puasa sebab tahu Msred mesti nak kasui bila berbuka.
Kadang-kadang Msred tertanya-tanya, sebenarnya dia ni romantik ke tak?
Korang rasa?









Video baru di youtube. Siapa belum subscribe? hahaa... Kalau suka subscribe lah, tahnk you.

Mac 20, 2018

31 DAYS JOURNAL PROMPTS DAY 14 : BIRTH STORY

Assalamualaikum,



Msred decided nak ikut Journal Prompts for Mom challenge seperti dalam entry, 31 DAYS JOURNAL PROMPTS FOR MOM. Day 14 punya topic, Birth story.


Birth story





Mengandung, bersalin, dukung bayi kita untuk pertama kali, adalah salah satu journey yang sangat kita hargai dan selalu buat kita rasa teruja dan terharu. Seronok dapat anak. Seronok betul. Teringat masa first time diberitahu yang Msred mengandung anak pertama 12 tahun dulu, Msred tak boleh berhenti senyum. Tersengeh saja sepanjang hari, bukan sepanjang hari, sepanjang minggu. Sengeh sorang-sorang, membayangkan diri sendiri dukung bayi sendiri. Perasaan pertama kali dukung bayi yang ada rupa kita.

Cantik image tu kan?

Cerita pasal bersalin, cuma satu saja nak cerita. Keempat-empat anak Msred keluar normal. So, setiap kali lepas bersalin, masa dalam labour room lagi, Msred selalu cakap dengan diri sendiri, 'lepas ni aku tak nak beranak lagi.Tak nak dah.' Dari anak pertama sampai yang ke empat, setiap kali lepas bersalin mesti timbul rasa gerun nak bersalin lagi dan bertekad tak nak bersalin lagi. Tapi, rupanya keluar lagi 3 bayi. Hahahaa...

Lepas lahir bayi no empat Msred tahun lepas, Msred harap biarlah yang ini last. Umur pun dah nak masuk 4 siries dah. Tapi, Allah is the best Planner, so just wait and see dan berharap yang terbaik saja.


Kita semua tentu ada masalah stress, cuma bezanya ada yang teruk dan ada yang sikit je dan still manageable. Salah satu cara Msred bertenang, release tention and having fun ialah buat art journal. Jangan lupa usha video baru Msred di Youtube. Jangan lupa subscribe yea, thank you. HUGS!!!







Mac 19, 2018

31 DAYS JOURNAL PROMPTS DAY 13 : GETER DONE

Assalamualaikum,

Msred decided nak ikut Journal Prompts for Mom challenge seperti dalam entry, 31 DAYS JOURNAL PROMPTS FOR MOM. Day 13 punya topic, Geter done.  .


Geter done

Pinterest




Orang selalu cakap stay at home mom SAHM ni sentiasa sebok uruskan rumah, suami dan anak-anak. Kadang-kadang ada yang uruskan mak ayah sekali. Katanya SAHM ni lagi penat dari orang kerja pejabat. 

Bagi Msred, tak selalunya macam tu. Kalau bandingkan kerja, memanglah buat kerja rumah lagi penat dari kerja pejabat yang selalunya duduk saja. Tapi kalau nak kata SAHM lagi penat dari Mak yang bekerja, macam kurang tepat sebab mak yang bekerja pejabat, balik kerja tetap kena buat kerja rumah. Msred bercakap ikut pengalaman sendiri. 

Cuma mungkin ada diantara kerja SAHM macam uruskan anak waktu siang, mak yang bekerja tak perlu buat sebab nursery yang buat. Kesimpulannya, workload SAHM dan working mom memang ada beza, cuma mungkin tak banyak dan tak sama dengan orang lain. Yang penting, kerja ke tak mak-mak memang akan pastikan semua kerja selesai dan selalunya tak akan bertangguh. On time. Ye kan mak?

Ada video baru. Macamana Msred decorate Planner Msred. Yea, msred as SHAM pon ada planner tau. Anak empat kena ada planner. Kalau tak semua aktiviti dan meeting sekolah memang lupa. Sekolah kebangsaan dan sekolah agama, ada je program dan remindernya.







Mac 15, 2018

31 DAYS JOURNAL PROMPTS DAY 12 : MOM FAIL

Assalamualaikum,

Msred decided nak ikut Journal Prompts for Mom challenge seperti dalam entry, 31 DAYS JOURNAL PROMPTS FOR MOM. Day 12 punya topic, Mom fail.


Mom fail




Last week, Cik Nen, my 11 month baby girl jatuh katil. Horror!!! Takut sangat masa tu. Fikir macam-macam, luka dalaman lah, takut dia pengsan lah. Takut ada terseliuh ke, lebam ke, pening ke. Ambil masa jugaklah nak bertenang, yakin Cik Nen ok takde apa. 

Ada sekali dulu masa Iffan Daniel, my oldest, banyak kali bagitau Msred ada hari ibubapa kat tadika dan lepas jumpa cikgu murid boleh twrus balik, dan masa hari kejadian Msred lupa nak pergi. Kesian Iffan tunggal sorang kat tadika sampai balik.

Ada sekali tu Iffan jugak, masa dia darjah 3 kot. Waktu memang job Msred lah pickup dia Kat sekolah petang. Waktu tu Msred demam teruk sangat, tidur tengahari lepas makan ubat. Pukul 7pm baru sedar itupun sebab jaga sekolah call suruh amek anak. Terkejut Msred terus bangun pergi sekolah. Kesian Iffan tinggal sorang dah Maghrib Kat sekolah. Msred tak sedar langsung dari tidur. Gila kuat dos ubat tu agaknya.

Ada sekali tu Msred nak cepat hantar the boys sekolah. Turunkan Ian, my second son, dari kereta terus tergesa tutup pintu kereta, then dengar Ian jerit. Tengok-tengok jari dia tersepit. Lebam jugaklah.

Banyak lagi kalau nak cerita. I am not a perfect mom but hari-hari cuba jadi ibu terbaik. Kadang-kadang bila something like this happen, Msred salahkan diri sendiri. Benda macam ni berkemungkinan akan berulang lagi. Jangan teruk sangat salahkan diri sendiri, cuma belajar perbaiki dan sentiasa ingatkan diri jangan  ulang. Jadika  peringatan dan something to laugh about later. 

ALL TIME FAVOURITE