Msred decided nak ikut Journal Prompts for Mom challenge seperti dalam entry, 31 DAYS JOURNAL PROMPTS FOR MOM. Day 9 punya topic, Parenting Goals .
Parenting Goals
SOURCE : https://www.pinterest.com/source/jeeget.blogspot.com/ |
Tak ada yang lebih penting bagi Msred selain dapat mendidik anak-anak Msred agar jadi hamba Allah yang beriman dan berilmu, ilmu yang bermanfaat untuk dunia dan akhirat. Semuga Allah memberikan ilham supaya Msred dapat mendidik anak-anak jadi orang yang taat pada Allah dan berilmu, supaya dapat berbakti untuk agama. Kalau dia orang pandai ilmu dunia, dapatlah merdeka berusaha cari duit lebih. Nanti dengan duit yang Allah rezekikan tu dapatlah dia orang bersedekah, wakaf, membina Islam, memajukan orang-orang Islam, insyaAllah. Dengan ilmu akhirat, dapatlah dia orang pastikan apa sahaja yang mereka lakukan, tetap dijalan Allah, dengan niat ke Sana Allah semata-mata InsyaAllah.
Bukan senang nak capai dalam zaman semua manusia mengejar dunia ni. Zaman manusia cintakan dunia melampau-lampau. Maka kita kenalah sentiasa minta perlindungan dari Allah dari fitnah dunia. Dan kita kena selalu minta tolong daripada Allah supaya menunjukan jalan mendidik anak-anak supaya taat pada Allah, dan semuga dipermudahkan insyaAllah. Jangan lupa berdoa, setiap masa.
Tak salah nak kaya, tapi biarlah kerana Allah.
5 ulasan:
InsyAllah..semoga dipermudahkan mendidik anak2. :)
Betul.kita sebagai ibu tak ada lain kita nak kan melainkan anak yg kita kandung kita berikan mereka didikan sempurna ilmu dunia akhirat
In Sha Allah
semoga segalanya dipermudahkan dalam mendidik anak2
:)
betul tu... lg pun ini amanah Allah... kalau gagal kita mendidiknya maka gagal jg peranan kita mendukung amanah-Nya
harapan ibu bapa mestilah nak yang terbaik buat anaknya kan :)
Catat Ulasan