Assalamualaikum,
Msred decided nak ikut Journal Prompts for Mom challenge seperti dalam entry, 31 DAYS JOURNAL PROMPTS FOR MOM. Day 17 punya topic, Motherhood unplugged.
Motherhood unplugged
source Pinterest |
Motherhood unplugged maksudnya lebih kurang inisiatif kita untuk meninggalkan dunia cyber untuk beberapa waktu supaya kita dapat habis kan masa dengan anak kita tampa gadget, electronics dan internet.
To be honest, jarang sangat Msred dapat spend time dengan anak-anak tanpa gadget dan internet. Keinginan nak buat selalu dan jadikan routine memang ada, cuma nak laksanakan agak sukar. Itu hakikatnya. Bila dah terbiasa dengan gadget dan internet sejak dari sebelum kawin, nak tinggalkan memang susah walaupun sekejap. Bila buat kerja rumah saja tak guna semua tu. Nak tinggalkan TV mudah bagi Msred sebab memang malas tengok TV sekarang ni. Tapi handphone susah sikit. Tangan gatal saja nak pegang handphone.
Walaupun tahu masa berkualiti dengan keluarga penting, tapi ramai antara kita kurang laksanakan. Masa berkualiti tau, bukan masa dengan keluarga sahaja. Masa yang di habis kan secara berkualiti. Plan memang ada dalam kepala. Kena berusaha nak laksanakan jadikannya realiti. Sebelum anak-anak rasa gadget lagi penting dari masa berkualiti bersama keluarga.
3 ulasan:
kena seimbangkan masa family dengan masa di cyber kan msred. hehe
menarik inisiatif nih.. hehehe
Yup.. masa berkualiti dengan keluarga dah makin susah nak dapat sekarang.. Bagus perancangan msred ini..
Catat Ulasan