Memaparkan catatan dengan label GADGET. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label GADGET. Papar semua catatan

Disember 28, 2017

AKTIVITI BUDAK LELAKI TIME CUTI SEKOLAH

Assalamualaikum,


Halfway through the week. Weekend dah dekat. Bukan tak suka weekdays, suka. Tapi sebab weekend adalah masa bila semua ahli keluarga berkumpul, seronoknya lebih lagi. Boleh tengok movie sama-sama, makan fast food sama-sama, main games sama-sama. Ho I miss my weekend.

Cuti sekolah ni tak de rezeki nak bawak budak-budak pergi bercuti. Ke Kuala Lumpur pun macam tak dapat je. Nak pergi Big Bad Wolf haritu pun tak dapat. Takpelah, tangguh next cuti sekolah, insyaAllah.





So, dekat rumah, the boys ashik menghabiskan masa main X-Box. Itupun Uncle Yoi, adik Msred yang loan kan kat dia orang waktu cuti sekolah ni. Masa mula-mula dapat haritu, dari pagi sampai ke petang ashik main je. Bila Papa dah balik baru berhenti sebab takut Papa marah. Dia orang takut ngan Papa je, dengan Msred langsung tak takut. 



Kalau dah tak tahan tengok dia orang ashik mengadap X Box je, Msred suruh Uncle Yoi ambil balik. Senang. 

Disember 11, 2017

PROJECT DIY 3D PUZZLE

Assalamualaikum,

I love Monday. Dont have any problem with Monday. We love each other. Tehee... Dont hate Monday, Just make it fun.

Ni project bulan lepas. Project suka-suka release tension. Macamlah tension sangat.

Beli 3D Puzzle ni masa pergi bercuti ke China bulan Oktober hari tu. Bulan November baru dapat buat dan siapkan. Itu pun seminggu baru siap. Bagi orang yang suka benda-benda DIY dan cute-cute ni, projek macam ni memang best. Best je melayan buat 3D puzzle kecik-kecik ni. 

Bila dah siap puashati. Letak kat rak buat display pesan kat anak-anak siapa berani usik Mama gigit dia. Tehehee...

Ni gambar progress pembikinannya. 















Serious cute. Nak kena beli next set pulak. Bahaya addiction. Tu belum beli Doll House lagi tu. Hehee....




Mei 22, 2014

TERPAKSA LEPASKAN JUGA

Assalamualaikum.....




Rasa lega bila dah lepaskan. Dulu Iffan, Ian dan Iman memang addicted. Tak boleh nak salahkan dia orang seratus peratus. Sebab perangai itu sebijik macam saya. Saya pulak memang layan gadget depan dia orang.

Mula-mula boleh kontrol. Iffan, Ian dan Iman akan main I Pad on weekends sahaja dan weekdays sekali sekala kalau mood dia orang down. Iffan, Ian dan Iman boleh follow rules.

Tapi lama-lama dia orang dah tak boleh ikut rules. Ashik nak main saja. Kalau tak kasi merajuk.


In the end, sebelum bertambah parah I have to let it go. Berat juga hati tapi have to lah kan. Tinggallah ipad saya saja lagi. Sayang pulak nak jual dua-dua.

Mula-mula dia orang memang tak boleh terima. Kejap-kejap tanya ipad nak pinjam ipad saya. Saya kata tak boleh. Lama-lama dia orang dah biasa, ok saja takde ipad.

Tengok after this ok tak.





posted from Bloggeroid

Februari 25, 2014

TIPS PENJAGAAN POWER BANK

Assalamualaikum....

Sebelum ini kita selalu kehabisann bateri smartphone kita di luar dan sukar nak charge bateri terutamanya waktu outing. Sekarang ini tidak lagi dengan adanya power bank. Power bank telah menjadi satu lagi keperluan kita, pengguna gadget. Harganya yang mahal membuatkan kita perlu menjaganya dengan baik supaya tahan lama.



Tips penjagaan Power Bank

1  Setiap kali chage Power Bank, make sure kita charge sehingga penuh sebelum unplugged. Jangan charge separuh-separuh. Dan setelah penuh, terus unplugged. Jangan biarkan terus charging kalau dah penuh sebab nanti jangka hayat bateri akan berkurangan.

2.  Guna kan charger yang ariginal yang datang sekali dengan power bank dan elakkan guna charger universal supaya Power Bank tidak rosak.

3.  Simpan Power Bank dalam tempat yang sesuai untuk mengelakkan Power Bank terhimpit bila dimasukkan dalam beg. Dan elakkan Power Bank dari terdedah pada suhu panas. Boleh merosakkan Power Bank.

4. Jangan charge Power Bank serentak dengan charge gadget kita menggunakan Power Bank tersebut.

5.  Gunakan Power Bank dengan hati-hati seperti kita guna gadget yang lain, elakkan terjatuh dari tempat tinggi dan terjatuh ke dalam air.


Februari 19, 2014

APLIKASI UNTUK BLOGGING

Assalamualaikum....

You alls pasti ada aplikasi kegemaran dalam handphone atau tablet kan? Yang mesti guna hari-hari. Yang kalau tak ada dalam gadget you all, rasa macam tak berapa best je.

Selain daripada games, empat aplikasi IOS ini memang menjadi favorite saya. Tapi dalam entry ini nak cerita pasal aplikasi Blogpress dan We Heart It saja.


1. BlogPress adalah aplikasi yang saya guna untuk update blog kalau tak duduk depat PC. Sangat senang nak guna terutamanya kalau nak update simple entry, cuma nak letak gambar dan cerita. Kalau entry complicated, banyak sangat nak edit, lebih baik guna PC. Senang ada aplikasi ni kalau nak update blog waktu sedang bercuti, outing sebab tab atau handphone senang nak bawak ke mana-mana.








2. We Heart It applikasi yang mengumpulkan gambar yang telah di 'Heart' oleh pengguna Internet. Ada banyak gambar cun-cun dalam ini. Saya selalu ambil gambar kat sinilah utuk diletakkan dalam entry.





Februari 18, 2014

FAVORITE PICTURE EDITOR APPLICATION

Assalamualaikum....

You alls pasti ada aplikasi kegemaran dalam handphone atau tablet kan? Yang mesti guna hari-hari. Yang kalau tak ada dalam gadget you all, rasa macam tak berapa best je.

Selain daripada games, empat aplikasi IOS ini memang menjadi favorite saya. Tapi dalam entry ini nak cerita pasal aplikasi edit gambar saja.

  1. Aviary
  2. PopAGraph
  3. We Heart It
  4. Blogpress







1. Aviary adalah aplikasi untuk edit gambar. Saya suka filters yang ada dalam aplikasi ini. Setakat ini saya guna filters yang free saja. Belum terasa nak beli filters yang lain lagi. Kebanyakan gambar milik saya yang saya share di blog ini saya edit guna Aviary.








2. PopAGraph adalah aplikasi edit gambar yang terbaru saya download. Suka sangat dengan function untuk buat focus dan 'pop'kan bahagian-bahagian tertentu dalam gambar kita. Lihat contoh dibawah. Masa baru-baru download hari itu, habis semua gambar saya nak try edit guna aplikasi ini. Seronok.




Saya memang ada kegilaan untuk mengedit gambar ala-ala professional potographer.



Februari 06, 2014

MACAM-MACAM RUPA INSTAGRAM

Assalamualaikum....











































































Kalau sudi follow lah Instagram msred. Heheee....







Disember 24, 2013

JUST MEET MR WAZE

Assalamualaikum...

Msred jarang drive kereta ke mana-mana. Kecuali pergi kerja, itu pun sebab terpaksa. Kalau ada orang lain yang boleh drive, msred takkan drive. One of my weakness, msred sangat susah nak ingat jalan. Jalan nak pergi One Utama dari Shah Alam pun msred tak tahu. Walau dah berpuluh kali pergi, masih tak ingat.


So sekarang ni, dalam handphone ada Mr Waze, dalam I Pad pun ada Mr Waze sebagai peneman kalau-kalau terpaksa drive sendiri nak ke mana-mana.



Macam last month rasanya, office suruh msred pergi taklimat e Perolehan kat Petaling Jaya je pun, msred refuse. Cakap kat bos msred tak tahu jalan. Bos suruh Google map. Msred cakap msred tak pandai baca map. Dia suruh tanya orang, pergi survey tempat tu sebelum pergi. Last-last msred dah tak de alasan nak bagi. 

Pegi jugaklah akhirnya, dengan bantuan Mr Waze. Best jugak pakai Mr Waze ni. Kita boleh baca update dari pengguna Waze yang lain. Pengguna Waze boleh update pasal jalan mana jem, mana ada accident, shortest route to certain destination. Macam-macamlah. 

Yang kelakarnya, time msred drive sengsorang berpandukan Mr Waze tu, tiba-tiba suara perempuan tu cakap ada accident ahead of you. Ok. Msred dah start mengelabah dah. Msred tak boleh tengok accident especially kalau msred tengah drive, sorang-sorang pulak tu. Msred membayangkan accident besar. 

Sekali memang betul ada accident, tapi bumper to bumper kind of accident lah. Buang masa je msred panik. Dasar penakut.

Adik perempuan msred semua pakai Waze. Dia oranglah suggest kat msred pakai Waze.



Disember 16, 2013

TOYS FOR ME TOO

Assalamualaikum....


Weekend hari tu, tengah usha Groupon kalau-kalau ada offer yang menarik hati, ternampak ada Album untuk Polaroid pictures. Msred ada beli Polaroid Camera awal tahun hari tu, Instax Mini 25. Berapa harganya msred tak ingat lah. Tak pernah tahu pun ada album untuk Polaroid picture. Ketinggalan betul.



Sebelum ni, semua gambar Polaroid msred simpan dalam peti harta karun ni. 




Bila tahu ada jual album untuk gambar Polaroid, msred terus pergi kedai gambar. Kebetulan waktu ada promotion untuk album gambar Polaroid ni, msred terus beli satu. 

Dalam promotion set ni ada album satu, mini album satu [untuk letak dalam beg, so bila snap picca kat luar boleh simpan dalam album ni] dan ada macam-macam Masking Sticker to play around. Ada yang untuk frame dan ada yang untuk tampal kat atas gambar Polaroid tu. Satu set ni RM 29.90 je. Memang murah giler compared to kalau beli satu-satu sticker.



haruslah kaler merah kan....


Tak sabar nak main dengan semua sticker ni. Belum ada masa lagi nak main. 

November 28, 2013

TERIMA KASIH MR WAZE

Assalamualaikum.....

Pagi ini dengan bantuan Mr Waze saya sampai di sini dengan jayanya. Sekarang ni tengah bekpes, lepas ni nak mengenali Mr eP pulak. Tak sempat nak bercerita.







- Posted using BlogPress from my iPad

November 22, 2013

BOYFRIEND BARU

Assalamualaikum....

Best kan? Esok cuti. Bolehlah berjimba dengan boyfriend-boyfriend msred. Bolehlah lepak-lepak depan tv, window shopping, makan-makan dengan diaorang. Quality time.

Tadi lepas boyfriend tidur, msred melayan The Heirs episod 14. Sambil usha-usha game baru kat Apple Application Store. Sekali ternampak game ni, terus download dan main. Boyfriend baru, Clumsy Ninja. Comel je Ninja nya. Saja je melayan games yang lebih sesuai untuk budak-budak, bukannya mak budak yang perasan macam budak.


Last-last leka main Clumsy Ninja ni, hilang fokus kat The Heirs. Kejap layan Ninja, kejap layan The Heirs. Msred ni penyakitnya kalau dah start tengok siri tu kena habiskan jugak walaupun tak berapa best. Kalau tengok tak habis rasa tak puas hati je.







Kalau tunjuk kat boyfriend msred ni mesti diaorang suka ni. Tunggu esok je lah. Try cari game ni untuk android tapi macam tak de je. Jumpa untuk IOS je.

Foot note: Clumsy Ninja ni ada girlfriend, Kira.


Jun 14, 2012

SHAZAM MUSIC APPLICATION

Assalamualaikum....

Sedang buat kerja, sedang lepak, sedang makan kedai mamak, tiba-tiba terdengar lagu yang best kat halwa telinga, tapi tak tahu tajuk lagu atau siapa nyanyi. Tanya kawan dia pun tak tahu lagu apa. Kalau msred nak cari tajuk dan penyanyi lagu yang msred sedang dengar tu, msred akak guna application SHAZAM. Sesuai untuk IOS, Android, Blackberry dan Nokia.












Download SHAZAM.

Kalau nak tahu info pasal lagu yang kita sedang dengar, kita cuma perlu buka application SAHZAM di handphone, tekan button tag dan halakan handphone dekat sumber lagu sedekat yang boleh. Nanti application ini akan search info berkenaan lagu tersebut.

Memang ohsem. Cuma masalahnya Mr SHAZAM ni tau lagu English saja. Kalau tag lagu melayu dia tak tahu, kalau lagu gazal atau zapin lagilah dia tak tahu.

April 12, 2012

INSTAGRAM, PHOTO SHARING APPLICATION

Assalamualaikum.....
Instagram adalah satu application photo sharing yang sangat popular sekarang. Kita boleh share gambar yang kita snap guna Instagram di application Instagram itu sendiri, di Facebook dan Twitter. Sebelum ini application Instagram cuma untuk pengguna I Phone, I Pad dan I Pod sahaja. Dengan peningkatan populariti OS Android di kalangan pengguna handphone dan tablet, Instagram baru-baru ini melancarkan Instagram untuk pengguna OS Android samada di handphone atau tablet.
Bila Instagram untuk Android keluar saja minggu lepas, msred terus download ke handphone Samsung Galaxy W msred. Apa lagi, teruslah main snap picca berlagak macam pro. Ini antara gambar yang msred snap guna Instagram. Siapa nak download Instagram, di sini.
Instagram
Kalau nak follow msred di Instagram, cari iza_ismail.

Mac 25, 2012

ANGRY BIRDS SPACE : ANGRY BIRDS KE ANGKASA LEPAS PULA

Assalamualaikum......
Dah lama tak melayan Angry Birds. Busy dangan boyfriend-boyfriend dan busy dengan kerja. Sekarang ini dah kurang busy. Adalah sikit masa nak layan game.
Pagi tadi baru saja download games baru, Angry Birds Space. Dah lama juga tak layan Angry Birds ni. Boring layan Angry Birds yang lama sebab dah susah nak naik level. Layan yang baru ni pulak.
Nampak macam best dengan latarbelakang dan suasana yang berbeza dengan yang lama. Background dia kat space lah, dan untuk level pertama ni Angry Birds ni terbang dalam bulatan mengelilingi bumi. Quite Interesting.
Dahlah. Tak nak update panjang-panjang. Baby Iman pun dah tidur, nak layan game kejap. Kbai.

Jun 26, 2011

WEEKEND NI, BAGI KATAK MAKAN

Hello you alls, 

Camana weekend? Best ker? Dating? Tengok wayang? Study? Group project? Ternak lemah di rumah? Games?

Msred, tentulah main game. Ni je la masa lebih yang msred ada nak main game. Cut The Rope. Msred baru je beli games ni, USD 0.99 jer. Lebih kurang RM 3. 



Bila msred baca review game ni, ramai kata games ni antara yang terbest lah lepas Angry Bird. Best layan katak ni. Yang best nya bila dengar bunyi dia makan dan bila dia tak dapat makan. Kelakar...hheee...

Msred main mengalahkan si budak kecik kiut msred. Siap berebut dengan si kecik kiut nak main. Hahahaaa...kalau mr bf tau msred berebut dengan dia orang nak main, tentu dia bising perangai mengalahkan budak tadika.

You alls,cer layan video ni tengok best tak game ni? Game ni nampak cam senang....tapi kena pikir jugaklah.


Amacam? Layan tak? Kiut tak katak tu? Heheee...

Jun 24, 2011

CUKUP POWER KE NAK MAIN?

Hello you alls,

Cukup power ke nak main? Ada bran? Cer la try. People call this powerizer.Powerizers are the latest innovation that combines the best of pogo sticks and stilts (spring loaded stilts), giving you the ability to jump over 6 feet in the air, run up to 20 MPH and take strides up to 9 feet.



Sound like fun kan? Try imagine you alls boleh flipping, twisting dan banyak lagi tricks yang boleh you alls try dengan poweriser ni. Cuma bran ke tak ban jer.






So, siapa yang berani? Lelaki mesti berani nyer. Perempuan?

-Posted using BlogPress from my iPad

Jun 23, 2011

INJURED, SEBAB-SEBAB DILUPAKAN

Nite nite you alls,

Sekarang ni msred jarang guna lappy msred untuk apa-apa aktiviti blogging, surfing atau playing games. Sebab apa? Bukan sebab msred dah ada baby baru En I Pad. Tapi sebab ni la.....




Ini bukan hasil kerja tangan msred atau pun cik T. Ini hasil rasa ingin tahu si explorer si kecik kiut Ian. Kalau msred guna lappy msred ni, setiap kali nak tekan button-button yang injured ni, msred kena tekan kuat-kuat sket. Kalau tak, tak keluarlah hurufnya. Tu yang buat malas nak guna tu. Kadang msred tak perasan hurufnya tak keluar. 

Nak type msred jadi mred. 
Nak type thnak you jadi hank you.
Nak type suka jadu uka. 
Nak type seronok jadi eronok.
Nak type atau jadi aau.

So kalau ada diantara you alls terima comment msred kat blog you all yang ntah ape-ape spelling message nya, sila maafkan yea.

Jun 11, 2011

SUKA SANGAT DENGAN BINTANG TIGA

Hello peeps,

This weekend, again, msred melayan burung ni. Mula-mula hari tu .... SINI .... msred download yang free version. Bila dah addicted, free version tak cukup, mula lah tamak. Msred terus beli yang full version.




Bertambah-tambah tamak, msred addicted nak dapat 3 bintang ni untuk setiap leveL. Selagi tak dapat 3 bintang, tak nak continue, button RETRY tu jugak msred tenyeh. Nak 3 bintang jugak. Satu bintang ke, dua bintag ke, tanak. Nak tiga jugak. Tamak sungguh. 



Mr BF kerja. Geram jer....

ALL TIME FAVOURITE