Memaparkan catatan dengan label TOYS. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label TOYS. Papar semua catatan

Disember 27, 2017

KERETA BARU CIK NEEN

Assalamualaikum,

Sejak dari zaman sekolah sampailah ke tua Msred berangan nak ada kereta ni sebijik. Terpengaruh lepas tengok cerita Charlies Angles yang lama tu dan cerita Godfather. Tapi Msred suka Ford Mustang 1965. Cam ni lah, kaler merah. Tapi jangan harap lah nak jumpa kat Malaysia kan. Ada ke? 

Kalau you alls nak kata Msred old school, tak kisah langsung. Memang gitulah Msred. 




Ini Cik Neen punya kereta baru, Mustang Shelby kaler hijau hadiah dari Aunty dia. Suka dia drive kereta baru dai keliling ruang tamu sampai ke dapur. Hehee... Alhamdulillah ada orang nak hadiah. 



You alls punya kereta idaman mesti hebat-hebat kan? You alls suka kereta apa? Dah dapat belum?

Disember 11, 2017

PROJECT DIY 3D PUZZLE

Assalamualaikum,

I love Monday. Dont have any problem with Monday. We love each other. Tehee... Dont hate Monday, Just make it fun.

Ni project bulan lepas. Project suka-suka release tension. Macamlah tension sangat.

Beli 3D Puzzle ni masa pergi bercuti ke China bulan Oktober hari tu. Bulan November baru dapat buat dan siapkan. Itu pun seminggu baru siap. Bagi orang yang suka benda-benda DIY dan cute-cute ni, projek macam ni memang best. Best je melayan buat 3D puzzle kecik-kecik ni. 

Bila dah siap puashati. Letak kat rak buat display pesan kat anak-anak siapa berani usik Mama gigit dia. Tehehee...

Ni gambar progress pembikinannya. 















Serious cute. Nak kena beli next set pulak. Bahaya addiction. Tu belum beli Doll House lagi tu. Hehee....




Januari 13, 2014

BRAND NEW CARS

Assalamualaikum....



Weekend yang lalu, msred dan boyfriends.... Iffan, Ian dan Iman menghabiskan masa mostly di rumah, pergo Tesco sekejap beli barang keperluan, makan ice cream dan tengok katun. Lovely weekend. Sabtu, lepas melayan ice cream, singgah tengok-tengok kereta. Terus beli 3 setelah dipilih-pilih.

Bukan yang warna kuning ni. Yang ini test naik pegang stereng je.




Beli yang ini je. Msred dan Mr Hasben memang suka collect ni. Tapi collection kita orang yang pertama dah selamat jadi toys Iffan, Ian dan Iman. Ada yang dah hilang, ada yang pecah-pecah. Collection yang kali ini msred sorok dari boyfriends kecik msred. Bahaya. Tunggu banyak sikit baru lah berlagak nak show off dengan Iffan, Ian dan Iman. Hehehee...




Jun 11, 2011

SUKA SANGAT DENGAN BINTANG TIGA

Hello peeps,

This weekend, again, msred melayan burung ni. Mula-mula hari tu .... SINI .... msred download yang free version. Bila dah addicted, free version tak cukup, mula lah tamak. Msred terus beli yang full version.




Bertambah-tambah tamak, msred addicted nak dapat 3 bintang ni untuk setiap leveL. Selagi tak dapat 3 bintang, tak nak continue, button RETRY tu jugak msred tenyeh. Nak 3 bintang jugak. Satu bintang ke, dua bintag ke, tanak. Nak tiga jugak. Tamak sungguh. 



Mr BF kerja. Geram jer....

Jun 09, 2011

I PAD PERASA CHOCOLATE ATAU VANILLA?

Hello my frenz...

Flashback....

Kisah pendek Mama dan si comel Iffan. Iffan adalah seorang kanak-kanak lelaki berumur 5 tahun. Ketika peristiwa ini terjadi, si comel Iffan sedang menonton tv dan mama sedang baca artikel mengenai I Pad 2.

Mama : Iffan sayang.
Iffan : Nape mama?
Mama : Duit tabung Iffan banyak kan?
Iffan : Banyak mama. Banyak sangat.
Mama : Nanti Iffan belikan mama I Pad boleh?
Iffan : ( selepas beberapa ketika ) Boleh. Mama nak rasa cekelet ke rasa vanilla?
Mama : Huh?.....

Si kiut Iffan ingat I Pad tu eskrem. Ada macam nama eskrem ke perkataan I Pad tu? Hah? Ada ke?








Mana lagi best? I Pad ke eskem? You alls?

Jun 04, 2011

MALAM MINGGU LAYAN BURUNG DAN PUSAT

Salam you alls....

Weekend ni aktiviti paling hebat...msred melayan Angry Bird Season HD for I Pad sambil mengunyah pusat. Sekian terima kasih.



Mei 20, 2011

HOT TOYS, ADA 5 BUAH ADA 7 BUAH



Salam semua...

Hehee.....tau tak gambar ape ni? Siapa yang tau? Mesti tau kan. Budak-budak sekarang kenal benda ni...



Kenal benda ni....


Kenal benda ni.....


Benda ni siapa kenal? Siapa tahu gambar apa ni? Ya, betul tu.... 

















Ini adalah gambar batu seremban, nama glamour nya, atau nama lain, selambut atau serembat. Permainan yang sangat digemari oleh budak-budak perempuan zaman msred kecik-kecik dulu. Tak pernah nampak budak lelaki main batu seremban. Budak lelaki main tutup botol.

Siapa nak lawan msred main benda ni? Msred terel main benda ni. Juara sekolah dulu.Heeehee....
Klik sini..

ALL TIME FAVOURITE