Memaparkan catatan dengan label PLACES. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PLACES. Papar semua catatan

April 30, 2018

TRAVELER'S NOTEBOOK BLUE EDITION 2018

Assalamualaikum,


Bagi you all yang ikut dan singgah blog Msred rasanya tahu hobi Msred adalah menulis, art journaling dan scrapbooking. Suka sangat stationery, kawaii stickers dan washi tape. Msred journal dalam Traveler's Notebook Msred jenama keluaran Traveler's Company, stationery store yang popular di Jepun. Journal ini cover dia diperbuat dari genuine leather. 

Setakat minggu lepas ada 3 journal cover dalam koleksi. Seperti dalam gambar di bawah, satu warna Brown saiz regular (yang panjang tu) dan dua saiz passport warna Brown dan Camel. 





Last week, bertambah koleksi Msred dengan keluaran terbaru Traveler's Company, warna Blue. Release bulan March dan sampai Malaysia April. Msred beli kat Cziplee, Bangsar.



















Leather dia lembut sangat Msred kejap-kejap raba-raba, bau wangi sampai Msred kejap-kejap bau kejap-kejap bau. Perasaan masa buka parcel tu tak terucap. Mungkin sama perasaan terujanya pencinta berlian bila buka kotak berisi cincin atau subang berlian. Happy sangat. 




Selain leather journal cover ni, ter beli juga washi tape 8 roll jenama MT. Msred suka MT washi tape ni sebab design dia selalunya ceria dan cute. Lagi pun MT washi ni boleh kata antara yang murah dikalangan washi yang popular. Seronok dapat washi baru. Dia macam addiction, tak boleh berhenti beli walaupun Kat rumah ada banyak lagi washi roll yang tak habis. So, Msred ada jual washi kat Carousell. Nak destash supaya dapat beli baru sebab tempat simpan washi dah penuh takde tempat nak simpan washi yang baru. Cari je profile izazatul kat carousell. 




Bawah ni video unboxing stationery haul Msred kat Cziplee minggu lepas. Jangan lupa subscribe YouTube Channel Msred yea. Thanks sisters. Brothers ada ke? Hehee....









Jun 05, 2014

BILA IMAN DAH BERKENAN

Assalamualaikum....


yang ini mama iman yg bekenan....hheee

Kisah weekend lepas. Saya pergi walimatul urus bapa saudara saya di Kelantan. Kira pergi menghantarlah.

Selesai majlis, petang hari Ahad tu saya dan keluarga pergi Pengkalan Kubor. Market Duty Free tu. Sampai pukul 4.30 pm. Tutup pukul 6 pm. Tak berapa sempat nak shopping sangat. Sampai saja kedai toys, mata Iman terus nampak sesuatu yang dia suka. Tak nampak benda lain dah. Iman terus tunjuk Mr Otomen.

Nak ni nak ni nak ni!!




Saya suruh tengok toys yang lain dulu. Mana tahu ada yang lagi best. Iman tak nak. Dia nak Mr Otomen yang itu juga. Saya belikan ajalah. Murah jugalah.

Dah, lepas tu Iman asik berkepit je dengan Mr Otomen sampai dia kata dia nak mandi dengan Mr Otomen. Mana boleh Iman. Rosaklah. Nanti Mr Otomen dah tak boleh cakap-cakap dah kalau kena air.





posted from Bloggeroid

April 28, 2014

KLIA 2 OPEN DAY

Assalamualaikum....

Tadi cerita Saturday sekarang cerita Sunday [27/04/2014] pulak. Mak saya beria ajak saya bawa anak-anak pergi KLIA 2 Open Day. Kalau ikutkan hati saya nak santai atas katil baca buku atau tengok drama korea. Tapi ikut kan saja mak.

Sebelum bertolak ke KLIA 2, singgah Pasar Karat di Seksyen 13 Shah Alam. Mak nak breakfast kue teow goreng kat situ. Ini first time saya pergi Pasar Karat Seksyen 13 ni.




Iman kepanasan...meleleh peluh kat muka dia...


Lepas breakfast terus pergi KLIA 2. Ramai juga orang. Aktiviti sampai pukul 7 pm. Ada coloring activity untuk budak-budak. Iffan nak join tapi saya cakap dah tak boleh register. Kita sampai lambat. Padahal....






Iman sibuk nak tunjuk jajan dia




mak saya merangkap ketua rombongan, bersama boarding pas dia...

kitaorang nak berlepas dah...

sukahati je kan buat macam ruang tamu rumah sendiri...

Ian Syamie!! buat apa tu?!!



di bawa tour naik bas kat RUNAWAY [landasan kapal terbang]
 

 
google: SKY BRIDGE



Lama juga kat sini. Sempatlah Zohor dan Asar kat surau baru. Tapi telekong belum cukup stock. Kena tunggu giliran. Saya pulak jenis pemalas nak bawa telekung sendiri.

 


posted from Bloggeroid

Februari 24, 2014

BOYFRIEND NAK BELIKAN RUMAH

Assalamualaikum.....





Last Saturday, plan nak pergi tengok-tengok buku dengan Bad Wolf. Tapi sibuk tercari-cari driver sebab driver tetap saya kerja. My Darling Husband tak ada pulak. Saya pulak tak reti nak pergi sendiri.

Lucky me, my sister datang pulak rumah. Katanya nak cari rumah kat Putrajaya. Saya cakap lah saya nak pergi mines. My sister cakaplah, bolehlah pergi sama-sama. But first kena temankan dia tengok-tengok rumah dulu then baru pergi Big Bad Wolf.

Of course lah I said, ok. I am in.





Sementara my sister tengok-tengok rumah, saya bergambarlah.

Sambil tengok-tengok model projek yang ada, saya tanyalah pada Iffan dan Ian. Iffan dan Ian nak belikan mama rumah yang mana?

Iffan cakap dia nak belikan rumah ini untuk mama. Saya tanya kenapa? Cantik ke? Iffan cakap... Ha ah cantik. Sebab ada pondok ni. Nampak tak gazebo kecik tu? Tulah yang Iffan berkenan sangat.





Ian pulak tunjuk yang ini. Saya kenapa nak beli yang ini? Ian cakap sebab ada banyak bot. Sorry dalam gambar tak nampak bot nya. Tapi yang ini memang modelnya depan tasik dan ada bot kat situ. Bekenan bot tu la tu si Ian ni.






Harga rumah-rumah pilihan boyfriends saya ni? Gulp...



- Posted using BlogPress from my iPad

Februari 11, 2014

KARANGKRAF BOOK SALE

Assalamualaikum....


Hari ahad petang yang lepas, singgah ke Karangkraf di Seksyen 15 Shah Alam. Biasalah ada book sale. Sampai pukul 4 pm balik pukul 6 pm. Sekejap je pergi. Budget nak pergi Big Bad Wolf di Mines nanti. Sale ni pun izanmamamia yang bagitau. Msred tak perasan pun walhal hari-hari balik kerja lalu depan poster booksale ni.


Iffan sama macam mama, kalau dah jumpa buku dah tak nampak orang lain dah. Menurun habit dari mama.



Ian tengok gambar je. Kalau you alls tengok cara Ian baca buku mesti tergelak. Kelakar sangat.



Layan jugak Wall of Fame. Mama yang paksa diaorang bergambar, dia orang sibuk nak berebut minum air. Masa ni dah nak balik dah.



Dua je buku untuk msred. Siri Sunan karya Ramlee Awang Mursyid yang pertama dan kedua. Orang dah berzaman habis baca, msred baru nak baca, eh silap. Baru nak beli. Baca nya entah bila-bila ntah.



Buku untuk Iffan. Package 5 buah RM 25.00, bagi msred sangat berbaloi.



Itu jelah. Masa nak balik tu terjumpa office mate lama. Sekali terlupa nama dia msred sukati je panggil dia nama orang lain. Alzheimer betul lah. Hheheee...


Februari 04, 2014

BUDAK LELAKI SUKA PART MAIN SAJA

Assalamualaikum....




Kesinambungan kisah sambutan harijadi Ian Syamie yang ke 5, [satu] [dua] hari Sabtu yang lepas. Msred sambut di playground atau padang sebelah Setia City Mall.

Bebudak lelaki ni sampai je situ memang terus kejar playground lah kan. Tak ingat lapar dah. Sampai makan pun kena paksa dia orang. Kalau tak mahunya sampai ke balik nanti dia orang puasa.

Layankan ajelah gambarnya.














Gambar Ian Syami main layang-layang. Atok yang naik kan, Ian tukang pegang dan msred tukang kasi jatuh. Hahaaaa... pas tu larik.




Januari 28, 2014

PERPUSTAKAAN RAJA TUN UDA SHAH ALAM

Assalamualaikum...

Hari Sabtu, bawa the boyfriends pergi baca buku di Perpustakaan Raja Tun Uda Shah Alam. Dia orang memang suka pergi sana, paling suka part main. Baca buku sekejap, main je lebih. Eh, cam sama lak dengan mama dia waktu kecik dulu.

Sampai depan pintu, macam biasalah mama dia paksa bergambar. Iffan bisisng je, cepatlah mama.


Iffan beria je bawak buku latihan konon-konon nak buatlah, tapi tak buat pun. Buat 1 page je dia dah sibuk nak baca buku cerita. Iffan sibuk nak isi buku Nilam dia. Sempatlah dia baca lima buku cerita pagi tu. 


Ian lagilah, satu buku pun dia tak habiskan. Baca separuh je, mengeja sebenarnya. Dia belum boleh baca. Ian sebut je huruf dalam buku tu. Baru ngeja 2 3 page dah sibuk berlari ke sana sini.


Iman pun sama, tengok gambar sekejap dalam buku lepas tu sibuk main Hologram.


Nilah aktiviti Ian dan Iman kalau ke library. Main Hologram ni. 


Lepas zohor kat Library tu, gerak balik lah. Mata pun dah ngantuk akibat ubat batuk dan selsema msred telan sebelum keluar.




Januari 27, 2014

RESTORAN UPIN IPIN SEKSYEN 7 SHAH ALAM

Assalamualaikum...
Weekend, msred bawa boyfriends dinner di Restoran Upin Ipin di Seksyen 7. Sampai dalam pukul 6 pm. Orang pun belum ramai lagi. Awal sangat dinner agaknya.

The boyfriends semuanya eksaited bila tengok gambar Upin Ipin. Masuk-masuk je ada macam-macam merchandise Ipin Ipin di display kan buat perabih duit makbapak. Tapi seriously, msred tengok produk Upin Ipin ni pun teruja.


Iffan cuba memujuk msred beli magazine Upin Ipin ni, tapi misi kali ni gagal...hheeee...Msred cakap kita beli kat MPH je la. Dapat point.

Magazine rack...

Best tengok souvenir nya. Tabung, beg, lunch box, figurine, toys. Kalau ikutkan hati yang lemah longlai ni mau diborong semua yang kiut miut ni. Abaikan akk dan anak dia. Msred tunggu dia beredar nak snap picca kat situ tapi lama sangat pulak dia melayan kerenah anak dia. Msred snap je la picca akak tu sekali.


souvenir display...

Ian dan Iman dah ready nak order, sementara Iffan sibuk mengusha tempat lagi. Colorful deco dia. Tapi kalau ada banyak poster Upin Ipin lagi best kot.
deco yang ceria... 


Menu pun gambar Upin Ipin.




Ayam goreng Upin Ipin yang femes. RM 3.90. Sedap jugak, cuma sedikit masin pada tekak msred yang tak kuat makan garam.


Roti Milo, instantly jadi favorite msred dan boyfriends. Hhheee... Tak ingat pulak harganya. Rasa cam RM 4 ++


Mee Hoon goreng, RM 8.90. Mahal kan? Sekali sampai, 3 orang budak kecik makan pun tak habis. Banyak. Rasanya msred pun tak boleh habis. Rasa boleh tahan. Macam mee hoon buat sendiri.


Makan kat Restoran Upin Ipin, haruslah minum air Upin Ipin ni. RM 3.00 ++. Tak ingat harga.


Bubur ayam orderan msred yang sedang demam selsema. RM 6.00 ++, pun tak ingat harga. Rasa pun boleh tahan. 



Rating msreed. Food; Avarage. Service, ok. Overall : ***1/2 


24, Jln Plumbum P 7/P,
Seksyen 7, 40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan
( Near Jakel)
T : 03-5511 1698
F : 03-5523 9600


ALL TIME FAVOURITE