Memaparkan catatan dengan label SCRAPBOOK. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label SCRAPBOOK. Papar semua catatan

Mei 04, 2018

WASHI TAPE KESUKAAN MSRED

Assalamualaikum,

Salam Jumaat beautiful peeps!!! Sama-sama kita usaha penuhkan hari ini dengan Sunnah Rasul kita, InsyaAllah. Makanan hati. Tak sabar tunggu Ramadan. Harap kita semua dianugerahkan kesihatan yang baik supaya dapat banyakkan amal bulan Ramadan nanti. InsyaAllah. Amin. 

Pagi ini Msred nak share salah satu craft supplies yang menjadi kegemaran Msred. Washi tape. Jangan tanya apa definisi washi tape. Just tengok je gambar, self explanatory. Hehe...



Ini washi tape yang menjadi favourite Msred buat masa ini, ada yang cute and vintage. Jemput jamu mata. 







Ini sebahagian daripada koleksi washi tape Msred. Ada lagi dalam kotak container. Dah takde tempat nak simpan. So Msred destash sebahagian daripada koleksi washi tape Msred kat Carousell. Msred jual per metre. Murah sangat sebab nak destash je. Nak create ruang dalam kotak supaya senang nak beli baru. Tempat Simpan washi limited so tak boleh Simpan banyak washi tape dalam satu masa. Hehee... 

Carousell Msred username dia izazatul. Jemputlah tengok-tengok apa-apa yang ada dijual. 

Last untuk hari ini, video baru di channel youtube Msred. Bolehlah you all tengok macamana Msred guna washi tape ni. Thanks you all. Have fun.



April 30, 2018

TRAVELER'S NOTEBOOK BLUE EDITION 2018

Assalamualaikum,


Bagi you all yang ikut dan singgah blog Msred rasanya tahu hobi Msred adalah menulis, art journaling dan scrapbooking. Suka sangat stationery, kawaii stickers dan washi tape. Msred journal dalam Traveler's Notebook Msred jenama keluaran Traveler's Company, stationery store yang popular di Jepun. Journal ini cover dia diperbuat dari genuine leather. 

Setakat minggu lepas ada 3 journal cover dalam koleksi. Seperti dalam gambar di bawah, satu warna Brown saiz regular (yang panjang tu) dan dua saiz passport warna Brown dan Camel. 





Last week, bertambah koleksi Msred dengan keluaran terbaru Traveler's Company, warna Blue. Release bulan March dan sampai Malaysia April. Msred beli kat Cziplee, Bangsar.



















Leather dia lembut sangat Msred kejap-kejap raba-raba, bau wangi sampai Msred kejap-kejap bau kejap-kejap bau. Perasaan masa buka parcel tu tak terucap. Mungkin sama perasaan terujanya pencinta berlian bila buka kotak berisi cincin atau subang berlian. Happy sangat. 




Selain leather journal cover ni, ter beli juga washi tape 8 roll jenama MT. Msred suka MT washi tape ni sebab design dia selalunya ceria dan cute. Lagi pun MT washi ni boleh kata antara yang murah dikalangan washi yang popular. Seronok dapat washi baru. Dia macam addiction, tak boleh berhenti beli walaupun Kat rumah ada banyak lagi washi roll yang tak habis. So, Msred ada jual washi kat Carousell. Nak destash supaya dapat beli baru sebab tempat simpan washi dah penuh takde tempat nak simpan washi yang baru. Cari je profile izazatul kat carousell. 




Bawah ni video unboxing stationery haul Msred kat Cziplee minggu lepas. Jangan lupa subscribe YouTube Channel Msred yea. Thanks sisters. Brothers ada ke? Hehee....









Februari 21, 2018

LITTLE THINGS THAT MAKE ME HAPPY

Assalamualaikum,

Halfway through the week already. How is your week guys? Harap=harap kita semua dapat jadi produktif this whole week, Lillahitaala, insyaAllah. Jangan lupa tolong orang, sesiapa sahaja. Ada orang bagi tips ni pada Msred, supaya setiap pagi sebelum memulakan kerja atau rutin harian, kita mesti berazam untuk at least do three good deed today, everyday. Make someone smile, give someone kueh for breakfast, give them coffee bla bla... All this small things can make someone happy and feel blessed. Lillahitaala, insyaAllah. Try it for a month, you'll see the different. Kalau buat ikhlas, kita akan rasa happy, tenang insyaAllah. And stop swearing!!


Pinterest


Now im gonna list some of the little things that can make me happy.


  1. A cup of hot chocolate.
  2. A nice book.
  3. Waking up in the morning to the sound of wave 
  4. Journaling or write something
  5. Sit at the beach
  6. Wear a face mask
  7. Color in coloring book
  8. Forehead kiss
  9. Do something creative
  10. Knit oversize sweater
  11. Backpacking and travel to the unknown place
  12. Pop corn

What make you guys happy, if you can name only one? What make you really happy? Shopping? K Drama? Exercise? Smart phone? Scented candles?


And lastly, do enjoy my new video ....


Februari 20, 2018

MERENUNG KELUAR JENDELA

Assalamualaikum,


Salah satu aktiviti kegemaran kalau during my 'Me Time' alone is looking out through a window with a hot chocolate in my hand. Msred suka berfikir, sorang-sorang. I think alot even about the smallest thing. Sampaikan husband Msred cakap, sebab kenapa Msred selalu mengantuk adalah Msred waktu tidur pun berfikir, katanya. Entahlah, tak rasa camtu pun sebab Msred kalau tidur memang tidur mati air liur meleleh pun tak sedar.

Kalau dapat merenung ke luar jendela dan nampak pantai, memang heavenlah bagi Msred. I love beach so much.



Pinterest



Sebelum you all sambung blogwalking, jomlah tengok video Msred ni. And jom like and subscribe. Thank you you all/ Love ya...







Februari 19, 2018

JOURNAL WITH ME: BOHOBERRY CHALLENGE

Assalamualaikum,


My beloved Monday. I love long weekend with family. Tak pergi mana-mana dan tak balik kampung. Cuma kat rumah layan Netflix sambil makan-makan jajan favorite, Double Decker. Sekarang ni Binge watch. re-watch sebenarnya, siri Gilmore Girls sebab dulu banyak miss episode.

Macamana you all menghabiskan masa weekend lepas? Main game, food hunting? Shopping? Concert? Pergi ceramah agama?

A littele souvenir for you all. Jangan lupa subscribe !!!

Enjoy....






Januari 08, 2018

PLANNER PILIHAN UNTUK 2018


Assalamualaikum,

Monday is a good day to start making a dull week into a fun one. Msred suka Isnin. Dari dulu zaman student pun suka Isnin sebab fresh start lepas santai-santai weekend. Mood pun baik lagi energy pun max lagi. Cuba tengok Jumaat, mood pun dah ke laut Timbaktu energy pun dah minus, cranky je.



Alhamdulillah. Shopping haul dari Stickeriffic dah sampai last week.  Ada 3 jenis Travelers Notebook Insert size Regular dan 1 Planner Hobonichi. Order hari Rabu haritu dan sampai Jumaat.





Sepatutnya bulan Disember haritu dah order sebab nak guna Planner tu this year. Tapi me being indecisive tak pasti nak pakai planner mana. Ada banyak sangat jenis planner kat market sampai tak tahu nak pilih yang mana.Dah masuk tahun 2018 baru nak beli Planner.





The first one, ini insert untuk Travelers Notebook Msred. Blank insert regular size yang Msred guna untuk random art journal. Bawah dia contoh art journal Msred. Dalam journal ni biasanya Msred tulis quote yang Msred suka atau random journal untuk random ideas, thoughts, feeling ect. Sebelum tulis, Msred decorate guna washi tape, stickers dan lain-lain craft supplies.








The second one blank insert Passport size untuk Travelers Notebook Msred yang passport size. Personal journal, macam diary. Dalam ni semua rahsia dari lubuk hati Msred. Suka, marah, benci, harapan. Semualah. Not for others eye. Only for my eyes. Bawah dia journal diary Msred yang sekarang ni.








The third one Vertical Planner insert untuk Travelers Notebook regular size Msred. Asalnya insert ini untuk Planner tapi Msred decide guna untuk memory keeping. Msred akan journal important moment yang Msred nak ingat. Insert ni first time Msred guna. Harap-harap Msred sukalah guna. Kalau tak nanti terbiar je tak pakai. Nanti next entry Msred share macamana rupa dia kat dalam pulak yea.





The fourth one Hoboichi  Week Planner. Planner ni jenama Hobonichi dari Jepun. Ini first time Msred guna Planner Hobonchi, so tak tahulah Msred akan suka ke tak. Sebelum ni Msred guna Happy Planner dari Me & My Big Ideas. Atas pengaruh rakan planner yang lain, Msred decide nak try Planner ni. Msred pilih cover design 'Mother' Series. Mother series ni Role Playing video game yang Popular tahun 90 an. Gambar cover ni dari siri yang kedua, Earthbond. Msred pilih cover ni bukan sebab game dia. Msred pun tak tahu kewujudan game ni. Msred pilih sebab cute. Hehehe.



Free Mr Saturn Notepad dan Japan Railway map. Entah bila la nak sampai Jepun...



Last one, my favourite part. Freebies. Siapa tak suka freebies kan. Lebih-lebih lagi stationeries, sangatlah Msred suka. Thank you Stickeriffic. Setiap kali Msred shopping Kat sini mesti ada freebies. I like. Kali ni dapat Sticky note dari Jepun dan macam biasa calender card. Dan Msred suka kalau beli apa-apa online, seller tulis thank you note. Sweet.





Februari 24, 2014

BOYFRIEND KE TIGA SAYA

Assalamualaikum....




Scrapbooking is a method for preserving personal and family history in the form of photographs, printed media, and memorabilia contained in decorated albums, or scrapbooks.



Journalling : 

"You touch my heart with your love, adding joy to my lfe, you are sent as a blessing, you are one special baby, my angle."

Gambar 2010 waktu Iman Zary Haqimie 1 month old. Newborn. Anak ketiga lelaki. Waktu pregnantkan Iman, saya tak tahu jantina. Memang tak mahu tahu, surprise kengkonon. Jauh di sudut kati, selepas dapat 2 anak lelaki, harap kali ini perempuan. Tapi waktu Iman lahir, waktu nurse tunjuk baby sejurus lepas dia lahir dalam labour room tu, saya tersenyum bila lihat birdie baby. Lelaki lagi. Honestly, sedikit kecewa. Tapi tak apa, dia anak saya anugerah Allah yang terbaik untuk saya waktu itu. Anak saya yang paling romantik sekarang ini.



Februari 20, 2014

PARTNER IN CRIME

Assalamualaikum....






Scrapbooking is a method for preserving personal and family history in the form of photographs, printed media, and memorabilia contained in decorated albums, or scrapbooks.







Lagi gambar Ian Syamie berkepit dengan abang Iffan. Waktu dia orang kecil, Ian baru setahun, Ian memang suka berkepit dengan abang Iffan. Iffan pun sabar je layan kerenah Ian. Sekarang ni je Iffan selalu malas nak layan Ian. Hehheee.... 

Tapi yang kelakarnya, abang Iffan ni penakut. Selalu suruh Ian teman bila nak kena pergi mana-mana sorang-sorang. Nak masuk bilik sorang-sorang pun takut ajak Ian teman. Ian selalu sudi teman abang Iffan walaupun kadang-kadang abang Iffan tak layan dia.




Februari 18, 2014

BILA BUDAK LELAKI HANGOUT BERSAMA

Assalamualaikum....




Scrapbooking is a method for preserving personal and family history in the form of photographs, printed media, and memorabilia contained in decorated albums, or scrapbooks.




Masa gambar ini diambil tahun 2010, Iffan 4 tahun dan Ian 1 tahun. Suka sangat tengok dia orang time ini, rapat sangat. Baik saja tak ada gaduh-gaduh. Tak macam sekarang, main gaduh main gaduh. Itu je lah keje dia orang. Gambar ni masa bercuti kat PD. Time ni, Ian tak biasa main kat tempat baru, dia ikut je mana abang Iffan dia pergi. Ikut je apa abang Iffan buat. Iffan redha je. Kelakar pun ada. Sweet pun ada.



Februari 12, 2014

DUA BUDAK HANDSOME

Assalamualaikum....






Kerana kesibukan di pejabat [macamlah orang lain tak sibuk] saya belum dapat nak balas jejak you alls. Balas sikit-sikit. Tinggal lagi separuh. Nak type entry baru pun memang kering idea dan tak sempat. Makanya saya share gambar Scrapbook lama dalam simpanan.
Scrapbooking is a method for preserving personal and family history in the form of photographs, printed media, and memorabilia contained in decorated albums, or scrapbooks.


 

Saya suka gambar ini. Gambar waktu Ian baby dalam 3 bulan [2009]. Iffan pulak 3 tahun. Iffan suka sangat baru dapat adik. Bukan main sayang lagi. Selalu nak gomol si Ian yang redha je abang dia buat camtu. Sekarang ni asik gaduh je. Heheee...

Pesanan untuk Iffan dan Ian, korang jangan bergaduh je. Buat apa-apa pun sama-sama. Mesti saling sayang dan melindungi. Jangan kawen lambat sangat. Mesti sama-sama jaga mama bila mama dah tua nanti. Jangan asik jaga girlfriend je. Heheee...

Dah habis mengarut dah.


Januari 29, 2014

HARI PERTAMA YANG LEPAS

Assalamualaikum....
Hujung minggu lepas waktu cuti Thaipusam, walaupun cuti 3 hari tak pergi mana-mana pun. Cuma hari Sabtu ada  lunch date dengan mak dan adik-adik. Selain aktiviti menyetelkan house chores and get ready for Monday, msred buat Scraobook. Guna 3 gambar favorite msred pasal Ian punya first day at school. First week sebenarnya.

Scrapbooking is a method for preserving personal and family history in the form of photographs, printed media, and memorabilia contained in decorated albums, or scrapbooks.



Tittle : FIRST DAY 
The journaling : 1 week before school, you start asking when u can go to school. On the first day u very excited. You cry once the first week. Then, u are SUPERSTAR.




Januari 20, 2014

POPULARITI IMAN MERUDUM

Assalamualaikum....

Sejak Iffan dan Ian masuk sekolah hari tu, ashik cerita pasal Iffan dan Ian je. Lupa nak cerita pasal Iman. Sian dia populariti merudum pulak.



Tahun ini Alhamdulillah Iman dah 4 tahun [bulan sept nanti]. Iman ni lambat sikit dapat bercakap. Bila dah 3 tahun barulah dia boleh cakap lebih dari dua patah perkataan. Nak cakap ayat panjang pun kadang-kadang masih lambat-lambat lagi. Tak tahulah kenapa. Msred cuma ajar dia cakap perlahan-lahan, kenalah sabar. Abang-abang Iman dulu 4 tahun Msred dah ajar ABC 123 dah.

Tak pe lah Iman, kita belajar perlahan-lahan ok.

Msred banyak beli buku untuk dia tulis. Kalau dia cakap lambat, biarlah dia dapat menulis cepat. Dia rajin belajar, tapi bila tengok abang-abang dia belajar je lah. Kalau tak, takdelah dia nak belajar. Hhehee....

Last weekend, msred buat scraobook gambar Iman dan buku tulisnya.
Scrapbooking is a method for preserving personal and family history in the form of photographs, printed media, and memorabilia contained in decorated albums, or scrapbooks.




Tittle : LEARN
Journaling : At four, you officially begin to learn to write. You love to learn, at your own speed.


Iman sayang, FIGHTING!!!



Oktober 04, 2011

SCRAPBOOK PAGE 3

Salam you alls,

I am blessed to have you in my life. Nothing can compare my love to you. I'll treasure you for the rest of my life, even after your love to me being replaced with someone else. 

Please stays brothers until forever and love each other, my dear handsome boys.



Gambar ni diambil waktu pergi shopping di Subang Parade waktu minggu pertama raya 2011 hari tu. Susah nak tengok si kecik kiut berdua ni hugging each other, nampak je dia orang hugging, terus msred snap. So sweet. Suka sangat gambar ni.

Lagi contoh scrapbook.

September 30, 2011

SCRAPBOOK PAGE 2

Salam you alls,

Lagi scrapbook page yang msred buat di pejabat waktu rehat pagi tadi. Gambar ni diambil di rumah adik msred di Seputih, KL waktu first week raya hari tu. Gambar si kecik kiut bertiga dan kazen dia orang, Adam (baju merah) yang merupakan anak kepada adik msred.


Mereka ni kalau berjumpa memang riuh. Cakap kuat-kuat, suka buat bising. Memang happening kalau mereka ni berkumpul. Seronok layan dia orang, but at the same time pening sebab bising sangat.

Lagi contoh scrapbook page.

September 27, 2011

SCRAPBOOK PAGE 1

Salam you alls,

Selain berblogging dan main games msred suka buat scrapbook. Msred suka touch up gambar jadi lebih menarik. Bukannya setakat main edit gambar, tapi tambah macam-macam kat gambar tu supaya jadi lebih menarik. 

Sebelum ini msred buat scrapbook guna paper craft, main gunting-gunting, lekat-lekat, tampal-tampal. Tapi sekarang, disebabkan ruang waktu free msred sangat terhad, msred main digital scrapbook saja. Senang. 

Tadi di office, waktu rehat pagi msred tak turun breakfast, msred touch up lah gambar raya msred dengan mr bf. Nilah hasilnya. Simple jer. 



Contoh scrapbook page yang lain. Ada tak sesiapa yang suka buat scrapbook?







Jun 20, 2011

SEMUA CERITA PASAL DIA

Salam you alls,

Sejak dari semalam msred ber BW, banyak baca entry yang bercerita tentang lelaki istimewa ni, abah, ayah, papa, walid, abi, daddy.....

Ada entry yang buat msred tersenyum teringat telatah msred masa kecik comey dulu. Ada entry yang buat msred ketawa. Dan ada jugak entry yang mengalirkan airmata seorang anak yang dah lama ditinggalkan abah dijemput Allh SWT. Arwah abah pergi tinggalkan msred sekeluarga waktu umur msred 9 tahun.


Ya Allah. Waktu baru-baru kehilangan arwah abah, Tuhan sahaja yang tahu betapa dalam nya rindu yang dah tersimpan lama dalam hati, dah tak terbendung lagi. Persoalan ...what if....seringkali bermain dihati. Hati mula berfikir yang bukan-bukan. Ya Allah, ampun kan aku untuk perasaan itu yang lari dari landasan mu. 

Sudah lama mula belajar menerima kenyataan yang abah dah tiada. Duka masih ada tapi sudah tahu cara meneruskan hidup. Mak ada, adik-beradik ada sebagai pengubat luka pemberi semangat. Hidup perlu diteruskan dengan baik.

Abah, walau apa pun abah tetap yang terbaik dalam hati saya. Tak percaya ada yang lebih baik untuk saya. Selamanya akan begitu.

SATU2NYA SOFT COPY GAMBAR ABAH YG ADA.
MASA MSRED TADIKA NI...MANA SATU?
Pada yang masih memiliki, appreciate and treasure him for the rest of his life, your life. It worth it. This come from a person who have lost her treasure.

Jun 19, 2011

RINDU NAK BUAT MACAM NI

Salam you alls,

Hari ni, 19 June, di Malaysia kita menyambut Hari Bapa. 


Hari ni tetiba msred teringin nak buat ni....


....nak main cam ni....

...nak macam ni...erk..bule ke?

Rindu kat arwah abah yang dah meninggalkan msred sejak msred umur 9 tahun. Rindu sangat-sangat. Tak pernah dapat sambut hari bapa dengan arwah abah. Terfikir jugak, macamanala keadaannya kalau arwah abah masih ada hari ni? Tak apalah. Msred percaya tuhan amek dia dari kami sekeluarga sebab tuhan sayang sangat kat arwah abah. Ayat memujuk hati sebenarnya. 

Sayang abah.




Ini kali kelima sambut hari bapa dengan mr bf. We love you papa. The best papa in the whole world, hheeee...of course second after arwah abah msred.





Last, happy fathers day to all fathers out there and especially to you my dear handsome papa..




ALL TIME FAVOURITE