Memaparkan catatan dengan label POLAROID. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label POLAROID. Papar semua catatan

Januari 18, 2014

J KIDS INDOOR PLAYLAND

Assalamualaikum....

Kejadian hari Selasa lepas, masa cuti Maulidul Rasul. Msred dan Iffan, Ian, Iman pergi J Kids Indoor Playland kat Paradigm Mall. Pergi dengan adik lelaki msred dan girlfriend dia. Kebetulan adik msred nak keluar dating, pergilah sekali. 

Si Iman berkenan dengan girlfriend adik msred ni, Ayu namanya. Dari keluar rumah, dah sampai kat Paradigm Mall asik nak berkepit je ngan Ayu ni. Tak nak dah pegang tangan msred macam biasa. Tak pandang dah msred. Huish... anak laki sorang ni.

Tengok tu, dibiarkan mama dia jalan kat belakang, Iman berkepit ngan Ayu.



Bila masuk J Kids Playland tu je barulah Iman ikut msred, sebab nak masuk tempat main. Sementara msred kat dalam playland tu, adik msred gilah jejalan berdua. Tak banyak picca kat sini, semua gambar goyang. Penat msred terjerit panggil diaorang nak snap picca, sorang pun tak layan. Leka main. Hehheee...


Iman tengah mengusha mainan mana nak attack dulu...


Favorite bebudak ni... spinning wheels...




Lepas main 2 jam, keluarlah. Singgah Daiso kejap then gerak pergi The Curve. Kat The Curve makan Kenny Roger's. Tengok si Iman tu, tak nak dah dudk ngan msred, nak ngan kak Ayu jugak. Bertuah punya boyfriend.


adik msred [retired mat rempit, curently addicted to online games], Iman dan Ayu...


Lepas makan msred singgah kedai Papier kejap, then baliklah. Badan pun dah penat, duit pun dah habis. Cuti bersama anak-anak aka boyfriend kecik msred adalah saat paling ohsem. Rasa nak buat hari-hari.


Januari 12, 2014

ONE WAY TO ENJOY WEEKEND

Oh my holiday, I love you so much....


Weekend means time with my boys. Suka sangat dapat spend time dengan dia orang. Weekdays kan busy dengan kerja, sekolah tak dapat nak lepak-lepak dengan anak-anak. Weekend hari bermalasan dengan anak-anak.

Semalam pagi pergi Kelas Ustaz Kasim di Surau Ar Rayyan Seksyen 7. Then pergi book store memborong buku latihan untuk Iifan dan Ian. Then petang melayan ice scream yummy. Who can live without ice cream? Me and my boys can't. Heheee..... Who to blame?





Weekend with Ice Cream is one of the best.





- Posted using BlogPress from my iPad

Disember 24, 2013

MAIN DENGAN GAMBAR POLAROID

Assalamualaikum....

Last week beli Masking Sticker untuk Polaroid pictures. Saja je beli sebab kiut sangat. Msred memang suka main edit-edit gambar ni. Kebetulan time tu ada promotion, so harga jadi murah sangat dari biasa.




Last week dah main dah dengan sticker ni tapi belum dapat nak buat entry. Antara favorite photo yang msred dah make up kan bagi kiut sikit.

Gambar snap kat mana entah tak ingat. On the way balik dari wedding, singgah kat tasik ni sekejap makan2 eskem and snap-snap picca.



Gambar kat Sunway Pyramids depan Toy R Us, beli toy present untuk Iffan dan Iffan punya birthday Sept 2013 ritu. Yang ni simpan dalam purse msred.


Picca ni snap kat Plaza Alam Central kat kebun Orkid. Suka sangat gambar dia orang bertiga. Yang ini tampal kat PC office msred. Bila rindu kat boyfriends jeling je kat gambar ni. Lepas tu terus rasa nak check out dari office, nak balik rumah.

Itu je untuk this week. Lain main lagi lepas ni.

ALL TIME FAVOURITE