April 06, 2018

MOM KNOWS BEST

Assalamualaikum,

Msred decided nak ikut Journal Prompts for Mom challenge seperti dalam entry, 31 DAYS JOURNAL PROMPTS FOR MOM. Day 25 punya topic, Mom knows best.



Iffan Daniel anak Msred yang first tu, 12 tahun, ngikut jejak langkah Papa dia suka bersukan. Papa dia dulu aktif sukan penuh selemari dengan piala, pingat dia. Iffan dalam team bola sepak sekolah dab rugby sekolah. Kalau ada sukaneka sekolah confirm join. Baguslah tu dia suka bersukan daripada melepak buat benda lain yang tak bagus. Masalahnya dia ni bila dah bersukan aktif sangat malam dia cepat tidur. Weekend pun suka tidur je. Pelajaran dia sedikit terganggu. 
.
.

Msred suka dia aktif sukan tapi kalau sampai ganggu pelajaran Msred tak setuju. Dilemanya, patut ke Msred suruh Iffan pilih satu je, bola sepak ke rugby dan limitkan aktiviti sukan dia? Supaya pelajaran tak terganggu. Mana Lebih baik? 
.
.

Orang selalu cakap Mom knows best. Dia lebih tahu mana yang baik untuk anak dia. Bagi Msred selalunya memang betul. Tapi Msred tak suka gunakan itu sebagai pengukuh kuasa ibu tentukan apa yang terbaik untuk anak dia. Kita Muslim tahu cuma Allah yang tahu apa yang terbaik. Kadang-kadang kita rasa benda itu terbaik tapi bila kita laksanakan ada pulak kesudahan yang kurang baik. Sebaiknya, kita discuss baik-baik dengan anak macamana nak pilih yang terbaik, istikharah kalau perlu, lebih-lebih lagi kalau isunya besar, doa harap yang terbaik untuk dunia akhirat dan redha dengan setiap ketentuan Allah. Kita tak tahu apa yang terbaik, cuma Allah yang tahu. Dia minta petunjuk. Itu lebih baik. Cuba kita sama-sama belajar. InsyaAllah.

2 ulasan:

Hans Hanis berkata...

kena duduk bincang elok2 lah rasanya
dengar pandangan dia juga
lepas tu buat lah mana yang rasa baik
sebab ibu bapa lebih matang daripada anak :)

HeNRieTTa JoSe berkata...

btul...selalu dgr mom always right..walau anak dia pown dh jadik mom....

ALL TIME FAVOURITE