Assalamualaikum,
Msred decided nak ikut Journal Prompts for Mom challenge seperti dalam entry, 31 DAYS JOURNAL PROMPTS FOR MOM. Day 23 punya topic, Perfevt day.
Setiap malam sebelum tidur Msred akan menulis dalam journal Msred. Selalunya tulis highlight of the day dan apa perasaan Msred hari tersebut. Macam summary, conclusion. Dah jadi habit. Cuma kadang-kadang kalau penat sangat Msred terus tidur tak sempat nak journal.
Bila bercakap pasal perfect day untuk seorang mak, tak pastilah nak define macam mana. Cuma kalau ada keizinan Allah, Msred suka kalau dalam sehari tu ada balance untuk diri sendiri dan untuk keluarga. Untuk dunia dan akhirat. Suka kalau dapat mulakan hari dengan aktiviti untuk prepare bekal, untuk akhirat. Kemudian, jalankan tanggungjawab untuk keluarga. Petang bila anak-anak dah pergi sekolah dan baby Cik Nen dah tidur, untuk hobi Msred, membaca, art journal atau just journal. Sekejap saja, sebelum Cik Nen bangun. Petang malam sambung tanggungjawab jaga keluarga, lillahitaala. Malam pulak family time depan tv ke atau main game sama-sama sebelum tidur. Biasanya Msred tidur cepat. Kadang-kadang tak sempat family time.
Dan kalau dapat seminggu atau dua minggu sekali, berendam dalam bath tub sambil membaca tampa gangguan sesiapa pun sampai selesai atau puas berendam, Alhamdulillah sangat-sangat. Yang ini angan-angan, belum pernah jadi kenyataan. Sebab Kat rumah takde bath tub dan masa sendiri tampa gangguan tu susah nak dapat.
So kesimpulannya, dalam sehari tu kalau Msred dapat beramal, ada masa untuk keluarga dan masa untuk diri sendiri, dapat berendam dalam bath tub tampa gangguan, alhamdulillah, sempurna dah bagi Msred. Kalau dapat. Tapi, Msred tetap hargai my not so perfect day juga. Janji dengan keluarga. Alhamdulillah.
And lastly, thank you for your support to watch and subscribe my channel. Ni ada video baru. Macamana Msred decorate planner Msred. Have fun!!!
2 ulasan:
Part berendam tu, Sha pun lama dah teringin nak buat tapi tulah rumah takde bath tab kan.. kikiki..
Bestnya video tu...sangat kreatif :)
Catat Ulasan