Oktober 15, 2012

THANKS TO IAN SYAMIE

Assalamualaikum.....

Last week, eh salah. Last two week hari Khamis msred cuti. Hajat dihati nak menyelesaikan segala urusan tertunggak dah berapa lama dah. Akhirnya dapat jugak diselesaikan.

Pagi-pagi mandikan dan siapkan si Ian. Kali ini msd pilih Ian untuk temankan msred keluar untuk aktiviti yang membosankan kalau keluar sorang memang boleh buat msred bosan dan stress.

Memula pergi JPJ kat Padang Jawa. Nak tukar gambar lesen. Gambar lama gambar waktu muda. Nak tukar gambar waktu dah sedikit tua sekarang ini. Nasib baik sekejap saja, tak sampai setengah jam. Msred yang bosan tak boleh nak main game kat tab sebab kalah berebut dengan Ian.



Second, pergi Tabung Haji, nak buka akaun. Dah tua baru nak buka akaun, bila dapat giliran nak pergi Haji nya tak tahulah. Tak sempat nak ambil gambar di Tabung Haji. Bukan sebab urusan selesai cepat, tapi sebab malas nak ambil gambar.

Third, pergi pulak JPN nak ambil ic baru, hari tu pergi tukar gambar juga. Gambar waktu muda nak tukar kepada gambar waktu sedikit tua. Malas nak lunch dulu takut kat JPN ramai orang lambat pulak habis nanti. Belikan Ian Waffle je. Laju je dia makan sorang. Msred mintak sikit dia tak layan.




Balik rumah lepas lunch dan tunaikan tanggungjawab, apalagi, tidurlah. Tak tahu kenapa sejak dua menjak ni msred dapat penyakit suka sangat tidur. Tanda penuaan kah?

Note : Thanks to Ian Syamie sebab temankan mama keluar.

- Posted using BlogPress from my iPad

Oktober 02, 2012

BILA LELAKI TEMAN PEREMPUAN SHOPPING

Assalamualaikum....





Iffan yang meng offer kan diri nak tolong bawakan. Msred kata bak sini mama bawak separuh. Iffan kata, tak payah. Biar Iffan bawak semua.

Alahai.... Bertambah hensem lah boyfriend msred ni.

Ini bukan kes penderaan anak ok. Ini kes si hensem ni nak tunjuk macho kat msred aka nak minta belikan Vitagen.


- Posted using BlogPress from my iPad

ALL TIME FAVOURITE