Februari 28, 2018

31 DAYS JOURNAL PROMPTS DAY 2

Assalamualaikum,

Msred decided nak ikut Journal Prompts for Mom challenge seperti dalam entry, 31 DAYS JOURNAL PROMPTS FOR MOM. Day 2 punya topic, Kids are funny.

Kids are funny



source : https://www.pinterest.com/dumpaday/


I have this habit, suka menyakat anak. Sekarang ni, suka sangat sergah Cik Nen [my 10 month baby] bila dia tengah leka mengkaji apa-apa benda dalam tangan dia. Bila Msred sergah dia, kalau dia terkejut dia akan laju-laju campakkan apa yang dia pegang tu, macam orang buat salah, lepas tu tersengeh-sengeh macam orang tak mengaku salah pulak. Kadang-kadang, lepas dia campak barang dalam tangan dia tu, dia terus lari [merangkak] macam orang salah cuba melarikan diri. Msred tengok live ni memang rasa kelakar, tu pasal selalu sakat Cik Nen camtu.

Iffan pulak [my 12 years old son] suka buat lawak tapi serious tak lawak langsung. Dia buat lawak pastu dia gelak sorang. Macam budak geek buat lawak, tapi tak lawak langsung. Kadang-kadang Msred gelak kesian atau kelakar sebab lawak dia tak kelakar.

Anak-anak walaupun kadang-kadang nakal dia buat kita stress kembang-kembang hidung tahan marah, tapi dia orang jugaklah yang buat kita senyum, ketawa happy.


Dan video baru sudah diupload di Youtube. Enjoy!!







Februari 27, 2018

31 DAYS JOURNAL PROMPTS DAY 1

Assalamualaikum,


Msred decided nak ikut Journal Prompts for Mom challenge seperti dalam entry, 31 DAYS JOURNAL PROMPTS FOR MOM. Day 1 punya topic, Parenting Advice.


Parenting Advice


Source: https://hubpages.com/literature/daughter-quotes


I am not a perfect mother. Of course Msred as a mother ada kelemahan juga. Masih belajar dan akan terus belajar. Tapi setakat ini, Msred percaya, the first step is Doa. Sentiasa amalkan doa-doa yang baik-baik untuk anak. Doa minta supaya Allah ilhamkan pada kita macamana nak didik anak-anak kita supaya jadi hamba Allah yang taat dan dapat berbakti untuk Islam. 

Kemudian, usahalah jadi kawan terbaik untuk anak-anak. Bukan senang. Budak-budak sekarang ni lagi percaya kawan-kawan dia dari mak bapak dia. ingat tak masa kita muda-muda dulu, segala rahsia kita cerita kat kawan, kita tak cerita kat mak bapak kita, Kalau boleh, biar kita sebagai mak bapak diaorang, jadi tempat untuk dia orang bercerita meluahkan segala perasaan segala masalah. Senang kita nak bimbing dia orang supaya tak tersilap langkah.

Then, masa doakan anak kita, doakanlah sekali kawan-kawan anak kita, anak jiran kita supaya turut jadi hamba yang baik supaya anak-anak kita dikelilingi oleh orang yang baik-baik. Bila semua kawan anak-anak kita baik-baik, insyaAllah susahlah dia nak buat jahat.

Nak jadi perfect mother memang susah. Sentiasa belajar dan usaha jadi ibu yang baik, sentiasa doakan mereka dan be a good friends to them. InsyaAllah, doa kita akan di perkenankan Allah.


Before you go, enjoy video terbaru Msred. Then subscribe jom. Thanks.








Februari 26, 2018

31 DAYS JOURNAL PROMPTS FOR MOTHER

Assalamualaikum,

Journal prompts kat bawah sangat interesting. Msred decided to journal this prompts kat blog ni setiap hari bermula esok 27 Feb 2018, insyaAllah. Msred akan cuba buat hari-hari tapi kalau tak mampu, still buat juga tapi tak siaplah dalam masa 31 hari. Siapa nak try buat, jom join sama-sama. Tapi Journal prompts ni sesuai untuk mak-mak je. Sesiapa yang decided nak try leave a comment below. Nanti Msred buleh singgah baca, insyaAllah.




A new video for you to enjoy... Love!









And lastly, Journal prompts yang ini sesuai untuk high schoolers and young adults, if you want to try.

Februari 23, 2018

DEAR DIARY VERSI MSRED

Assalamualaikum,

Alhamdulillah dah Jumaat. Peluang untuk lebih bersedekah. Nabi Muhammad SAW selalu pakai baju terbaik Baginda pada hari Jumaat. Kita pun pakailah baju kita yang paling cantik hari ini, tapi hati-hati, jaga niat. 

Artist : Xi Pan



Minggu ni ujian betul. Dua kali bawak Cik Nen, anak Msred yang 10 bulan tu, ke klinik. Dia demam. Mula-mula tu hari Isnin bawa ke Hospital Shah Alam. Doctor bagi ubat demam je lah. Then semalam bawa ke Klinik Kesihatan sebab badan dia naik macam ruam merah. Penuh satu badan. Doctor check darah suspect demam campak. Tunggu sampai dia call untuk beritahu result dia. 

Kesian Cik Nen, dia selalu demam dan tak sihat. Sekarang ni pun berat dia 6.2 kg je. Doctor cakap dia kurang zat besi, HB dia rendah. Tu pasal selalu senang sakit dan berat badan lambat naik. Doctor cadangkan ambil multivitamin untuk baby. 

Ada sesiapa yang pernah hadapi masalah yang sama? Ada tips tak?

Msred suka tulis journal dan serious since last year, bila Msred berhenti kerja. I love to write. Its therapeutic and fun. Cuma sekarang journal Msred di dekorasikan dengan stickers and washi tape, because I love cute kawaii stuff. Walaupun umur dah lanjut. Dulu kalau journal pasal diri sendiri je, sekarang ni lagi best sebab ada banyak cerita pasal anak-anak. Msred log semua yang penting pasal family Msred hari-hari. Its a fun process for me.

Video ni flipthrough diary/journal Msred untuk last quarter tahun lepas. Hope you all enjoy watching it. If you like it please like or comment or both, and please subscribe. Thank you guys. Love you!!!








Februari 21, 2018

LITTLE THINGS THAT MAKE ME HAPPY

Assalamualaikum,

Halfway through the week already. How is your week guys? Harap=harap kita semua dapat jadi produktif this whole week, Lillahitaala, insyaAllah. Jangan lupa tolong orang, sesiapa sahaja. Ada orang bagi tips ni pada Msred, supaya setiap pagi sebelum memulakan kerja atau rutin harian, kita mesti berazam untuk at least do three good deed today, everyday. Make someone smile, give someone kueh for breakfast, give them coffee bla bla... All this small things can make someone happy and feel blessed. Lillahitaala, insyaAllah. Try it for a month, you'll see the different. Kalau buat ikhlas, kita akan rasa happy, tenang insyaAllah. And stop swearing!!


Pinterest


Now im gonna list some of the little things that can make me happy.


  1. A cup of hot chocolate.
  2. A nice book.
  3. Waking up in the morning to the sound of wave 
  4. Journaling or write something
  5. Sit at the beach
  6. Wear a face mask
  7. Color in coloring book
  8. Forehead kiss
  9. Do something creative
  10. Knit oversize sweater
  11. Backpacking and travel to the unknown place
  12. Pop corn

What make you guys happy, if you can name only one? What make you really happy? Shopping? K Drama? Exercise? Smart phone? Scented candles?


And lastly, do enjoy my new video ....


Februari 20, 2018

MERENUNG KELUAR JENDELA

Assalamualaikum,


Salah satu aktiviti kegemaran kalau during my 'Me Time' alone is looking out through a window with a hot chocolate in my hand. Msred suka berfikir, sorang-sorang. I think alot even about the smallest thing. Sampaikan husband Msred cakap, sebab kenapa Msred selalu mengantuk adalah Msred waktu tidur pun berfikir, katanya. Entahlah, tak rasa camtu pun sebab Msred kalau tidur memang tidur mati air liur meleleh pun tak sedar.

Kalau dapat merenung ke luar jendela dan nampak pantai, memang heavenlah bagi Msred. I love beach so much.



Pinterest



Sebelum you all sambung blogwalking, jomlah tengok video Msred ni. And jom like and subscribe. Thank you you all/ Love ya...







Februari 19, 2018

JOURNAL WITH ME: BOHOBERRY CHALLENGE

Assalamualaikum,


My beloved Monday. I love long weekend with family. Tak pergi mana-mana dan tak balik kampung. Cuma kat rumah layan Netflix sambil makan-makan jajan favorite, Double Decker. Sekarang ni Binge watch. re-watch sebenarnya, siri Gilmore Girls sebab dulu banyak miss episode.

Macamana you all menghabiskan masa weekend lepas? Main game, food hunting? Shopping? Concert? Pergi ceramah agama?

A littele souvenir for you all. Jangan lupa subscribe !!!

Enjoy....






Februari 15, 2018

HE LOVES YOU MORE THAN ANYONE ELSE

Assalamualaikum,



pinterest...






Bestnya minggu ni ada long weekend. Budak-budak pun start cuti dah, mak-mak boleh rehat sikit. Rumah pun meriahlah dengar suara anak-anak kejap main kejap gaduh kejap main. Yang kelakarnya pasal anak-anak lelaki Msred ni, bila siang bergaduh. Bila malam tidur sebelah menyebelah siap peluk-peluk lagi. Bila Msred tunjuk gambar diaorang tidur peluk-peluk, malu-malu nak ngaku. Heheheee...




pinterest...


Hubungan adik beradik ni, selain hubungan mak dengan anak memang sesuatu yang istimewa. Paling sweet hubungan adik perempuan dengan abang dia. The way he protect her, priceless. The way he hold her hand masa nak lintas jalan, so cute.

Bila tengok gambar ni, yang bagi orang lain biasa je, warm my heart and make me smile. suka sangat. Semuga Iffan mampu jadi abang yang mampu lindungi adik-adik dia. Amin.



Terima kasih Iffan selalu tolong mama kat rumah. I love you to the moon and beyond.




Februari 12, 2018

VIDEO YOUTUBE YANG PERTAMA

Assalamualaikum,

Monday is the best day of the weekdays!!! Ayat memotivasikan diri untuk mengelak penyakit malas di hari Isnin. Tapi biasanya Msred takde masalah dengan Monday. We are best buddies. Msred jadi malas bila hari Jumaat sebab dah tak sabar nak tunggu weekend.



Msred sejak sekolah suka sangat stationery dan benda-benda yang cute. Sampai dah dekat seoaruh abad ni pun masih suka cute things. Cuba bayangkan umur 60 tahun pergi beli sticker yang cute-cute tu. Kalau orang tanya cakap beli untuk cucu, padahal... hahaa...

Last week, buat pertama kali dalam hidup buat video khas untuk youtube, edit dan upload. Walaupun kira kategori budget video sebab peralatannya guna apa yang ada dan improvise sikit dengan lighting pun asal nampak, tetap excited nak buat dan share. Sesiapa yang dah mengikuti blog Msred sebelum ni, mesti dah maklum yang Msred ni Planner Addict dan Art Journal Addict. 


Last week singgah MPH SACC Mall dan Daiso dan Popular Bookstore di Aeon Section 14 Shah Alam. Membelilah sedikit Notebook, stickers dan pen. Tak boleh beli banyak-banyak sebab pergi dengan 'accountant-sponsor-auditor' Msred. Heheee... Inilah hasil shopping dan videonya.  Subscribelah kat channel youtube Msred yea. Thank you. 










Msred harap ada yang tonton video clip nya dan komen. Apa-apa komen sangat dialu-alukan.





Februari 09, 2018

CIK NEN GO SHOPPING

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, jumpa lagi Jumaat yang barakah. Semuga kita sama-sama dapat mengamalkan Sunnah sebanyak-banyaknya hari ini. Kalau difikirkan, banyak Sunnah yang mudah yang dapat kita amalkan tapi kita masih malas nak amalkan. Tak faham betul. Cuma, kita boleh berdoa pada Allah semuga semua anggota kita ni tak malas nak mengamalkan Sunnah Rasulullah SAW. Amin.




My little Princess, Cik Nen dah almost 10 bulan. Dah lebih kurang 4 bulan bagi dia homemade foods. Bubur nasi, puree, buah. Sekarang ni baru belikan dia snack yang keras sikit untuk ajar dia mengunyah. Msred tak suka bagi dia processed food awal sangat, nanti dia tak pandai makan makanan rumah macam nasi, sayur, buah. Bila dah pandai makan makanan rumah, barulah boleh bagi makanan lain yang ada perasa macam kek ke.





Tak tahu kenapa bila di bagi dia pegang food dia tu, suka sangat dia. Orang nak ambil nak bayar pun dah tak boleh dah, dia pegang taknak lepas. Macamlah dia faham itu food dia. Dalam gambar ni dia tak pakai stoking dia dah sebab dari mula dia pakai dia ashik tanggalkan dan masukkan dalam mulut dia. Last-last bukak terus, senang, Cik Nen makan pulak kotak food tu. Semua benda dia nak masuk mulut. Rasanya kalau dia jumpa batu pun dia masukkan dalam mulut dia.


Gambar diambil kat Tesco Shah Alam.


Februari 07, 2018

SPONSORED CELEBRATION

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, semalam berjaya lagi menqada' puasa Ramadhan hari ke 4 daripada 30 hari. Jauh lagi nak settle. Semuga dipermudahkan. Semalam puasa sahur roti ngan milo je, memang penyek je la. Tenaga tak berapa bagus. Tapi masih mampu jalankan tanggungjawab wajib, alhamdulillah lah. Dugaan puasa masa bukan Ramadhan ni bagi Msred banyak. Maklumlah, orang lain makan sesedap rasa sedangkan kita tak. Hehe...



Halfway through the week. Diharapka hari seterusnya, kita tetap productive. Jangan buang masa dengan benda-benda tak sepatutnya. Selain kejar dunia jangan lupa akhirat, alam kekal kita tu. Kalau kekal dalam syurga bahagialah, kalau kekal dalam neraka? Boleh bayangkan ke? Eloklah kita sama-sama bayangkan macamana rasanya kekal dalam neraka.

Last week, hari lahir Suami dan anak Msred nombor dua, Ian Syamie. Birthday Suami 2 haribulan, celebrate kat rumah sister in law, dia beria nak celebrate birthday abang dia kat rumah dia, siap sponsor lagi. Kalau kitaorang, tak celebrate sangat birthday ni. Semuga jadi hamba Allah yang taat yea Encik Suami. Amin.




Then, 3 haribulan birthday Ian Syamie pulak. Dah 9 tahun, alhamdulillah. Tak celebrate sangat. Beli cake je potong kat rumah dengan baju tidur je. Tak kisahlah, janji potong cake. Uncle Yoi dengan Wan je ada. Semuga jadi hamba Allah yang taat dan dianugerahkan ilmu bermanfaat untuk dunia dan akhirat. Amin.





To peminat k pop, dah dengar ke lagu Ikon, Love Scenario? Best tak? Best tak?



Februari 05, 2018

GIGI DIA RUPANYA

Assalamualaikum,

Bestnya weekend bila dapat rehat dan spend time dengan orang tersayang. Yang paling best dapat tidur, biasalah weekdays tak cukup tidur. Bila dah cukup rehat dan dah dapat lepak dengan family, hati pun dah happy, barulah dapat menghadapi cabaran hari Isnin dengan jayanya. Takde lah lemau je.



Last week celebrate birthday my second and third sister. January birthday. Celebrate sekali je senang. Lokasi, Jibby Chow SS 15 Subang. Tak sempat ambil gambar makanan sebab Msred sampai lambat dia orang dah start makan. Sempat ambil gambar orang je, yang mungkin akan di share lain entry. Nak share gambar ni je. Gambar Cik Nen punya dua batang gigi baru tumbuh dari haritu nak snap gambar tapi tak dapat.



Tak taula kenapa kebanyakan  mak-mak suka share gambar anak dia sampaikan gambar gigi anak dia pun nak share. 

Apa petua nak bagi rambut baby lebat. Cik Nen botaklah, rambut sikit dan halus. Nasib baik tak pakaikan dia wig. 



Februari 02, 2018

SNIPPET 4 : AKU TAK CUKUP BAIK UNTUK DIA

Assalamualaikum,

"So, ini keputusan kau?"





Dia mengangguk perlahan. Aku mengeluh. Walaupun aku dah duga keputusan ini, tapi aku masih berharap. Dari mula aku tahu bukan mudah nak mendapatkan wanita sehebat dia. Tiga bulan lepas, aku jatuh cinta. Jatuh cinta pandang pertama. Kerana aku tak pernah percaya pada cinta pandang pertama, aku pada awalnya menafikan perasaan yang berbunga dalam hati aku. Mana mungkin aku jatuh cinta pada dia hanya selepas sekali pandang. Tak pernah terjadi dalam 30 tahun kehidupan aku.

Tapi selepas sebulan aku berkawan dengan dia, aku akur dengan perasaan aku. Macamana aku tak kalah dengan rasa cinta ini. Semakin kuat aku menafikan perasaan aku , semakin kerap aku termimpikan dia. Mimpi disiang hari. Semakin kuat aku cuba mengelak dari bertemu dengan dia, semakin jelas terang wajahnya diingatan aku. Akhirnya aku mengaku dengan diri aku yang aku sukakan dia, aku cintakan dia. Dan bila dah mengakui perasaan aku, aku berusaha bersungguh untuk memenangi hatinya. Tapi bukan senang.

Dia ibu tunggal kepada seorang puteri. Itu yang membuatkan sukar untuk aku pikat. Dia lebih sayangkan puterinya lebir dari dirinya sendiri. Jadi, mana mungkin dia dahulukan kebahagiaan, kegambiraan dirinya melebihi puterinya. Seluruh masa dan tenaganya hanya untuk puterinya, selepas dia berbakti pada ibunya. Kehidupannya tak berbaki untuk orang seperti aku. Tiada ruang lagi untuk aku di dalam hidupnya. Dengan adanya ibu dan puterinya, dia sudah cukup bahagia. Jadi, apalah harganya aku pada pandangan matanya. Nilai aku tak setinggi mana. Sejak pertama kali aku meluahkan rasa hati, dia dengan yakin menolak. Aku terkejut, tapi aku seakan faham perasaannya. Tak mungkin aku terus mengalah. Aku mohon supaya dia tidak terus menolak aku. Aku mohon supaya sekurang-kurangnya dapat dia menilai semula aku. Walaupun dia setuju, dia tetap mengingatkan aku supaya tak berharap. Aku gelisah, takut. Tapi aku mahu terus berharap.

Setiap hari aku cuba menjadi orang penting di dalam hidupnya. Aku berusaha melahirkan rasa cintanya pada aku. Tak pernah putus asa. Rasa takut memotivasikan aku supaya terus berusaha. Semakin takut aku kehilangannya, aku semakin pasti dia pilihan yang tepat, yang terbaik. Dia wanita hebat yang layak mendapat seluruh cinta kasih aku. Walaupun aku tak pasti samada aku layak untuk mendapatkan cinta hebatnya.

"Maafkan aku." Dia merenungku. Matanya suram, rasa bersalah.
"Tak perlu. Kau tak salah." Aku mengeluh lagi.
"Jangan tunggu aku." Dia masih merenungku.
"Itu hak aku." Aku membalas renungannya, sedaya upaya melenyapkan kesan kesedihan dan kehampaan dari mataku. Aku tersenyum."Tapi aku janji aku tak kan bersedih." Aku tak pasti bila akuakan dapat tunaikan janjiku itu.
"Tolong jangan bersedih kerana aku. Aku tak layak." katanya.
"Aku janji." Bohong aku.
Kami berbalas pandang, berbalas senyum.


Rekaan semata.

Author Iza Ismail












ALL TIME FAVOURITE