Mei 28, 2018

MY LIST OF SELF CARE

Assalamualaikum,

Baru Ramadan 12 Msred dah rasa penat dan mengantuk. Kadang-kadang bila ngantuk tu melampau sampai tak daya nak buka mata macam makan ubat tidur je. Msred memang jenis kuat tidur malam, so kalau tak cukup tidur malam start la tersenguk-senguk je kepala start lah cranky dia mengalahkan budak kecik. Tapi kenalah bertabah, Ramadan bukan selalu, bukan lama. 

Msred list down antara aktiviti favourite Msred untuk stay happy and rejuvenate. Hehee... bila happy takdelah nampak stress. Nanti nampak tua. 


https://8-images.blogspot.my/2018/03/
quotes-there-are-two-times-when-you.html


  1. Minum hot chocolate atas katil atau kerusi rehat sambil baca buku novel.
  2. Tulis journal atau scribble je apa-apa. 
  3. Binge watch Runningman atau apa-apa Kdrama atau Japanese movie. 
  4. Pakai mask waktu siang. 
  5. Decorate journal atau planner dengan sticker atau washi tape. 
  6. Masukkan apa-apa yang Msred berkenan dalam online shopping cart. Tak semestinya beli. Hehee....
  7. Tukar setting meja.
  8. Tukar handphone punya wallpaper. 
  9. Wassap husband kacau dia kat office. 
  10. Beli baju atau toys Cik Nen [anak perempuan Msred yang last], online.
  11. Spontaneous road trip. Ini berangan je lah. Tak pernah dapat spontaneous. Semuanya properly plan sebab ada anak-anak yang nak diuruskan. Tak boleh nak tiba-tiba je nak gi bercuti.


Agaknya, list you all's berapa panjang yea? 

Mei 25, 2018

5 THINGS I CAN'T LIVE WITHOUT

Assalamualaikum,

9 Ramadan dah, Alhamdulillah. Harap Ramadan you all terisi dengan baik macam yang dikehendaki Allah. Ramadan Msred ada naik turun. Ada hari bersemangat ada hari kurang semangat sama ada sebab ngantuk atau penat. Walau apa pun sama-sama kita usaha yea. 

Hari ni kita share 5 benda yang Msred can't live without. Can't function properly kalau takde benda ni. OK over, hahaaa.... Essential yang selalu ada di sisi. 

Hot chocolate



Dulu Msred heavy coffee drinker. Always ada coffee. Kadang-kadang Msred buat coffee pakai 2 sachet untuk 1 mug. 1 sachet dah tak cukup kuat. Tapi disebabkan faktor kesihatan, Msred dah berhenti minum coffee. Tukar hot chocolate pulak. Setiap pagi takleh miss. Petang during tea break. Malam nak tidur. Kadang-kadang rasa badan makin comel disebabkan banyak minum chocolate. 

Passport size Traveler's Notebook 


Sekali purse. Msred malas nak pakai purse. Bukan selalu ada duit pun dalam purse. Ada debit card, ic, lesen, mph card dan mykid anak-anak. Purse perempuan kebanyakan besar, tu yang malas nak pakai. Kosong je tak banyak benda. So sekarang Msred letak semua card dan cash dalam Traveler's Notebook ni. Senang. Dalam ni ada notebook untuk personal dimana Msred tulis je apa Msred nak tulis, macam diary. Lagi satu notebook untuk kerja. Senang. Lagi pun Msred suka leather dia. 

Handphone 

masih dgn Note 5

Ini biasa. Terlalu rapat sangat dengan handphone sampai Msred pun takut. Bersosial dengan kawan-kawan, berhubung dengan family, buat kerja, tengok cerita, cari info semua guna handphone. Pengaruh sangat besar dalam hidup kebanyakan kita ni, sampai kadang-kadang hati tak tenang kalau handphone takde, rosak ke tinggal Kat rumah ke. Takleh bayang kalau takde handphone sehari. 

Regular size Traveler's Notebook 


This one pun selalu ada di sisi. Selalu bawak ke mana-mana. My creative outlet di mana Msred buat art journal, quote journal Msred. I need to be creative, I need my art, kalau boleh hari-hari nak buat. Kalau tak sempat bila ada masa je lah. Tapi nak kena ada di sisi. Kalau tak sempat nak buat, belek-belek selak-selak je pun jadi. Orang yang tak minat memang tak faham. I'm not weird, just special. Hehee....

Family


Of course. Who can live happily without one. Sayang family. My one of the reason to wake up everyday. The reason for me to keep fighting and be strong. Salah satu sebab kenapa berhenti kerja yang Msred suka. Nak jaga anak sendiri biar dia orang selalu depan mata. Puasa hati. Kalau Msred pandai, silap-silap Msred home school kan je dia orang. Can't live without them. Alhamdulillah for my family and for everything else, too many to list down. Alhamdulillah. 


You all kalau ditanya satu benda yang tak boleh takde dengan you all, apa yang paling atas sekali dalam list?



Mei 22, 2018

JANGAN IKUT NAFSU SANGAT LA

Assalamualaikum,


Alhamdulillah, hari ke 6 dah. Dulu masa kanak-kanak seronok nak sambut Syawal. Ramadan tak berapa nak sambut. Bila dah tua ni baru rasa seronok sambut Ramadan. Dah tahu apa kita akan dapat kalau kita sambut Ramadan dengan cara yang betul. Dah tahu apa ganjarannya, barulah rasa seronok.

Kagum tengok orang yang dapat khatam Quran dua tiga kali dalam bulan Ramadan ni. Msred tak pernah lagi ada rezeki nak khatam dua tiga kali. Khatam sekali adalah dapat Alhamdulillah. Itupun kalau Allah tak tolong tak mampu agaknya. Ustaz kata, kalau rasa susah sangat nak buat amal, minta tolong dengan Allah sungguh-sungguh, InsyaAllah ada rezeki Allah tolong. Nasihat sahabat, tak dapat banyak buat sikit tapi make sure istiqomah. InsyaAllah.

source : https://www.facebook.com/
Muslimknowledge-1561486514129414/


Setakat 6 hari puasa ni belum ada berbuka kat luar, buka Kat rumah je. Jimat dan mudah bagi Msred. Kalau nak buka luar nak kena reserve tempat, kena keluar awal, bersesak dengan orang ramai. Muda-muda dulu rajinlah buat macam tu. Dah tua ni malas. Nak pergi bazaar Ramadan pun malas. Tapi husband pergilah. Nak beli kueh untuk anak-anak alasannya. Tapi Msred tengok apa yang dibelinya banyak yang favourite dia je. Kekeke...

Tak sabar nak tunggu 10 malam terakhir Ramadan. Kita sama-sama usaha tingkatkan amal supaya dapat Lailatul Qadar yang best sangat-sangat tu. Start dari sekarang doa banyak-banyak supaya Allah rezekikan kita dapat malam Lailatul Qadar tahun ni. Amin. 

Korang buka puasa jangan ikut nafsu tau, nanti baju raya naik size pulak tahun ni. Peringatan untuk diri sendiri sebenarnya. Hahaa.... 


Mei 17, 2018

PLANNER UNTUK SEPANJANG BULAN RAMADAN

Assalamualaikum,

Syukur masih direzekikan untuk bertemu Ramadan tahun ini. Semuga Allah dipermudahkan usaha kita untuk beramal sepanjang Ramadan ini. Semuga kita direzekikan bertemu Lailatul Qadar yang didamba. Semuga segala amal kita diterima. Ustaz nasihatkan eloklah kita menyambut Ramadan dengan memperbaharui taubat kita. Sama-samalah kita usahakan. Semuga Ramadan kali ini lebih baik dari sebelumnya. Amin.
Minggu lepas, Msred dah siap-siap decorate planner untuk bulan Ramadan ni. Sebulan terus, senang. Siap-siap supaya Ramadan nanti takdelah guna masa lama sangat nak update planner. 











Msred juga buat Ramadan tracker untuk keep track apa yang Msred rancang nak buat sepanjang Ramadan ini. Msred akan tick kotak setiap kali kalau Msred dah buat apa yang Msred nak buat. Senang nak tengok banyak tinggal ke tak. Harap-harap biarlah dapat tick semua kotak. Msred tak plan nak buat banyak-banyak takut tak istiqomah. Biarlah sedikit tapi istiqomah. Kalau you all's ada idea nak tambah lagi apa yang Msred boleh buat untuk Ramadan ni tinggalkan komen yea. Sangat Msred alu-alukan. 




Dan pada sesiapa yang nak tengok macamana Msred prepare planner Msred untuk Ramadan ni, kliklah video di bawah. Terima kasih. 

Have a baraqah Ramadan you all's. Jangan kejap dunia je. Peringatan untuk Msred dulu





Mei 15, 2018

SALE BAJU RAYA

Assalamualaikum,

Lagi sehari dua Ramadan akan datang semula. Lama dah kita tunggu. Kebanyakan kita tahu kebaikan dan manfaat bulan Ramadan untuk kita umat Islam. Mari kita sama-sama tanam azam untuk jadikan Ramadan sebagai platform, permulaan, sebab dan pemangkin supaya kita jadi lebih Islam lagi untuk bulan-bulan yang lain. Practice untuk jadi Muslim yang terbaik masa Ramadan ni, supaya dapat jadi panduan pada bulan-bulan yang lain, InsyaAllah. Dan sama-sama kita doa supaya kita semua mampu lakukan yang lebih baik dari Ramadan sebelumnya, InsyaAllah, amin. 

click picture....shopee: izazatul

Alhamdulillah dalam bulan Ramadan ni ada yang dapat rezeki lebih sikit oleh kerana persedian menyambut Ramadan dan Syawal. Msred harap Allah murahkan rezeki kita supaya lebih mudah kita nak buat kebaikan, InsyaAllah, amin. 

Nak war warkan Msred buat raya sale di shopee Msred. Jual baju kanak-kanak. Dah start dua minggu dah. Banyak yang dah habis stock, Alhamdulillah. Harap dapat habiskan during Ramadan ni, amin. Ni yang buat sale tu nak kasi habis, InsyaAllah. You all bolehlah tengok-tengok kalau ada yang bekenan. And thank you in advance pada yang sudi tengok-tengok dan yang sudi beli-beli. You all semua memang awesome. Thank you so much. 

Jangan lupa betulkan niat luruskan langkah di bulan Ramadan ni. Sama-sama kita usaha. 


Mei 14, 2018

APA ADA DALAM PEN CASE

Assalamualaikum,


Alhamdulillah segalanya masih tenang. Last week banyak sangat happening and long weekend, minggu Msred jadi kurang productive. Dalam weekly planner, banyak kotak yang tak tick, to do list not done dan brought forward ke minggu ini. 

Tapi yang bestnya long weekend, dapat spend time dengan family lama sikit. Hari Jumaat, tanpa perancangan decide pergi Cameron Highland dua hari satu malam. Alhamdulillah. Walaupun sekejap dapat rehat dengan family sambil borak-borak pasal poliotik Malaysia. Hehee... Apa-apa pun pilihan kita, keputusannya, semuga tak merosakkan Malaysia hingga generasi seterusnya dan tak melemahkan Islam di Malaysia. Amin.

Kali ni secara santai, Msred nak share apa yang ada dalam pen case Msred. Semuanya my current favorite stationery supplies yang Msred biasa guna untuk note taking dan journaling. Ini pen case Msred yang baru di beli di Kokuyo Malaysia, jauh lebih murah dari Smiggle idaman hati. Haha... Apa-apa pun kenalah warna merah yea dah? 





Kalau nak tengok isi dia jom tengok video ni sekejap. Semuanya kesukaan Msred buat masa ini. Banyak lagi stationery kesukaan Msred tapi belum ada alasan nak beli. So, yang ini saja dulu.

Enjoy watching!!! Kalau best Like lah, kalau interested nak tengok video Msred yang lain, jangan lupa subscribe yea. Thanks you all. Happy Monday!!













Mei 08, 2018

QURAN JOURNAL SEMPENA RAMADAN

Assalamualaikum,

Msred terjumpa Quran journal challenge ni di Instagram da decided nak cuba buat. Journal ayat-ayat yang berkaitan al Quran. Ini list ayat-ayatnya. Challenge ni start 1 May haritu. 



Msred journal dalam Traveler's Notebook Msred yang Msred selalu bawa ke mana pun. Senang nak buat bila sempat dan senang nak baca. Msred cuma tuliskan maksud ayat dan sedikit nota berkenaan ayat tersebut. Msred tak tulis bahasa Arab takut tak mampu nak jaga notebook ni sebab kadang-kadang beg tangan letak Kat bawah je. You all pun join lah. Tulis biasa-biasa je pun takpe. InsyaAllah sama-sama kita cari ilmu. 

Surah al Baqarah, 185

 Surah Ibrahim, 13

Surah al Waqia. 77-80

 Surah al Baqarah, 23

Surah Yunus, 38

Surah Hud,13


Nak tengok tak apa Msred buat dengan gambar-gambar Msred? Jom tengok video baru kat Channel Youtube Msred. Thanks yea and enjoy!!


Mei 07, 2018

FOUNTAIN PEN DARI CHINA

Assalamualaikum,

Sejak dari zaman sekolah Msred memang suka sangat stationery. Suka beli banyak-banyak walaupun belum tentu pakai semua. Sampai sekarang minat tu belum hilang. Salah satu stationery item yang Msred Suka, fountain pen. Baru nak belajar pakai, sejak tahun lepas.

Bawah ini antara koleksi yang ada dalam simpanan Msred. Ketiga-tiga fountain pen ni buatan China. Walaupun kebanyakan  fountain pen buatan China ni dikatakan kurang quality dan banyak 'inspired' dari design fountain pen yang popular, tapi kalau nasib baik dapat pen yang agak berkualiti dan sedap pakai, sedap tulis.



Yang first ni, Wancai Moonman Mini. Kecil je size dia, cukup-cukup panjang tapak tangan Msred je. Cuma kalau nak tulis, dia punya cap tu kita letak bahagian atas pen, baru panjang sikit rasa balance nak tulis. Rasa sedap tulis dan Msred suka design dia. Size dia kecik senang bawa kehulu hilir.



Yang ini pulak Jinhao 992. Body dia clear, kita boleh tengok ink Kat dalam dia. Fountain pen paling murah yang Msred Ada. RM 12.00 harga dia tapi yang ini orang bagi. Staff Pen Gallery yang baik hati melayan Msred setiap kali Msred datang kedai dia. Menulis dengan pen ni best, smooth je. Design dia pun cantik Dan size dia ok lah kalau nak bawa ke sana ke mari.




Yang ketiga ni Jinhao X450 flex fountain pen. Yang ini size dia besar sikit dan rasa chubby bila dipegang. Berat sikit dari average pen. Bila menulis rasa smooth. Cuma problem dia, pen ni mungkin category 'wet' pen. Maksudnya bila kita menulis, pen ni keluarkan banyak dakwat, so lambat kering. Tulisan pun jadi tebal dan ink nampak pekat dari biasa. 




Nanti InsyaAllah Msred akan upload video pasal fountain pen ni kat YouTube channel Msred. Overall Msred suka ketiga-tiga fountain pen ni. Tak boleh nak komplen banyak sebab harganya murah. 



Video baru Msred. Terima kasih pada yang sudi tonton. Kalau suka video no like lah. Kalau nak tengok lagi video macam ni jangan lupa subscribe channel Msred. Thanks you all. Enjoy!!


Mei 04, 2018

WASHI TAPE KESUKAAN MSRED

Assalamualaikum,

Salam Jumaat beautiful peeps!!! Sama-sama kita usaha penuhkan hari ini dengan Sunnah Rasul kita, InsyaAllah. Makanan hati. Tak sabar tunggu Ramadan. Harap kita semua dianugerahkan kesihatan yang baik supaya dapat banyakkan amal bulan Ramadan nanti. InsyaAllah. Amin. 

Pagi ini Msred nak share salah satu craft supplies yang menjadi kegemaran Msred. Washi tape. Jangan tanya apa definisi washi tape. Just tengok je gambar, self explanatory. Hehe...



Ini washi tape yang menjadi favourite Msred buat masa ini, ada yang cute and vintage. Jemput jamu mata. 







Ini sebahagian daripada koleksi washi tape Msred. Ada lagi dalam kotak container. Dah takde tempat nak simpan. So Msred destash sebahagian daripada koleksi washi tape Msred kat Carousell. Msred jual per metre. Murah sangat sebab nak destash je. Nak create ruang dalam kotak supaya senang nak beli baru. Tempat Simpan washi limited so tak boleh Simpan banyak washi tape dalam satu masa. Hehee... 

Carousell Msred username dia izazatul. Jemputlah tengok-tengok apa-apa yang ada dijual. 

Last untuk hari ini, video baru di channel youtube Msred. Bolehlah you all tengok macamana Msred guna washi tape ni. Thanks you all. Have fun.



Mei 02, 2018

DIA SUKAKAN PERHATIAN

Assalamualaikum,






Alhamdulillah, last 2 week, 19 April 2018, Cik Nen dah setahun. Membesar dengan sihat, cute, tak banyak kerenah, mengembirakan hati, menyenangkan. Cik Nen jugaklah peneman Msred di rumah buat kerja, masak dan berkemas.Teman tengok cerita. Tolong pilih barang bila gi shopping. Heheee... semualah. Girls happy time. 





Celebrate kecilan kat rumah MIL hari Jumaat 20 April 2018. Seronok Cik Nen bila jumpa kakak-kakak cousin belah husband. Cousin belah Msred lelaki je semua. Kakak-kakak pulak rajin melayan dia main. Seronoklah dia.







Yang best bila time nak tiup lilin, Cik Nen tersengeh-sengeh tau semua orang pandang dia. Suka perhatian gayanya dia ni. Birthday kek ni papa dia belikan kat Four Season. Siap ada bendera Malaysia lagi. Semangat mengundi betul si Papa ni. Hehee..
Apa-apa pun, semuga Nur Naznin Najiha sentiasa dilindungi Allah, diampunkan dosa yang akan datang, sentiasa dalam Rahmat Allah, diberi hati yang dipenuhi iman, diberikan  ilmu yang bermanfaat dunia akhirat dan ditunjukkan jalan untuk berbakti untuk Islam. Amin. InsyaAllah. 

Cekidaut video baru kat channel youtube msred. Thank you and have fun peeps!!





April 30, 2018

TRAVELER'S NOTEBOOK BLUE EDITION 2018

Assalamualaikum,


Bagi you all yang ikut dan singgah blog Msred rasanya tahu hobi Msred adalah menulis, art journaling dan scrapbooking. Suka sangat stationery, kawaii stickers dan washi tape. Msred journal dalam Traveler's Notebook Msred jenama keluaran Traveler's Company, stationery store yang popular di Jepun. Journal ini cover dia diperbuat dari genuine leather. 

Setakat minggu lepas ada 3 journal cover dalam koleksi. Seperti dalam gambar di bawah, satu warna Brown saiz regular (yang panjang tu) dan dua saiz passport warna Brown dan Camel. 





Last week, bertambah koleksi Msred dengan keluaran terbaru Traveler's Company, warna Blue. Release bulan March dan sampai Malaysia April. Msred beli kat Cziplee, Bangsar.



















Leather dia lembut sangat Msred kejap-kejap raba-raba, bau wangi sampai Msred kejap-kejap bau kejap-kejap bau. Perasaan masa buka parcel tu tak terucap. Mungkin sama perasaan terujanya pencinta berlian bila buka kotak berisi cincin atau subang berlian. Happy sangat. 




Selain leather journal cover ni, ter beli juga washi tape 8 roll jenama MT. Msred suka MT washi tape ni sebab design dia selalunya ceria dan cute. Lagi pun MT washi ni boleh kata antara yang murah dikalangan washi yang popular. Seronok dapat washi baru. Dia macam addiction, tak boleh berhenti beli walaupun Kat rumah ada banyak lagi washi roll yang tak habis. So, Msred ada jual washi kat Carousell. Nak destash supaya dapat beli baru sebab tempat simpan washi dah penuh takde tempat nak simpan washi yang baru. Cari je profile izazatul kat carousell. 




Bawah ni video unboxing stationery haul Msred kat Cziplee minggu lepas. Jangan lupa subscribe YouTube Channel Msred yea. Thanks sisters. Brothers ada ke? Hehee....









April 24, 2018

WOULDN'T TRADE IT FOR THE WORLD


Assalamualaikum,

Msred decided nak ikut Journal Prompts for Mom challenge seperti dalam entry, 31 DAYS JOURNAL PROMPTS FOR MOM. Day 31 punya topic, Wopuldn't trade it for the world.

https://pascalcampion.deviantart.com/
art/Burbank-2015-Thanksgiving-574494986


Dah cukup 31 hari 31 entry journal prompts for mom challenge yang Msred join. Tak dapat nak buat hari-hari. Ada skip juga. Maklumlah, kekangan masa. 

Kesimpulan dari challenge ini, walau macamana penat jadi mama, macamana stress dengan kerenah anak-anak, macamana kelangkabut jadinya hidup Msred. Kehidupan Msred sebagai mama kepada Iffan Daniel, Ian Suami, Iman Zary Haqimie dan Nur Naznin Najiha. I am grateful and wouldn't trade it for the world or anything else. Alhamdulillah for everything.

Insert untuk this week punya planner.






April 23, 2018

MY MORNING VIEW

Assalamualaikum,

Msred decided nak ikut Journal Prompts for Mom challenge seperti dalam entry, 31 DAYS JOURNAL PROMPTS FOR MOM. Day 30 punya topic, My morning view.


http://www.ebaumsworld.com/pictures/photos-that-will-satisfy-
your-inner-perfectionist/85176042/?image=85176047


Setiap hari rutin Msred lebih kurang sama saja. Kalau hari sekolah, bangun pagi mandi, solat, ngaji, kejut anak-anak, prepare simple breakfast, breakfast, hantar suami dan anak-anak depan pintu, salam, cakap babai, tutup pintu rumah, layan baby Cik Nen pulak sampai dia tidur balik. Time ni cepat-cepat buat kerja rumah, prepare nak masak makan tengahari. Then kalau ada masa barulah dapat buat journal atau scrapbook. 

Gitulah keadaannya setiap pagi. Bangun pagi je terus bayangkan 'to do list' dalam kepala ikut turutan. Terus cergas takde masa nak bangun dengan tenang, lepak dulu atas katil 5 or 10 minit, termenung dalam bilik air, bersolek depan cermin lama-lama. By the time anak-anak dan suami keluar, dah penat. Hahaa... cepat sangat penat sekarang ni. Tanda penuaan makin ketara. Gitulah. Alangkah bestnya kalau dapat bangun pagi tapi pantai tengok matahari naik sambil minum kopi di beranda. Kalaulah....


April 19, 2018

DARI KL KE BANGKOK DENGAN TRAVELOKA


Assalamualaikum,

Good morning, good afternoon, good evening dan salam sejahtera you alls. Happy Msred hari ini, sebab good mood baru balik dari travel. Tak jauh, dekat je. Nanti boleh share dalam entry lain, insyaAllah. Tak sempat lagi edit gambar. Ni belanja gambar kat airport je dulu.



sementara menunggu flight.
EDC : Traveler's Notebook/planner ni mesti ada.

menuju gate berlepas

dalam kapalterbang



Siapa diantara you alls yang selalu travel sana sini atau at least sebulan sekali atau setahun sekali? Bagaimana kalau you alls nak travel ke Bangkok. contohnya? Naik besi terbang? Jangan terkejut besi boleh terbang ya, bukan parang yang terbang tetapi salah satu teknologi yang berkembang dan dikomersialkan di setiap pelusuk dunia iaitu kapal yang boleh terbang atau nama rasminya kapal terbang. Panjang lebar pulak Msred explain, tapi sorry lah, tengah happy baru balik bercuti. Keep on reading yea.
Masih ingat tak zaman bila kita nak book tiket flight kita kena ke airport pergi ke kaunter atau buat panggilan telefon? Ni mak-mak lah kot. Yang teenagers tu tak merasa kot. Masih ada lagi perkhidmatan yang macam tu kena pergi kaunter bagai nak book flight ticket.
Tapi sekarang, zaman cyber ini kita semua sibuk 24 jam, dimana masa itu penting, tak boleh lambat, sekarang nak book flight ticket contohnya ke Bangkok [ashik bagi contoh Bangkok je, sebab dalam wish list ni. hehee] dari KL hanya perlu menaip di browser you alls dan tekan sini dan sana guna komputer atau smartphone je. Di sini Msred nak share salah satu cara yang bagi Msred amat mudah dan sesuai dengan Msred yang tidak suka buat perkara yang simple dengan cara yang susah buat Msred stress. Apa yang Msred nak share tu? Traveloka, You alls pernah dengar?
Di Traveloka, pengalaman book tiket penerbangan sangat berbeza. Berbeza sebab ia dapat memudahkan you alls, menjimatkan masa, dan dapat membuat perbandingan harga antara syarikat penerbangan di satu tempat sahaja. Takdelah kena pergi kaunter macam dulu. Bunyi menarikkan? Senang sangat. Contohnya, macam mana kita nak find cheap flight from Kuala Lumpur to Bangkok.

https://blog.traveloka.com/ms/panduan-tips/7-destinasi-asia-tenggara-dari-hanya-usd30/

Kita selalu rasa susah kan nak buat perbandingan sebelum ini, sebab kita perlu pergi ke website setiap syarikat penerbangan, itu pun belum tentu ada flight yang membawa kita ke destinasi kita pada tarikh yang kita inginkan. Tetapi di Traveloka, kita boleh taip sahaja bila dan dimana, dia orang akan list down flight yang ada dari syarikat yang berbeza dengan harga yang dapat kita tengok dan compare terus. Senang sangat nak cari harga flight ticket yang murah sesuai dengan budget kita.
You alls boleh tengok-tengok dan try sendiri kat website dia orang. Cuba-cuba lah taip destinasi Bangkok from Kuala Lumpur, dan tarikh. Kalau ada you alls yang memang ada plan nak bercuti tapi belum beli flight ticket, boleh terus cari mana ticket yang murah dan terus booking online di Traveloka.
Buka website dia orang dan pilih bahasa yang you alls nak dan klik di bahagian flight. Website ini sangat user friendly, bagi yang kurang celik IT pun mesti boleh guna. Bila dah pilih destinasi dan tarikh, terus sahaja tekan search flight. Jangan lupa lak nanti nak class economy ke tau business class ke atau first class ke untuk you alls yang sukakan keselesaan.
Kemudian list penerbangan yang ada akan keluar. Traveloka ini partner dengan kebanyakkan syarikat penerbangan yang ada jadi info yang ada nanti adalah tepat. Jangan risau kena tipu kerana mereka sudah established, mempunyai perkhidmatan pelanggan 24 jam, sangat professional dan sangat menyokong kehidupan travellers. List yang keluar nanti akan beri flight info yang detail, masa dan juga harga. Bila dah tahu mana yang nak dipilih click di 'choose' atau 'pilih'. Kemudian satu form atau borang akan keluar untuk diisikan, selepas isi detail you alls, terus tekan 'continue'. Kemudian you alls perlu uruskan urusan pembayaran secara online. Senangkan? Serious senang sangat.
Tiada lagi pengalaman yang senang untuk travel sejak adanya traveloka ini. Book hotel boleh, book tiket kapalterbang boleh, review tempat percutian yang best pun ada. Jadi jangan jadikan alasan bila ahli keluarga you alls, atau sahabat atau boss di tempat kerja suruh untuk you alls buat booking flight ticket. Traveloka adalah salah satu penyelesaian yang menjimatkan masa, mudah untuk mendapatkan harga yang murah, dan selamat.

Jangan lupa cuba tau. Senang, dan tak rugi pun cuba, Lepas ni harap Msred dapat pergi Bangkok pulak, pastu Jepun. Doakan Msred yea. hehehee...

Siapa yang pernah cuba Traveloka? Cuba comment sikit kat bawah. Thanks you all!!!



ALL TIME FAVOURITE