September 06, 2011

CARA NAK JADI MATANG

Salam you alls,

Kalau terasa diri tak berapa nak matang tapi berminat nak berubah dan belajar jadi matang, bolehlah try jadikan simple tips ni jadi habit.

1. Mula fikirkan orang lain
Kalau sebelum ni kita ashik fikirkan diri kita sahaja dan tak kisah sangat dengan orang disekeliling kita, cuba ubah habit ini. Kalau sebelum ni kita leka dengan cerita diri sendiri, kita boleh start dengan berhenti ashik bercerita tentang diri kita sahaja bila lepak dengan kawan-kawan sebaliknya biarkan kawan-kawan kita share cerita dia orang pulak dengan kita. Bila kita mula mendengar, kita akan mula memahami kawan-kawan kita.

2. Cuba berkawan dengan orang baru.
Kalau sebelum ni kawan-kawan kita semuanya tak berapa matang sama macam kita, cuba berkawan dengan orang yang lebih matang supaya kita boleh mencontohi tingkahlaku mereka yang baik. Mereka yang matang ini boleh bantu kita melihat kehidupan dari perspektif yang berbeza dengan cara yang lebih matang.

3. Set matlamat hidup.
Orang yang kurang matang ni biasanya cuma fikirkan masa sekarang dan kurang fikirkan tentang masa depan. Cuba set matlamat hidup kita ke arah yang lebih baik. Kalau dulu selalu buang masa dengan sesuatu yang tak berfaedah, sekarang bila dah ada matlamat, masa kita akan terisi dengan aktiviti yang lebih berfaedah. Dengan kita berusaha untuk mencapai matlamat, kita akan mula berfikir dan bertindak dengan lebih matang.

Dengan menjadi orang yang matang, tidak bermakna kita tak boleh lagi berperangai macam budak-budak langsung dan tak boleh berseronok. Kita cuma perlu tahu bila masa nak jadi budak-budak dan bila masa kita perlu jadi lebih matang.

Note : Msred jadi matang bila situasi memerlukan msred menjadi lebih matang. Waktu lain msred lebih suka berperangai budak-budak dan chill.

- Posted using BlogPress from my iPad

18 ulasan:

cikgu berkata...

pengalaman sendiri eh ni...cf xtau cf matang ke x..tp kalau org br kenal tgk muka first msti ingat cf baru 25...adakah itu xmatang?huhu

Falling . berkata...

tp kdg2 matang 2 mnyakitkn~

MerLe berkata...

kita serupa~ hehe

Kakkoii berkata...

cube berkawan dgn orng tue2.. kompom pemikiran and gaya percakapan jadi matang

Unknown berkata...

matang biarlah kena dengan tempatnya kan..jgn sepanjang masa pun nak matang..macam org tua la pulak..hehe..

saya suka nak maintain kelihatan muda..hahaha..

safurara berkata...

setuju ngan akk =)

aamalinaazman berkata...

hhehehe
samalah dgn akak
time ada mslh tetibe mtg
bile time lain..aiyakk
cm bdk sekolh..hahhaha

Anum berkata...

sgt2 setuju

msredcheesecake berkata...

kena tau bila kena matang bila tak perlu....baru keputusan yg dibuat lebih baik...

ct kektus berkata...

kite tak suka nmpak matang sgt. tp sesetengah keadaan memerlukan kite jadi matang. kan msred? hihi ;p

Rean berkata...

kena ikut keadaan hehe.. :)

Tanpa Nama berkata...

erm kadang2 mmg kene matang..kalau x xde mse dpn pulak..hehe..betul cara msred tu matang ikot tempat hehe..

♫ManB0yz™♪ berkata...

em pasal matang ea? Segala dugaan yg dtg pd kita yg sedikit sbnyk mematangkn diri kita tntang kehidupan ini. . . .hehe entah betul ntah x aq type ni,haha. . . . .papepun matang biar btempat gaklha

Shahirah Anuar berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Shahirah Anuar berkata...

mohon share (^_^)

Adilah Asari berkata...

Yaya pulak berpewatakan lebih kepada budak2, tp pemikiran lebih kepada matang..huhu

Lynn Damya berkata...

Betul3... :D sy ni boleh lah dikatakan matang, tp suka tgk kartun lagi ! haha

Tanpa Nama berkata...

saya berumur 19 tahun tpi cara percakapan saya kebudak budakan...
kwan saya ade tegur yg saya dari luaran saya matang...tetapi dalam percakapan saya tidak matang...
contohnya saya bercakap kurang yakin dan tergagap gagap...
saya juga bercerita dengan sekejap dan tidak seperti org dewasa yg boleh bercerita apa sahaja yg boleh menunjukkan kematangan dan menarik...
apakah tips percakapan yg matang yg perlu saya lakukan terutama bersama rakan dan orang2 yg disekeliling dan org yg baru kenal???
selepas itu apa perkara yg perlu dilakukan dalam percakapan untuk kelihatan tidak matang???

ALL TIME FAVOURITE