Disember 26, 2011

SURAT CINTA UNTUK KAMU

Assalamualaikum....

Saya tak kisah bagaimana paras saya pada mata kamu. Kalau kamu kata saya cantik saya setuju. Kalau kamu kata saya kurang cantik, saya bersyukur dan berterima kasih pada kamu. Pada mata hati saya saya percaya saya cantik sebab....

1. Saya tak suka berbicara tentang keburukan dan keaiban kamu.
2. Saya lebih suka terima kamu seadanya.
3. Saya tak suka tinggalkan kamu ketika saya berusaha berjalan mendekati Dia.
4. Saya lebih suka minta si pengata kamu supaya sama-sama bimbing kamu membetulkan apa yang tersilap.
5. Saya bersyukur sangat setiap kali awak berjaya betulkan kesilapan awak walau sekecil mana pun.
6. Saya ikhlas berharap kamu berbahagia dalam penghijarahan kamu.

Kamu, jom kita berhijrah bersama dan bina kehidupan di jalan yang Dia suka.

Note : Rekaan, bukan kisah sesiapa.


- Posted using BlogPress from my iPad

Disember 23, 2011

VIRUS MENJELANG CUTI

Salam you alls,
Hari ini hari Jumaat. Next, kita akan bercuti sempena raya krismas selama 3 hari. Memang best. Boleh rehat di rumah. Boleh tengok wayang. Boleh layan YES di shopping complex. Gaji pun dah masuk kan?
Persoalannya, kenapa agaknya msred rasa malas sangat nak buat kerja di pejabat sehari sebelum cuti panjang?
Daya tumpuan kurang, kemalasan meningkat, mood cuti mula menular dalam diri. Penyakit apakah ini? Ada ubatkah?
Dalam fikiran mula terbayang MI4 : Ghost Protocol, terbayang daging kambing panggang, terbayang donut Big Apple, terbayang high heels yang dah lama usha. Parah.
Lebih parah lagi bila dapat tahu penyakit ini sangat senang berjangkit pada rakan sekerja yang lain di pejabat ini. Menjelang tengahari, sudah separuh rakan sekerja msred dah mula menunjukkan symptom penyakit ini. Kerja mula lambat bergerak, ashik plan dan bercerita cuti tiga hari ini nak buat apa. Nak shopping kat mana. Nak makan kat mana. Nak shopping apa.
You alls dah kena?
Note : Tapi kenapa virus ini tak terkena kat bos msred? Imune system dia sangat kuatkah?
- Posted using BlogPress from my iPad

Disember 22, 2011

NAK MENJEMPUT

Salam you alls,

Lunch hari ini, msred makan bersama sahabat baik msred, Cik Fazlina di Kenny Roger's Plaza Alam Central, Shah Alam sambil melawat blog rakan-rakan msred. Quarter Original Chicken, muffin vanilla dan air coke. Mac and Cheese haruslah 2 portion ok, kerana nafsu semata.

Jemput makan.



Total calories : Entahlah..... Siapa tahu berapa kalori untuk quarter chicken dan 2 portion mac and cheese?


- Posted using BlogPress from my iPad

Disember 21, 2011

PATUTKAH AKU BAGITAHU DIA YANG AKU CINTAKAN DIA?

Salam you alls,
Saya dah lama kenal dengan awak. Sejak dari sekolah rendah lagi. Sejak darjah lima to be exact. Memang rapat. Macam belangkas. Sampaikan mak dan abah jadi risau tengok kita rapat sangat, lebih-lebih lagi bila dah sekolah menengah. Saya perempuan, awak lelaki. Tentu mak dan abah risau tengok kita macam belangkas bersama. Mak dan abah ingat kita pasangan bercinta. Sayang sangat kat awak. Awak sahabat saya, bahu saya, tisu saya, penasihat saya. Sayang sangat kat awak, sahabat saya.
Tapi, entah sejak bila sayang saya pada awak sebagai sahabat saya bertukar jadi cinta kekasih. Menakutkan bila saya sedar perasaan saya pada awak dah berubah. Rindu saya pada awak bukan lagi sebab rindukan sahabat. Rindu saya sebab cinta.
Pada mulanya saya cuba menipu diri sendiri, kata saya tak cintakan awak. Tapi kelamaan saya tahu dan sedar saya tak boleh lagi menipu hati saya. Keliru.
Akal saya kata, jangan kerana perasaan cinta saya pada awak saya kehilangan sahabat baik saya.
Hati saya kata, tak salah cintakan sahabat baik sendiri. Luahkan lah perasaan cinta itu agar kalau ada jodoh akan bertaut.
Kemudian akal saya kata lagi, macamana kalau cinta saya tiada balasan serupa dan saya kehilangan sahabat baik saya kerana luahan hati saya itu?
Sekarang ini, akal dan hati saya tak berhenti berbalah. Patutkah saya luahkan cinta saya pada awak, wahai sahabat baik ku? Patutkah? Berbaloikah?

Disember 15, 2011

BETUL KE DIA CANTIK?

Salam you alls,

Sedang aku ( aku=mamat ) melepak di kedai mamak depan rumah pekena roti canai untuk breakfast, ternampak seorang awek lalu.

Cantik. Gadis paling cantik yang aku pernah jumpa. Kulitnya putih gebu. Kurus. Tinggi, kaki panjang. Kaki dia cantik. Mungkin sebab itu dia pakai skirt pendek supaya semua orang yang memandang tahu dia punya sepasang kaki yang cantik. Rambut sedikit ikal, panjang dan diwarnakan perang, sesuai dengan kulitnya yang cerah. Rugilah kalau pakai tudung, orang tak kan tahu dia punya rambut yang cantik dan panjang. Dari tempat duduk, aku dapat melihat sepasang matanya yang tajam dan galak, dihias cantik dengan alat make up. Kalau tak pakai make up tebal di situ, pasti orang tak perasan cantiknya mata dia. Indahnya ciptaan tuhan, Subhanallah.

Tanpa diketahui oleh 'aku', si gadis cantik bernama Marissa ( bukan nama sebenar ), baru pulang dari rumah kawannya. Semalam keluar rumah selepas bergaduh dengan kakak. Berpunca dari perasaan cemburunya dengan kakak sebab lelaki yang dalam diam dia suka, cintakan kakaknya. Tambahan pula Marissa memang tak suka kan kakak yang lebih disayangi oleh mama dan papa. Bermalam di rumah kawan satu kolej, Mimi. Budak miskin tak pandai bergaya yang cuma berguna bila Marissa susah. Sekarang ini Marissa nak berjumpa Sham, lelaki kaya yang dia belum puas menggunakan duitnya untuk kepentingan diri.

Kalau lah 'aku' tahu tentang ini, adakah Marissa masih lagi dilabel sebagai gadis paling cantik?

Disember 13, 2011

MENGAJAR ORANG YANG KURANG AJAR

Salam you alls,

Cik Girlfriend sedang makan tengahari di Mc Donalds. Set Properity Burger. Encik Boyfriend pulak makan Doulecheese burger. Sedang menjamu selera, datang dua orang budak lelaki lingkungan umur 12 ke 14 tahun.

Budak : Assalamualaikum bang. Kami dari Sekolah ...... . Nak minta sumbangan ikhlas ......

Belum sempat budak lelaki dua orang tu habiskan ayat mereka, Encik Boyfriend dengan nada suara yang tinggi...

Encik Boyfriend : Takde, takde duit. Pergi tanya orang lain. Tak nampak ke orang nak makan ni.

Budak : Minta maaf bang. Assalamualaikum.

Budak lelaki dua orang tu terus berlalu, mencuba nasib di meja lain pulak. Encik Boyfriend terus menjamu selera tampa rasa bersalah.

Cik Girlfriend : ( dalam hati ) Melampau betul boyfriend aku ni. Kalau yea pun kedekut tak nak derma, tak payah lah tengking budak tu. Tak tau hormat orang langsung. Buat malu aku je. Aku break je dengan kau kang, padan muka. Berlagak.

Persoalanya, patut ke kita tinggalkan saja boyfriend yang sedikit kekurangan ajarannya atau kita cuba nasib menasihatinya?

Tingkahlaku yang macam ini menggambarkan sikapnya yang tak tahu menghormati orang lain. Kita sebagai manusia kena tahu macamana nak hormat orang. Keharmonian hubungan sesama manusia harus kita jaga. Kalau depan kita dia tak malu dan tak kisah nak tunjukkan perangai buruk dia tu, bayangkan kalau belakang kita. Mungkin lagi teruk. Dan tak mustahil lama-lama kelamaan hormat dia pada kita pun boleh berkurangan atau lebih teruk, langsung hilang.

Kalau kita mahu nasihatkan dia, agaknya macamana kita nak nasihatkan dia supaya buang perangai buruk dia ini? Kalau sikap dia ini sudah berakar umbi dalam diri dia, lagi susah nak buang. Kita kena bersabar nasihatkan dia dan bimbing dia supaya buang perangai tak baik ini. Jangan pulak kita kurang ajar dengan dia. Kalau kita kurang ajar, macamana nak bimbing dia buang sikap kurang ajar dia?

Kalau dah nasihat tapi tak jalan jugak? Gunakan akal fikir apa patut kita buat.

Disember 07, 2011

GOOGLE + UNTUK MSREDCHEESECAKE DOT BLOGSPOT

Salam you alls,
Sekarang ni makin ramai blogger yang buat page Google + untuk blog mereka. Ada yang kata nanti button follower akan dimansuhkan (rumors, tak tahulah sejauh mana kebenarannya). So bolehlah jadikan button Google + sebagai pengganti button follower.
Msred baru buat page Google + untuk blog msredcheesecake ni. Inilah page msred, yang kat sebelah kanan di bawah Nuffnang Ads. Kawan-kawan bolehlah klik untuk follow page msredcheesecake kat Google + ni yea.
Di Google + page ni ada update stream lebih kurang macam Facebook. Kita boleh update status, update entry blog dan tinggalkan komen. Msred pun baru saja nak belajar guna. Rupanya lebih kurang macam ini kalau di view melalui Google I Pad.
Jom kita saling follow di Google +. See you there.

Disember 05, 2011

DIARI BIRU DAN DIARI PINK

Salam you alls,
Diari pink (perempuan).
Dear diary,

Kenapa dia diam saja? Tak bercakap langsung dengan aku? Dari tadi balik dari pejabat, dia diam tak bercakap. Orang tanya sepuluh patah dia jawab sepatah. Makan pun sikit saja, macam tak selera je. Tu, mata je kat tv, hati tak tahu kat mana. Pelik betul. Tak pernah dia buat macam ini. Dia ada orang lain ke? Ada perempuan lain ke? Atau dia tak suka kat aku lagi dah? Hati dia dah berubah ke? Mesti dia dah berubah hati ni, itu pasal dah tak nak bercakap dengan aku. Sampai hati dia buat macam ni. Aku tak pernah berubah, kenapa dia berubah? Sampai hati dia tak setia. Tak apalah kalau dia tak suka aku lagi. Nak buat macam mana.

Diari biru (lelaki).
Dear diary,

Kenapa pulak motor aku tak boleh start tadi? Pening pikir.
Moral of the story...
1. Lelaki kadang-kadang malas nak bagitau awek dia motor rosak takut kena bebel.
2. Jangan bersangka buruk dengan pasangan.
3. Lain kali kalau dia tak nak bercakap dengan kita, jangan ajak dia makan sekali. Suruh dia masak sendiri atau beli sendiri.

Disember 01, 2011

KITA TIDAK SALING MEMAHAMI

Salam you alls,
Perempuan.....

Aku tak pahamlah kenapa boyfriend aku tu lagi suka lepak dengan kawan dia daripada dengan aku.

Aku tak pahamlah kenapa boyfriend aku tu boleh lupa annivesary kita orang hari tu.

Aku tak pahamlan kenapa boyfriend aku tu lagi suka lepak tengok bola daripada pergi tengok wayang dengan aku.

Aku tak pahamlah kenapa boyfriend aku tu boleh buat tak tahu je bila aku merajuk dengan dia.

Aku tak pahamlah kenapa boyfriend aku tu boleh tak perasan aku baru tukar style rambut aku.

Bla... Bla... Bla....

Lelaki....

Kenapalah awek aku ni suka sangat merajuk kalau aku lupa yang hari ni annivesary sebulan kitaorang couple. Penting ke?

Kenapalah awek aku ni suka sangat call aku berkali-kali sehari. Dia tak ada kerja lan ke nak buat?

Kenapalah awek aku ni suka sangat membebel kalau aku datang lambat sikit bila date dengan dia.

Kenapalah awek aku ni suka sangat pergi shopping padahal baru semalam pergi shopping sakan kat Mid Valley. Hari ni pergi KLCC pulak.

Kenapalah awek aku ni suka sangat ambil masa sampai satu jam nak bersiap, padahal tak delah cantik sangat jadinya.
Kita perempuan ni selalu bersungut lelaki tak faham kita, tak faham perasaan kita. Tapi sebenarnya, bukan lelaki saja tak faham perempuan, perempuan pun tak faham lelaki.
Orang kata kalau nak hubungan kita dan pasangan kekal, kita kena saling memahami. Tapi kalau kita tak dapat nak 100% saling memahami, kalau kita tahu dan dapat terima hakikat yang kita berbeza dan dapat terima perbezaan ini sebaiknya pun dah cukup baik. Janganlan minta pasangan kita sentiasa faham dan terima apa yang kita fikir dan buat tapi kita tak mahu faham dan terima apa yang pasangan kita fikir dan buat. Takut nanti timbul konflik yang negatif, tak baik untuk keharmonian hubungan kita dan pasangan kan?

ALL TIME FAVOURITE