Mei 29, 2014

ENTAH APA ENTAH GAMBAR TU

Assalamualaikum....




Siapa tengok cerita Scream siries? Ke you alls tak tahu pun cerita tu? Cerita lama.

Ok. Kisah sebenar yang nak dikongsikan.



Gambar last weekend. Nak cari selipar Ian. Sebab mama dia malas, suruh lah abang Iffan tolong melayan si Ian pilihkan selipar. Gambarnya ok je kan. Tapi si Abang Iffan tu letak seluar track bottom kat atas kepala dia macam tu, dah macam bangla je saya tengok. Bangla tolong customer cari selipar. Hahaaa....

Dah habis cerita.
posted from Bloggeroid

VIRUS BAHAYA DALAM DIRI KITA

Assalamualaikum.....



Betulkan? Ada yang kata perasaan benci itu ibarat virus kanser. Ia memakan diri kita secara perlahan dan senyap. Scary kan?

So, just let it go. Dont kill our soul just because of somebody make you crazy. In the end, we are the only soul who is dying.

Its not easy. But please learn to forgive and forget.

Footnote: Just sharing a motivational quotes. Not based on true story of anybody.
posted from Bloggeroid

Mei 28, 2014

MAKAN BERJEMAAH

Assalamualaikum.....

Lately ini, saya suka sangat makan berjemaah dalam satu pinggan dengan anak-anak. Rasa seronok kot. Makan rebut-rebut dengan boyfriends. Kalau kat rumah kami berempat memang makan sepinggan sama-sama. Kalau kat luar selalu jemaah dua orang sepinggan.




ni tak payah Jemaah... saya makan sorang je....hahaaa


Gambar ini diambil di Food Court Tesco. Abang Iffan dan Iman jemaah makan Sizzling Mee. Kalau tengok Iman makan memang best. Berselera betul nampaknya. Tapi Iman tak makan banyak. Iffan paling suka makan mee.



Ian pulak jemaah dengan mama Nasi Cendawan. Ian sekarang ini banyak makan. Tak padan dengan keding. Heheee..... Tapi still tak boleh habis sepinggan. Itu yang selalu kalau kat luar memang akan suruh dia orang makan sepinggan share dua orang.


ni bukan boyfriend saya... pinjam picca we heart it...
Orang tua kata tak elok mak makan lebih anak. Nanti mak mengikut kata anak. Entahlah. Macam tak percaya je.





posted from Bloggeroid

WORDLESS WEDNESDAY

Assalamualaikum....

we heart it

YA, SAYA CEMBURU

Assalamualaikum....




Waa.... bestlah budak sekolah. Cuti lama. Ni yang jelous ni. Semalam petang rupanya Nenek dia orang bawak pergi shopping complex berjalan. Seronoknya. Ni yang nak kena apply cuti ni. Kat office semalam jeling-jeling saja borang cuti. Tangan gatal saja nak isi satu borang. Officemate pun dah start tanya, akak nak cuti bila ni? Hahaaa.... provoke.

Iffan tanya, mama bila nak pergi jalan. Mama jom pergi legoland. Jom pergi....bla ... bla. Banyak betul suggestion Iffan tanpa memahami konsep kos.

Saya jawab, kita pergi library je lah. Free. Heheee.....

Iffan cakap ok. Lepas tu kita pergi legoland la pulak.

Mama cakap, kita pergi library je lah hari-hari. Hehee....

Mama!! Iffan jerit.


seronoklah boyfriends saya ni....
posted from Bloggeroid

Mei 27, 2014

CARA MEMUJUK HATI

Assalamualaikum....






and always believe....

 

 and dont forget to....




Mei 26, 2014

HANDSOME KE POSING MACAM TU?

Assalamualaikum....


kalau pegang gitar nampak hensem je... cam papa Iffan


Hari Sabtu balik kampung. Rumah bapak saudara saya. Boyfriends saya semuanya teruja. Budak bandar yang jarang merasa kampung yang hidupnya dibandar asik kene kurung dalam rumah sebab mama dia overprotective. Cuba bayangkan budak baru kenal tanah. Berlari tak berhenti dihalaman yang luas tu.

Baru sampai haruslah bergambar. Bukan senang nak snap gambar dia orang kat kampung.










Bila saya suruh Iman berdiri belakang sama dengan abang-abang dia tak nak. Nak duduk depan sambil buat aksi apa entah. Sampai abang dia malas nak layan mama dia suruh posing sama-sama dekat-dekat. Tak sabar nak teroka kampung la tu.
posted from Bloggeroid

BOLEH KE AJAR ANAK MACAM TU?

Assalamualaikum....




Seronok drive ke office hari ini. Tak jam langsung. Agaknya ada budak yang dah start cuti sekolah, tu yang jala clear tu.

Hari ini ingat malas nak hantar Iffan dan Ian pergi sekolah. Biar dia orang cuti saja aka ponteng. Tapi Ian bangun pulaj dan dengan bersemangatnya dia bersiap pergi sekolah. Baguslah Ian rajin pergi sekolah. Jangan ikut perangai mama yang malas ni. Tapi jangan pulak tadika je rajin. Nanti dah masuk sekolah rendah hilang pulak rajinnya tu. Tadika bestlah banyak main saja.

So, Iffan sajalah yang ponteng hari ini. Bukan sebab Iffan malas pergi sekolah. Tapi sebab mama dia malas nak bangunkan Iffan. Haish... buruk perangai. Bini sapalah ni?
posted from Bloggeroid

Mei 22, 2014

AKSI DALAM KOMUTER

Assalamualaikum....


we heart it

Kalau saya dan boyfriends keluar dengan mak saya, suka naik komuter. Mak saya lah suka naik komuter. Kalau ikutkan saya malas sikit. Pergi dekat-dekat saja. Kalau jauh sampai ke KL tu memang tak lah kan.

Masalahnya boyfriends saya ni k alau naik komuter time tak ramai orang, memang tiang nilah di attacknya. Saya marah suruh duduk diam diorang tak nak. Sabar je lah.







Sukahati korang je kan buat macam komuter tu mama yang punya.



posted from Bloggeroid

TERPAKSA LEPASKAN JUGA

Assalamualaikum.....




Rasa lega bila dah lepaskan. Dulu Iffan, Ian dan Iman memang addicted. Tak boleh nak salahkan dia orang seratus peratus. Sebab perangai itu sebijik macam saya. Saya pulak memang layan gadget depan dia orang.

Mula-mula boleh kontrol. Iffan, Ian dan Iman akan main I Pad on weekends sahaja dan weekdays sekali sekala kalau mood dia orang down. Iffan, Ian dan Iman boleh follow rules.

Tapi lama-lama dia orang dah tak boleh ikut rules. Ashik nak main saja. Kalau tak kasi merajuk.


In the end, sebelum bertambah parah I have to let it go. Berat juga hati tapi have to lah kan. Tinggallah ipad saya saja lagi. Sayang pulak nak jual dua-dua.

Mula-mula dia orang memang tak boleh terima. Kejap-kejap tanya ipad nak pinjam ipad saya. Saya kata tak boleh. Lama-lama dia orang dah biasa, ok saja takde ipad.

Tengok after this ok tak.





posted from Bloggeroid

Mei 21, 2014

WORDLESS WEDNESDAY

Assalamualaikum.....





Pernah tak rasa macam ni? Heheee...... Tapi kick tu over la....
posted from Bloggeroid

WORDLESS WEDNESDAY

Assalamualaikum....



posted from Bloggeroid

Mei 20, 2014

ITU COTTON CANDY NAMANYA

Assalamualaikum.....

Sejak dari muda-muda dulu, saya ni suka lag beli cotton candy ni. Suka sangat. Entah sebab rasanya yang best kat tekak saya atau sebab colour dia yang ceria, saya selalu tertarik nak beli. Kalau pergi theme park kan biasanya ada jual cotton candy ni. Selalunya mesti beli.




Sejak ada anak ni kurang sikit membeli. Tapi nasib baiklah boyfriends saya bertiga tu tak mengikut jejak saya suka makan cotton candy. Alhamdulillah setakat ini saya tak ada masalah sakit gigi. Hheee.... Harap-harap penyakit lain pun tak hinggap pada saya.









pictures : we heart it

Rasa nak try buat ni. Tapi kalau ada orang yang tolong buatkan mesti rasanya lagi best.
posted from Bloggeroid

GAYA CINTA HATI MAKAN

Assalamualaikum....





Si Ian Syamie, lately ni suka sangat melaram. Kalau nak keluar, saya kena berebut cermin dengan Ian nak bersiap.

Kalau saya tanya Ian, Ian ni handsome ke? Dengan laju dan konfidennya dia jawab, Handsome!!. Perangai bapak dia tu. Perasan.

Ni, nak makan pun nak mantain gaya tu macamana? Over tau. Orang suruh buka hood tu dulu Ian tak nak. Sukati Ian lah.








Syukur dengan anak lelaki yang handsome ni. Harap perangainya lebih-lebih lah lagi handsomenya.
posted from Bloggeroid

BILA IAN TERCEDERA

Assalamualaikum....





Kesian Ian semalam tak makan. Masak dinner semalam lambat sikit siapnya. Ian dah lelap dan tak nak bangun dah. Maka berpuasalah Ian semalam. Pagi ini berselera Ian makan. Dua pinggan mihun goreng kosong dia makan.





Semalam, saya balik kerja terus Ian ajak saya pergi klinik, sakit katanya. Saya dah mula berdebar. Saya takut kalau dia cakap sakit dada sebab Ian dan Iman selalu lelah dan selalu kena ambil Neb, sampai fobia saya dibuatnya.

Ian tunjuk kaki dia, sakit kat sini katanya. Saya tanyalah kenapa? Jatuh ke?

Tak jatuh, kata Ian. Kena gigit semut, Ian kata.

Haish Ian. Jangan buat mama suspense boleh tak? Ingat sakit apa lah tadi. Kena gigit semut tak payah pergi klinik. Meh mama sapu minyak gamat. Kata saya sambil membebel entah apa entah lagi.
posted from Bloggeroid

Mei 19, 2014

KENAPA TIRU SAYA?

Assalamualaikum....



Last weekend, bawa boyfriends saya dan cuz dia orang pergi breakfast roti canai. Baru nak keluar hujan turun. Lebat juga, tapi sebab dah kebulur redah saja.





Order roti kosong dan saya macam biasa order telur separuh masak [ atau telur separuh mentah]. Memula tu order untuk saya saja, tapi tak sampai separuh makan si Iman sibuk nak juga. Maka akhirnya dia lah yang habiskan.

Saya order lagi satu set telur separuh masak konon-konon untuk saya ganti yang Iman dah ambil tadi. Saya start makan saja Iman sibuk minta lagi. Beria dia nak juga. Saya kata kejap mama nak makan sikit. Iman merengek mengada. Saya makan laju-laju sampai separuh, saya bagilah kat Iman. Set yang kedua Iman juga yang habiskan.




Entah sejak bila Iman mengikut saya suka makan telur separuh masak, tak tahulah. Over tau Iman.
posted from Bloggeroid

TANDA-TANDA KITA DAH JATUH CINTA

Assalamualaikum.....




Siapa belum pernah jatuh cinta? You alls yang pernah tu ada tak rasa macam ni?





Miss Sally tu mesti terbayang Yong Hwa kan? Ke terbayang orang lain? Hheeee....



Pictures : we heart it

posted from Bloggeroid

TAK AKAN LAYAN

Assalamualikum....

Entah kenapa hari Isnin ni tak ada mood pulak. Selalunya saya tak layan sangat Monday Blues. Selalunya hari Isnin saya bersemangat nak pergi kerja, nak buat kerja. Dah recharge bateri 2 hari during weekend. Tapi hari ini malas pulak, rasa penat sangat dan mengantuk. Last weekend tak dapat nak charge bateri full.



mimpi je la... sejak jadi mak ni mana dapat buat perangai macam ni....


Tapi di office ini, kerja saya akan bertimbun awal bulan dan tengah bulan. So hari ini kerja baru masuk, tak boleh malas kena rajin. Tak boleh nak layan Monday Blues. Nanti kerja dah siap baru boleh malas-malas. Boleh ke?


bukan meja saya. Saya prefer open space work station... baru boleh kacau orang buat bising macam office sendiri....
posted from Bloggeroid

Mei 16, 2014

THE LIEBSTER AWARD DARI MISS MADIHAH

 Assalamualaikum...

Kali ini di tag oleh Miss Madi. Thanks yea sis.Untuk penerangan dan syarat lengkap Liebster Award.





1) Sejak bila anda kenal dunia blog ni?
Sejak tahun 2011.

2) Perancangan masa hadapan?
Berusaha perbaiki iman.

3) Pandai masak tak?
Tak suka masak. hehee.... Bini sape la ni?

4) Guna phone apa ye? Madi nak buat rujukan ni.
Note 3.

5) Siapa idola anda?
Kagum dengan Rabiatul Adawiyah dan pengabdiannya kepada Allah.

6) Nama manja anda?
Ija...

7) Berikan nama penuh anda. ^_^

Iza Zatul Amali Zahari

8) Orang mana ye? Kut2 kampung kita ni dekat, boleh datang masa raya nanti. Heheh

Shah Alam Selangor.


Untuk siapa yang kena tag dan soalannya sila semak sini.

NEW K-DRAMA : ANGEL EYE

Assalamualaikum....






love triangle : K Drama cliche


they look cute together
Credit pictures


Ceritanya bermula bila Soo Wan yang legally blind berjumpa Dong Joo waktu dia orang teenagers. They fall in love. Sangat sweet cara Dong Joo approach Soo Wan.

Kemudian disebabkan keadaan keluarga Dong Joo yang baru kematian mak dia dan adik dia kena pergi US untuk pembedahan, Dong Joo terpaksa tinggalkan Soo Wan waktu dia sedang menjalani pembedahan eye transplant. Cuba teka siapa donor mata untuk Soo Wan?

Couple ni tak pernah berhubung. Selepas 12 tahun, Dong Joo balik semula dengan nama Dylan, untuk mencari Soo Wan. Soo Wan tak kenal Dong Joo sebab dia tak pernah tengok muka Dong Joo.

The problem, waktu ini Soo Wan couple dengan Kang Ji Woon kawan baik Dong Joo. Ji Woon pulak sangat baik dengan Soo Wan dan Dylan. Dylan tak sampai hati nak lukakan hati Ji Woon dan bapa Soo Wan yang tanpa pengetahuan Soo Wan mengambil Dylan sebagai anak angkat dia. Dylan terpaksa pandang Soo Wan dari jauh sahaja.

Sekarang ini baru episod 10. Tunggu ending dia episod 20 nanti. Dijangka akan ada sampai episod 20.




Mulanya ayah Soo Wan halang Dylan untuk approach Soo Wan semula, sebab ada rahsia silam yang disembunyikan ayah Soo Wan.


 
 
Tak sampai hati nak bagitahu Ji Woon pasal dia orang sebab Ji Woon baik sangat dengan Dylan dan Soo Wan.

  












Tapi, sampai bila nak berahsia kan?






Credit Pictures : Print Screen dari handphone sendiri. Hheee... Over tak?


My rating : 3.5/5 [OST K Drama Angel Eye ni semua best-best sangat].





posted from Bloggeroid

ALL TIME FAVOURITE