Mac 29, 2018

JUST FOR MOM

Assalamualaikum,
Msred decided nak ikut Journal Prompts for Mom challenge seperti dalam entry, 31 DAYS JOURNAL PROMPTS FOR MOM. Day 21 punya topic, Just for mom.



pinterest


Hari ini, pagi lagi Iffan (anak lelaki pertama, 12 tahun) dah moody. Minggu ni tiap-tiap petang dia ada latihan bola kat sekolah. So dia penat sikit. Petang semalam ada game dari 2.30 petang. Bangun pagi dah moody siap kata nak ponteng sekolah sebab nak tidur. Sabar je lah. Kalau ikutkan hati nak je marah dia main bola. Nak je suruh dia berhenti main bola kalau tak larat. Tapi sabar je. 

Msred tak nak dia ingat Msred tak support apa dia buat. Msred tak nak dia sangka Msred pentingkan diri Msred ashik nak ikut plan Msred je. So, kenalah lembutkan suara pujuk dia. Payah juga nak pujuk anak bujang sorang ni. Msred nak anak-anak Msred percaya yang Msred akan support dia orang buat apa saja selagi benda tu tak salah dan melanggar hukum Allah. Supaya walau apa dia orang nak buat, dia orang tak rasa takut atau rasa tak best nak beritahu Msred. Supaya tak ada rahsia. InsyaAllah, senang nak pantau aktiviti dia orang. Ini tips Msred nak share dengan mak-mak semua. To raise a kids in todays world is a big challenge, sometimes it's scary. Semuga Allah permudahkan. Amin.

Lastly, semalam Msred upload video baru do YouTube. Nanti tengok dan subscribe ok. Terima kasih.










Mac 28, 2018

IT'S TOO QUITE

Assalamualaikum,

Msred decided nak ikut Journal Prompts for Mom challenge seperti dalam entry, 31 DAYS JOURNAL PROMPTS FOR MOM. Day 20 punya topic, It's too quite.



It's too quite


source http://theeverygirl.com/2018-bucket-list/



Routine harian Msred agak berubah mulai hari ini sebab husband tukar kerja dari kerja duduk pejabat 7-5 kepada kerja di luar pejabat dimana waktu dia keluar dan balik kerja dah barulah. Tak ada jadual tetap. 

Sebelum ni, waktu pagi lepas anak-anak dah pergi sekolah, Cik Nen tidur tinggal Msred sorang rasa sunyi. Bila the boys (3 orang anak lelaki Msred) ada rumah, pening dengar pening tengok. Tak boleh duduk diam. Ada je perangainya. Msred ashik suruh dia orang duduk diam-diam kalau boleh gerak pon tak boleh. Nanti ada je nakalnya. Masalahnya bila dia orang takde pergi sekolah ke tidur rumah atok ke, rasa sunyi pulak. Ashik tertanya-tanya bila lah dia orang nak balik. Bila nak balik. Bila dah balik gaduh manja balik. Lol!!!

Untuk isi masa sunyi tu Msred selalu tulis journal, art journal atau membaca. Kalau tak, memang bosan dan sunyi sorang-sorang. Tak biasa sunyi-sunyi ni.





Mac 27, 2018

WHERE IS THE COFFEE

Assalamualaikum,

Msred decided nak ikut Journal Prompts for Mom challenge seperti dalam entry, 31 DAYS JOURNAL PROMPTS FOR MOM. Day 19 punya topic, Where's the coffee.

Where's the coffee


source http://ultimatecoffeecup.com/coffee-time
/fantastic-coffee-advice-can-start-using-today/


I am addicted to coffee. Dah tahap kronik. Selalu beli instant coffee, guna 2 sachet dalam 1 mug. Officemate pun risau tengok Msred Kat office sehari 3 hingga 4 kali minum strong coffee. Msred tahu bahayanya tapi selalu ignore. Msred memang suka coffee dan Msred perlukan coffee untuk function kat office. Kalau tak ngantuk je. 

Tapi tu dulu, waktu kerja. Msred dah lama berhenti ambil coffee. Malah Msred dah tak minum caffeine, air sejuk. Dah panting, tak boleh minum dah. Kalau ngantuk tidur je sekejap. Kalau tak, tahan je. Mula-mula berhenti memang struggle. Susah nak adapt. Lama juga berhenti baru ok. Sekarang ni, I don't need coffee anymore. Sesekali rindu nak minum, bila terbau aroma coffee yang menusuk hiding. Tapi tak boleh minum, bau sajalah. 

Sekarang ni, kalau penat jadi mama, Msred tak cari coffee dah. Cari time dan cara nak rehat dan relax waktu siang. Satu hari dapat chill setengah jam pun dah cukup, Alhamdulillah. Bila tidur malam memang pengsan. Cik Nen (my 11 month baby) belum tidur, Msred dah pengsan dulu. Nasib baik Husband ada tolong jaga Cik Nen sampai dia tidur. 

So coffee, you can go away now. I will miss you of course. 




Gorgeous!! Jemput tengok video baru Msred. Jangan lupa subscribe k. Thank you so much!!











Mac 26, 2018

STAY AT HOME MOM PROBLEM

Assalamualaikum,



Msred decided nak ikut Journal Prompts for Mom challenge seperti dalam entry, 31 DAYS JOURNAL PROMPTS FOR MOM. Day 18 punya topic, Stay at home mom problem.


Stay at home mom problem

source http://vintageborn.tumblr.com/post/147509038541/
simply-divine-creation-mary-lauren



Sebelum Msred buat keputusan untuk berhenti kerja dan jadi surirumah memang fikir panjang. Msred suka jaga anak sendiri tampa upah orang, suka pergi ambil dia orang dari sekolah, suka ajar sendiri dia orang buat kerja rumah, suka tengok TV sama-sama. Tapi Msred juga suka bekerja. Suka challenge yang ada dalam setiap kerja. Suka meeting, suka work deadlines, suka jumpa kawan sekerja. Sayang sangat nak tinggalkan kerja. Tapi atas sebab peribadi dan kesihatan, terpaksa juga. 
Yang buat Msred berat hati nak berhenti kerja selain sebab di atas, Msred juga tahu apa kesannya kalau jadi surirumah, stay at home mom.

Work related challenge yang Msred selalu hadapi, tak dapat nak rasa lagi. Msred jenis goal oriented person. Memang suka setting goals dan proses untuk capai goals tu membuatkan Msred happy. Seronok setiap kali dapat capai matlamat walau sekecil mana pun. Kalau SAHM ada juga goals. Tapi macam sama je hari-hari atau setiap bulan. 
Selain itu, duit sendiri. Perasaan dapat duit sendiri tu memang best. Tak sama dengan dapat duit dari orang lain, dari suami. Tak ada challenge. Ke ada juga challenge nak dapatkan belanja dari suami? Lol!

Last but not least, tak dapat guna ilmu yang ada sambil cari ilmu yang baru. Otak jadi lemah sebab tak banyak guna. Lagi pun rugi belajar tinggi tapi tak gunakan ilmu yang ada. Bukannya murah belanja belajar sampai universiti. Mak Msred pun ashik tanya bila nak kerja, maklumlah Msred belajar dulu dia yang sponsor. 
Disebab kan faktor ni, sekarang ni Msred selalu rasa rindu nak kerja semula. Seronok jadi Mama sepenuh masa, tapi kerja pun seronok. Tak pasti mana yang terbaik untuk Msred. Semuga Allah tunjukan Jalan. Amin.



Mac 23, 2018

MOTHERHOOD UNPLUGGED

Assalamualaikum,



Msred decided nak ikut Journal Prompts for Mom challenge seperti dalam entry, 31 DAYS JOURNAL PROMPTS FOR MOM. Day 17 punya topic, Motherhood unplugged.

Motherhood unplugged

source Pinterest


Motherhood unplugged maksudnya lebih kurang inisiatif kita untuk meninggalkan dunia cyber untuk beberapa waktu supaya kita dapat habis kan masa dengan anak kita tampa gadget, electronics dan internet.

To be honest, jarang sangat Msred dapat spend time dengan anak-anak tanpa gadget dan internet. Keinginan nak buat selalu dan jadikan routine memang ada, cuma nak laksanakan agak sukar. Itu hakikatnya. Bila dah terbiasa dengan gadget dan internet sejak dari sebelum kawin, nak tinggalkan memang susah walaupun sekejap. Bila buat kerja rumah saja tak guna semua tu. Nak tinggalkan TV mudah bagi Msred sebab memang malas tengok TV sekarang ni. Tapi handphone susah sikit. Tangan gatal saja nak pegang handphone. 

Walaupun tahu  masa berkualiti dengan keluarga penting, tapi ramai antara kita kurang laksanakan. Masa berkualiti tau, bukan masa dengan keluarga sahaja. Masa yang di habis kan secara berkualiti. Plan memang ada dalam kepala. Kena berusaha nak laksanakan jadikannya realiti. Sebelum anak-anak rasa gadget lagi penting dari masa berkualiti bersama keluarga. 



Mac 22, 2018

31 DAYS JOURNAL PROMPTS DAY 16 : MOMMY TIME

Assalamualaikum,



Msred decided nak ikut Journal Prompts for Mom challenge seperti dalam entry, 31 DAYS JOURNAL PROMPTS FOR MOM. Day 16 punya topic, Mommy time.

Mommy time


credit as on picture


Sebenarnya sejak ada orang panggil mama ni, Msred tak dapatlah nak merasa me-time sangat. Susah nak dapat masa untuk diri sendiri tampa perlu mendengar ada budak kecik sibuk panggil. Mama! Mama! Bau nak duduk dah dengar Mama! Baru nak tengok TV dah dengar Mama! lagi. Kadang-kadang tu buang air besar pun kena berhenti sebab ada budak panggil Mama! Berpeluh hidung melayannya. Cuma bila Iffan, Ian dan Iman dah besar, barulah sempat habis buang air besar. Lol!!!


Lama jugaklah relax sikit. Bila dapat pulak budak kecik bongsu, Cik Nen tahun lepas. Keadaan tu berulang lagi. Nak buang air besar pun kena plan pukul berapa.

Sekarang ni bila Cik Nen tidur dan semua kerja rumah dah siap, sempatlah Msred melayan minat Msred sejak dulu lagi, scrapbook dan art journal. Sesiapa yang dah mengikuti blog Msred sejak awal tahun 2018 dan dah tengok Youtube Msred, tahu apa yang Msred suka buat bila Cik Nen tidur. Art journal mostly. Release tention, soul therapy bila dapat menulis segala terbuku di hati, dan having fun dengan washi tape dan stickers yang cute-cute. 

Kepada sesiapa yang nak tengok contoh boleh tengok-tengok IG msred, link kat tepi kanan. 

Selain dari crafting, Msred suka baca novel horor, action dan mystery. Cuma bila dah start membaca tu susah nak berhenti dan kena cari satu masa yang panjang untuk duduk diam-diam baca, jadi susah sikit sebab masa free Msred yang beranak kecil ni sikit dan kejap-kejap je. Kadang tu satu buku pun ambil masa berminggu nak habis. Kalau baca banyak sangat berhenti, tak berapa best jadinya.

Gambar atas tu gambar washi tape bagi yang tak tahu. Siapa nak tengok collection washi tape Msred?







Mac 21, 2018

31 DAYS JOURNAL PROMPTS DAY 15 : HUBBY LOVE

Assalamualaikum,

Msred decided nak ikut Journal Prompts for Mom challenge seperti dalam entry, 31 DAYS JOURNAL PROMPTS FOR MOM. Day 15 punya topic, Hubby love.


Hubby love


credit as stated


Husbang Msred serious tak romantik. Kadang-kadang rasa nak tarik-tarik je misai dia ke bulu kaki dia ke blur 24 jam. Tak paham orang perempuan kesnya. Lol!! Dari zaman bercinta sampai dah anak empat, tak berapa romantik bapak si Iffan ni. Walau apa pun, syukur ada suami, ada orang nak kat Msred. Lol.

Tapi bila kadang-kadang tanpa disuruh dia buat benda-benda ni, buat Msred tersengeh malu tapi happy dalam hati.

Bila dia tanpa disuruh kata, " Meh sini picit-picit sikit."
Bila tanpa diminta dia mengoffer "Malam ni mail masak." [nama dia Pak Mail, lol]
Bila tak disangka-sangka dia usap kepala, tak kata apa-apa.
Bila baru balik berjalan dia mengreflexologikan kaki Msred. [Dia pernah belajar urut reflexology katanya]
Bila tanpa diminta dia bawak balik kueh kasui buat Msred berbuka puasa sebab tahu Msred mesti nak kasui bila berbuka.
Kadang-kadang Msred tertanya-tanya, sebenarnya dia ni romantik ke tak?
Korang rasa?









Video baru di youtube. Siapa belum subscribe? hahaa... Kalau suka subscribe lah, tahnk you.

Mac 20, 2018

31 DAYS JOURNAL PROMPTS DAY 14 : BIRTH STORY

Assalamualaikum,



Msred decided nak ikut Journal Prompts for Mom challenge seperti dalam entry, 31 DAYS JOURNAL PROMPTS FOR MOM. Day 14 punya topic, Birth story.


Birth story





Mengandung, bersalin, dukung bayi kita untuk pertama kali, adalah salah satu journey yang sangat kita hargai dan selalu buat kita rasa teruja dan terharu. Seronok dapat anak. Seronok betul. Teringat masa first time diberitahu yang Msred mengandung anak pertama 12 tahun dulu, Msred tak boleh berhenti senyum. Tersengeh saja sepanjang hari, bukan sepanjang hari, sepanjang minggu. Sengeh sorang-sorang, membayangkan diri sendiri dukung bayi sendiri. Perasaan pertama kali dukung bayi yang ada rupa kita.

Cantik image tu kan?

Cerita pasal bersalin, cuma satu saja nak cerita. Keempat-empat anak Msred keluar normal. So, setiap kali lepas bersalin, masa dalam labour room lagi, Msred selalu cakap dengan diri sendiri, 'lepas ni aku tak nak beranak lagi.Tak nak dah.' Dari anak pertama sampai yang ke empat, setiap kali lepas bersalin mesti timbul rasa gerun nak bersalin lagi dan bertekad tak nak bersalin lagi. Tapi, rupanya keluar lagi 3 bayi. Hahahaa...

Lepas lahir bayi no empat Msred tahun lepas, Msred harap biarlah yang ini last. Umur pun dah nak masuk 4 siries dah. Tapi, Allah is the best Planner, so just wait and see dan berharap yang terbaik saja.


Kita semua tentu ada masalah stress, cuma bezanya ada yang teruk dan ada yang sikit je dan still manageable. Salah satu cara Msred bertenang, release tention and having fun ialah buat art journal. Jangan lupa usha video baru Msred di Youtube. Jangan lupa subscribe yea, thank you. HUGS!!!







Mac 19, 2018

31 DAYS JOURNAL PROMPTS DAY 13 : GETER DONE

Assalamualaikum,

Msred decided nak ikut Journal Prompts for Mom challenge seperti dalam entry, 31 DAYS JOURNAL PROMPTS FOR MOM. Day 13 punya topic, Geter done.  .


Geter done

Pinterest




Orang selalu cakap stay at home mom SAHM ni sentiasa sebok uruskan rumah, suami dan anak-anak. Kadang-kadang ada yang uruskan mak ayah sekali. Katanya SAHM ni lagi penat dari orang kerja pejabat. 

Bagi Msred, tak selalunya macam tu. Kalau bandingkan kerja, memanglah buat kerja rumah lagi penat dari kerja pejabat yang selalunya duduk saja. Tapi kalau nak kata SAHM lagi penat dari Mak yang bekerja, macam kurang tepat sebab mak yang bekerja pejabat, balik kerja tetap kena buat kerja rumah. Msred bercakap ikut pengalaman sendiri. 

Cuma mungkin ada diantara kerja SAHM macam uruskan anak waktu siang, mak yang bekerja tak perlu buat sebab nursery yang buat. Kesimpulannya, workload SAHM dan working mom memang ada beza, cuma mungkin tak banyak dan tak sama dengan orang lain. Yang penting, kerja ke tak mak-mak memang akan pastikan semua kerja selesai dan selalunya tak akan bertangguh. On time. Ye kan mak?

Ada video baru. Macamana Msred decorate Planner Msred. Yea, msred as SHAM pon ada planner tau. Anak empat kena ada planner. Kalau tak semua aktiviti dan meeting sekolah memang lupa. Sekolah kebangsaan dan sekolah agama, ada je program dan remindernya.







Mac 15, 2018

31 DAYS JOURNAL PROMPTS DAY 12 : MOM FAIL

Assalamualaikum,

Msred decided nak ikut Journal Prompts for Mom challenge seperti dalam entry, 31 DAYS JOURNAL PROMPTS FOR MOM. Day 12 punya topic, Mom fail.


Mom fail




Last week, Cik Nen, my 11 month baby girl jatuh katil. Horror!!! Takut sangat masa tu. Fikir macam-macam, luka dalaman lah, takut dia pengsan lah. Takut ada terseliuh ke, lebam ke, pening ke. Ambil masa jugaklah nak bertenang, yakin Cik Nen ok takde apa. 

Ada sekali dulu masa Iffan Daniel, my oldest, banyak kali bagitau Msred ada hari ibubapa kat tadika dan lepas jumpa cikgu murid boleh twrus balik, dan masa hari kejadian Msred lupa nak pergi. Kesian Iffan tunggal sorang kat tadika sampai balik.

Ada sekali tu Iffan jugak, masa dia darjah 3 kot. Waktu memang job Msred lah pickup dia Kat sekolah petang. Waktu tu Msred demam teruk sangat, tidur tengahari lepas makan ubat. Pukul 7pm baru sedar itupun sebab jaga sekolah call suruh amek anak. Terkejut Msred terus bangun pergi sekolah. Kesian Iffan tinggal sorang dah Maghrib Kat sekolah. Msred tak sedar langsung dari tidur. Gila kuat dos ubat tu agaknya.

Ada sekali tu Msred nak cepat hantar the boys sekolah. Turunkan Ian, my second son, dari kereta terus tergesa tutup pintu kereta, then dengar Ian jerit. Tengok-tengok jari dia tersepit. Lebam jugaklah.

Banyak lagi kalau nak cerita. I am not a perfect mom but hari-hari cuba jadi ibu terbaik. Kadang-kadang bila something like this happen, Msred salahkan diri sendiri. Benda macam ni berkemungkinan akan berulang lagi. Jangan teruk sangat salahkan diri sendiri, cuma belajar perbaiki dan sentiasa ingatkan diri jangan  ulang. Jadika  peringatan dan something to laugh about later. 

Mac 14, 2018

31 DAYS JOURNAL PROMPTS DAY 11 : HEART OF A WARRIOR

Assalamualaikum,

Msred decided nak ikut Journal Prompts for Mom challenge seperti dalam entry, 31 DAYS JOURNAL PROMPTS FOR MOM. Day 11 punya topic, Heart of a warrior.


Heart of a warrior


Pinterest

Teringat satu waktu dulu Msred pernah diuji Allah dengan sakit. Sakit yang bukan seminggu dua minggu atau sebulan dua bulan boleh baik. Ambil masa nak sembuh, makan tahun juga. Sampai sekarang masih belum sembuh sepenuhnya. Cuma kekuatan yang Allah bagi buat Msred mampu bangun setiap hari uruskan anak-anak dan keluarga. Waktu mula-mula tu, anak Msred yang nombor dua dan tiga pun ashik sakit, semput. Kejap-kejap semput. Banyak kali pergi klinik ambil Neb tapi shukur tak sampai kena admit hospital. Bayangkan kita yang tak sihat kena jaga dua orang anak yang tak sihat. Kadang-kadang dia orang semput sekali sama-sama kadang-kadang bergilir. Nak pergi kerja lagi. Setahun juga dia orang semput. Berat juga dugaan waktu tu tapi Alhamdulillah, Allah berikan kekuatan pada Msred.

Syukur, atas kekuatan hati yang Allah berikan pada Msred. Kalau tak tahulah.




Mac 13, 2018

31 DAYS JOURNAL PROMPTS DAY 10 : DONT EVEN THINK ABOUT IT

Assalamualaikum,


Msred decided nak ikut Journal Prompts for Mom challenge seperti dalam entry, 31 DAYS JOURNAL PROMPTS FOR MOM. Day 10 punya topic, Dont even think about it.

Don't even think about it

Source : https://www.pinterest.com/source
/buytopdslrcamerass.com/


"Tak kiralah sekarang ke lagi 10 tahun ke 20 tahun ke, jangan nak mangada nak sayang orang lain Lebih dari mama."


Haha... itulah pesan Msred pada anak Msred. Jangan harap ok. Possessive ke? Entahlah. Kalau nak sayang orang lain memanglah Msred tak kisah tapi jangan kurangkan sayang pada mama dia ni dan lebihkan orang lain. Sedih nanti mama. Lebih-lebih lagi anak lelaki. Kalau nak sayang isteri, sayanglah. Memanglah kena sayang tapi kena letak mama dia ni nombor satu ok.  Haha... over betul.


Ada tak mama lain berperasaan macam ni? Normal ke?


Hari ini ada video baru. Singgahlah dan jangan lupa subscribe. Have fun!!!





Mac 12, 2018

31 DAYS JOURNAL PROMPTS DAY 9 : PARENTING GOALS

Assalamualaikum,

Msred decided nak ikut Journal Prompts for Mom challenge seperti dalam entry, 31 DAYS JOURNAL PROMPTS FOR MOM. Day 9 punya topic, Parenting Goals  .



Parenting Goals

SOURCE : https://www.pinterest.com/source/jeeget.blogspot.com/






Tak ada yang lebih penting bagi Msred selain dapat mendidik anak-anak Msred agar jadi hamba Allah yang beriman dan berilmu, ilmu yang bermanfaat untuk dunia dan akhirat. Semuga Allah memberikan ilham supaya Msred dapat mendidik anak-anak jadi orang yang taat pada Allah dan berilmu, supaya dapat berbakti untuk agama. Kalau dia orang pandai ilmu dunia, dapatlah merdeka berusaha cari duit lebih. Nanti dengan duit yang Allah rezekikan tu dapatlah dia orang bersedekah, wakaf, membina Islam, memajukan orang-orang Islam, insyaAllah. Dengan ilmu akhirat, dapatlah dia orang pastikan apa sahaja yang mereka lakukan, tetap dijalan Allah, dengan niat ke Sana Allah semata-mata InsyaAllah. 

Bukan  senang nak capai dalam zaman semua manusia mengejar dunia ni. Zaman manusia cintakan dunia melampau-lampau. Maka kita kenalah sentiasa minta perlindungan dari Allah dari fitnah dunia. Dan kita kena selalu minta tolong daripada Allah supaya menunjukan  jalan mendidik anak-anak supaya taat pada Allah, dan semuga dipermudahkan insyaAllah. Jangan lupa berdoa, setiap masa. 

Tak salah nak kaya, tapi biarlah kerana Allah. 





Wonderful March Giveaway by Raydah Alhabsyi

Assalamualaikum,

Decided to join this lovely giveaway by Ms Ray. Lets all join and have fun!









Mac 08, 2018

FOUNTAIN PEN CLEANING : TWSBI ECO

Assalamualaikum,


Assalamualaikum,

Last week story. Msred Ada plan nak pergi Pen Gallery last Saturday sebab ada Chinese New Year Event dan yang paling penting ada sale. Yeay!!! Sale!!!

Other than that Msred date dengan one of my instagram acquaintance. She is a fountain pen addict. Tapi Msred lupa nak ambil gambar sebab sebok beli new fountain pen, exchanging ink sample dan berbual dengan pen addict yang lain. Dia orang sangat baik sharing all their knowledge and tips. 

Sebelum pergi, Msred bersihkan dua Fountain pen Msred sebab kadang-kadang Pen Gallery akan bagi ink sample kalau kita bawa Fountain pen kosong.








Oleh sebab Msred mungkin akan masukkan ink colour yang berbeza dengan colour asal dalam pen Msred, so kena totally clean it, deep clean. Msred disamble every part of the pen. Then rendam semua dalam air untuk keluaran semua ink dari dalam pen. Msred buatkan dalam 10 minute dan kemudian bersihkan Kat sink dengan air yang mengalir.








Kemudian Msred biarkan semalaman supaya dia betul-betul kering terutamya bahagian dalam supaya takde air paip yang akan bercampur dengan ink nanti.




Lepas dah kering, Msred assemble balik dan ready to be fill with a new ink. Sebenarnya, Msred suka pakai Fountain pen tapi agak malas nak bersihkan. Hehe.... kalaulah boleh upah orang bersihkan. 

And on that day, kawan  Msred was kind enough bagi Msred try her new ink. Yang dalam pen putih tu ink Diamine Sparkling Shadows dan pen biru tu dengan ink Diamine Magenta Flash. Dua-dua shimmer ink, means ada shimmer dalam ink dia. Cantik sangat especially yang magenta tu. Cantik sangat shimmernya. 












Yang ini Ink Diamine Sparkling shadow yang dalam pen putih tu. Dia ada shimmer sikit.

source http://www.clumsypenman.com/
ink-review/diamine-shimmeristic-sparkling-shadows/


Yang ini pulak ink Diamine Magenta Flash yang dalam pen biru tu. Lagi terang dan shimmer dia pun lagi terang. 

source http://www.clumsypenman.com/ink-review/
diamine-shimmering-edition-magenta-flash/


31 DAYS JOURNAL PROMPTS DAY 8 : PARENTING QUOTES

Assalamualaikum,

Msred decided nak ikut Journal Prompts for Mom challenge seperti dalam entry, 31 DAYS JOURNAL PROMPTS FOR MOM. Day 8 punya topic  Parenting quotes.


Parenting quotes

source: Pinterest





Sangat tempat bagi Msred. Membebel lah banyak mana pun nasihatlah hati-hati pun, selalunya anak-anak tak akan dengar dan ikut kalau kita sendiri sebagai ibu bapa tak buat. Umpama cakap tak serupa bikin, bukan sahaja buat orang kurang hormat, tetapi kadang-kadang menyampah. 

Setiap kali nak buat apa-apa, kita sebagai ibubapa kena fikir, kita nak ke kalau anak kita buat macam tu? Kalau tak nak, kita pun jangan buat. Benda-benda yang tak baik atau kurang sesuai, contohnya menghadap telefon bimbit dari pagi sampai petang. Benda-benda tak baik ni senang sangat budak-budak nak ikut. Laju je dia mengikut. Dan kalau ada sesuatu benda tu kina nak anak kita rajin buat, contohnya mengaji, kita kenalah rajin mengaji jugak. Msred selalu ingatkan diri supaya buat benda yang baik-baik saja supaya anak-anak pun ikut buat benda yang baik saja, InsyaAllah. 

Benda paling susah Msred nak ajar anak-anak Msred ialah jangan makan junk food sebab Msred suka makan junk food. Hehe....


Mac 07, 2018

31 DAYS JOURNAL PROMPTS DAY 7 : MOM WINS

Assalamualaikum,

Msred decided nak ikut Journal Prompts for Mom challenge seperti dalam entry, 31 DAYS JOURNAL PROMPTS FOR MOM. Day 7 punya topic  Mom Wins.



Mom Wins


source : https://www.pinterest.com/source/whisper.sh/



Mom seldom win. At least I am. Hard to win when it come to the kids. Bila Msred marah, either dia orang buat muka kesian atau muka sedih merajuk, they win. Bila Msred tak kasi dia orang main gadget dia orang akan picit belakang Msred yang selalu sakit-sakit ni maklumlan dah tua, dia orang akan dapat another 10 minutes playing gadget dia orang, they win. 

Of course ada masa Msred menang. But most of the time it doesn't make me feel like winning. It's something necessary and we, mother's have to do. Like, Msred terpaksa pastikan dia orang buat kerja rumah waktu malam everyday, kalau ada, walaupun dia orang dah mengantuk sebab Msred tak nak dia orang ada habit malas buat kerja rumah. Rasa kesian tengok dia orang buat kerja rumah mengantuk, tapi kena juga gagahkan hati suruh dia orang buat and it definitely doesn't feel like winning. 

Can you all mothers out there relate?



Video baru kat Youtube channel Msred. Check it out!! Thanks.




Mac 06, 2018

FAUNTAIN PEN BARU, LAMY AL STAR VIBRANT PINK SET

Assalamualaikum,

Sabtu lepas, 3 Mac 2018 sempatlah pergi Chinese New Year Evemt kat Pen Gallery SS2 Petaling Jaya, sebab ada date dengan kenalan Instgram, Ms Jackie. Sebenarnya haritu Ms Jackie ni join Instagram Giveaway dan dia tag Msred. Menang, alhamdulillah. Dapat Fountain Pen Ink, Ms Jackie sebotol Msred sebotol, nanti cerita lain entry, insyaAllah. 

On that day ada discount untuk kebanyakan Fountain Pen dan ink. Memang rambang mata, hanya Fountai Pen enthusiast yang faham. Tapi nak shopping beria pun takut sebab harganya beratus beribu. Msred cuma mampu beli sebatang pen. Lamy AL Star Vibrant Pink Limited Edition. Ini limited edition untuk 2018. Baru keluar awal tahun haritu. 





Sorrylah banyak gambar sebab cute sangat kalernya suka sangat tengok. Lamy AL Star ni antara Fountai pen yang sesuai untuk beginner sebab harganya tak terlalu mahal. Yang buat Msred suka pen ni, selain dari kaler dia, pen ni ringan dan sesuai untuk everyday carry [EDC]. Msred beli Medium nib, maksudnya size mata pen ni medium. Dia ada size Extra Fine [sangat halus], Fine, Medium, Broad [sesuai untuk calligraphy].







Dalam set ni ada ink cartridge dua kotak, satu converter dan satu Lamy AL Star Vibrant Pink Fountain Pen. Ink Cartridge dalam dua warna, Lamy Vibrant Pink dan Lamy Black, dalam satu kotak ada 5 cartridge. Yang warna merah kecil tu converter, digunakan kalau kita tak mahu guna ink cartridge tapi nak guna ink dalam botol.






Lepas unboxing, Msred terus test pen dan ink dia. Ink dia ada shading sikit. Maksudnya, kalau kita perhatikan betul-betul, warnak pink dia ada dua shades. Gelap sikit dan terang sikit. Ink dia sedikit shimmer, tapi susah nak nampak. Kena pakai kertas yang betul-betul fountain pen friendly dan mata pen yang tebal sikit baru nampak jelas. Overall, ink dia cantik sangat. Pen dia pulak, bila kita tulis sangat smooth, cuma buat permulaan, waktu Msred tulis ada tersekat-sekat sikit, ink flow tak berapa bagus. Lepas tulis banyak sikit baru ink flow dia ok. 







Inilah dia bottle ink yang Ms Jackie menang haritu. Satu botal untuk dia danbotol yang ini untuk Msred. Terima kasih Jackie sharing your ink with me. Monteverde ink, Wisdom Purple. Msred belum test lagi ink ni, nanti bila Msred dah test boleh share.



Msred suka sangat Fountain Pen ni, dan ini Lamy Fountain Pen Msred yang pertama. Sebelum ni Msred beli Twsbi Eco.



Kalau nak tengok video unboxing dia. Have fun!! Dan jangan lupa subscribe youtube channel Msred, Thank you!!








31 DAYS JOURNAL PROMPTS DAY 6 : MOM FRIENDS

Assalamualaikum,

Msred decided nak ikut Journal Prompts for Mom challenge seperti dalam entry, 31 DAYS JOURNAL PROMPTS FOR MOM. Day 6 punya topic  Mom Friends.


Mom Friends
source: https://www.tmassphotography.com/



Saya ni SAHM. Berhenti kerja hujung  tahun 2016 lepas confirm pregnant Cik Nen. Belum plan nak cari kerja semula tapi adalah terfikir-fikir nak cari kerja sebab dah mula rasa otak dah lemau kurang digunakan. So, my time mostly at home uruskan rumah, keluarga. My me-time pun biasanya kat rumah waktu pagi lepas budak pergi sekolah Dan Cik Nen tidur. 


So, buat masa ni kawan Msred anak-anak dan bapa anak je. Lain-lain kawan online yang selalu berborak kat Instagram. Kawan-kawan offline, kawan sekolah atau tempat kerja lama pun bertegur sapa kat Instagram dan Facebook je. Ada jumpa tapi jarang sangat. Masing-masing sibuk susah nak cari time nak jumpa. Dapat jumpa pun sekejap-sekejap je. Jadilah.

Kadang-kadang rindu nak lepak dengan kawan-kawan macam masa belum kawin belum ada commitment. Tapi nasib baik sedar diri status berkahwin anak empat. Lepak sekali sekala bolehlah. Itu pun kadang-kadang bawak anak. Syukur ada kawan yang sudi berteman dengan Msred.




Mac 05, 2018

31 DAYS JOURNAL PROMPTS DAY 5


Msred decided nak ikut Journal Prompts for Mom challenge seperti dalam entry, 31 DAYS JOURNAL PROMPTS FOR MOM. Day 5 punya topic  Love this kid.



Love this kid






Bila dia orang ada di rumah, riuh rumah dengan suara dia orang, habis bersepah rumah, dapur ada kesan air milo tumpah, serpihan biskut. Sehari dua tiga kali sapu sampah kat rumah. Carpet dah gulung sebab dah tak larat nak vacum. 




Kalau keluar pulak, Msred ashik terjerit panggil nama dia orang sebab dia orang akan berlari sana sini macam tak pernah jumpa tanah dan ini first time jumpa tanah. Lepas tu minta macam-macam, siap janji nak rajin baca buku dan ngaji, tapi bila time nak tunai janji,payah semacam.




Kalau pergi rumah orang, kejap-kejap Msred besarkan mata menrenung dia orang sebagai tanda amaran supaya ingat pesan mama, pergi rumah orang duduk diam-diam sopan-sopan jangan pergi sana sini usik barang orang.




Bila kita sedar kita sayang diaorang no matter what, bila dia orang pergi tidur rumah tok nenek. Rumah terasa sunyi je terbayang kalau dia orang ada kat rumah. Tanpa sedar kita tersenyum atau ketawa kecil sambil dalam hati bertanya, bila diaorang nak balik ni. 




Gila tak sayang anak. Walau macamana nakal dan annoying pun dia orang, tetap sayang Iffan, Ian, Iman dan Cik Nen, infinity.





Check it out... !!!






ALL TIME FAVOURITE