Bila dah masuk cuti sekolah, setiap hujung minggu pasti ada rumah yang buat kenduri untuk mengahwinkan anaknya. Kadang-kadang satu taman itu ada 2 3 majlis resepsi. Musim kahwin. Seronok pergi tengok pengantin. Kalau jadi pengantin lagi seronok.
Belanja kahwin? Kalau tengok gahnya majlis resepsi sekarang ini, terfikir, berapa banyak RM lah yang telah dihabiskan untuk memastikan semua tetamu memuji pelamin, memuji hidangan, memuji door gift, memuji persalinan pengantin. Kalau boleh semua nak perfect dan gah, supaya tetamu ingat majlis resepsi kita. Untuk itu, pasti berhabis banyak RM kan?
Kasihan pihak lelaki. Kalau mampu tak apalah. Kalau kerana nak majlis resepsi se gah majlis resepsi puteri raja, terpaksalah pihak lelaki menanggung beban. Kalau tidak sampai berhutang tak apa. Kalau sampai berhutang, berbaloikah?
Apa yang penting, kita mahu kehiduoan kita selepas berumah tangga jadi sangat gah, supaya keredhaaan Dia dapat kita capai. Kalau kehidupan berumahtangga jadi susah sebab hutang kawin atau tak cukup duit untuk menampung perbelanjaan disebabkan semua simpanan dah habis digunakan untuk majlis nikah dan resepsi, macamana nak bahagia? Macamana nak mencapai keredhaan Dia dalam berumahtangga?
31 ulasan:
betul tu sis, jgn sampai rumah tangga porak panda baru setahun jagung berkawin gara2 beban berhutang dgn bank sbb buat majlis terlalu grand.
utamakan yg wajib dan buat mengikut kemampuan serta mendapat keberkatan dari Allah, itu lebih afdal. (^^,)
betoi tu.. yg penting keberkatan n kehidupan slps kahwin.. xnklah hidup susah mnaggung hutang..
belanja kawin skarang memang mahal,pelamin,baju.tu pasal lelaki tangguh kawen
kesian kt dik lelaki sy, pihak pempuan mintak hantaran RM11,111.11..
ni la namanya adat menyusahkan hukum agama. Tak perlu lah nak mahal2 sgt mcm ni. Membazir je. Lepas kahwin nanty lagi banyak nak guna duit.
kehidupan selepas perkahwinan lagi penting
wow.. lau kawen smpai 200K mmg ta mampu la.. huhu.. kang pengsan pihak laki dgr.. hehe
setuju sgt2..sy kawen pun sederhana aje..biar sederhana tp kekal bahagia drpd grand2 tp x smpai setahun da bercerai berai..contohnye artis...hihi
macam manalah kehidupan selepas kahwin kan
anak dara sekarang mmang sume mahal2.. masalahnye harga sume mak bapak yang tetapkan.. nak jual anak agaknye.. huhu
terfikir sekejap... mula2 sblm mjlis macam2 dlm kepala akak, nak itu nak ini...bila da dekat2 potong itu potong ini...berjimat cermat + budget tak cukup...ihihihi
memang tak berbaloi.. nnt smp beranak pinak.. hutang kawin tak abis2 lg.. dulu sya dan En. hubby kongsi duit bersama... buat simpanan tetap di dlm ASB, main kutu la.. segala mcm dibuat utk kumpul duit.. Alhamdulillah xde pun yg hutang dan malis kenduri saya ada 100% dari duit poket sya sendiri.. No pa & ma.. kalau ada pun sikit2 kakak2 membantu selebihnya perbelanjaan dapur dan majlis mmg duit sya sendiri.. rasanya itulah yg terbaik.. InsyaAllah rumahtangga berkat.. :)
pndai2 la pikir ikt kemampuan kn, jgn smpi mnanggung hutang pulak lepas kawin...
betullah,susah plak nak kawinkan.. haish,jadi anak dara tua lah nanti.. ;)
kalau pandai jahit o ada sedara yg buad pelamin better buad sendiri dpt murah sikit..gotong royong masak sendri..sdre mare n adik beradik leh sponsir siket2..xdela rase berat sangat...zaman sekarang ni semuenye ribu riban sebab tu org lelaki takut nak kawen
haaa bab wang hantaran kawin ni , pihak lelaki lah biasanya kena prepare siap2 .. perempuan cuma menerima .. mahal atau murah ikut budi bicara kedua belah pihak lah . yang penting jangan berhutang untuk kawin sudah laaa . hhihihi:D
kawen sekali je..kumpul la duit banyak2 dlu. buat majlis hebat2 dan meriah2
hidup lepas tu lg penting...
sapa kata kawin mahal?
adakah adat kita yang menjadikan mahal?
kalau ikut yg wajib tak mahal kan
kena pepndai dengan bajet yg ada.
kehidupan slps tu yg penting..=)
finally, dpt jgak drop kt cnie~~~~
letih xilg ag ~~'
nk kawen...ckp sng la..jom kawen...
tp bila fikir psal hntran sgala thue...yaiii!!!!!
kecut tali pusat...ahaha
nilai duit makin tinggi ni hehe
eh..
entry kamu ala2 k.ayu pula..
tapi entry tu k.ayu nak syer esok.. heheh
eh..
entry kamu ala2 k.ayu pula..
tapi entry tu k.ayu nak syer esok.. heheh
kalau perbelanjaan kahwin mahal..lepas tu sampai berhutang..tak ke menyusahkan lepas kahwin nanti...
apa pun biarlah bersederhana dalam perkhwinan kan..ikot bajek kita mana yang mampu..
mbe2 selalu cakap..anak bank rkyat sbb dah dapat anak pun xhabis g byr utg pinjaman khwin..ehehh
tak bernikah la PM cam ni
x pikir nak kahwin ag.. xde calon.. tolong carikan..hehe
tggu org minang
mahal tu kite y wat
sensitif hal ni.
pada dasarnya memang ramai yang setuju kawin ni buat jangan megah2.
tapi bila kita buat sekadarnya, biasalah orang Melayu ni mulutnya banyak. tak boleh nak ditutup..
xde duit nak kawen... calon pon xde..haha
Catat Ulasan