Dalam suratkhabar Metro semalam ada artikel pasal perokok tegar Malaysia membelanjakan RM 15 juta sehari untuk membeli rokok. Sehari ok. Perokok ini nampaknya sangat ketagih dengan rokok dan sanggup berhabis duit untuk membeli rokok. Mereka ini sanggup tak makan untuk membeli rokok.
Mungkin ada yang cakap lelaki merokok ni macho, cool (ada ke?). Tapi msred nampak tak macho atau cool pun. Tak suka, kenapa?
Kenapa saya tak suka awak wahai perokok tegar?
1. Selalu bau busuk. Asal lalu kat sebelah awak, saya kena tutup hidung (kalau saya kurang ajar) atau tahan nafas ( kalau saya tak sampai hati nak kurang ajar dengan awak). Dahlah pakai minyak rambut yang bau ntah apa-apa entah, minyak wangi lagi. Bila bau minyak rambut, minyak wangi bercampur dengan bau rokok, masyaAllah. Nak muntah.
2. Kotor. Biasanya hujung jari dan kuku perokok ini kotor. Kalau pasangan kita tu perokok tegar, bayangkan tangan kotor dia pegang tangan tangan kita. Terasa macam segala kotoran kat kuku dia melekat kat tangan kita. Wek...nanti boleh kena infection dan penyakit.
3. Gigi tak berapa nak bersih. Orang kata kalau kuat merokok gigi boleh jadi kuning dan berkarat. Kotor. Buka mulut saja, dah lah nampak kotor, bau pulak buat kita terpaksa tutup hidung. Memanglah malas nak layan dia berbual. Please dont talk to me. Go away.
4. You look so stupid and act like one. Kalau dalam poket ada RM 20 saja lagi, perokok tegar ini lebih rela beli rokok dari pergi makan walaupun perut lapar gila dari semalam tak makan. Doesnt that look stupid? Dahlah merokok tak menjaga kesihatan langsung, perut pulak dibiarkan kosong. Maka datanglah segala penyakit dengan mudahnya hinggap kat badan. Lepas itu cepatlah mati.
Tapi tak apalah. Wahai perokok tegar, teruskanlah merokok. Malas dah nak halang.
46 ulasan:
ye, perokok tegar yg sebenarnye kurang sopan, tidak menghormati org lain dan juga mementingkan diri demi kepuasan sendiri tanpa menghiraukan keadaan org disekelilingnya.
semakin ditegur semakin ramai perokok.biarlah diaorang bakar duit dan nyawa sendiri..:)
huhuu..psl ni mmg susah nk ckp...
susah nak komen.. :)
perokok tak mati orang kat sebelah yang arwah dulu..huhuhuhuhuhu
kan? saya pernah jumpa orang macam ni. sanggup tu ikat perut semata-mata nak beli rokok. haih
betul betul betul tak suke laki yg merokok uhuk2
penat je ckp ngan org yg hisap rokok. keluarkan lah fatwa bahawa merokok tu haram.. diorg masih juga hisap rokok.. erm.. xtau nk ckp mcm mana lg dah
perokok tegar susah na suh depa benti merokok.. ara xske org mrokok.. huu
tapi saya suka awk hehe
betul betul betul.. ee, gelilah.. kalo nak cari bf, kena carik yang tak hisap rokok.. ngee~
sy pon tak suke
y num 4 tu Nadh sngat setuju msred. betoi sgt... sedih kekadang tengok depa ni. tak makan takpa. jgn tak rokok. T.T
memang tak leh tahan ngn asap rokok, terus amek tisu tutup hidung, lantak la dia nak kata tak hormat customer pun...
hehe. bagi je rokok kat diorang..:) nk larang xdpt da
<---tak merokok walaupun kawan2 semua perokok ekekekekee...
nk cari pakwe ta isap rokok...hehe
mls nk tgur dowg yg merokok ni..jnji asap uh tlg jgn d halakan pada kami..
sekarang bukan lelaki jer hisap rokok..perempuan pun sama je hehe
seyes xske kt smoker.nk smoke gilah jauh2.pastu ble nk sembang ke apa ke pastikan bau rokok tu tkde.letih nak menahan nafas ble dkt ngan smoker.aiya
sy ad sorg kwn yg memang perokok tegar. tp dia slalu nasihatkan sy, kalau nk carik suami, jgn cari yg merokok.. huhu, pandai plak dia nk bg nasihat
emm..susah nak dihalang kalau dah perokok tegar.. katalah apa pun.. tak luak dorng dengar kan
emmm abg sy merokok...tapi tk tau cmne nak suh berhenti..hihi
bf e'in pun smoking.. tp tade lak mcm ciri2 yg akk listkn tu.. huhu..
hurm.. begitulah. Tak suka jugak smoker ni... =)
sy bukan perokok tegar.. tapi saya pemblogger tegar.. hihi..
Tajuk tu memang menarik-kenapa saya tak suka awak-si perokok rupanya :)
*saya tak suka asap rokok & si perokok yg tak hormati org lain.
xtau dah gane nk kata nak suh dorg berenti...bia la...smpai ms nti tau la dorg nk berenti sendiri
nasib baik hubby saya tak merokok..
perokok sama dengan pengotor..haha..marah perokok..:P
sy pun jenis yang tak boleh nak tahan dengan asap rokok ni...
mereka ni tak sayang duit dan nyawa ke..?
saya bersih dari rokok
setuju..
katakan tidak kepada merokok..heheh
lagipun bazir duit ja kan..rokok mahall ohhh...
i hate smokers too.
Diorang banyak membazir + bahayakan kesihatan diri
ong kim swee bidas wartawan tanya soalan entah pape
tak suka gak..kalo nampak kat kedai makan memang kena perli2 la
sy pon x suke..tp ayah ngn abang sy hisap rokok..x boleh nk buat ape..huhu
tak suka juga..benci..kakak saya dah meninggal dunia sbb kanser,suaminya seorang yg perokok tegar..dia sehat sampai skrg..
walaupun dah banyak kali cakap pasal keburukkan merokok ni,tapi perokok2 ni still buat tak taw je...
GrrRRR, i don't really like to see perokok tegar, and even more don't like to see somebody smoking!!! gRRRrr!
hate smokers:( bau asap rokok pun dh tak boleh tau....
Benci tu biasalah. Tapi esok jodoh dapat dengan orang macam itu, nak tolak pun tak mahu. kan? ;p
nak ckp lebih2 pon xleh sbb mane la tau dpt laki smoker (^_^)
sy x smoke..
Perokok tegar sama tak cam blogger tegar?
xleh tegur diorg nie
nnt kita yg kena
DAH BANYAK KALI DH CAKAP PASAL ROKOK.DIORG NI TADE HATI NAK STOP JUGAK T_T
Catat Ulasan