Februari 10, 2012

TUNJUK SAYANG KAT DIA

Assalamualaikum.....

Apa yang kita dah buat untuk mak hari ini? Belanja dia breakfast? Siapkan breakfast dia kat rumah? Tolong dia basuh dan sidai baju? Tolong dia sapu sampah kat halaman rumah? Call dia tanya khabar, buat lawak dan bagi dia kerawa? Apa yang kita dah buat untuk mak untuk tunjuk kan yang kita sayang sangat kat dia?

Atau dari tadi sibuk uruskan diri sendiri?

Msred pun belum buat apa-apa untuk mak dari pagi tadi.

Nak tunjukkan yang kita sayangkan mak bukan susah. Tak perlulah sampai habiskan duit hadiahkan dia sesuatu yang mahal. Kononnya kalau lagi mahal lagi banyaklah sayang kita kat dia.

Kalau kita dapat buat sesuatu yang kecil tapi selalu pun dah cukup. Contohnya kita spend 15 minit setiap hari betul-betul berbual dengan dia dari hati ke hati. Tanyalah apa harapan dia ke, apa dia nak buat hari ini, rasa sihat ke tak? Bualkan sesuatu yang boleh buat dia tersenyum, ketawa.

Simple je. Kalau tak dapat setiap hari seminggu 2 atau 3 kali pun dah kira ok dah. Tapi kenalah berterusan.

A simple gesture like this sometimes is better then everything else that fancy and costly. Kadang-kadang benda kecil macam ni lagi buat mak bahagia dari kalau kita hadiahkan dia benda-benda yang mahal tapi tak pernah nak spend time berbual dengan dia.

Benda kecil lain yang boleh kita buat selalu, yang boleh buat dia gembira dan rasa disayangi macam picit-picit badan dia, ajak dia lepak kat taman permainan petang-petang, buatkan dia air sebelum tidur atau peluk dia setiap pagi sebelum keluar pergi kelas atau pejabat.

Note : Teringat dulu masa sekolah kalau msred study ke buat homework ke mak mesti buatkan msred air milo. Terasa macam disayangi sangat.


- Posted using BlogPress from my iPad

26 ulasan:

LubLy berkata...

mak..
alhamdulillah pagi td smpt bbual dgn mak lebly..

Aine Ainun berkata...

Setiap hr cll sbb jauh:)

Rawlins GLAM berkata...

Saya baru balik kampung di Sibu, Sarawak ari tu..
Buat surprise kat parents
My mum nangis masa tengok saya terpacul depan pintu umah
Sekarang dah balik KL, memang hari-hari call my parents....
Untuk Tambah Kebahagiaan Dalam Kehidupan

Unknown berkata...

belum berkesempatan lg nak call mak ni... cadangnya mmg nak kol ni.. hehehe... thanx msred atas peringatan ni.. kdg2 kita terlupa krn sibuk dgn hal sendiri.

Kalamhati berkata...

betul tu msred..mereka perlukan teman utk berbual..bkn setakat kita bagi duit je kan

Izwa Kamaruddin berkata...

hukhukhukh...

Umi Anaan berkata...

tetibe rase rindu pulak kat mak saye...ishk2x...

Unknown berkata...

sy pun syg awk. =)
buktinya? awk telah ditag oleh sy! haha

aReLaN berkata...

memang susah nak menzahirkan rasa sayang kan tapi kita kena gak zahirkan. jangan sampai satu masa kita tak sempat tunjukkan betapa sayangnya kita pada ibu bapa dan orang lain yang kita saya.teringat lagu UNIC, lafaz yang tersimpan.waaaaaa

KuNanGKuNanG berkata...

kalau balik kg mesti mak yg tolong basuhkan bj..huhu..cian kat mak, tp sy ada gak tolong sidai...he3

maszull berkata...

assalamualaikum msred...itulah besarnya kasih sayang seorg ibu yg melahirkn n membesarkn kita...:)

cik azeya berkata...

rindu mak..

EyqaLuvender berkata...

mak kte jauh...huhu
nak balik pelok mak jgk...=(

AnakPakZohar berkata...

hari ni belum dapat jumpe mak, tadi mak tade.. sekarang mak tidur.. huhu

Hafizin Jamil berkata...

air milo tu fevret ke??hehe

Pendamba Mawar berkata...

hari ni PM tolong mak bersihkan dan cuci semua benda2 kat ruang dapur..kasi semua berkilat

Mira Maisara berkata...

harini dah kol ibu. bergurau senda dengan beliau :D

Unknown berkata...

time ni la nak tunjuk syng kat diorng, jgn time diorng takde nanti bru nak menyesal :)

Mishter Izwän berkata...

call tuh mmg senangkan, tp tak semua org boleh buat!!!

Ezad Skytech berkata...

masa ni la kita nak tunjukkan yg kita sayang kat mereka...kan :D

KaK LimAh Si SupiR berkata...

limah ckp dgn abah xckp dgn mak td :P

Juliet_iRa~" berkata...

hee..ira tlg mak bsh pinggan..:)

Tanpa Nama berkata...

owh betul tu.

mas saari berkata...

kadang2 kita ni terlupa nak ucapkan sayang dekat mak ayah kan? asyik ingat suami je..

Tanpa Nama berkata...

sayang mak !

anak ayah berkata...

me rindukan ibu~~~~~~~~~~~~~~

ALL TIME FAVOURITE