April 05, 2012

KISAH GAMBAR WORDLESS WEDNESDAY

Assalamualaikum....

Semalam hari rabu. Wordless. Memang wordless. Msred cuma update entry wordless wednesday sahaja semalam. Entry kat bawah tu.

Ya, gambar cincin tu. Itu gambar cincin pemberian mr bf pada msred enam tahun dulu. Cincin sebagai tanda yang msred sudah dinikahi olehnya. Bermakna kan? Penting kan?

Sangat penting.

Tapi hari Selasa lepas balik kerja msred dapati cincin kesayangan msred ini tiada dijari msred. Rasa terhenti degupan jantung msred. Sekejap je lah. Kalau lama lain pulak ceritanya.

Habis satu rumah msred cari. Tak jumpa. Hati kata mungkin jatuh kat pejabat. Msred tak bagitahu mr bf. Takut dia marah ke, merajuk ke. Susah pulak.

Esok paginya, hari Rabu msred sengaja keluar pergi pejabat awal. Pukul tujuh dah keluar. Nak sampai pejabat awal. Kalau cincin tu tercicir di pejabat, ada harapanlah jumpa balik. Petang Selasa tu msred orang yang last sekali keluar pejabat. Kalau msred sampai awal, boleh cari cincin tu sebelum orang lain sampai.

Tapi syukur. Jumpa dah cincin kesayangan msred ni. Tapi bukan dekat pejabat. Jumpa kat dalam kereta, dekat belah bawah, lantai driver seat. Nasib baik jumpa, kalau tak menjawablah dgn mr bf.

Note : Sampai sekarang fikir macamana cincin tu boleh tertanggal dari jari msred dan msred tak sedar langsung. Bukannya longgar pun.

Published with Blogger-droid v2.0.4

22 ulasan:

Anum berkata...

alhamdullilah nasib baik jumpa

LubLy berkata...

ekekeke..nak ckp akak kurus la tue..fuh nsb bek jmp kak..

pssttt..akak np xbgth SUK 0pen j0b??so sad..

Unknown berkata...

huhu.. yg membaca pun cemas.
tetiba cek cincin kat jari.

msred dah kurus kutt..

MAY berkata...

mcmne blh jatuh??

Cincin CM da longgar..hoho..boleh pusing2 lagi...hopefully cincin nikah nnt tak mcm tu..tapi hari tu dah tercabut batu..tah perasan bile batu jatuh..sbb terlalu lasak kot..skrg ni da jarang pki cincin tunang..tp da nak dekat kawen ni, tunang suruh pki je cincin tu..klu tercabut lagi batu, padan muke katenye..nak sgt ada batu..

cik fadh berkata...

haah kalo org hilang cincin kan, cik fadh pown pelik mcm mane cincin tu tertanggal tp kiter xprasan..ermmmm musykil tol..huhu

Unknown berkata...

err pelik gak ni.. cmne leh jatuh kalau xlonggar? hehehehe

saffiya_aleesya @ echa berkata...

nasib baik jumpa..klu tak fuhhhhh!! sedih klu barang yang kita sayang hilang kan!!

Syuk Ry berkata...

ni bley wat drama ni.. huhu..

aReLaN berkata...

nasib baik jumpa balik.kalau tak,memang berdrama la ngan encik bf tu.hehehe

mama maman aka yana berkata...

alhamdulillah jumpa.. rezeki msred lg la tuh..

*cincin kawin, cincin tunang mama.. semuanya dah hilang..!! kemungkinan diambik org atau miss place.. psl mama tanggalkan.. simpan kat laci... maklumla dulu kurus... longgar semenjang je.. dr hilang jatuh baik simpan kann.. tp syg.. hilang jugak. hahaha.. takde rezeki kannn..:)

Bulan Syurga Firdausi berkata...

pas ni kene lebih hati2 la kan :)

Sarah Mnasir berkata...

la cincin kawen eh kak , nasib baik jumpa.. jari akak mgecil kot :D

Ann Ishak berkata...

jari akak dah mengurus kot...tu yang terlucut, tak pun tangan licin sebab losyen ke

Azzah berkata...

jari semakin kecik la tu..:)

AimiiiLove berkata...

hehe,comel je cik red. :) happy always,dear <3

nuyui a.k.a miss YUI berkata...

alhmdulillah jumpa kak..

Mimi Nur Farahin Hassan berkata...

nasib bek jmpe..klu tak nanti de yg kecewa hehe =)

Liyana Zahim berkata...

Kalau takut cicir letak kat rantai buat cam loket tu.. Ekekekekek.. :P

safurara berkata...

huaaa cincin nikah kalau hilang mmg tension.nsib jumpa.

Unknown berkata...

pergh..seb baik jumpa.. musti rasa lega yang amat kan?

Ezad Skytech berkata...

alhamdulillah...nasib baik jumpa balik kan msred...:D

Bobo berkata...

nasib baik cicir dalam kereta, kalau atas jalan mmg rezeki org la tu hehe

ALL TIME FAVOURITE