Ogos 29, 2012

DIA MACAM REMY ISHAK KE?

Assalamualaikum....

Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin. Boleh wish lagi kan? Nak wish jugak. Rasa macam best pulak wish selamat hari raya banyak kali.

Belum ada kesempatan nak upload gambar raya. Ada separuh gambar kat kamera adik, ada yang kat kamera sendiri dan ada kat kamera mak. Nantilah kumpul sekali baru pilih yg paling cun upload sini.



Ini gambar Iman Zary Haqimie atau nama glamournya Iman. Tapi hari itu pergi beraya rumah adik msred di Alam Impian Shah Alam, one of my little sister cakap Iman macam Remy Ishak bila dipakaikan baju macam ni. Remy Ishak dalam cerita apa ntah suka pakai macam Dalam cerita 29 Febuari kot, suka pakai baju kemeja petak.

Ade ke sama?


- Posted using BlogPress from my iPad

Ogos 19, 2012

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Assalamualaikum....


Di hari ini... 1 Syawal... msred ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin pada semua rakan-rakan maya msred.

Maafkanlah segala kesalahan msred sama ada msred sedar atau tidak. Mana yang boleh tegur... tegurlah.
Semuga kita semua dapat mengecap 1 Syawal dengan gembira. Jangan lupa muhasabah diri sempurnakah Ramadhan kita.

Note : Pesanan untuk kita semua... Puasa adalah ibadat. Jangan kita jadikan ia adat semata. Jaga Ramadhan kita.

Ogos 18, 2012

REVIEW BLOG MEREKA 4

Assalamualaikum....

Di dalam entry ini msred ada janji nak review blog yang memberikan jawapan betul pada cabaran meneka gambar. Post ini akan di lekatkan di atas selama seminggu.
Review Blog Mereka 2 
Review Blog Mereka 3 

Nak sambung baki blog yang nak direview. Maaf sekali lagi lambat sikit.

First, blog Cik Saffiya Aleesya @ Biar Blog ini Berbicara. Blog personal yang ceria dan kalerful. Ada flower rain lagi. Blogger dari Penang.



Second, blog Cik Farah Erda atau mommy fara @ Pok Amai-amai. Blog personal jugak. Suka entry mommy fara yang simple dan santai tapi berisi.



Third, blog Cik Faridah Nazurah @ Murai Si Penipu. Blog personal dengan entry yang selalu buat msred senyum kadang-kadang geleng kepala. Hahahaa.....




Fourth, blog Cik Ennie Ramlan @ Beauty in all She is. Blog mommy ni pun blog personal yang simple dan santai. Suka ketawa gegeee...



Fifth, blog Cik Wanieys @ It's Story Time. Blog Mommy Qalief yang cute. Suka header blog personal Cik Wanieys yang cute.




Dah lah untuk minggu ini. Ada lagi 3 blog yang jawab betul dan akan di review insyaAllah next week. Have fun k you guys.

Ogos 14, 2012

REVIEW BLOG MEREKA 3

Assalamualaikum....

Di dalam entry ini msred ada janji nak review blog yang memberikan jawapan betul pada cabaran meneka gambar. Post ini akan di lekatkan di atas selama seminggu.

Review Blog Mereka 2

Sepatutnya msred review lagi lima blog minggu lepas tetapi atas sebab yang tak dapat nak dielakkan msred tak dapat buat minggu lepas. Msred buat minggu ini lah yea.


Yang pertama, Cik Fiza, mommy kepada sepasang putera dan puteri. 






Yang kedua, Mama Yana, mama kepada maman.






Yang ketiga, Cik Dya, mama kepada sugar glider-sugar glider nya yang kiut miut.





Yang keempat, Mr Rawlins yang selalu bagi semangat untuk berjaya dalam hidup.








Yang kelima, Cik Lia Lomi penulis e-novel.




Maaf dah lama tak update blog. Seminggu rasanya. Bukan sebab kepenatan puasa tapi ada sebab lain yang tak mampu nak elak.

Ogos 10, 2012

SAYA TAK PUASA LAGI

Assalamualaikum.....

Susah nak bangunkan Iffan untuk sahur tadi. Dia tak nak bangun sebab menu sahur hari ini tak menarik minat dia. Mee goreng.

Lepas habis sahur baru Iffan bangun. Mengada betul. Di kindy dia memang tetap ada sediakan makan pada budak-budak yang tak puasa. Itu pasal agaknya dia tak kisah kalau tak puasa, dapat makan juga kat Kindy.

Ini merupakan hari ke lima Iffan tak puasa.




Ian yang setia sibuk nak ikut hantar Iffan ke Kindy.



Ni posing pesen apa pun tak tau.

Note : Petang ini ada Iftar dengan officemate, insyaAllah. Ingat nak bawa Iffan sekali. Kalau dia tak puasa ni rasa cam malas pulak nak bawa. Tapi macam nak bawa. Haish...

- Posted using BlogPress from my iPad

Ogos 09, 2012

MACAM MABUK PREGNANT

Assalamualaikum.....

Seronok pulak tengok Iman melayan naik buaian ni. Terkekek-kekek dia ketawa. Suka sangatlah tu.



Dah lama tak naik buaian. Msred tak boleh naiklah, pening. Rasa nak muntah. Kalau naik buai lama sikit je mula lah rasa macam mabuk pegnen je. Penyakit apa entah. Mengada.

Kalau temankan anak pergi playground memang jadi tukang tolak je la. Tak nak naik takut pening.

Note : Ada masa bila bawak Iman main buaian, jadi masalah pulak bila nak balik sebab dia tak nak turun.

- Posted using BlogPress from my iPad

Ogos 08, 2012

KIRA SETTLE LAH

Assalamualaikum.....

Hari Isnin Nuzul Quran hari tu, msred bawak si kecik bertiga pergi beli kasut raya. Ian punya kasut dah beli, tinggal untuk Iffan dan Iman saja lagi yang belum. Dah lama tertangguh, nak keluar beli tapi ashik cancel je.

Pergi SACC Mall saja. Sangat malas nak pergi jauh-jauh. Pergi Bata. Iffan ni kadang-kadang memilih sikit, cerewet. Dah pandai melaram. Nasib baik bawak saja satu kedai terus jumpa yang Iffan berkenan, tak payah nak round-round banyak kedai. Iffan suka kasut dia, msred pun suka.



Beli kasut Iman lagi senang. Dia redha saja apa yang msred pilih. Suka dia dapat kasut baru. Lepas try orang suruh buka nak bayar dia tak nak buka pulak kasut tu. Nangis-nangis nak pakai terus. Terpaksa pulak sogok Iman dengan janji nak belikan coklat. Nasib baik dia nak. Tapi lepas bayar kasut dia sibuk nak pegang sendiri. Ikutkan saja asalkan dia tak menjerit.



Baju, kasut raya budak kecik dah settle. Alhamdulillah. Tinggal stokin dan songkok, kalau rasa nak beli. Untuk parents dia orang belum beli lagi. Mr BF suka beli last minute. Msred tak suka bersesak last minute kat Mall nak beli baju raya, tapi ikutkan sajalah Mr BF tu.

- Posted using BlogPress from my iPad

ALL TIME FAVOURITE