Hari Isnin Nuzul Quran hari tu, msred bawak si kecik bertiga pergi beli kasut raya. Ian punya kasut dah beli, tinggal untuk Iffan dan Iman saja lagi yang belum. Dah lama tertangguh, nak keluar beli tapi ashik cancel je.
Pergi SACC Mall saja. Sangat malas nak pergi jauh-jauh. Pergi Bata. Iffan ni kadang-kadang memilih sikit, cerewet. Dah pandai melaram. Nasib baik bawak saja satu kedai terus jumpa yang Iffan berkenan, tak payah nak round-round banyak kedai. Iffan suka kasut dia, msred pun suka.
Beli kasut Iman lagi senang. Dia redha saja apa yang msred pilih. Suka dia dapat kasut baru. Lepas try orang suruh buka nak bayar dia tak nak buka pulak kasut tu. Nangis-nangis nak pakai terus. Terpaksa pulak sogok Iman dengan janji nak belikan coklat. Nasib baik dia nak. Tapi lepas bayar kasut dia sibuk nak pegang sendiri. Ikutkan saja asalkan dia tak menjerit.
Baju, kasut raya budak kecik dah settle. Alhamdulillah. Tinggal stokin dan songkok, kalau rasa nak beli. Untuk parents dia orang belum beli lagi. Mr BF suka beli last minute. Msred tak suka bersesak last minute kat Mall nak beli baju raya, tapi ikutkan sajalah Mr BF tu.
- Posted using BlogPress from my iPad
23 ulasan:
amboi..melaram ye anak² bujang akak
hehehe
dah selesai ek
wahh tinggal nak raya je la ni kan kan..
KRU kasut yg sama?fuhhh
mama shopping dgn papa jerk la..baru syiokkk
akak kene tagged tau
lega hal anak2 dah settle ..
boleh mak ayah nya shopping brg sendiri dgn senang hati..
:D
iyelah..mudah juge bawak pergi ke tempat yang dekat. dapat jimat kos pengangkutan, jimat masa.
memang kalau beli kat tempat tumpuan besar macam SOGO tu boleh dapat murah, tapi nak ke sana dgn jem, sesak-sesak dengan orang, tambah letih lagi.....ayooo
nak jugak kasut raya.. hikhik
suka tengok bdk2 .
sbb tringat zmn kanak kanak ...
excited dgn bju raya. kst raya
seronoknya diorg dapt kasut raya..
ad org belanja lak tu.. hahahaha
y penting bebudak kan kak?
y penting bebudak kan kak?
bdk2 lagi meriah bile nk raye. same la mcm adik2 nana.kemain sakan tau. huu
Kita pula kalau baju raya, tempah sebelum raya lagi. Insyaallah this week siaplah. Songkok pakai yg sedia ada jer...
wah2.. anak bujang kak Msherd nie.. hehe.. bergaya sudah ! :)
*seronok bila banyak benda yg perlu dah settle :)
wani awal puasa hr tu dh settle semua...xmau nk buat last2 minute nti kelam kabut hihi
samalah kita.. last monday pegi sacc dengan kompleks and PAS.. mak aiiii ramaiiiinye org.. rasa nk pengsan.. beli apa yg nk dibeli then terus balik.. x larat sudah tgk org yg bersesak-sesak tu.. nk pitam!
saya pun dah settle semua.. hihi
biasa la mak ayah mesti settle last minute punyer. bagi kat anak2 dulu iyedok? haha
Settle awl2 senang kn..
Senang kerja kalau dah beli awal2 :)
seronokkan bile pg beli kelengkapan anak² ni .. terasa mcm indahnya nak raya tak lama lagi ..
assalamualaikum msred....senang kan dah dapat kasut yg disukainya...:)
lega barang anak-anak dh sattle..;)
Catat Ulasan