November 22, 2013

LELAKI YANG BERTANGGUNGJAWAB ATAS WANITA

Assalamualaikum....





Lima lelaki yang bertanggungjawab atas wanita :

Ayah
Seorang ayah perlu memastikan didikan agama anaknya sempurna. Jika anaknya melakukan kesalahan, membuat perkara kemungkaran, mendedahkan aurat dan sebagainya, maka ayahlah insan pertama yang wajib menegurnya.

Suami
Isteri adalah aset utama suami menuju ke syurga. Setiap tindak tanduk isteri memberi kesan kepada perjalanan kepada perjalanan hidup suami di dunia dan akhirat. Maka suami perlu membetulkan segala kesalahan isteri dengan nasihat dan teguran.

Saudara Lelaki
Apabila ayah ataupun suami sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita berpindah ke bahu saudara-saudaranya yang lelaki. Mereka perlu memberikan perhatian kepada saudara-saudara perempuan mereka, disamping keluarga sendiri.

Anak lelaki
Seorang anak lelaki wajib wajib menjaga maruah dan agama ibunya. Nafkah serta kesihatan ibu juga perlu diambil peduli. Membimbing ibu ke jalan yang diredhai adalah tanggungjawab yang perlu dipenuhi.

Lelaki disekeliling wanita
Sesiapa pun lelaki disekeliling wanita bukanlah isu. Tanggungjawab ubtuk menjaga mereka adalah tanggungjawab bersama. Wanita terjaga pasti ummah terpelihara.


Sumber : Buku Wanita Dambaan Syurga : Bimbingan Lengkap Fikah Wanita, Mohd Zuhdi Ahmad Khasasi


Foot Note : Besar tanggungjawab lelaki-lelaki di luar sana menjaga wanita. Bukannya membiarkan wanita terus melakukan larangan Allah. Takut nanti Allah tanya lelaki-lelaki, Apakah yang sudah kamu lakukan untuk menjaga wanita amanah kamu?


7 ulasan:

Myra Jay berkata...

Besar tggjawab seorang lelaki kan, semua tu amanah dari Allah :)

Anum berkata...

besar kan tanggungjawab lelaki

Unknown berkata...

thanks share :)

Unknown berkata...

besar tanggungjawab lelaki.. moga mereka dpt pikul dgn sebaiknya..

Nour Adieb berkata...

lelaki mjadi pelindung wanita :)

Izzati Amira berkata...

nice sharing (:

Unknown berkata...

mmg besar tanggungjawab lelaki.. & byk lelaki yg lalai & tidak amanah dlm melaksanakan tanggungjawab ini.. contoh ada byk depan mata xpyh ckp lg.. kita tgk sendiri dh tahu amanah atau tidak dia dlm menjaga wanita baik dr kebajikan, kehidupan & agamanya.. byk yg amik remeh hal tanggungjawab & amanah Allah ini...

wanita.. andai syg lelaki2 yg ada disekeliling kita perbaikilah diri kita, pelihara aurat kita, tingkah laku kita... demi lelaki yg kita syg iaitu ayah, suami, anak2 lelaki & saudara2 lelaki yg lainnya...

ALL TIME FAVOURITE