April 28, 2014

DAH TUKAR DAH

Assalamualikum.....

we heart it


Setiap kali weekend menjelma, plan dalam hati nak siapkan kerja rumah cepat-cepat lepas tu nak ganti tidur. Weekdays kan tak cukup tidur. Tapi jarang dapat ganti tidur. Ada saja benda nak buat, nak kena buat. Last weekend hari sabtu keluar hari ahad pun keluar. Nasib baik hari ini tak cuti emergency dengan alasan malas nak pergi kerja sebab mengantuk.

Hari sabtu pagi alhamdulillah ada air. Basuh dua bakul baju, sidai. Alhamdulillah tengahari dah kering, boleh angkat. Terus gosok baju sekolah boyfriends. Petang walaupun penat keluar bawa boyfriends pergi Sunway Pyramid. Nak teman mak pergi Maxis Centre. Saya pun nak ke Maxis Centre dan Celcom Centre. 





Saya pergi Celcom Centre sebab nak tukar nombor prepaid saya kepada postpaid sebab nak tambah data plan. Di Celcom cuma ada satu package saja kalau nak tukar dari prepaid ke postpaid. Apa nama package tu tak ingat. Saya ambil yang RM 98 sebulan dengan 3GB data dan 200+ minit panggilan. Try 3 GB dulu, kalau tak cukup kenalah tambah quota lagi, dan tambah RM lagi.


belakang yg pakai spek tu tak termasuk list boyfriends saya ok....

Lepas tu pergi Maxis sebab mak saya nak retrieve balik nombor dia yang hilang dengan handphone dia hari itu. Kena bayar RM 8. Saya pulak nak terminate Data plan Maxis saya yang saya pakai kat I Pad Mini saya. Malas rasanya nak maintain banyak-banyak bil ni. So dulu saya buat call pakai Celcom dan Internet pakai Maxis. Sekarang pakai satu sahaja untuk call dan Internet, Celcom saja. Tak pening dah. 


sukahati je kan buat macam rumah sendiri....

Sebenarnya rasa-rasa nak jual I Pad Mini 16GB Wifi 3G kaler putih saya tu. Nak beli tak?







posted from Bloggeroid

19 ulasan:

SNM berkata...

Comel2 semua boyfriend msred. Reserve buat menantu boleh? Muehehe...tp sy blom ada anak dara lagi.. (^^,)

syawalsimpsons berkata...

seronok jalan2 ngan anak2 yee

Anum berkata...

SINGGAH PAGI

MsBabble berkata...

sama la ..wiken adalah waktu yang ditunggu2 utk claim tido. tapi selalunya memang x dpt claim pun kan

Anizz Annisa berkata...

wah nk jual ipad.. ? menarik tu..

Abam Kie berkata...

salam. sy x pakai pun data plan sbb di umah ada streamyx n di sek ada wifi..

Asha Lya berkata...

sibuknya sis di hujung minggu..mcm tak cukup je kan cuti 2 hari..mcm nak tambah cuti nie :D

Sheila Salim berkata...

Assalamualaikum kak, hehee bestnya bawa boyfriends jejalan. sheila pakai data plan untuk internet kak. malas nak buat postpaid tu. hihiii singgah menabung michelin sini...

Cik Nor berkata...

best nya g jalan2..:)

Mar Mansor berkata...

hujung minggu memang rasa sangat sibuk kan..kalo ada masa free tu rasa nak tido jek..
suka tengok gamabr hero2 tu makan aiskrim

Izwa Kamaruddin berkata...

meriah!

Fiza Aizzawa berkata...

lama jugak tak jejakkan kaki kt sunway.. anak ms red semua teruna ker.. besar2 dah..

Unknown berkata...

seronoknya bdk2 tu landing kt lantai ye..hehe

Mummydearie berkata...

Kenapa nak jual Ipad Mini tu, Msred? Nak beli baru ke atau dah tak tahan jadi 'barang keperluan' anak-anak?

Blog Santai berkata...

Kita pun sedang mencari pakcake prepaid yang baru...post paid kita tak boleh control..harap-harap nanati guna prepaid bolh control sikit..he..he

ini kisahnya berkata...

suka nye sampai main guling2 kt mall..

Unknown berkata...

Idah dah lebih 15 tahun pakai celcom postpaid dan tak pernah tukar no nya sinde day 1 ... :D

☾SHiemaCMa786☾ berkata...

salam ms red..

hihi..nasib baik cma bukan peminat tegar ipad mini.. :p

QasehnyaRania berkata...

la nape nak jual pulak msred?

seng kan guna satu servis aje.

ALL TIME FAVOURITE