Mei 14, 2014

AKU BUKAN MISTRESS OLEH ACIK LANA

Assalamualaikum....




Last week baru dapat habiskan novel ni. Itu pun setelah tiga minggu.

Kisah mengenai kehidupan Mya bekas pelacur yang di beli dan kemudian di bela oleh Mikail. Pada mulanya hubungan mereka hanya atas dasar nafsu Mikail dan keterpaksaan Mya melayannya kerana situasi hidupnya. Seperti yang dah saya duga, hubungan itu bertukar bila terbit rasa cinta.

Halangan mereka untuk bersama termasuklah tentangan dari Ibu Mika Datin Adibah, Suzzanne sepupu Mikail yang dah lama syokkan Mikail, Adam kawan baik Mikail yang jenis tikam belakang yang dah lama memendam rasa pada Mya dan Syamil bekas kekasih Mya yang masih menagih janji.

Apa jadi pada Mya dan Mikail selepas Mya buat keputusan untuk mengubah cara hidupnya ke jalan yang benar? Apa Adam dan Suzzanne buat untuk pisahkan Mya dan Mikail? Datin Adiba?

Overall rating dari saya, ***/5. Sebab penceritaannya berjela-jela jenuh saya nak baca. Dan ada kelemahan sedikit di sana sini membuatka saya terasa sangat ini cerita rekaan. Tak masuk sangat dalam jiwa saya.

Atau mungkin sebab saya dah tua dan penulis buku ini muda. Cara kami berfikir tak sama? Hheheee


posted from Bloggeroid

12 ulasan:

y i e n berkata...

Tgk kat tv mcm best, hehe!

Anizz Annisa berkata...

ramai cakap macam ade mirip dengan cerita lain..huhu.. so tengok drama dye je la..hihi..

dear anies berkata...

sy lyn drama je ;-)

Anum berkata...

GOOD MONING
SINGGAH PAGI RABU :)

Myra Jay berkata...

Boleh jadi jugak, tp kalau gaya perceritaan meleret memang bosan kan.
MJ pun tak layan sangat citer Aku Isterinya tu :D

cheq da berkata...

Sekarang memang tak de masa nk bc novel..dulu memang hantu novel

HoneyBee berkata...

as salam...,

haha- rajin & saya salute la kamu yang abizkan novel ni-hehe..

sbb baru masuk 1st bab-saya dah- lalala-tutup.. hehe-
bak kata kamu la -Cara kami berfikir tak sama?

sy dpt fhm novel ni pun dari drama tv3-7 mlm- 'Aku isterinya'- itu pun lompat2x..-sbb nth... jiwa x sama kut.

apepun, tahniah utk penulis ni juga kan..! =D

Fiza Rahman berkata...

Tgk drama jewr. Ok gak.

Unknown berkata...

oh.. baru taw, drama aku isterinya dr novel ini yea?

Asha Lya berkata...

jarang2 lya layan novel..dulu minat gak sekarang dah makin bekurangan

nad berkata...

mcm cite ombak rindu pun ado hehe

Tanpa Nama berkata...

Uji bc novel ni sblm dramanya diadaptasi lagi. Byk perubahan dilakukan dalam drama tapi tetap suka sebab minat Izzue Islam.
Karya Acik Lana seperti Pelangi Cinta buat suami dan Akadku yang terakhir lagi meruntun jiwa..

ALL TIME FAVOURITE