itu lah yang kawan msred cakap lepas insiden ni jadi...
"malasla naik lif tu.buruk cam nak runtuh je.buatnya rosak kang."
"jangan nak mengarut. tiga tingkat tu. tak kan ko nak naik tangga pulak."
"tak pe la.ko naik la lif, biar aku naik tangga. jumpa kat tingkat 3 k."
"ko ni takut sangat naik lif. melampau lampau takut nye."
"aku takut naik lif buruk je, kalau lif baru, cantik aku tak takut."
"sama la tu. ko pegi la naik tangga, aku tunggu ko kat atas."
msred pun terus menuju ke tangga untuk naik ke tingkat 3 manakala cik chipmunk, kawan msred yang 'prihatin' tu naik ke tingkat 3 menggunakan lif.
selepas urusan selesai, minum minum kat kafe. cik chipmunk cakap, "ko ni ada penyakit tau. penyakit takut tempat sempit, tempat yang ramai orang. klaustrofobia. pernah dengar?
msred, "ape fobia? ape tu. ko jangan nak pandai pandai diognasis aku denagn penyakit yang bukan bukan.nanti aku gigit ko nanti."
lepas tu cik chipmunk pun explain la penyakit ape yang dia baru je bagi kat msred.
klaustrofobia atau claustrophobia. kalau tengok definisi nya kat sini, memang betul la ape cik chipmunk cakap.
msred paling takut kalau....
- terpaksa naik lif yang sempit lagi buruk macam nak runtuh. lebih lebih lagi kalau ramai orang
- terpaksa duduk dalam bilik yang kecil dan gelap
- terpaksa bersesak dalam komuter, lrt, bas yang ramai orang
rasa macam nak lemas, sesak nafas, macam nak pengsan. biasanya msred akan elak kan diri dari berada dalam situasi seperti di atas. kalau tak dapat elak, msred akan redah jugak, tapi diiringi doa yang panjang dan berjela mintak dijauhkan tuhan dari perkara perkara yang tak baik. Amin.
insiden di ofis...
lif rosak.dekat sebulan la jugak rosak nya. still jalan lagi, tapi ashik jammed je. ada je ornag yang terkurung dalam lif. msred sanggup naik tangga ke tingkat 8 (ofis msred kat tingkat 8) daripada mengambil risiko terkurung dalam lif. hari hari, dalam masa hampir sebulan msred naik tangga sampai tingkat 8.gila kah msred?
ada sape sape yang menderita penyakit yang sama dengan msred?
1 ulasan:
klaustrofobia ...first time dgr...
btw, cik dd tag msred....jom join!!
http://ceriterachentanuddyra.blogspot.com/2011/04/giveaway-ujang9897.html
Catat Ulasan