Mei 31, 2011

MOVIE, SLEEPY AND MY ADDICTION

Hello peeps...

Sepatutnya entri ni msred post kan pagi tadi. Tapi tak sempat.

Hari Isnin, iaitu bersamaan dengan malam semalam, msred dan Mr BF melepak di TGV Sunway Pyramid, tengok cerita Pirates of The Caribbean : On Stranger Tides. Orang lain dah lama tengok, msred baru nak pergi. Masa kurang sporting la dengan msred. Lagi pon Mr BF busy je...

Malas nak review sebab ramai yang dah review dan ramai yang dah tengok pon.






Tayangan pukul 11.15pm start dan dekat pukul 2 am baru habis. Balik rumah, lepas gosok gigi, cuci muka, buang toksin dan basuh kaki, msred terus tidur. Esoknya kerja. Tu pasal tak sempat nak upload pictures.

Akibat semalam pukul 2.30 am baru tidur, pagi tadi kat office ngantuk tahap maxima ok. Mata tak leh bukak. Nampak bos msred cam mak cik cleaner, bila tengok mak cik cleaner nampak cam bos msred (abih la kalau bos msred baca ni...). 

Apa msred buat untuk menghilangkan ngantuk? Msred pergi beli benda lah ni ha....

MEKDI BREAKFAST SET W2.

Coffee Mc D memang best. Sedap and banyak caffeine. Alah, caffeine ubat hilang ngantuk tu. Memang ngantuk msred kurang lepas minum coffee ni. Betul. Baru la dunia nampak terang....

KEBAIKAN ADA BFF

Hello peeps.....

text tu msred doodle guna PaperDesk LT application fir I Pad.


1. Bila kita rasa bosan tak tau nak buat ape, kita boleh cakap,
"Mila ( bukan nama sebenar ), jom tengok wayang citer karak. Ko baru dapat gaji kan? Sponsor la."

2. Bila kita kekeringan rm sebab hari tu gatal tangan beli handphone baru padahal handphone sekarang elok lagi, kita boleh cakap,
" Mila, aku kering giler ni. Nak makan pun tak de rm. Bule tak dulu kan rm ko dulu. Gaji nanti aku bayar la balik."

3. Bila kita rasa tention sebab gaduh dengan BF sebab dia ngada-ngada dengan si Sheila ( bukan nama sebenar ), kita boleh cakap,
" Mila, BF aku si haprak tu ngada-ngada pegi bawak si Sheila tu pegi tengok wayang kat Mid Valley. Jom teman aku pegi hintip dia orang buat ape?"

4. Bila kita tak dapat siapkan homework atau assignment sebab 2 - 3 hari ni sebok melayan CityVille kat Facebook, kita boleh cakap,
" Mila, aku sakit perut la semalam, tak dapat siapkan assignment Mr Burn tu. Pinjam ko punya assignment, bule aku copy and paste mana yang patut."

5. Bila kita rasa sedih sebab BF akhirnya mengaku ada skandal dengan Sheila, kita boleh cakap,
" Mila, aku down giler ni. BF haprak aku tu sekarang dah jadi Ex BF aku sebab dia skandal dengan si Sheila haprak tu. Boleh aku pinjam bahu ko, aku nak tenangkan hati aku ni. Bahu ko tu nampak cam sedap je nak landing kan kepala aku ni. Aku nak nangis puas-puas lepas tu aku nak pegi makan kat Secret Recipe ko sponsor."

Apa yang best nya ada BFF ni, walaupun kita buat semua kat atas tu kat dia, tapi dia tetap tak tinggalkan kita dan sentiasa berada di sisi kita. Bukan senang nak dapat BFF yang walaupun kita buat benda-benda kat atas tu tapi dia still terima kita seadanya. 


Siapakah diantara you alls semua yang pernah buat cam kat atas? Baik mengaku.

Moral of the story, ' Jangan ambil kesempatan di atas kebaikan BFF kita.'

Mei 30, 2011

RAHSIA AWET MUDA MSRED

Hello peeps,

Cuba teka berapa umur msred? Tahu? Tak tahu. Tekalah ok.

Saje je nak cerita nak bagi you alls senyum sinis sambil membaca entri ni...hheeee....

Kawan-kawan msred selalu tanya msred ape rahsia msred nampak muda? Botox? Plastic surgery? Susuk?

Haish....mengarut tul la ...

Msred cuma cakap, "msred amalkan minum air suam at least 2 liter sehari tiap-tiap hari."

Kawan-kawan msred mesti cakap, " Tak kan itu je? Mesti ade petua lain."

Msred akan cakap, " Itu je.korang tak percaya sudah. Pi main jauh-jauh."

You alls percaya ke msred cuma amalkan minum air suam tampa botox, plastic surgery atau susuk? Kalau tak percaya, baca bawah ni. Baca sampai habis tau.



Apa pasal msred rajin minum air suam?

1. Melancarkan Sistem Pencernaan 
Mengambil air suam dalam kuantiti yang cukup akan melancarkan sistem pencernaan manusia dan mengelakkan masalah seperti sembelit.

2. Air suam boleh membantu menyingkirkan toksin dalam badan.
Toksin terdapat hampir di semua organ manusia, di mana sebahagian besarnya terhasil apabila sisa makanan yang tidak dicerna sepenuhnya. Jika sistem semula jadi tubuhnya tidak mampu untuk membuang toksin tersebut secara semula jadi, itulah yang akan menyebabkan kulit seseorang itu kusam, berjerawat dan banyak lagi keburukan lain. secara umumnya, jerawat, alahan, selesema, bau badan, mulut bau dan banyak lagi terjadi kerana fungsi pembuangan toksin yang sepatutnya berlaku terjadi sebaliknya.Jadi, toksin itu tetap keluar namun dalam bentuk cela pada kulit manusia. Dengan mengamalkan minum air suam dua liter sehari, dapat membantu menyingkirkan toksin dalam badan setiap kali kita buang air. 

in short, kalau kita minum air suam banyak-banyak, kita akan selalu buang air dan toksin akan dapt disingkirkn dari badan, maka masalah kulit yang kita hadapi akan dapat dikurangkan.

3. Perawatan kecantikan
Tubuh bandan kita akan menyerap air daripada kulit sehingga menyebabkan kulit kering. Dengan meminum air kosong, ia dapat melindungi, melembab dan menyihatkan kulit.

4. Menguruskan Badan 
Minum air suam sebelum makan akan membuatkan anda lebih cepat kenyang dan hal ini akan membuatkan anda kurang makan.

Nak cantik? nak nampak muda? Minum air suam banyak-banyak. Biarlah susah sikit sebab kena selalu ke toilet asalkan dapat mengekalkan kecantikan. Petua ni turut menjadi amalan orang dulu-dulu, zaman nenek kita. Kalau tak percaya, try sendiri.


Siapa yang dah memang amalkan petua ini? Berkesan tak?

Mei 29, 2011

BIJAK? TRY BRAIN TEASER NI.

Happy weekend you alls,

Weekend ni bosan sebab msred tak dapat tengok wayang. Sob sob. Kena duduk rumah. Sesiapa yang senasib dengan msred, meh la try ni. Yang tak senasib pon boleh try.

" ADA DUA ORANG PEREMPUAN NI ATTEND SATU INTERVIEW NAK DAPATKAN KERJA KERANI KILANG KAT KILANG ELEKTRIK. RUPA DUA ORANG PEREMPUAN NI SERUPA. MAK AYAH DUA ORANG PEREMPUAN NI PON SAMA. BIRTHDAT PON SAMA. SO, PENG INTERVIEW TU TANYA LA KAT PEREMPUAN DUA ORANG NI, YOU BERDUA NI TWIN KE? DUA ORANG PEREMPUAN NI JAWAB, TAK."



Msred nak tanya you alls, macaman boleh tak pulak sedangkan rupa dia orang ni sama, birthday sama, mak ayah pon sama. Kenapa dia orng ni boleh jawab dia orang ni bukan twin?

Sila la try jawab.


Mei 28, 2011

BRAIN TEASER NO 2

Korang,

CIK CHENTA, EMAK SI QIMIE NI ADE 3 ORANG ANAK. YANG FIRST NAMA DIA IFFAN. YANG SECOND NAMA DIA IAN. SIAPA NAMA ANAK CIK CHENTA YANG KE TIGA?


Ni kalau tak dapat jawab ni msred babab...hheeee

Senang kan? Cuba brain teaser yang ni pulak kalau terel. Sini

Mei 27, 2011

MINUM PETANG SEMALAM DAN BREAKFAST PAGI TADI

Salam hari Jumaat semua,

Semalam msred kena balik lambat dari biasa. Staff lain balik kul 5, msred balik kul 6. 

Oleh kerana nak memujuk hati yang tak berapa happy, lepas punch card msred dengan pantasnya pergi Empire Shopping Mall kat Subang Jaya.  Masuk je terus menuju ke kedai Whisk. Kat sini ade jual si colorful cutey ni. Msred terus terjah, beli satu untuk setiap flavour. Oleh kerana feveret kaler msred merah, msred ingat nama yg merah tu je, Red Velvet. Best hingga menjilat pinggan. Best best. Rasa macam nak pergi beli lagi.




Pagi tadi, ntah kenapa msred rasa nak makan kueh feveret msred masa sekolah dulu. Nak kata sedap gila tak lah sangat.Nak kata tak sedap, msred selalu beli masa sekolah dulu. 

gambar bukan msred yang snap.


Sebenarnya, msred nak share dengan you alls semua, habit msred kalau makan kueh lapis ni. Msred mesti akan makan selapis demi selapis. Kalau makan macam biasa tak cukup layan. Msred mesti bukak satu persatu, makan satu persatu. Baru layan....

Pelik ke tak pelik? You alls ada tak yang layan kueh lapis macam msred?


Something to think about...





YOU ALLS TAHU TAK?

Morning you alls,

1. you alls tahu tak apabila 350 yang diambil dri sinki yang kemudiannya dituangkan dalam cerek mengandungi 150ml  air suling dan dibiarkan terdedah kepada nyalaan api bersuhu 100 darjah celsius akan menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak?



2. you alls tahu tak sebuah kereta yang dipandu selaju 220 km sejam tak kan dapat memotong kereta yang dipandu  40 km sejam sekiranya kereta-kereta tersebut dipandu dari arah bertentangan.

3. you alls tahu tak dalam bahasa inggeris dan italy jurugambar dikenali sebagai paparazzi. Perktan itu dipercyai diambil dari watak paparazzo dalam filem la dolce vita. Dalam bahasa melayu pula, ayah seorang budak bernama razzi juga boleh dikenali denagn nama paparazzi.

4. you alls tahu tak yang seorang manusia normal tidak boleh menyentuh telinganya dengan menggunakan sikunya sendiri.

5. you alls tahu tak bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama walau pun berbeza dari segi rupa bentuknya. Walaubagaimanapun orang yang kene tempeleng masih boleh makan lempeng bila dia lapar.

6. you alls tahu tak orang yang tak pernah kisah langsung tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah orang utan.



7. you alls percaya tak bahawa ada diantara pembaca post ini telah mencuba untuk menyentuh telinganya dengan siku sendiri?


Mei 26, 2011

LONGCHAMPS. NAK TAU APE, GOOGLE SENDIRI

Good morning peeps....

Happy ni, msred happy ni. My beloved brother in law, Mr Mirul, hari tu outstation kat Beijing. Dia belikan wife dia, my sista, Ms Donnu Longchamps. Dia belikan sista in law dia satu Longchamps jugak.Kaler red lagi, my faveret kaler.


Pandai brother in law msred amek hati kakak ipar dia. Msred pun dengan hati yang terbuka menerima gift yang sangat best tu sambil tersengeh-sengeh lebar sampai ke telinga.

Msred suka sebab saiz dia besar. Msred buat bawak gi kerja. Apa yang msred letak dalam tu? Ni lah dia harta yang msred bawak hari-hari ke ofis.

purse, hairband,  cinggam, tisu Premier, perfume DKNY,  CANON Power Shot G11,
pen drive, pas pekerja, kipas tangan, I Pad 2, organizer.


Then, msred suka sebab dia boleh lipat-lipat, senang nak simpan. Kiut je kan?



Thanks to my brother in law, Mr Mirul and my sister, Ms Donnu for this gift. Suka sesangat. Nanti outstation beli la gift untuk kakak korang yang kiut ni lagi ya....HUGS N KISSES....


Mei 24, 2011

TIPS NAK MERAMPINGKAN PINGGANG SAMBIL BERMAIN

Salam sayang kengkawan,

Nak bersungut lepas tu share tips....

Sejak jadi mama kepada 3 orang putera ni, pinggang yang dulu 25 cm da jadi...tut..tut...(heheee..malu nak mengaku). Dulu macam kerengga....




Sekarang macam garfield.....



Ada orang cakap macam pear....



Macamana nak kasi pinggang ramping? Senang je. Yang buat susah penyakit malas dalam diri kita sendiri. Msred la tu. Sejak dulu ada penyakit malas ni.

Cara nak merampingkan pinggang yang murah dan menyeronokkan adalah seperti di bawah....



Siapa yang dah amalkan hoola dancing ni? Berkesan kah?

Mei 23, 2011

TOYS BUDAK-BUDAK LELAKI

ENTRY GAMBAR


Hello kawan-kawan yang disayangi...

Semalam hari Ahad lagi. Semalam, msred dan Mr BF, budak kecik Iffan Daniel dan budak kecik Ian Syamie pergi jejalan ke One Utama.

Baru sampai, singgah Starbuck beli Iced Caramel Mocha dan Starbuck Petite.




Duduk minum coffee. makan dan makan starbuck petite yang memang petite tu sambil snap snap.




Dah beli toys kat Parkson. Beli kete kontrol untuk budak kecikz ni.




Lunch kat Restoran Peranakan pukul 2.30 petang. Dah lapar gila dah ni. Tu pasal Mr BF order sampai empat lauk. Padahal cuma empat orang je makan. Dua orang perut besar, dua orang perut kecil. Akibatnya, tak habis. Tapau la balance nyer....




nampak tak butter prawn kat tepi ni. Msred makan separuh tu...kekehheee....sedap hingga menjilat pinggan...



Lepas makan, jejalan kejap, pas tu balik. Lama-lama jalan kang habis RM kang...keeheeee


budak kecik yang tak dapat ikut ni, iman zary haqimiem dapat jugak toys. Helikopter kecik yang ada bunyi lagu dan shape sorter.



Mei 21, 2011

KALAU YOU ALLS PEGI KAROKS, APA LAGU MESTI NYANYI?


Salam sayang buat semua...

Sape suka karoks? Gila karoks? Uiii...ramainya suka gi karoks. Biasalah tu. Cuba bagi satu lagu yang you alls mesti nyanyi la kalau pegi karoks. Lagu wajib karoks.


Kepada kawan-kawan yang memang suka karoks....sila try ni. Boleh lawan karoks lagi....klik sini.

Mei 20, 2011

HOT TOYS, ADA 5 BUAH ADA 7 BUAH



Salam semua...

Hehee.....tau tak gambar ape ni? Siapa yang tau? Mesti tau kan. Budak-budak sekarang kenal benda ni...



Kenal benda ni....


Kenal benda ni.....


Benda ni siapa kenal? Siapa tahu gambar apa ni? Ya, betul tu.... 

















Ini adalah gambar batu seremban, nama glamour nya, atau nama lain, selambut atau serembat. Permainan yang sangat digemari oleh budak-budak perempuan zaman msred kecik-kecik dulu. Tak pernah nampak budak lelaki main batu seremban. Budak lelaki main tutup botol.

Siapa nak lawan msred main benda ni? Msred terel main benda ni. Juara sekolah dulu.Heeehee....
Klik sini..

Mei 19, 2011

I HEART YOU AND YOU TOO

Salam sayang untuk semua followers msred....

Msred nak mengucapkan terima kasih kepada sesiapa yang sudi follow blog ni. Terima kasih kepada sesiapa yang sudi tinggalkan komen. Terima kasih kepada silent reader blog ini. Terima kasih sangat-sangat. Kesudian you alls mengikuti perjalanan blog ini sangat msred hargai. Tanpa you alls siapalah msred. Di harapkan persahabatan yang terjalin akan berkekalan. Thanks again you alls. 



Sebagai penghargaan, msred nak bagi present yang tak seberapa ni pada follower msredcheesecake.blogspot yang ke 200, Cik neAnne.     

neannelurve.blogspot




Cik neAnne, anda follower msred yang ke 200. Ade hadiah yang tak seberapa ni. Sudilah kiranya Cik neAnne terima.




DIMANAKAH NUR KASIH?

Salam semua...

Dimanakh dia? Dimanakah Nur Kasih ni? Kenapa tak jumpa-jumpa jugak? You alls ada ke jumpa Nur Kasih ni? Kat mana? 

Iklan....
Filem Nur Kasih The Movie akan ditayangkan bermula hari ini, 19 May di pawagam berhampiran anda.



Nur Kasih, seorang isteri yang  taat pada agama, taat pada suami dan taat pada keluaga. 

Pengorbanannya kepada suaminya sangat tinggi. Menerima semula suami yang pernah membuangnya. Taat kepada suami yang pernah membuangnya. Cinta kepada suami yang pernah membuangnya. Setia pada suami yang pernah membuangnya.

Tertanya-tanya di dalam hati, wujudkah Nur Kasih waktu ini? Layak kah isteri waktu ini menjadi Nur Kasih kepada suami mereka? Ada ke yang layak? Berapa ramai yang layak? Segelintir?

Kalau Nur Kasih wujud dan ramai yang layak menjadi Nur Kasih, kenapa masih ada isteri yang curang, isteri yang nushuz, isteri yang hilang meninggalkan suami? Kenapa ada isteri yang melawan suami, menengking setiap kali suami buat salah (bukan salah yang melampau). Kenapa tidak menjadi isteri yang pemaaf seperti Nur Kasih?Kenapa ya?

Msred sendiri pun rasa sangat susah mahu jadi seperti Nur Kasih.

Ada pendapat rakan msred,

"Macamana wanita sekarang nak jadi macam Nur Kasih kalau suaminya gagal jadi seperti Adam yang tahu kesalahan diri dan mahu insaf berubah menjadi suami yang baik?"

Mei 18, 2011

ANAK SAPE LA YANG SUKA PONTENG SEKOLAH TU?


Salam Frenz...

Alo korang....

Jawab sempoi je ok.... Pernah tak korang ponteng sekolah masa zaman sekolah dulu? Tak pernah? Biar betul! Anak sape lah yang baik sangat tu? Kagum lah msred.

Tapi msred 100% sure, mesti ramai yang jawab pernah kan?




Nape ye korang ponteng sekolah atau kelas? Ape kah sebab yang paling femes, yang biasa korang bagi kat diri sendiri.

Aku ponteng sebab ngantuk.

Aku ponteng sebab malas nak gi sekolah. 

Aku ponteng sebab bosan lah pegi sekolah.

Aku ponteng sebab homework tak siap lagi.

Aku ponteng sebab cikgu garang.

Aku ponteng sebab nak gi lepak ngan member.

Aku ponteng sebab nak gi dating.


Aku ponteng sekolah sebab nak gi cyber cafe main game.

Saje je aku nak ponteng. Tak de sebab spesifik. Nape ko peduli?


Aku ponteng sekolah sebab..... [ fill in the blank ]

Korang fill la in the blank.  Heheeee...pasar nya bahasa msred. Cakap omputeh tak berapa pandai. Ha! Ponteng sekolah lagi. 

Itulah pentingnya english education, bak kata Mr Usop Wilcha. Heheeee


Ponteng sekolah banyak mendatangkan kesan negatif dan tak pernah sekali pun msred nampak ada kesan positif. Kesan negatif ni effect diri kita sendiri, family, sekolah, masyarakat dan negara. Rasa nya semua orang tau kesan negatif ponteng. Macam mana kalau habit suka ponteng ni dibawa ke alam pekerjaan? Persoalannya sekarang, adakah cara yang terbukti berkesan untuk menghapuskan gejala ponteng ni? Ada ke? Macam tak ada je sebab gejala ni semakin berleluasa sekarang ni. So, how?

Mei 17, 2011

BILA ENCIK MALIQUE SURUH SENYUM

Salam sayang semua .....

Dari bangun pagi tadi, msred ashik tersenyum je. Happy. Hari ni msred sangat gembira. Nak tau kenapa? Tak nak? Kalau macam tu tak mahu cerita lah. Heheheee...Mari dengar lagu favorite msred.



Tak ada sebab spesifik kenapa hari ni msred happy. Mungkin sebab hari ni cuti kot. Itu pasal happy je,tersengeh dari tadi.

You alls. Dalam sehari, berapa kali you alls senyum? 

Banyak kali tak terkira.
Adalah ntah berapa kali ntah.
Hari ni belum senyum lagi.

Siapa yang jawab no 3 tu, baca ni...
  1. Senyum kan boleh buat wajah kita cun. Kita kan selalu suka tengok orang tersenyum dan tak suka tengok orang masam je. So, kalau kita nak orang suka tengok muka kita, senyum la.
  2. Senyum adalah penyakit berjangkit yang sangat baik diamalkan. Kalau kita senyum, orang lain pun akan senyum. Bila semua orang senyum, suasana jadi happy, boleh release tension tau.
  3. Senyum boleh buat kita nampak muda. Tak caya? Cuba masam 24 jam,  mesti nampakmacammakorang yang dah ada anak 5 walaupun you alls baru je habis spm.
  4. Senyum samada kita sendiri yang senyum atau melihat orang lain yang senyum, boleh meredakan perasaan marah. Setuju kan? So, kalau tengah you alls tengah marah, senyum. Kalau rasa-rasa nak kena marah dengan bf atau mak, senyum lebar2 sambil kelip2 kan mata gaya manja.
Jom kita ramai-ramai ikut cakap Encik Malique.

SENYUM SMILE


Banyak lagi kebaikan senyum ni. You all tambah lah lagi.....sila, jangan malu.Heeeheee....

Last,
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Janganlah kamu meremehkan kebaikan apa pun, walaupun sekadar bertemu saudaramu dengan wajah yang manis (wajah ceria dan senyuman).” – Hadis Riwayat Muslim.



ALL TIME FAVOURITE