April 09, 2012

DIA KAN PREGNANT

Assalamualaikum....

Bukannya susah nak berbuat baik dengan orang. Senang saja. Pokok pangkal hatu kita mahu ke tak.

Nak buat baik dengan orang yang pregnant pun senang. Tak delah susah sangat. Cuba try...

1. Kalau nampak perempuan pregnant nak naik lif, bagilah dia masuk dulu supaya dia boleh pilih nak berdiri di sudut mana. Dia kan pregnant....

2. Kalau nampak perempuan pregnant terpaksa berdiri dalam kenderaan awam, kalau kita tengah duduk bagilah seat kita tu kat dia. Biar kurang sikit penatnya berdiri. Dia kan pregnant.....

3. Kalau nampak perempuan pregnant bersusah payah mengangkag barang berat nak masukkan dalam bonet kereta, tolonglah angkatkan supaya kurang lenguh pinggangnya. Dia kan pregnant.....

4. Kalau nampak perempuan pregnant turut berebut dengan penumpang lain nak naik kenderaan awam, bagilah laluan dia naik dulu supaya tak adalah risiko dia terjatuh waktu nak berebut. Dia kan pregnant.....

5. Kalau nampak perempuan pregnant tiba-tiba terduduk kat mana-mana dengan muka berkerut, cuba tanya dia ok ke tak supaya kita tahu dia penat ke atau dah rasa sakit nak bersalin. Dia kan pregnant.... Oh yea. Kalau dia kata sakit macam nak bersalin tolonglah hantar dia ke hospital. Paling tidak pun tolong tahan teksi ke, tolong call husband dia ke. Janganlah pandang aje.

Cuba berbuat baik dengan orang. Kalau dah biasa berbuat baik dengan orang, lama-lama jadi senanglah.

Published with Blogger-droid v2.0.4

21 ulasan:

Izwa Kamaruddin berkata...

baik :)

Unknown berkata...

kalau pewut muncet di sangkakan pregnant? huhuu..

nak diet lah! nak slim mcm msred :)

LubLy berkata...

tp kalu hatu mcm batu xleh nak watpe la kak..

xiera berkata...

wow nice ^^

pena rozie berkata...

memang betul....

Datin Tyka berkata...

betul.
tak suke tengok orang pentingkan diri..
selalu tengok kalao dalam public transport.

Falling . berkata...

ta kn byr pon lau wt bek ngan org ..

Sarah Mnasir berkata...

Ok kak :)

Nana berkata...

Haha..nak pregnant jugaklah.

Cikrosecute berkata...

Betul tue...Ahkak sokong...hihihi

aReLaN berkata...

baik kak red.hehehe...tapi setakat ni tak pernah la jadi situasi gitu.hmmm

Unknown berkata...

tapi kdg2 ada gak org yg slamber je tolak2 org yg tgh sarat ni bile nk naik ktm..

IntaNBerliaN berkata...

beti tu... berbuat baiklah kita sesama insan.. cewahhh ayat..hhiihii

nuyui a.k.a miss YUI berkata...

tlg menolong sesama kt..

aamalinaazman berkata...

kan2
x susah pon
sama ada nak tau tak nak je kan kak
x sabo nak pregnant
*kawen pong belom..hahhahahahha*

saffiya_aleesya @ echa berkata...

memang tak susah buat baik cuma kadang2 ada sesetengah makhluk ni depan muka dah nampak pompuan pregnant berdiri dlm bas@train leh buat bodoh jer xmo bagi duduk..

[sutera kasih] berkata...

betul tu..kalau dh senang buat baik dgn org, perkara berat pun jd ringan jekk..bantu org pregnant, ada pahala :)

akue berkata...

kalau kita buat baik, insya Allah nanti kita pasti akan dibalas dgn kbaikkan juga...begitu juga sebaliknya.....perkongsian yg mnarik...=)

anak ayah berkata...

ye..betol tue =)

Unknown berkata...

betull...

Unknown berkata...

Tetiba teringat masa sy preggy dulu :)

ALL TIME FAVOURITE