Assalamualaikum.....
Rahsia. Rasanya, kita semua ada rahsia. Bezanya cuma besar ke kecil. Kalau terbuka rahsia itu, 'mati' ke tak 'mati'. Tanggungjawab nak menjaga rahsia ini berat. Kadang-kadang, kita sebagai Si Penyimpan Rahsia ini gagal menjaga rahsia dengan baik. Samaada sengaja atau tidak sengaja membocorkan rahsia.
Kalau Si Penyimpan Rahsia itu kita tahu memang dengan sengaja membocorkan rahsia, wajarlah agaknya kita menghukum dia. Tapi kalau Si Penyimpan Rahsia itu, memang kita yakin tidak sengaja membocorkan rahsia kita, wajarkah kita sebagai Pemilik Rahsia tersebut menghukum Si Penyimpan rahsia itu?
Kalau rahsia yang dibocorkan kecil sahaja, mungkin kita boleh memaafkan dia. Tapi kalau rahsianya besar, wajarkah kita menghukum dia? Kalau kita berkeputusan untuk menghukum dia, apakah bentuk hukuman yang patut kita beri pada dia?
Hati-hati memilih bentuk hukuman. Dan pastikan niat kita nak menghukum dia bukan kerana dendam, tetapi kerana nak dia sedar akibat perbuatan dia membocorkan rahsia itu dan kita nak jangan mengulangi kesilapan serupa. Berhati-hati jaga tanggungjawab menyimpan rahsia seseorang.
Note : Kalau diberi pilihan, msred lebih suka mengelak daripada terpaksa menyimpan rahsia sesiapa pun. Takut mulut terlepas cakap, membocorkan rahsia tanpa niat.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
ALL TIME FAVOURITE
-
Salam you alls, Setiap malam sebelum tidur, kita mesti ada rutin kita sendiri kan? Ramai yang rajin follow rutin yang dia dah tetapkan....
-
Salam tou alls, اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ Tunjukilah kami jalan yang lurus. Sepanjang umur kita, berapa kali kita terpaksa membuat ...
-
Salam you alls, Kalau terasa diri tak berapa nak matang tapi berminat nak berubah dan belajar jadi matang, bolehlah try jadikan simple tip...
-
*STICKY POST* Salam you alls, Sudah 26 hari puasa. Lagi berapa hari nak raya. Seronok tengok kawan-kawan dah mula bersedia nak bal...
-
Assalamualaikum.... Sebelum ini kita selalu kehabisann bateri smartphone kita di luar dan sukar nak charge bateri terutamanya waktu outing...
28 ulasan:
penyimpan rahsia eks.. nak pastikan dia blh simpan rahsia tuh camne eks.. hahahaha.. pasti ke dia blh simpan rahsia jika tiba2 dia ngan kita gaduh.. huhuhu.. haru jugak kannnn...
dulu pernah gak bg je kwn sorang tuh simpan rahsia.. tp skrg bila dah sama2 sepi.. tak pasti adakah dia masih menyimpan rahsia.. but me still simpan rahsia.. sebab tak baik menbuka aib seseorang.. kannn
=)
rara pon kalau boleh mmh x nk simpan rahsia.hehehe.xsuke.
sekali pun ada org bercerita kpd saya tentang rahsianya InsyaAllah rahsia itu akan tersimpan sebaiknya melainkan tuan empunya badan yg cerita kepada org lain dan kdg2 org lain bercerita tentang rahsia yg sama.. maka tahulah saya ooo penyimpan rahsia mereka bkn seorg tp ramai.. tp itu dah bkn rahsia la kan? ngeeeeeee
dulu masa kecik org selalu sgt kongsi rahsia dgn kawan. tapi bila dah besor ni org prefer keep my secret alone. kongsi dgn Allah much better act :)
sy pun nak ngelak dari simpan rahsia org ni.. takut terlepas cakap..
sy cpt lupa .. hehe btaw la rhsia ape pon, besok lusa sy da ta egt .. sadis . huhu
nampk je spe yg nk suruh kita smpan rahsia >>> angkat kali lari hehe
Ssah nk jumpa org yg ble simpan rahsia dgn baik...
Kira kita kna pgang amanah la.
Tpkan, berat jugak sbenarnya nk simpan rahsia ni...
Kalo setakat rahsia biasa2 ok la, kalo rahsia besar, ketar jugak nak jaga.
i'm prefer to be a nice girl rather than secret keeper. hehehe
jd la pdgr n pyimpan mohor2 besar yg bjaya yek!
kite pon nk simpan rahsia lame2.. hehe :)
bg sy kalau ianya rahsia baik kita jgn cerita kat sape-sape (tukang penyimpan rahsia)
[enyimpan rahsia bahaya klu terlepas ckp..
Gua ingat nak bukak bank baru lah.
Jenis tak nyimpan duit.
nyimpan rahsia je.
Amacam.Pilihan bernas tak idea?
ssh nk cri org y btl2 bleh smpan rhsia...kalulaa ada org y btul2 jjur tuk simpan rhsia lam dunia ni kan bgus...=)
jujur dan cuba elakkan bercakap tentang perkara rahsia dengan orang yang xtahu akan rahsia.
Kemungkinan tersalah/tercakap adalah amat tinggi.
yeke? yelahkan...
Hukuman...urm..ia bergantung pada individu. Surely kadang2 tidak releven hukuman nya...
tetapi mereka bukannya hakim
:)
tu la lau tlepas ckp nanti org kap kitatak amanah lak kan.. even kita xsgaja..
hmm...susah sebenarnya menjadi penyimpan rahsia ni..besar tanggungjawab kita. lagi2 kita ni manusia biasa yang tak terlepas dari salah dan silap..yang penting, kita harus berhati2 apabila berkata2..kerana lidah kita ni kdang2 suka bercakap sesuatu yang sepatutnya dirahsiakan.. :)
kalau dah nama pon rahsia,lagi elok simpan sendiri je.hehehe
hee..susah nak jadi penyimpan rahsia ni..dlm tak sedar takut terpecah rahsia je...hee~
sy lbh suka berahsia =)
sy xksh if ada org nk share rahsia sbb pastu automatik sy akan lupa.. xtau nape.. so, bila ada yg nk bz body, mahap la, mmg xdpt nk rewind.. agaknye sbb tu kwn suke cerita kt sy.. hurmm..
jarang simpan rahsia org..sbb jarang ade org nak share rahsia..tp,once ade yg mintak cite dirahsiakan,mmg sy akan rahsiakan..sbb tu la boss syg..muahahahahaaaa..
nak selamat jangan berkongsi rahsia..itu hal peribadi jd baik diam2 aje kang dari orang tak tau langsung orang lain leh tau pasal rahsia kita tu..
kena pandai cari penyimpan 'mohor2 besar' tu. hihi~
kalau saya, selalu je jadi tempat penyimpan rahsia kawan2, tak terasa pula nak buka rahsia orang.
sy pun malas nk ambik tau pasal rahsia atau hal org, bukan apa..takut nanati termengumpat@ terfitnah@ terbongkar rahsia dia yg mybe meng-aibkaan..susah nak jaga mulut ni..sbb tu kene jaga mata, telinga semua supaya mulut xpot pet pot pet komen itu ini
tiada rahsia yg mau di ceritakan.dan bkan smudah itu lq.. Sndri kna
mau ingqt
sye xbyk rahsia utk disimpan/dikongsi...hehehe.. >_<
rahsia dgn masalah??masalah tu rhsia qew???konflik hidup tu rhsia qew???
Catat Ulasan