Mei 21, 2012

SEMUA TENTANG DIA

Assalamualaikum.....

Saya ada masalah. Masalah dengan kawan sekelas saya ni. Nama dia Zaza. Dia cantik, pandai dan konfiden. Dia baik dengan kawan-kawan dia. Orang suka berkawan dengan dia. Cuma satu saja masalah dia yang membuatkan dia susah nak dapat best friend, kawan sehidup tapi tak semati.

Dia suka sangat bercerita, bukan tentang politik, sukan atau pun pelajaran. Dia sangat suka bercerita tentang satu topik ni, kira favorite topic dia la. Zaza sangat suka bercerita tentang Zaza.

Ya, dia suka sangat bercerita tentang dirinya sendiri, bukan tentang orang lain.

its all about me, me and me... heh heh...
Tak tahu lah kenapa, boleh dikatakan setiap hari 50% daripada apa yang keluar dari mulut dia tentang dia. Kadang-kadang boleh mencecah 70%. Kita ni selalunya suka dengar apa orang cerita tentang diri orang tu, tapi kalau ashik cerita pasal diri sendiri doplopatjam, ustazah pun silap-silap boleh hilang sabar.

kalau laki ada penyakit obsessed dengan diri sendiri ni lagi bughuk.... hahaha...


" Ko tau tak aku semalam.... bla bla... aku ngan dia.... bla bla....dia suka aku... bla bla... aku ada... bla bla... akhirnya aku.... bla bla... aku cakap kau aku ni kan... bla bla..." rasa nak sepak mulut dia bagi senget kalau nak lagi hebat bagi bisu terus... lari je dari dia sambil tutup telinga tamau dengar cerita dia lagi dah.

ko cakap lagi sekali perkataan aku tu aku gigit tangan ko... nak?




Kenapa ada orang yang macam ini?

Mengikut kajian msred dengan membaca kajian orang lain di Google, pemerhatian sekeliling dan pengalaman sendiri, orang yang suka bercerita pasal diri sendiri ni selalunya sebab dengan perbuatan ini dapat memberikan mereka kepuasan. It can make them feel good, and fell good about themselves is a good way to be happy.

Kebiasaannya manusia jenis ini suka bercerita tentang diri sendiri yang boleh membuatkan pendengar kagum, kira statement memuji diri sendiri atau berbangga dengan nasib baik mereka. Mau tak rasa happy kalau ada orang nak dengar. Happy kan?

Macamana nak handle kawan yang cenggini? Selepas berusaha keras untuk tekun mendengar tanpa niat buruk tapi tak berjaya dah, anda boleh pura-pura dengar sambil pura-pura senyum dan redha dengan nasib anda atau pun cuba sedaya upaya untuk melarikan diri setiap kali nampak dia. Kalau nak sakastik, setiap kali dia nak cerita tentang diri dia, anda dengan pantas memulakan cerita tentang diri anda terlebih dulu dan jangan berhenti cerita sampai dia mengundurkan diri dengan alasan nak pergi toilet.

Seb baik msred belum ada kawan cenggini.


32 ulasan:

nuyui a.k.a miss YUI berkata...

alhmdulillah takde kwn cmtu..hihi.

Unknown berkata...

mujur gak xpenah ade kwn camtu..hik hik

Unknown berkata...

Hehe ada gak kwn mcm tu. Rimas kemain bile dia dtg dekat. Ada je la brg baru yg dia baru beli. Kononnya...

MAY berkata...

errr..agak2 entry CM kat blog dikategorikan mcm ni jugak tak???hihihihi..sll cite ari ni masak itu..ini..hehehe

akue berkata...

nsib tak da lgi kwan gini..klu tak hilng sbar jgak bsbb hari2 gitu.... mula2 blh lyan lgi..tak lma dah bring nak dgr....

Nyue berkata...

Nyue akui nyue mgalami masalah diatas...buat2 xlayan...coz mmg da xnk dengar daa

sarah mohamad berkata...

Ni kira salah satu penyakit gak ni, maybe ye lah dia rasa puas hati kalau dapat bercerita tetg diri dia sendiri.

Unknown berkata...

so far mmg xde lglah.. we all kalau bercerita.. sama2 bercerita.. maknanya dia dengar cerita sya then saya dgr pulak cerita dia.. hehehehe

LubLy berkata...

imaginasi org mcm nieh superb tinggi kak..haha!

YattAkasah berkata...

yatt takde kawan cmtu..hee..

Kayu Manis berkata...

kak pun sama..belum ada kwn mcm tu..

aizamia3 berkata...

fuh.. kalau ai ada kawan cenggini, tak lamalah jawabnya jangka hayat usia persahabatan tu.. tak tahan telinga ni dok disogok dengan cite yang emmm...

Ayu berkata...

Huhu...ragam manusia....Loving herself more than other things...agak mengjengkelkan jugak kan?huhu

Unknown berkata...

betul jugak tu!! hahahaha.. kita pulak cerita pasal diri sendiri sampai dia bosan

Taufiq Arifin a.k.a. Topimagine berkata...

maybe die rase die adalah terbaik sebab die lebih suka cerita pasal dr sndiri.. tak pon untuk medapat perhatian dr rakan2 :)

Sarah Mnasir berkata...

ada kawan mcm ni..nnti ikot kap Boni kita lak cite sal diri sdri.. hahaha

Rina Rahamat berkata...

errr..kdg-kdg sy takut sy yg masuk dlm kategori camni sbb selalu tulis blog citer psl diri sendiri jer..takmo citer psl org lain sbb takut terumpat ke ape..

Unknown berkata...

Pnh ade

die je ckp xhnti

Ce'gu JAERA berkata...

ya, selalunya orang yang macam tu orang yang berbangga dengan diri sendiri.. dia tak sedar yang si pendengar ada juga yang menyampah.. ahahaha...

tapi layan sajalah... mungkin utk kepuasannya sendiri kan.. kalau nak patahkan hujahnya, bila dia nak cerita pasal dirinya yang hebat tu, cuba kita jangan sokong... tgok reaksi dia camna,, hhehehe

Hanim Irsyad berkata...

Alhamdullilah tak de kawan cenggiitu. huhu.. doa-2kan tak de and tak dpt terus!

aReLaN berkata...

setakat ni syukur la takde member camni lagi.kalau ada la,memang nak kena luku la member tu.hahaha

Pondok Usang berkata...

sepatutnya muhasabah diri... =) Selamat Menyambut Bulan Rejab...

M Fizan berkata...

saya ada kawan macam ni. arghh, tension lar msred. rasa nak backhand je. self-satisfaction sungguh >.<

Bulan Syurga Firdausi berkata...

susah gak cam tu ek heee

HanisLazimAndTheShaklee berkata...

anis pena kenal laki mcm ni.24hr dia nk cita pasal kehebatan diri dia,sampai kita punya cita pn dia wat dgr x dgr..haishh ngorat apa mcm tu kan..reject reject.....hikhik

pena rozie berkata...

BUat pekak ajer...

Mizz ErMa berkata...

hahaha..bernas jgk tuh idea tuan belog, bia dia rasa skit ape perasaan kita taem dk layan dia dk pot pet pot pet sal dia je..hik3,

Unknown berkata...

rasanya benda macam ini dah menjadi trend org skrg.

Maksud saya sebagai contoh, setiap benda yang kita buat mesti nak update kat facebook.

Betul x?

Hidayah berkata...

Err..dunia realiti saya tak mcm tu sebab saya akan rasa dahaga kalau asyik saya je yg bercerita. Jadik mesti nk stop juga. Letih bercakap.

Tapi klu kat Alam Maya nih dikira saya ngaku salah la angkat tgn tinggi2 .. klu berblogging tu tak abih2 nak up diri sendiri..
Ekekeke...

Salina Mat Isa berkata...

ada kawan camtu masa kerja dulu,duk sblah plak tu..penat telinga nak dengar..citer pasal dia je tak pe,ni asyik2 psal dia+boyfriend dia..

Badrina Ibtisam berkata...

Kalau ada kwn cemtu kna redha jelah hehe~ :)

ainraus berkata...

penat jugak nak melayan karenah macam ni kan.
adoi.

ALL TIME FAVOURITE