April 29, 2014

AMALAN BULAN REJAB

Assalamualaikum...


Umat Islam digalakkan beribadat sebanyak mungkin dalam bulan Rejab sebagai satu latihan sebelum mereka menghadapi bulan Ramadan kerana pada bulan ini Allah SWT banyak memberikan Rahmat-Nya.
Ia adalah permulaan bulan mulia dan bagi mempertingkatkan ibadat dan ketaqwaan, terutama melipat-gandakan amal soleh seperti istighfar dan puasa sunat. Rasulullah SAW bersabda: “Kembalilah kepada tuhan kamu dengan keampunan daripada dosa-dosa kamu dan hindarilah perbuatan maksiat dalam bulan mulia, iaitu Rejab.”
.




 Diriwayatkan daripada Anas bin Malik RA, bahawasanya beliau berkata: 

 “Rasulullah SAW apabila telah masuk bulan Rejab, Baginda SAW berdoa; Ya Allah Ya Tuhan kami, limpahilah berkat kepada kami pada bulan Rejab dan Syaaban dan sampaikanlah kami (dengan selamatnya) ke bulan Ramadan. 
(Hadis Riwayat Imam Ahmad dan Ath-Thabarani) 

Malah, Abu Daud meriwayatkan bahawa Al Allamah Ibnu Hajar dalam tulisannya menyatakan Baginda SAW ‘memandubkan’ (sunat) berpuasa di bulan Haram. Berpuasa dalam bulan Rejab adalah digalakkan tetapi tidak ada satupun hadis sahih membuktikan bahawa berpuasa pada hari tertentu dalam bulan Rejab, akan mendapat ganjaran istimewa.

Ahli panel fatwa IslamOnline, Sheikh Dr Yusuf Al-Qaradawi, ketika diminta memberi fatwa mengenai adakah berpuasa di dalam bulan Rejab itu sunat atau bidaah, menyatakan bahawasanya berpuasa di dalam bulan Rejab adalah maqbul (diterima) dan mustahab (sunat), ke atas semua perkara. Tetapi Rasulullah SAW tidak berpuasa satu bulan penuh melainkan hanya pada bulan Ramadan.

Malah, walaupun Baginda SAW banyak berpuasa di dalam bulan Syaaban tetapi tidak berpuasa sepenuhnya.

Dalam hadis Riwayat Bukhari, Muslim dan Abu Daud menyatakan bahawasanya: “Baginda SAW berpuasa sehingga kami mengatakan baginda tidak berbuka, Baginda berbuka sehingga kami mengatakan baginda tidak berpuasa.” Al-Qaradawi tegas mengatakan bahawasanya disunatkan berpuasa pada bulan-bulan haram termasuklah bulan Rejab tetapi tidaklah sepenuh bulan Rejab dan Syaaban kerana ini tidak dilakukan oleh Rasulullah SAW mahupun para sahabat.



 

16 ulasan:

Unknown berkata...

Alhamdulillah... Tidak sabar bertemu dengan bulan rejab...

Unknown berkata...

Alhamdulillah... Tidak sabar bertemu dengan bulan rejab...

ayunidati berkata...

singgah sini nak tau keindahan dan amalan bulan rejab

Cekgu Norazimah berkata...

good sharing dear, marilah kita sama2 mempertingkatkan ibadah dlm bulan rejab ni ;)

Farah Waheda Wahid berkata...

bulan Rejab, banyak kelebihannya kan sis?

Cho Zila berkata...

terima kasih atas peringatan..

NrlAidaHml berkata...

Alhamdulillah..banyakk ganjaran bulan Rejab ni kan kak..semoga kita dapat berusaha mengumpul sebanyak yang mungkin pahala..Amin!

Blog Santai berkata...

Thanks Misred..saling mengingatkan..taka lama lagi nak puasakan...

Anum berkata...

terima kasih atas perkongsian

Asha Lya berkata...

jom sama2 kita berpuasa sis :)

adianiez AIDA berkata...

terima kasih atas peringatan ni. lusa 1 rejab kan? in shaa Allah. moga Allah panjang kan umur kita...

nad berkata...

tq for sharing this sis!

Sally Samsaiman berkata...

Counting.. Counting!! ;)

Bitt (double IS) berkata...

thanks for sharing

☾SHiemaCMa786☾ berkata...

salam ms red..
alhamdulillah..ini bermakna bulan ramadhan semakin menghampiri kita.. tak sabarnyaaaa

QasehnyaRania berkata...

sekejap je dh sampai rejab.ramdhan akn tiba x lama lgi.smga berkesempatan

ALL TIME FAVOURITE