Assalamualaikum....
Rasulullah SAW dalam sabda bermaksud:
“Sesungguhnya yang paling aku takut menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: “Apakah syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak.” (Hadis riwayat Imam Ahmad)
Baginda SAW bersabda yang bermaksud:
“Mahukah kalian aku beritahu sesuatu yang lebih aku takutkan daripada Dajal? Kami katakan: Tentu. Baginda bersabda: Riak, syirik yang tersembunyi iaitu apabila seseorang mengerjakan solat lalu dia menyempurnakan solatnya apabila mengetahui seseorang memandangnya.” (Hadis Riwayat Ibnu Majah)
Riak ialah menampakan ibadah dengan niat mendapat perhatian atau
pujian manusia. Menampakkan amal soleh agar dilihat oleh manusia lain
agar dirinya mendapatkan pujian, kedudukan atau penghargaan atau
keuntungan duniawi. Melakukan ibadah tetapi tidak ikhlas, bukan kerana
Allah.
Ulama ada mengenal pasti tanda-tanda atau panduan untuk menilai kemungkinan terjadi riak.
1. Rajin beramal jika mendapat pujian atau sanjungan dan malas atau berkurang amal jika mendapat celaan dan kecaman.
2. Rajin beramal apabila bersama-sama dengan orang lain dan malas atau tidak beramal bila bersendirian.
3. Menjauhi larangan Allah jika bersama orang lain dan melanggar larangan-larangan-Nya jika ia sedang sendiri dan jauh dari penglihatan manusia.
Ibadah orang yang riak akan ditolak serta tiada nilai disisi Allah.
Firman Allah:
“Maka celakalah bagi orang-orang yang solat,(iaitu) orang-orang yang lalai dari solatnya. Mereka yang mengerjakan kebaikan dengan riak.” ( Al Ma’un: 4-6)
35 ulasan:
Nauzubillahiminzalik..
aemoga kita sentiasa merendah diri dan bersederhana dalam segala hal.
good sharing..
good sharing
Semoga kita semua dijauhi sifat sebegitu.. =D
good sharing dear ;)
Riak mmg bahaya..good sharing :)
Ya Allah... sesungguhnya kita sering alpa.. :'(
terima kasih atas peringatan ini..
riak dalam kesamaran tu yang bahaya...
Harap dijauhkan dari sifat itu...
minta dijauhkan dari sifat riak, good sharing dear ;)
sia sia amalan kalau ada sifat riak ni kan
Bila bersama dengan rakan-rakan pensyarah, perkara inilah ramai yang takut, lebih2 lagi kalau ada dapat geran projek ...
Takut apa yang diajar tu tak berkat disebabkan riak. Riak bila projek dapat gold medal, dapat pengiktirafan, bila dapat jadi lecturer terbaik dan sebagainya.
riak? yes sesuatu yg tersembunyi sometimes kita tak perasan. kita ingatkan biasa2 je but hakikatnya akan timbul riak.
moga Allah perbaiki hati kita semua kan... jgn riak!
moga kita semua tidak tergolong dlm golongan ni..
moga kita semua tidak tergolong dlm golongan ni..
Hindarilah sifat riak ini..kerana sifat ini dikeji dan terkutuk...ikhlas dari www.tepakku.com
salam Ms.Red..
Allahu..kdg2 terasa diri ada perasaan riak ni..
terima kasih atas perkongsian.
Mudah2an kita dijauhi dari sifat riak ni..
Assalamualaikum kak, nice sharing. semoga dijauhkan sifat mazmumah ini. in shaa Allah..
riak ni banyak kategori termasuklah ibadah ... semoga kita tak riak dlm apa juga yg kita lakukan dan miliki .
terima kasih kak kerana mengingatkan.. semoga kita semua dijauhkan dr sifat riak dan yg sewaktu dgnnya tu.. huhu
semoga dijauhkn dari riak..amin...
riak mmg bahaya, sebab kadang2 kita x sedar.. kita igt kita dah buat kebaikan, kita igt Allah dah terima.. tapi kadang2 kita tak tahu, kita buat sesuatu tu sebenarnya sebab harapkan pujian orang, dah jatuh riak, boleh mengakibatkan syirik kecil.. nauzubillah..
memang sangat bahaya ni... mintak2 la kita semua ni dijauhkan..
bab sedekah pun sama.
tak perlu riak dengan sedekah yang diberi.
sedekah ngan ikhlas ganjaran lebih besar :)
Betul tu. Semoga dijauhkan darpd sifat itu.
Tq for the Info
kadang2 kita sendiri tak perasan apa yg kita buat tu sebenanrnya menimbulkan riak kan.. moga2 dijauhkan dari sifat x elok ni
moga kita dijauhkan dr sifat mcm tu... nauzubillah..
Minta dijauhkan sifat riak ni dalam diri. Kadang-kadang tu kita tak perasan percakapan mahupun perbuatan kita terarah kepada bersikap riak. Itulah yang paling ditakuti.
Jauhilah kita daripada sifat2 riak
Subhanallah jaukanlah sha dr sifat cmni..
Nauzubillah
smga dijauhkan dri sifat begini
Catat Ulasan