Assalamualaikum...
Dari
Anas bin Malik , ia berkata : Rasulullah SAW bersabda “ Hendaklah
kalian bersedekah, kerana sesungguhnya sedekah itu merupakan tirai
penyelamat kalian dari api neraka .”
( HR Baihaqi )
Dari
Amr bin Auf, ia berkata : Rasulullah SAW bersabda “ Sesungguhnya
sedekah seorang Muslim itu akan memanjang umurnya; dan mencegah dirinya
dari kematian yang buruk; serta Allah jadikan dia sebagai penghapus
dosa, kesombongan dan keangkuhan .”
( HR Thabrani )
Dari
Abu Hurairah : Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda “ Tidaklah harta
menjadi berkurang kerana sedekah, dan tidaklah seseorang yang memberi
maaf kepada orang lain, melainkan Allah akan menambah kehormatan kepada
dirinya; dan seseorang tiada bersikap merendah diri kerana Allah ,
melainkan ia akan diangkat darjatnya oleh Allah .”
( HR Muslim dan Tirmidzi )
Dari
Salman bin Amir dari Nabi SAW sabdanya : “ Bersedekah kepada seorang
miskin pahalanya satu ; dan kepada orang-orang yang ada hubungan kerabat
pahalanya dua , iaitu pahala sedekah dan pahala kekerabatan .”
( HR Nasa’i dan Tirmidzi, disahkan oleh Tirmidzi dan dihasankan oleh Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hiban dan Hakim )
13 ulasan:
singgah pagi n salam jumaat
bersedekah itu banyak pahalanya tetapi dengan syarat kenalah bersedekah dengan hati yang penuh ikhlas dan juga dari sumber yang halal. ye tak???
good sharing..
Salam Jumaat..
Nice sharing kak..
suka quote yang bawah tu..
tangan yang di atas lebih baik dari tangan yang di bawah..
nice entry :) jangan kedekut nak bersedekah.
Tangan bersedekah, mulut tak boleh riuh :)
Suka ke mari bila Msred selalu memberi ingatan, saling ingat- mengingati tentang perkara yang baik-baik ni.
salam ms red..
Alhamdulillah..
terima kasih atas perkongsian..
apa yg kita sedekahkan itulah sebenarnya yg menjadi harta kita di.sana. kelak kan.. :)
bersedekahlah, jangan kedekut..
in shaa Allah...
good sharing ;)
peringatan yang bagus sesama manusia :)
Catat Ulasan