April 15, 2014

TAK NAK PAKAI KASUT

Assalamualaikum.....

Walaupun badan tak berapa nak larat bangun [sebenarnya mood yang tak nak bangun] tetap bangun. Semalam dah cuti, cheerry berry. Saya dan Iffan dua-dua sakit perut. Lepas breakfast cekodok, hantar iffan sekolah agama, then hantar Ian. 


Lately ni, Ian Syamie beria nak pakai selipar saja pergi kindy. Tak nak pakai kasut sekolah. Ingatkan dia saja saja malas nak pakai kasut. Yelah, pakai sekejap je. Bila sampai kindy buka kasut letak kat luar kelas je. Then pakai waktu balik sekejap. 


Pagi tadi pun dia buat perangai tak nak pakai kasut. Saya tanya kenapa? Ian cakap...

"Kalau pakai kasut lambat, kalau pakai selipar cepat. Ian nak kejar buaian." Katanya....

Bertuah punya budak.

Ingatkan kenapalah dia malas pakai kasut, nak berebut buaian rupanya. Waktu balik memang sengaja jemput Ian lambat sikit sebab nak bagi dia main kat playground kat kindy dia dulu. Ian sampai pesan, jangan jemput dia cepat sangat, nak main dulu.

Lepas tu saya tanyalah. "Kalau pakai selipar dapat tak main buaian?"

Dengan muka sedih Ian jawab, tak. Hahaaaa... Tau dah. Ian Syamie tu pemalu, tak pandai berebut. Macam saya.

   
kalau jumpa swing yang macam ni, memang tak akan naik...

39 ulasan:

Anum berkata...

good moning
take care
anum dah pm kat page

Syira Lokman berkata...

selalu cm tu kann..kalau ade org..ta main

Farah Waheda Wahid berkata...

la nak kejar buaian rupanya... hik hik hik...

MsBabble berkata...

bijaknya dia.. bagus jugak cara dia tu utk elakkan berebut dgn org lain

Myalycia berkata...

hehe.. comey jawapan dia..

haah la, buaian tu mcm takut jer..

Areyna berkata...

hhehhehe.. mcm ina dulu kak... ina suka berebut buaian time tadika dulu... smpai gi tadika ina la org pertama.... ^_^

syawalsimpsons berkata...

cumil la si hensem ni tau

Sue Izza berkata...

olooo siannya tak dapat buaian ye,pemalu sgt tu..heheheh

Asha Lya berkata...

hehehe pintarnya ian..semata2 nak main buai ya tak mau pakai kasut

Nurul berkata...

Ala, ciannya x dapat main buai... pemalu anak akak ni cam anak2 nrl lah tu... x pandai berebut cam orang lain... diorang boleh tengok je orang main... tapi anak bujang sorang tu lain plak... main belasah je...
ps - kalau ada swing cam kat atas tu, nrl pun x berani naik...

Tanpa Nama berkata...

Menakutkan je swing dlm gambar yg terakhir tu ;D hee

Tanpa Nama berkata...

seronok main kt kindy ngn kawan kawan la tu

Azlia Bashir berkata...

Samalah dengan anak saya..memang tak nak pakai kasut pergi kindy..

Iela Fazielah berkata...

pandai ian....dia nak cepat... dia dah fikirkan cara tu..hihi

Sue Bee berkata...

MRC,mmg sebijik cam perangai anak SB.gi sekolah kemain smart dengan kasut, bila sampai je muka pintu kelas, siap dengan stokin ditanggalnya..adoii..balik sekolah,SB bawa spare selipar dalam kereta,.sbb dia tak nak guna kasut dah..hari2 mcm ni,tau..hihiii..sabar je laa

Unknown berkata...

haha comel je ian..
sanggup pakai selipar gara2 nak main buaian.. hihi..

Wafi Remli berkata...

Wah, bestnya swing macam tu!

Blog Santai berkata...

Comel aje..nak naik buaian punya pasal ya..

maszull berkata...

assalamualaikum msred...nak cepat naik buai rupa2nya patutlah x nak pakai kasut ...:)

Lya Akif Imtiyaz berkata...

Hehehe kerenah anak2 ni mcm2 kan ??
kadang2 kita sbg mak ni blh naikponingg jugakk kan ??

Mummydearie berkata...

Takutlah Msred kalau buaian macam gambar terakhir tu. Mahu silap swing terus jatuh entah ke gaung mana :)

Pemalu juga ya si bujang ni. Kalau dah pemalu memang susah sikitlah nak dapat buai tu. Sama aje macam anak sulung saya. Kat rumah aje hyper, in public terus jadi sopan santun, tak keluar suara pun!

Cik Puan berkata...

laaaa...nak cepat sampai ke buaian rupa nya..lepas ne kene suruh cekgu buatkan buaian banyak2..so takde lah budak2 berebut...

Unknown berkata...

alamak siannye x dapat naik buai..

FarahFerraDotCom berkata...

nak main buaian punya pasal sanggup tak nak pakai kasut yer Ian..hehehe..lepas nie mtk ibu belikan buaian satu letak kat rumah tau.. =D

Izwa Kamaruddin berkata...

haih...seram ok buaian tuh...

babYpose berkata...

gerunnya swing macam tu, pandainya ian jawab, sebab kejap sangat pakai kasut kan. sian pulak tak dapat main..

sudipVSsenduk berkata...

Alahai.. sian dia tak dapat main..

Siti Hajar berkata...

Heee. buaian punya pasal. Tadi baru je naik buaian jugak :)

Unknown berkata...

esok mana tahu rezeki ian dapat main buai. hehehe

sHaRiNa eLyaNa berkata...

klau swing cmtu comfirm sha xnak naik..gayat oo hihih

Aisyah Az berkata...

hamboii sampai macam tu yer.. keke.. miss my childhood life

Cekgu Norazimah berkata...

hahaha...mmg comey jer alasanya ;)

Ezna Khalili berkata...

oh oh oh gayatnya swing tu...agak2 kukuh ke tali? hihi

Ibu Lala berkata...

Ha ha ha. Mcm mcm alasan budak budak ni kan.

nad berkata...

bijak jugak ian ni
sbb dia pandai pk penyelesaian

☾SHiemaCMa786☾ berkata...

salam ms red..

hehe..nk men buaian rupenye..
alahai..pemalu heroes akak ni..


err..kalo cma nk test je nek buaian tu.. tinggi!

Ainim Rashihah berkata...

kesian ian ya...nak main buaian rupanya

Wafi Remli berkata...

Cantik gak gambar yang first tu

QasehnyaRania berkata...

sabaq je la.nk main buai rupanya.
mcm best pic last tu.hihi.takut terbuai ke mana je nti

ALL TIME FAVOURITE