Julai 24, 2014

BERPERANG SETIAP HARI



Lawan nafsu tak mudah.

posted from Bloggeroid

KENAPA MATA TERPEJAM-PEJAM

Assalamualaikum......

Alhamdulillah selesai sahur. Makan simple nasi dengan telur kicap. Iffan request. Eloklah tu. Saya pun dah malas masak. Tengah makan tadi mata pun terpejam-pejam mengantuk. Susah nak bangun qiyam sebab siang kerja tak dapat nak tidur langsung. Malam tidur lambat. Masa tidur kurang maka eye bag semakin ketara. Sekali tengok tak perasan ni mata panda ke hape ni?

Hari ini plan nak berbuka rumah mak sekali dengan my sisters. InsyaAllah. Seronoklah berbuka ramai. Meriah sikit. Boyfriends saya mesti suka sebab cuz dorang datang.

Tetiba hari ini mengidam nak makan ni. Request mak masak pancake ok tak?


-we heart it-

Julai 23, 2014

MENYEMAI CINTA DIBULAN RAMADHAN

Assalamualaikum....


KEMERIAHAN YANG SEMAKIN BERKURANGAN

Assalamualaikum.....




Ada yang dah start cuti raya ke? Ada yang dah balik kampung ke? Jalan lengang je tadi. Seronoklah kalau dah start cuti. Zakat dah bayar? Hheee....

Tengok tadi langit mendung saja. Redup saja. Hujan pagi tadi tapi sekejap saja. Salah satu tanda malam lailatul qadar, bila paginya redup saja sampai tengahari. Wallahualam....

Entah kenapa saya punya feel raya kuranglah tahun ini. Sejak beberapa tahun ni, feel nak raya, eksaitednya semakin berkurangan. Apakah ini tanda-tanda penuaan? Kalau eksaited pun 1st Syawal je lah. Lepas tu dah rasa macam hari biasa je. 

Atau sebab saya tak balik kampung beraya maka feel raya tu kurang? Kampung saya dah tak ada sedara. Yang tinggal mak sedara je sorang. Itu pun dia selalu beraya di rumah anak dia di KL. So saya memang dah lama tak merasa balik kampung beraya. Kalau nasib baik, mak sedara saya tu tak beraya di KL, merasalah saya balik kampung. Balik hari saja, tak overnight di kampung. 

Kampung husband lagilah. Dekat saja, 10 minit dari rumah saya. Hahaa..... Rumah MIL kat Shah Alam juga, dekat je dengan rumah. Orang lain balik kampung 2-3 jam baru sampai, saya balik kampung 10 minit dah sampai. Feel lah sangat.

Satu benda saya suka raya, saya dapat makan sedap-sedap. Paling saya tunggu.... Makanan istimewa raya saya dari someone special. Apakah?

Julai 22, 2014

KEHEBATAN MALAM LAILATUL QADAR

Assalamualaikum...


Kehebatan Malam Al-Qadr 

Dalam tulisan ringkas ini, cuba sama-sama kita hayati beberapa keistimewaan Laylatul Qadar seperti berikut :-

1) Malam berkat yang di turunkan padanya Al-Quran (secara sepenuhnya dari Lawh Mahfuz ke Baytil Izzah di langit dunia sebelum diturunkan kepada Nabi SAW secara berperingkat) ; 

Justeru ia disifatkan sebagai malam penuh berkat dalam ayat 3 surah ad-Dukhaan. Pandangan ini adalah sohih dari Ibn Abbas, Qatadah, Sai'd Ibn Jubayr, ‘Ikrimah, Mujahid dan ramai lagi.  (Tafsir Al-Baidawi, 5/157 ; Al-Jami Li Ahkam Al-Quran, Al-Qurtubi, 16/126 ) 


2) Di tuliskan pada malam tersebut "qadar" atau ketetapan bagi hidup, mati, gembira, rezeki, sihat, sakit dan apa jua berkaitan qadar manusia dan destinasi mereka pada tahun itu.
Ini diambil dari firman Allah s.w.t :-

فِيهَا يُفْرَقُ كُلُّ أَمْرٍ حَكِيمٍ أَمْرًا مِّنْ عِندِنَا إِنَّا كُنَّا مُرْسِلِينَ 

Ertinya : Pada malam itu dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah, urusan yang besar dari sisi Kami. Sesungguhnya Kami adalah Yang mengutus rasul-rasul ( Ad-Dukhan : 4-5)  

Imam At-Tabari menyebut bahawa pada malam itu, diputuskan hal ajalnya seseorang,  rezekinya, kejadiannya. Malah di malam tersebut juga, ditentukan siapa yang berkahwin dengan siapa, nama siapa yang termasuk dalam senarai kematian pada tahun berikutnya, apakah musibah yang akan menimpa dan lain-lain. Ia juga yang dihuraikan oleh Imam Qatadah, Mujahid dan Al-Hassan(Tafsir At-Tabari, 25/108 )



TOLONG SIGN OK

Assalamualaikum.....

Mood kerja semakin kurang ni. You alls yang balik kampung minggu ini mesti lagi takde mood nak buat kerja kan? Walaupun tak ada mood, kena siapkan kerja untuk minggu ini dan minggu depan. Bila kerja dah siap, barulah seronok nak cuti lama.

Tapi takdelah lama sangat. Seminggu. Start Sabtu ini sampai next next Sunday. Nak main dengan dengan boyfriend-boyfriend saya kat rumah. Bukan senang nak dapat cuti lelama ni kan.

Saya dah isi surat cuti dari minggu ke dua Ramadhan lagi.


Cuba teka sign sape ni?

Tapi sampai sekarang bos tak sign lagi surat cuti raya. Tak kira. Saya nak cuti juga seminggu, minggu depan. Bos sign ke tak ke saya tetap nak cuti. Boyfriends saya cuti seminggu saya pun kenalah cuti seminggu kan. Bos kan?

Bos sign ok?

MINGGU TERAKHIR RAMADHAN SAYA UNTUK TAHUN INI

Assalamualaikum......

tetiba ngidam lagak orang pregnen...



Minggu terakhir Ramadhan sudah. Tidur malam semakin kurang sebab berusaha mencari malam Lailatul Kadar. Walaupun usaha tak sehebat mana, tapi badan tetap jadi lesu. Siang langsung tak dapat rehat. Badan semakin berat, mata panda semakin ketara. Kemalasan melampau dah. Nak masak pun malas. Astaghfirullah. Berhenti bersungut!!

You alls semangat raya dah mari ke belum? Saya belum lagi. Hati harap Ramadhan berpanjangan bila mengenangkan segala kebaikan Ramadhan. Tapi badan dan mengaku kalah dengan hasutan nafsu lagi. Nak pergi shopping raya pun malas. Tak nak pergi. Malas!!! 

Sebelum letak titik noktah, nak bagitau. Saya seperti biasa tak balik kampung raya tahun ini. Macam tak rasa raya pulak.

Julai 21, 2014

NUFFNANG CPUV CAMPAIGN

Assalamualaikum....

Alhamdulillah rezeki lagi. Walaupun dah berapa hari tak update blog, Nuffnang masih sudi bagi CPUV Campaign lagi. Kepenatan bila dah masuk last-last Ramadhan ni. Kemengantukan.

Thansk Nuffnang for this opportunity lagi. Really appreciate it. Rezeki Syawal?




Ada something free form Mayfair Bodyline untuk kita. Thank you to Mayfair Bodyline too for this campaign. I love you guys, HUGS!!


Julai 16, 2014

WORDLESS WEDNESDAY

Assalamualaikum...


GAMBAR RAYA TAHUN LEPAS


Assalamualaikum....

 Agaknya, ramai yang shopping semalam. Boleh dibayangkan sesaknya. Saya alergic dengan crowd ni. Tak suka shopping time ramai orang. Pengsan.


we heart it



Semalam, di rumah saja. Hati ingat nak bawa boyfriends buka luar tapi kemalasan nak keluar dan bersesak tu mematikan angan-angan. Ramadhan kali ini setakat hari ini belum dapat pergi buka luar. Kalau tak kat rumah, buka kat masjid negeri.

Ini gambar raya tahun lepas. Tiga orang boyfriends kesayangan. Gambar ni letakkan kat soft board office. Lepas raya nanti boleh tukar gambar baru.

 

Siapa nak jadi menantu saya kena rajin solat dan ngaji serta rajin dan pandai masak. Tetiba terpromote anak pulak.

Julai 14, 2014

SI DIA TAK PUASA PULAK



Assalamualaikum....


we heart it



Serius sedap nampak waffle ni. Sorry you alls. Saya kalau bulan puasa memang ada habit suka tengok gambar makanan.

Nak cerita pasal boyfriend saya no 2 ni. Iffan Daniel. Dahlah pagi tadi tak nak bangun sahur. Tak nak puasa katanya. Penat. Kesian memang kesian, tapi geram tetap geram juga. Tak apalah. Saya biarkan Iffan tak sahur.

Tapi pagi tadi lepas Iffan breakfasr sebelum hanyar Iffan ke sekolah, saya dengan muka serius garang tanya dia, Iffan suka ke tak puasa? Ingat nak ceramah kat dia, tapi bila tengok muka kesian dia, terus tak jadi. Saya cuma cakap, nanti ganti balik puasa. Tetap dengan suara yang serius. Macam ni lah muka dia bila saya suruh dia ganti puasa.




 
Iffan dah 3 hari ponteng puasa.




Julai 11, 2014

SHOPPING

Assalamualaikum....

credit: we heart it





Ramai kan yang belum shopping raya. Mood belum datang katanya. Awal lagi, belum habis 2 minggu pun Ramadhan. My friends cakap, tunggu lagu raya rancak kat radio baru pelan-pelan mood raya tu datang katanya. Barulah shok shopping raya. Mungkinlah.

Saya awal-awal dah siapkan baju raya anak-anak. First week Ramadhan lagi. Badan masih kuat lagi nak bershopping dengan 3 orang boyfriends yang memenatkan. Orang pun tak ramai lagi time tu. Tak perlu bersesak. Kalau tunggu last minit nanti saya malas nak keluar sebab tenaga dah berkurangan.

Lagipun target nak qiyam 10 malam terakhir nanti. Kalau time tu baru sibuk nak bershopping takut badan tak larat. Dah tua-tua ni tenaga dah tak sama macam muda-muda dulu.

Baju anak-anak dah siap. Baju saya? Kalau rajin beli online kot sebab malas nak keluar. Kalau tak rajin recycle je baju raya yang lepas. 

DIA DENGAR RINTIHAN HATI

Assalamualaikum.....

When My servants ask thee concerning Me, I am indeed close (to them): I listen to the prayer of every suppliant WHEN he calleth on Me: Let them also, with a will, Listen to My call, and believe in Me: That they may walk in the right way.

-Quran 2:186

Banyakkan berdoa di hari Jumaat ini. Antara waktu makbul adalah sewaktu khutbah Jumaat nanti.

posted from Bloggeroid

Julai 10, 2014

PROJEK DITOLAK



Assalamualaikum.....

Iffan sekarang suka explore benda kat luar rumah. Dulu masa dia kecik mama dia selalu kurung dia dalam rumah tak boleh main kat luar rumah. Overprotecting mom. Nak buat macamana. Cuma baru-baru ni je Iffan dah boleh main kat luar rumah. Dia dah besar, sampai bila pulak nak kurung dia. Walaupun hati mama dia takut-takut juga, tapi tetap bagi dia main kat luar. Kejap-kejap intai dia kat tingkap.
 




Baru-baru ni Iffan tanya saya, mama, beluncas makan apa? Ingat dia saja tanya rupanya dia tngkap beluncas letak dalam bekas siap dengan daun lagi. Dia cakap dia nak tengok beluncas tu bertukar jadi rama-rama.

At first saya pun excited dengan projek Iffan ni. Tapi bila terfirkir, boleh ke kita kurung binatang yang naturenya lepas bebas? Saya rasa unconfortable. Last-last saya cakap dengan Iffan, kita lepaskan je lah dia Iffan. Tak baik kita kurung binatang. Kesian dia. Allah tak suka kita aniaya binatang kan.






Reluctantly, Iffan agree. Dia lepaskan beluncas cute tu. Tak dapatlah teruskan projek nak tengok beluncas jadi rama-rama dengan Iffan. Saya cakap kita tengok kat youtube je lah. Dapat ambil gambar beluncas je.

ALL TIME FAVOURITE