Julai 11, 2014

SHOPPING

Assalamualaikum....

credit: we heart it





Ramai kan yang belum shopping raya. Mood belum datang katanya. Awal lagi, belum habis 2 minggu pun Ramadhan. My friends cakap, tunggu lagu raya rancak kat radio baru pelan-pelan mood raya tu datang katanya. Barulah shok shopping raya. Mungkinlah.

Saya awal-awal dah siapkan baju raya anak-anak. First week Ramadhan lagi. Badan masih kuat lagi nak bershopping dengan 3 orang boyfriends yang memenatkan. Orang pun tak ramai lagi time tu. Tak perlu bersesak. Kalau tunggu last minit nanti saya malas nak keluar sebab tenaga dah berkurangan.

Lagipun target nak qiyam 10 malam terakhir nanti. Kalau time tu baru sibuk nak bershopping takut badan tak larat. Dah tua-tua ni tenaga dah tak sama macam muda-muda dulu.

Baju anak-anak dah siap. Baju saya? Kalau rajin beli online kot sebab malas nak keluar. Kalau tak rajin recycle je baju raya yang lepas. 

25 ulasan:

Farah Waheda Wahid berkata...

untuk ash almost complete, just small2 items dan kalau nak tambah2 lagi ke nanti...he he he... tinggal untuk Mummy dia jer lagi ni... hik hik hik...

Unknown berkata...

syokkkknya shopping...

Mar Mansor berkata...

shopping memang best..tp biasanya window shopping jela

Asha Lya berkata...

Lya ujung minggu ni baru nak gi shoping

Mummydearie berkata...

Raya ni untuk anak-anak je. Kita ni dah tua-tua, recycle pun boleh sesaja. Kalau budak-budak tu kena recycle pakai balik apa yang ada, kesian juga. Ikut apa kemampuan jugalahkan, Msred. Terfikir sejenak tentang nasib anak-anak Palestine. Bukan setakat raya, berbuka pun belum tentu apa adanya. Esok pun belum tentu untung nasibnya :(

Nour Adieb berkata...

lom shopping raya g, hee

cik fadh berkata...

fadh pown mood raya blom dtg..huwarghhhh

Cik Asma BLuppy berkata...

aah kan. better shoping awal2. sy ni pemalas sikit nak bersesak time dekat2 raya tu. hehe

Izwa Kamaruddin berkata...

kami guna baju thn lepas

nad berkata...

uiyooo
akak soping prada, chanel..
hebat akak :)

syawalsimpsons berkata...

banyak shopping ni..best3

Mime MF berkata...

sy pun belum shopping lg baju raya..ingat nak g cari weekend ni..hehe

Anum berkata...

bestnya shopping

Fiza Aizzawa berkata...

wah.. shopping sakan kak.. Fiza tak mula ape2 lagi.. mmg elok shopping baju anak awal2.. last2 minit nnt kelam kabut pula..

aizamia3 berkata...

Awal2 lagi dah shooping untuk tempah baju.. bulan puasa ni tak fikir selain berpuasa je.. mood raya tunggu malam raya..

Blog Santai berkata...

Bestnya shopping..kita belum lagi..yang real punyalah..yang selalu tu dah..he..he

Rinna berkata...

Wahh byknyaa shopping.. seronok kan.. dpt beli baju raya..heheh

Inani Hazwani berkata...

awal awal lagi dah pi tempah baju, kalau lambat nanti tailor tak nak terima doh

Sis Vee berkata...

belum shopping lagi ...

ejulz berkata...

semoga dipermudahkan qiyam..\\

Jemput Join Jika belum join.. "Segar bersama Fresh Care dan Safe Care Giveaway by EJulz"

Azlia Bashir berkata...

Bestnya shopping..

NrlAidaHml berkata...

Aida pon baru je lepas shopping baju anak-anak..baju sendiri beli online je..taklah penat sangat..keluar shopping sekali je..huhuh

Ayu berkata...

samala..mmg tak larat bersesak2 nngan org..huhu...

ayuzan berkata...

ayu apa pun xsoping lg..tunggu sihat sikit.

adianiez AIDA berkata...

weekend ni baru nak amik baju kat tailor. baju melayu ijat baru nak beli weekend ni juga :-)
hopefully ada la size utk ijat...

ALL TIME FAVOURITE