Julai 23, 2014

KEMERIAHAN YANG SEMAKIN BERKURANGAN

Assalamualaikum.....




Ada yang dah start cuti raya ke? Ada yang dah balik kampung ke? Jalan lengang je tadi. Seronoklah kalau dah start cuti. Zakat dah bayar? Hheee....

Tengok tadi langit mendung saja. Redup saja. Hujan pagi tadi tapi sekejap saja. Salah satu tanda malam lailatul qadar, bila paginya redup saja sampai tengahari. Wallahualam....

Entah kenapa saya punya feel raya kuranglah tahun ini. Sejak beberapa tahun ni, feel nak raya, eksaitednya semakin berkurangan. Apakah ini tanda-tanda penuaan? Kalau eksaited pun 1st Syawal je lah. Lepas tu dah rasa macam hari biasa je. 

Atau sebab saya tak balik kampung beraya maka feel raya tu kurang? Kampung saya dah tak ada sedara. Yang tinggal mak sedara je sorang. Itu pun dia selalu beraya di rumah anak dia di KL. So saya memang dah lama tak merasa balik kampung beraya. Kalau nasib baik, mak sedara saya tu tak beraya di KL, merasalah saya balik kampung. Balik hari saja, tak overnight di kampung. 

Kampung husband lagilah. Dekat saja, 10 minit dari rumah saya. Hahaa..... Rumah MIL kat Shah Alam juga, dekat je dengan rumah. Orang lain balik kampung 2-3 jam baru sampai, saya balik kampung 10 minit dah sampai. Feel lah sangat.

Satu benda saya suka raya, saya dapat makan sedap-sedap. Paling saya tunggu.... Makanan istimewa raya saya dari someone special. Apakah?

6 ulasan:

Asha Lya berkata...

Kat cne smlm pun hujan lbt..bestnya kg sis dekat je klau kg suami lya 9jam meredah jln baru sampai

Anum berkata...

anum pun suka makan bila raya macam2 makanan kan

Cik Asma BLuppy berkata...

aah kan. semalam rasa sejuk & dingin je.

Linda berkata...

wahh...apakah makanan special tu yek..terliur pulak hehe..linda pun xde semangat nak raya tahun ni, lagi2lah bila mengenangkan palestine dan tragedi MH17 dan MH370...

aizamia3 berkata...

Bila raya macam2 yang dihidangkan..
Ni confirm naik balik berat badan.. hahaha..

Mime MF berkata...

sy pulak tak sabar nak beraya..excited kemain..:p

ALL TIME FAVOURITE