Kalau putus cinta. Apa nak buat kalau putus cinta? Macamana nak hilangkan rasa kecewa putus cinta? Ada cara standard ke? Teori dan tips banyak, berjaya atau tak belum tentu. Ada orang guna tips ni berjaya ada yang tak. Ada yang berjaya cepat ada yang bertahun tahun dan ada yang tak pernah recover. Yang paling kesian bila tak boleh nak recover, stress dan murung mula menguasai diri, buat keputusan mudah tarik nyawa sendiri. Cuba tanya ustaz apa hukum orang tarik nyawa 7sendiri dan apa akan jadi pada dia di alam barzakh nanti. Kesian.
Antara nasihat yang biasa kita dengar bila putus cinta ialah, banyak bersabar. Think positive. Cari je pengganti yang lagi best. Lupakan je dia, dia pun bukan nya hebat sangat kau tak rugi pun dia yang rugi. Pergi bercuti tenangkan fikiran. Kalau tak pun, si pendengar keluhan kita tu cakap, susah sangat kau bercinta jelah dengan aku. Aku baik.
Akak suka satu cara je. Nak kekuatan menghadapi ujian putus cinta? Minta lah dengan Allah. Nak jalan keluar dari kesedihan putus cinta, mintalah dengan Allah. Nak pengganti yang lebih baik, minta dengan Allah. Kalau tak tahu doa untuk orang putus cinta minta dengan Ustaz. Senjata orang Islam doa. So, doa banyak banyak. Boleh je kalau nak ikut apa apa pun nasihat kawan kawan selagi tak melanggar hukum agama, tapi in the end kebahagiaan tu datang dari Allah. Tunduklah mintalah dengan Allah InsyaAllah diperkenankan.
Cuba kalau mula bercinta tu dah betulkan niat. Bercinta kerana Allah. Cari pasangan yang niatnya pun sama bercinta kerana Allah. InsyaAllah semua adab terjaga, susah sikit nak putus cinta.
4 ulasan:
singgah selasa
Cinta dah nak putus. Nak buat macam mna lagi.
dah lama x singgah sini..
saya x pernah bercinta so, x pernah putus cinta.. senang.. hehehe
x nk sakit, jangan bercinta.. eh.. hahaha
Catat Ulasan