Disember 01, 2017

SALAM MAULIDUL RASUL DAN MEMPERKENALKAN PUTERI COMEL

Assalamualaikum,

Salam Maulidul Rasul untuk semua sahabat. Semuga kita dapat jadikan sunnah Baginda Rasulullah cara hidup kita, insyaAllah.



Bulan April 17 haritu, akak nak share yang keluarga kecil akak ni dah bertambah dengan kehadiran seorang Puteri yang serious comel, sopan, baik hati semua lah yang baik-baik. Alhamdulillah setelah 7 tahun boyfriend akak yang 'bongsu' tu jadi anak last, tetiba dapat adik.


Lahir 19.4.2017 dan diberi nama Nur Naznin Najiha. Dia ada nick name yang ada kisah disebalik nick name dia. Nanti share ceritanya dalam next entry, insyaAllah.




Dalam video ni, abang Naznin Najiha si Ian Syamie tengah melayan adik dia berborak. Bayangkan Naznin Najiha waktu ni baru 2 hari dah pandai ajak abang dia borak.



Gambar hari kedua jugak. Baru balik dari hospital. Cute kan? Tehehee...



Gambar hari kedua, kat hospital. Tengah prepare nak balik. Abang-abang kat rumah sibuk tanya bila adik nak balik. 


Alhamdulillah dengan rezeki yang tak disangka ni. Semuga Nur Naznin Najiha membesar jadi hamba Allah yang taat dan dapat berbakti untuk Islam, dianugerahkan ilmu bermanfaat untuk dunia akhirat dan sentiasa bahagia.

Jemput like @myadeek IG kat sebelah kanan atas tu. Terima kasih. 



Tiada ulasan:

ALL TIME FAVOURITE