Januari 29, 2018

JANGANLAH BUAT MACAM TU

Assalamualaikum,


Monday again. Jangan ada yang mengeluh pulak Monday. Kan best masuk office or attend class balik lepas enjoy dua hari weekend haritu. Jumpa office mate, classmate, boss, cikgu. Rindu kat boss kan? Siapa pernah mimpi bos? Msred pernah. Sampai termimpi-mimpi boss rindu sangatlah tu. Kakakaaa... Kalaulah boss Msred tau Msred mimpi dia. 




Last week memang tiring. Sampai nak makan pun tak selera. Makan 2 pinggang je nasi. Rasa nak tidur 2 hari. Tapi bila fikir sahabat-sahabat Nabi SAW tidur sejam dua jam je sari, bertabahlah.




Cik Nen, princess Msred ni ha, nak cerita. Sukalah sangat memasukkan benda dalam mulut dia. Memang normal bayi suka masukkan benda dalam mulut dia. Cuma yang buat Msred risau, dia ni tak pilih langsung benda yang dia nak masukkan dalam mulut dia. Apa saja benda yang tercapai, tak payah nak tengok-tengok nak pilih-pilih dia terus masukkan dalam mulut. Ada baby yang dia pilih benda yang dia masukkan. Bukan semua benda dia masukkan dalam mulut. Cik Nen ni semua. Capai je terus masuk. Dapat je kat tangan dia terus masuk. Rasa macam nak paksa pakaikan dia niqab je or face mask tu tutup mulut dia. Masalahnya dia tak nak. Tak kan nak seletep je mulut dia. Penderaan. Kalaulah boleh mengadap dia je 24 jam ok lah. 

Dah sapu dah rumah tapi biasalah mesti ada yang tinggal dan tak dapatlah nak bersih sentiasa. Baby pulak selalu je nampak benda yang kita tak nampak.

So, meh tolong bagi idea apa yang Msred boleh buat untuk menjaga Cik Nen supaya dia tak dapat langsung masukkan benda dalam mulut dia dan kalau boleh berhentikan terus habit dia tu. Kesian dia kalau masuk benda-benda yang kotor dalam mulut dia.

Terima kasih in advance.

Januari 26, 2018

ADA MASANYA DENGAR LEBIH BAIK DARI CAKAP

Assalamualaikum,

Alhamdulillah for another Jumaat. Peluang kita nak buat amalan Sunnah sebanyak-banyaknya. Harap kita ingatlah nak bersedekah hari ni, InsyaAllah.

Orang kata biasanya perempuan lebih banyak bercakap dari lelaki. Perempuan biasanya menggunakan lebih banyak perkataan untuk menyampaikan sesuatu perkara dari lelaki. Perempuan kalau nak cerita sesuatu benda tu, berjela-jela mukaddimah dia tapi lelaki boleh ceritakan point yang sama guna satu ayat je. Betul ke ni you all?

Betul la tu. Selalunya betul. Kadang-kadang je tak betul. Itu jawapan Msred, mungkin tak sama dengan jawapan you all. Peace !





Kalau dah penat bercakap tu, cuba diam pulak dan jadi  pendengar. Biarlah kita pandai cari dan pilih apa yang kita patut dengar. Jangan belasah je guna telinga tu sesuka hati. Kita semua tahu apa yang patut kita dengar dan apa yang tak patut atau tak perlu kita dengar. Sama-samalah kita hati-hati guna telinga sebab nanti kat akhirat telinga kita akan report kat Allah apa kita buat dengan telinga kita.

Alhamdulillah.

Januari 25, 2018

CATATAN MEMORI DI DALAM TRAVELERS NOTEBOOK

Assalamualaikum,

Kebanyakan kita sibuk kerja 9 to 5 five day a week. Cuti weekend buat kerja rumah pulak. Seminggu tu adalah sehari quality time dengan family. Itu pun nasib baik ada. Pagi petang pagi petang tup tup anak dah besar dah ada kehidupan sendiri dah tak nak lepak dengan kita. Masa tu barulah kita terhegeh-hegeh nak lepak dengan dia orang sebab kita dah pencen bosan kat rumah sunyi anak-anak dah takde. 

Selalu juga dengar orang tua bersungut anak-anak busy takde masa nak jumpa dia orang. Kesian. Tapi tak terfikir ke kita muda-muda dulu pun busy takde masa untuk anak-anak. 

Sekarang ni Msred SAHM, so masa dengan anak-anak kat rumah lebih banyak dari dulu masa Msred bekerja. Kalau dulu tak sempat nak lepak ke ngajar dia orang ngaji ke. Sekarang ni dapatlah tolong dia orang buat kerja rumah, ajar ngaji, lepak tengok TV sama-sama. Penat tapi puas. 

Setiap apa yang terjadi, important moment family Msred, Msred suka rekod, supaya ingat. Msred guna Travelers Notebook ni untuk rekod moment-moment best. Ini Travelers Notebook, keluaran Traveler's Company. Dia punya cover original leather. Lepas hampir setahun Msred pakai, bau leather dia masih ada. Sedap bau leather dia. Dia punya permukaan pun lembut sedap dipegang. Semua scratch kat leather ni add character kat covernya buatkan dia lebih istimewa dan unik. 


The leather is so nice to touch....


Dalam dia ada dua notebook atau dipanggil insert. Satu yang warna oren ni dipanggil Diary Weekly Vertical. Notebook inilah Msred guna untuk memory keeping, macam daily log.

the cover


the title page


First dia ada kalender untuk 2018 dan 2019 dan yearly plan untuk setahun dimana kita boleh rekod birthday ke, yearly plan secara ringkas ke atau apa-apa ikut keperluan dan kreativiti kita.





Second dia ada weekly vertical spread dimana Msred rekod important moment. Dua mukasurat untuk seminggu dari Isnin hingga Ahad. Yang best selain daripada merekod memori, ialah bila nak decorate page tersebut guna sticker, washi tape yang cute-cute. Ada orang yang guna notebook ni sebagai planner. 

Weekly yang masih kosong








Ini notebook atau insert yang kedua dimana Msred guna untuk Journal dan Art Journal. Msred suka quotes so ada banyak quotes dalam ni. Samalah, Msred akan guna sticker, washi tape, stamp dan water colour untuk decorate sebelum Msred journal. 

For art journal












Selain daripada merekod memori dan journal, aktiviti ini sebagai creative outlet untuk Msred berkarya. Tak sehebat mana tapi memberi kepuasan pada Msred. Msred suka aktiviti kreatif sejak dari kecil. Sampai ketua masih suka. Being creative is my passion, Msred tak ada cita-cita nak berhenti dan mungkin akan teruskan aktiviti ini selagi releven dan munasabah. Lepas tu nak pengaruh anak-anak menulis journal jugak. Kalau tak suka nak decorate, just journal. Pengaruh, tak paksa. 




Januari 24, 2018

FALCON WARRIOR PASUKAN RUGBY SENTUH SK SEKSYEN 18 SHAH ALAM

Assalamualaikum,

Sekejap je dah Rabu. Nanti sekejap je dah weekend. Dulu masak muda-muda weekend selalu pergi jogging kat Tasik Shah Alam. Sekarang ni dah tua dan kesihatan tak mengizinkan, dah takleh nak jogging. Dah lama tak bersukan. Rindu pulak. You all bersukan tak sekarang ni? Sukan apa? Futsal? Jogging? Berenang?

Nak cerita ni. Last weekend, my oldest Iffan Daniel ada game rugby kat Serdang. Pasukan sekolah dia digelar Falcon Warrior. Iffan team bawah 12 tahun. Main sampai final. Bila final game kalah mati, kalah pulak. Team bawah 11 tahun menang. Team perempuan kalah. Tak pe lah. Next time try lagi InsyaAllah. Yang bestnya game haritu keluar berita RTM tapi Msred tak tengok sebab tak tahu.


Iffan Daniel yang hitam coklat tu, cuba teka yang mana....


Lagi nak cerita sejarah Iffan Dan Falcon Warrior. Dulu masa mula-mula Iffan cakap nak join rugby sekolah, Msred tak confident pun dia terpilih. Maklumlah dia kan kurus kering lagi kurus dari papan. Bila dia inform dia terpilih join team rugby sekolah dia, Msred terkejutlah. Rupanya Iffan cerita rugby untuk budak sekolah rendah main sentuh-sentuh je. Rugby Touch katanya. Tak macam rugby budak sekolah menengah kasar lagi ganas dipanggil rugby rempuh. Oklah tu untuk Iffan yang kurus tu.



Semalam dan hari ni Iffan ada game lagi di Shah Alam. Nanti next entry boleh cerita resultnya InsyaAllah.

Tapi part team rugby perempuan tu Msred takleh bayang macamana dia orang main Rugby.

Januari 22, 2018

REVIEW PLANNER HOBONICHI WEEKS

Assalamualaikum,

Akhirnya Isnin menjelma kembali. Sepatutnya lepas recharge bateri dua hari waktu weekend haritu, hari ni mesti ceria bersemangat nak start kerja balik kan? Ke ada yang lemau je? Jangan dilayan sangat lemau tu. Appreciate every minute yang kita ada dan be happy. 



Hari ni Msred nak review Planner yang Msred guna untuk 2018 ni. Ini kali pertama Msred guna Planner Hobonichi Weeks ni. Sebelum ni Msred guna Travellers Notebook. Planner ni untuk personal, mostly house chores dan family matters. Msred suka sangat guna Hobonichi Weeks ni. Kertas dia serious nipis membuatkan planner ni tak tebal dan ringan. Hobonichi Week guna Japanese made paper Tomoe River Paper, antara kertas terbaik sesuai digunakan dengan kebanyakan jenis pen termasuk Fountain Pen. Dan pocket size dia memang selesa Msred guna, senang nak dimasukkan dalam beg tangan. 




Next kita tengok format dia kat dalam. Ini muka hadapan dia. Macam title page. Msred cuma letak dua sticker dan email address Msred takut kalau Planner ni tercicir.




Next page mini calender untuk tahun 2017, 2018 dan 2019. 




Next ada calender dan index untuk setahun. Kita boleh guna untuk tulis yearly plan at a glance contohnya.





Next Monthly format. Ini Msred guna untuk track important date macam birthday dan appointment. Dia start dari bulan December 2017 sampai March 2019. 




Next Weekly format. Belah kiri tu ada space dari Isnin hingga Ahad dan sebelah kanan ada blank space kita boleh tulis apa-apa note. Msred guna dua-dua page untuk tulis to do list dan apa-apa list lain yang penting. Weekly format ni start dari December 2017 December 2018.










Next ada Note di bahagian belakang. Kita boleh guna untuk tulis apa-apa note yang penting. Msred start bahagian ni dengan menulis goals untuk 2018 dan wishlist. 







Belakang sekali ada satu page title dia 'My 100' atau macam bucket list. Kita boleh listkan apa-apa yang kita nak contoh kita boleh listkan target kita nak capai tahun ni macam buku yang kita nak baca atau movies yang kita nak tengok tahun ni. Msred suka page ni tapi belum tahu nak listkan apa. You all ada suggestion tak?





Selepas guna hampir sebulan, overall Msred suka sangat guna Hobonichi Weeks ni. Msred suka kertas dia, size dia dan format dia. Cuma colour kertas dia creamy macam kekuningan sikit. Msred rasa Msred lagi suka kalau colour putih. Yang paling best bila nak decorate pagenya dengan stickers, stamp dan washi tape. Cute!!! 



Ada sesiapa guna Planner tak? You all guna Planner apa? 









Januari 12, 2018

MAKE UP PALING POPULAR UNTUK BABY

Assalamualaikum,



How do you feels about makeup?

Must have item?
Optional?
What makeup?

Ingat senang nak mekap camni? Susah tau..


Msred?

Dulu masa muda remaja kulit tegang lagi putih kuputeh pulak tu, makeup memang my must have necessities. Kalau tak ada memang rasa gatal-gatal tangan lagi teruk dari kurap. Nak pergi market pun nak kene makeup.

Sekarang dah mengampiri senior citizens ni, malas pulak make up. Bukan tak suka. Suka sangat. Tapi dah malas. Kalau keluar pakai bedak baby je share Cik Nen punya. Bau baby memang best. Sekarang ni Msred cuma makeup kan Cik Nen je. Ni memang makeup favourite Msred untuk Cik Nen. Kalau tak buat macam ni tak rasa macam baby pulak. Kene buat macam ni baru nampak macam baby.




Agaknya kalau Msred makeup camni kat muka sendiri, nampak macam baby face tak?




Januari 10, 2018

KESIAN DIA KESIAN SAYA


Assalamualaikum,

Minggu kedua untuk tahun 2018. Ada tak yang masih tersalah tulis date 2017? Msred takde tersalah tulis ok.



Minggu lepas, ada satu malam ni Msred on the way balik rumah. Dalam pukul 10 pm camtu. Terserempak dengan accident baru jadi. Dalam hujan renyai. Nampak motor tersadai tepi jalan. Then nampak ada perempuan bertudung terduduk atas Jalan. Allahuakbar. Dah ada dua tiga kereta berhenti tolong. Kesian dia mungkin penat baru balik kerja accident pulak. Semuga Allah melindungi dia dan segeralah sembuh kalau ada apa-apa kecederaan.

Msred tak berhenti tolong. Waktu tu day malam dan hujan. Cik Neen pulak demam. Waktu tu dah 4 hari Cik Neen demam on off. Nak balik cepat dia dah tak larat dan meragam je. Hari Ahad semalam baru dia betul-betul sihat. Seminggu dia demam. Nampak turun berat badan dia. Dah lah Cik Neen memang ringan tak berapa berat. Lagilah bertambah ringan.


Bila tengok dia terbaring tak larat nak main nak senyum pun tak larat, sayu je hati. Selalu tengok dia aktif tiba-tiba lembik je. Kadang-kadang rasa bila tengok orang yang kita sayang sakit, lagi seksa dari kita sendiri yang sakit.


Januari 09, 2018

FOUNTAIN PEN FOR BEGINNERS



Assalamualaikum,

Minggu last tahun 2017 sibuk sikit. Biasalah persiapan terakhir sebelum start sekolah. Kali ni semua last minute sebab tunggu husband free, baru shopping barang sekolah. Lepas tu aktiviti biaslah yang menjadi pujaan mak bapak terutamanya mak mak, tulis nama buku sekolah, balut buku sekolah dan jahit lencana sekolah. First week 2018 sibuk register anak sekolah agama dan balut buku sekolah agama. Lepas tu sibuk kira berapa RM yang tinggal dalam bank dan beg duit, kira cukup tak sampai next payday. Tehehee.

Dah minggu kedua ni barulah relax sikit and nak story pasal my second stationery haul untuk tahun 2018 yang sampai Jumaat minggu lepas. My new passion and interest, Fauntain Pen.








Kali pertama beli Fountain pen pertengahan tahun lepas dan my first Fountain Pen dari TWSBI, Taiwanese brand. Msred try TWSBI Eco sebab murah dan sesuai untuk beginner macam Msred. Msred beli TWSBI Eco warna putih dengan nib Fine. Fountain Pen ada 4 basic nib size atau ketebelan mata pen dia, Extra Fine [paling nipis], Fine, Medium dan Broad.

Dan yang ini Fountain Pen Msred yang kedua, TWSBI Eco-T Blue dengan Extra Fine Nib, mata pen paling nipis.





Kali ni Msred beli Ink jenama Diamine warna Marine.


Jom kita try tulis atas kertas MD, salah satu kertas yang Fountain Pen friendly.

and i love the shadding effect of the ink...


Ini contoh Msred minta pinjam dengan Mr Google. Apa yang Msred suka ink ni dia punya shading effect. Bila kita tulis terutamanya bila guna Fauntain Pen yang tebal matanya, broader nib, kita akan nampak 2 shades of blue macam contoh kat bawah ni. Cantik kan?







Januari 08, 2018

PLANNER PILIHAN UNTUK 2018


Assalamualaikum,

Monday is a good day to start making a dull week into a fun one. Msred suka Isnin. Dari dulu zaman student pun suka Isnin sebab fresh start lepas santai-santai weekend. Mood pun baik lagi energy pun max lagi. Cuba tengok Jumaat, mood pun dah ke laut Timbaktu energy pun dah minus, cranky je.



Alhamdulillah. Shopping haul dari Stickeriffic dah sampai last week.  Ada 3 jenis Travelers Notebook Insert size Regular dan 1 Planner Hobonichi. Order hari Rabu haritu dan sampai Jumaat.





Sepatutnya bulan Disember haritu dah order sebab nak guna Planner tu this year. Tapi me being indecisive tak pasti nak pakai planner mana. Ada banyak sangat jenis planner kat market sampai tak tahu nak pilih yang mana.Dah masuk tahun 2018 baru nak beli Planner.





The first one, ini insert untuk Travelers Notebook Msred. Blank insert regular size yang Msred guna untuk random art journal. Bawah dia contoh art journal Msred. Dalam journal ni biasanya Msred tulis quote yang Msred suka atau random journal untuk random ideas, thoughts, feeling ect. Sebelum tulis, Msred decorate guna washi tape, stickers dan lain-lain craft supplies.








The second one blank insert Passport size untuk Travelers Notebook Msred yang passport size. Personal journal, macam diary. Dalam ni semua rahsia dari lubuk hati Msred. Suka, marah, benci, harapan. Semualah. Not for others eye. Only for my eyes. Bawah dia journal diary Msred yang sekarang ni.








The third one Vertical Planner insert untuk Travelers Notebook regular size Msred. Asalnya insert ini untuk Planner tapi Msred decide guna untuk memory keeping. Msred akan journal important moment yang Msred nak ingat. Insert ni first time Msred guna. Harap-harap Msred sukalah guna. Kalau tak nanti terbiar je tak pakai. Nanti next entry Msred share macamana rupa dia kat dalam pulak yea.





The fourth one Hoboichi  Week Planner. Planner ni jenama Hobonichi dari Jepun. Ini first time Msred guna Planner Hobonchi, so tak tahulah Msred akan suka ke tak. Sebelum ni Msred guna Happy Planner dari Me & My Big Ideas. Atas pengaruh rakan planner yang lain, Msred decide nak try Planner ni. Msred pilih cover design 'Mother' Series. Mother series ni Role Playing video game yang Popular tahun 90 an. Gambar cover ni dari siri yang kedua, Earthbond. Msred pilih cover ni bukan sebab game dia. Msred pun tak tahu kewujudan game ni. Msred pilih sebab cute. Hehehe.



Free Mr Saturn Notepad dan Japan Railway map. Entah bila la nak sampai Jepun...



Last one, my favourite part. Freebies. Siapa tak suka freebies kan. Lebih-lebih lagi stationeries, sangatlah Msred suka. Thank you Stickeriffic. Setiap kali Msred shopping Kat sini mesti ada freebies. I like. Kali ni dapat Sticky note dari Jepun dan macam biasa calender card. Dan Msred suka kalau beli apa-apa online, seller tulis thank you note. Sweet.





ALL TIME FAVOURITE